Thursday, 25 December 2025

Maldives Part 7 : Back To Male By Speedboat & Visit Hulhumale Island - Chicking Restaurant

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Maldives Part 6 : Pulau Maafushi - Destinasi Murah Untuk Trip DIY Backpackers

Bila hadir ke Maldives untuk bercuti secara DIY. Make sure kena ambil tahu beberapa perkara penting termasuklah jadual pergerakan bot atau ferry dan yang paling penting keadaan cuaca. Dan elak hadir jika di musim angin bertiup kencang.

Kalau cuaca tak berapa baik ia akan mengganggu semua pergerakan atas permukaan air. Dan amat digalakkan untuk tidur di Male atau Hulhumale malam terakhir sebelum flight pulang. Takut tersadai tak ada pengangkutan pulang ke airport.

Pagi ini kami buat briswalk sekali lagi ke sekeliling pulau dan dapat peluang melihat nelayan memunggah hasil tangkapan di jeti dan paling banyak ikan yang mereka tangkap adalah ikan tuna tapi kalau di Malaysia kita panggil ikan tongkol.

Dan disebabkan ini kali kedua kami briswalk keliling pulau maka tak sampai satu jam dah selesai dan kembali ke hotel. Sempat pula kami singgah kedai aiskrim saja nak melayan benda sejuk sebab cuaca di luar agak panas. Kedai aiskrim ini terletak di seberang jalan dari hotel kami sahaja. By the way aiskrim dia tak murah tapi berbaloi.

Hari terakhir kami di Maafushi sempat aku dengan Ust Anas solat jumaat di salah satu masjid di sini. Seronok dapat peluang solat jumaat di sini walau khutbah tu tak faham sangat tapi dapat rasa vibe islam yang subur di sini.

Dan paling seronok solat jumaat dari awal khutbah sehingga selesai solat tak sampai 30 minit pun. Habis solat jumaat kami pulang ke hotel dan terus check out. Dan terserempak dengan owner hotel yang berasal dari India sempat la berborak sambil dia tanya how your stay here. Nasib hotel bagus, bersih dan good service memang kita puji la.

Selepas solat jumaat kami bertolak ke Male dengan menaiki speedboat dari iCom Tours pada pukul 2.00 petang. Jadual untuk speedboat dari Maafushi ke Male ada 5 kali sehari. Bermula seawal 7.00 pagi,1.00 petang, 4.00 petang dan terakhir pada pukul 07.30 petang. Dan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Memang terasa jauh beza dengan public ferry yang mengambil masa hampir 3 jam. Naik speedboat tak sempat nak rasa mengantuk pun dan rasa seronok melayan pemandangan pulau demi pulau yang melepasi pemandangan. Kalau yang mabuk laut tu spend la sikit duit naik speed boat, jimat masa dan tersangatlah berbaloi sebab dapat elak mabuk laut.

Sampai di Male kami menaiki bas menuju ke Hulhumale iaitu sebuah pulau yang terletak di sebelah kanan airport. Kami membeli tiket dan menunggu bas di hadapan terminal ferry yang sama ketika kami sampai dari airport tempoh hari. Bas berwarna biru bertulis RTL operated by MTCC dengan bayaran MVR10.00 atau bersamaan RM2.67 seorang.

Masih tiada racangan untuk hari ini selepas kembali dari Maafushi dan nak tidur mana malam ini pun masih lagi mencari. Sebab nak try walk-in sahaja mana-mana hotel nanti di Hulhumale. Di dalam bas kami bergerak melepasi Sinamale Bridge dan Male Airport. Kurang 10 minit kami dah pun sampai. Namun kami tidak tahu dimanakah bas ini akan berhenti nanti.

Dari carian aku di internet terdapat beberapa attraction di Hulhumale ini termasuklah beberapa buah shopping mall yang besar dan masjid yang cantik serta pantai yang sesuai untuk mencuba beberapa aktiviti air. 

Dan terdapat juga hotel-hotel yang tidak jauh dari kawasan pantai baik yang mahal berjama bertaraf dunia atau yang murah yang diurus oleh orang tempatan. Dan dari gerak hati aku target nak stay area berhadapan pantai malam ini.

Keadaan di dalam bas yang selesa dengan kesejukan aircond membuatkan kami leka dengan pemandangan di luar tingkap bas sambil ada yang terlelap dek keletihan. Bas terus membawa kami hampir ke seluruh pelusuk Pulau Hulhumale ini. 

Di sini boleh dilihat kawasan perumahan flat 5 tingkat dengan parking kereta dan motor yang sangat teratur serta bangunan kedai, masjid dan kawasan rekreasi. Sambil aku check google map di manakah tempat yang harus kami berhenti atau tunggu sahaja bas berhenti di main station nanti. Tapi ternyata meleset kerana bas ini menuju semula ke Male.

Dan aku decide untuk turun dari bas sejurus selepas bas melepasi Sinamale Bridge sebab tak akan la nak turun di tempat yang kami naik tadi. Dan bila bell ditekan bas menurunkan kami betul-betul di hadapan sebuah restaurant fast food yang rupanya seperti KFC. Cikgu Hani kata macam dapat pertunjuk jer untuk dicuba, lagi-lagi dah dua tahun boikot KFC kan.

Oh ya bagi aku Maldives adalah sangat panas, berpeluh melekit itu dah jadi kebiasaan kalau ke sini. Dan di mana sahaja tempat yang ada aircond memang akan menjadi tempat persinggahan kami termasuk la cafe dan kedai serbaneka atau pasaraya. Disebabkan kami pun tak ada plan nak ke mana maka kami duduk makan di Chicking Restaurant ini.

Selepas order makanan di kaunter kami duduk dan masing-masing mengambil peluang charge handphone dan apa yang patut. Dan masa ni aku minta ustaz anas untuk check any hotel yang available di Male. Sambil aku cuba mencari peluang lain yang ada untuk kami. Manalah tahu sekiranya tiada hotel yang available buat kami di Male hari ini.

Dan dari bacaan aku di internet terdapat sebuah lagi pulau di sebelah kiri Male yang menyediakan perkhidmatan feri awam oleh kerajaan dengan bayaran murah. Dan terdapat juga beberapa buah hotel di pulau tersebut. Selepas makan terus bincang nak buat apa dan nak pergi mana dan nak tidur mana.

Dan aku bagi suggestion "Apa kata kita ke Pulau Vilinggili naik feri dalam 15 minit sahaja..?". Sambil aku tunjuk dari skrin handphone lokasi pulau tersebut dan ada juga beberapa hotel di situ dari carian google. Wife kata what if tak ada hotel yang available, sebab di Male masih ada lagi available hotel..?".

Aku kata "Why not kita pergi dulu, if tak ada any hotel yang available atau that pulau is boring then kita patah balik Male sebab feri ada sampai pukul 9.00 malam nanti". Bila semua agree, kami naik Uber terus ke Rashdoo-Male Feri Terminal.

Bersambung Maldives Part 8 : Unplanned Trip - Our Best Moment 2 Days Stay At Villingili Island (Under Construction)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...