Tuesday, 9 December 2025

Pertandingan Pakaian Tema Kampung People - Athira Menang No 1

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kalam kabut dibuatnya jumaat minggu lepas sebab ada tema pakaian kampung people untuk sekolah rendah athira. Maka me as parent sumbat dan pakaikan sahaja apa yang ada dirumah nak bagi dia happy dengan tema tersebut.

Tapi yang lebih mengejutkan bila ambil dia balik sekolah petang tu. Tiba-tiba dia bagitau "Ayah.. Adik menang dapat nombor satu..!" Terus aku amik dan baca eh menang pulak si kecik ni. Masa bagi dia pakai tu tak la harap apa pun.

Athira menang tempat pertama untuk keseluruhan darjah dua. Bila aku tanya macam mana athira boleh menang. Dia jawap sebab bawa bakul kat belakang ni la. Mana ada orang pernah bawa hahahaa.. Dia kata cikgu siap ajuk lagi tanya mana ikan dalam tu. 😅😅


Pagi tu di sekolah agama athira ada jamuan akhir tahun. Tak sempat juga nak prepare sebab terlewat bangun 6.40 pagi. Plan asal nak masak bihun pagi tu memang terbantut. Maka nya ke pasar beli donut gula 20 biji bagi athira bawa ke sekolah. 

Tunggu juga Ustazah kelas athira update gambar dalam group whatsapp. If makanan tak banyak kita nak la tambah order pakai grab. Sebab kalau jamuan sesi sekolah pagi memang struggle sikit kalau nak prepare makanan. Memang banyak membeli jer la. 

Cuba teka di manakah Athira dalam gambar ni ☺️


4 comments:

  1. kalau saya juri pun sekali pandang memang dah terpikat,100% ikut tema ni...
    tahniah Athira,ada kenangan manis untuk diingat nanti..

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Komen Afzan. Lengkap pakaian orang kampung tu, dengan ikan kepala dan siap bawa bubu pulak tu. Mesti idea ayahnya ni. Bagus pulak Athira, sporting, tak malu bawa bubu tu kat belakang, hihi.

    ReplyDelete
  3. yeszza.. memang akan menang, sebab ada aksesori tambahan.. ada pula "bakul"tu dekat rumah.. memang g menahan ikan ke?

    ReplyDelete
  4. Tahniah Athira 👏🏽
    Memang layak menang.
    Bubu tu jadi hiasan kat rumah ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...