Assalamualaikum Dan Salm Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 3 : Menaiki Guia Hill Cable Car & Visit Farol e Fortaleza da Guai
Dari Guia Hill aku mula berjalan mengikut arah yang ditunjukan oleh google map. Dari jalan besar sehingga ke lorong kawasan perumahan dan masuk area sekolah pun ada. Di Macau ini banyak area berbukit dan kalau jalan menurun tu seronok tapi bila menaik tu hahaa.. Memang berpeluh dibuatnya walau angin sejuk itu ada bertiup sekali sekala.
![]() |
| Suasana ketika berjalan kaki dari Guia Hill ke Senado Square. |
Kesan peninggalan oleh pihak Portuguese di Macau sangatlah kuat dari bahasa yang masih digunakan especially di semua signboard dan seni bina bangunan yang masih banyak dikekalkan sehingga ke hari ini. And that part of history telah menjadi sebagai satu trademark tourism di Macau ketika ini.
Tap Seac Square mula dibuka kepada orang ramai pada 22 Julai 2007 setelah sebuah stadium lama di sini dirobohkan pada 2005 dan dibina sebuah public square with European-style cultural space. Dan yang menjadikan ia lebih menarik beberapa buah bangunan yang dibina ketika era Portuguese masih lagi dikekalkan di sekeliling dataran.
Antaranya bangunan Pavilhão de Exposições e Espetáculos Artísticos (Exhibition and Arts Performance Pavilion), Instituto Cultural (Cultural Institute), Biblioteca Central de Macau (Macao Central Library) dan Arquivo Historico de Macau (Archives of Macao) yang dibina dari hujung kurun ke-18 sehingga awal kurun ke-19.
![]() |
| Bangunan Exhibition and Arts Performance Pavilion dan Cultural Institute. |
![]() |
| Di bawah Tap Seac Square terdapat kawasan parking yang luas. |
![]() |
| Banyak sambutan dan pameran kebiasaannya dibuat di Tap Seac Square ini. Dan pada ketika ini mereka tengah bersiap untuk sambutan Tahun Baru Cina. |
Info: Selama 442 tahun Portuguese memerintah Macau iaitu dari tahun 1557 sehinggalah berakhir pada 20 Disember 1999. Namun uniknya di Macau kini mengekalkan "One Country Two System" ketika ini. Macau diberi kuasa untuk urusan politik dan pentadbiran, polis, immigration dan undang-undang. Namun kuasa diplomatik & ketenteraan dipegang oleh China.
![]() |
| Seronok bila berjalan di area perumahan mereka. Walau padat tapi kemas & bersih. |
Jarak Guia Hill ke Holiday Hotel hanya 1.3km sahaja. Namun terlalu banyak berhenti untuk mengambil gambar dan mata sentiasa ingin melihat sesuatu dengan lebih dekat. Menjadikan perjalanan aku lebih lama dan panjang. Setelah hampir 50 minit kemudian barulah aku sampai di hadapan hotel dan ketika ini jam masih lagi belum pukul 12.00 tengah hari.
![]() |
Maka aku pun decide to have little more walk to another attraction yang terletak hanya 300 meter sahaja dari hotel.
Museu de Macau atau Macau Museum telah dibuka kepada orang ramai pada 18 April 1998. A Historical Portuguese Military Centre atau dikenali sebagai Fortaleza do Monte yang terletak di atas puncak bukit di mana Museum Macau telah dibina.
![]() |
| Safely arrived at The Museum of Macau. |
![]() |
| Sampai di sini barulah kelihatan ramainya orang especially pelancong. Dan tourist dari Indonesia kelihatan agak ramai di sini. |
![]() |
| Okay jom naik escalator ke Fortaleza do Monte & Museu de Macau. |
Dibuka dari 10.00 pagi sehinga 6.00 petang dan last admission pada pukul 5.30 petang. Ditutup pada setiap hari Isnin dan masuk percuma pada setiap tarikh 15hb setiap bulan (Sumber Google). Entrance fee for adult MOP15.00, Child MOP8.00.
Umur di bawah 12 tahun dan 65 tahun ke atas, masuk adalah percuma dan for Macau ID Cardholder juga boleh masuk muzium secara percuma. Seronok betul jadi rakyat Macau ini. Bila la di Malaysia nak ada percuma percuma ni 😅.
![]() |
| Escalator pertama akan bawa kita sampai ke entrance Musue de Macau. If tak nak masuk boleh terus naik escalator kedua untuk terus ke Fortaleza do Monte. |
![]() |
| The Museum Souvenir Shop |
![]() |
| Di sini juga ada sebuah kedai souvenir dengan banyak plihan merambangkan mata. |
Tapi sekiranya kita hanya nak berjalan-jalan di Fortaleza do Monte maka tiada sebarang bayaran dikenakan. Dan kubu pertahanan di sini jauh lebih besar dan luas dari yang ada di atas puncak Guia Hill. Dan di sini disediakan escalator untuk naik sehingga ke atas secara percuma. Hebat Macau Government ni banyak benda diberi secara percuma kepada rakyat.
![]() |
| Pemandangan selepas sampai di atas Fortaleza do Monte dengan escalator. |
![]() |
| Ketika ini cuaca agak sejuk walau nampak sinaran matahari yang sangat terang. |
![]() |
| Bangunan weather observatory telah diubahsuai menjadi Museu de Macau. |
![]() |
| Kubu ini lebih besar dan luas dari di Guia Hill dan di sini terdapat 32 meriam. |
Telah dibina di antara 1617 -1626 oleh The Jesuits Missionaries (members of the Society of Jesus) bagi melindungi harta benda mereka dan St Paul College dari ancaman lanun dan pernah diserang oleh Tentera Belanda (1622). Dan kemudian Pihak Portuguese telah mengambil alih dan dijadikan sebagai Kediaman Rasmi Governor and a restricted military zone.
Pada 1965 seluruh kawasan ini telah ditutup dan dijadikan sebagai weather observatory dan di awal tahun 1990 kerja-kerja menjadikan ia sebagai muzium telah dimulakan dan dibuka kepada umum pada 1998. Seluruh kawasan bersejarah ini telah diiktiraf sebagai The Historic Centre of Macau dan World Heritage Site UNISCO.
![]() |
![]() |
| Barrack askar yang telah dijadikan kedai souvenir dan cafe. |
Puas berkeliaran di Fortaleza do Monte aku pun turun semula ke bawah dan terus menuju ke Senado Square. Trademark utama bagi setiap orang datang ke Macau pasti akan bergambar di sini. Dan di Senado square ini terletaknya structure Ruin's of Saint Paul's yang hanya tinggal bahagian depan sahaja.
![]() |
| Ruins of Saint Paul's yang hanya tinggal bahagian depan sahaja. |
Tapi masa ni memang langsung tak boleh nak bergambar berhadapan Ruins of Saint Paul's sebab terlalu ramai orang. Terus terbatal niat dan mula berjalan pulang ke arah hotel. Lagi pun sekarang dah hampir pukul 2.00 petang, confirm dah boleh check in hotel. Tak sabar nak mandi, tukar baju dan nak berehat dengan secawan coffee atas katil 😅.
![]() |
| Senado Square tempat utama tarikan pelancongan di Macau. |
Disebabkan hotel aku tak jauh dari Senado Square ini maka aku decide untuk datang kembali seawal pagi esok selepas subuh untuk bergambar di sini dengan harapan tak la ramai orang. Boleh la nak bergambar dengan tenang.
![]() |
| Sebelum baik ke hotel, meh la duduk sekejap di bawah pokok. Makan lunch Burger King yang dibeli dari Airport Subang malam tadi. |
Terlihat tempat duduk yang tenang di bawah rimbunan pokok maka aku pun duduk seketika. Dah duduk baru terasa penat sebab banyak berjalan dah macam nak tercabut kaki huhuu. Alang-alang dan waktu lunch ni marilah makan burger king yang dibeli di airport malam tadi. Sempat juga makan biskut yang aku beli untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.
Bersambung Hong Kong & Macau Part 5 : Holiday Hotel 2D1N - Night Walk At Domingos Rd & Angel's Lane (Under Construction)






















Saya yang baca entri ni turut sama rasa penat, sebab dari gambar, nampak banyak bebenor tempat berjalan tu. Nasib baik ada bekal, boleh berehat bawah pokok. 😊 Salam Hari Merdeka, Encik.
ReplyDeleteItu lah dah masuk part 4 tapi masih lagi pada hari pertama di Macau hahahaa.. Apakah terlalu details menulis 😅.. Burger tu mmg makan lunch la.. Bila penat takde la nak makan byk mana sgt.. 😁👍🏻
Deletedi macau orang sana cakap bahasa portugis atau bahasa cina? curious pulak, setahu saya org sana orang2 bangsa cina kan.
ReplyDeleteAwalnya persediaan tahun baru cina? puasa pon belum lagi... hahaha
banyak rupanya tempat2 menarik di macau...
Bahasa Cina dan juga Portugis.. Sebab byk tulisan portugis di seluruh Macau.. mesti mereka belajar di sekolah.. Sama mcm Malaysia belajar English sbb dijajah oleh British..
DeleteMmg CNY bulan 2 hari tu mmg timing dia lah tu.. kalau tanya saya..mmg byk tmpt menarik di Macau..
Ye, memang nampak bersih sangat persekitaran dlm bandar ni...
ReplyDeleteNampaknya mereka memanfaatkan sepenuhnya peninggalan sejarah utk menjana ekonomi menerusi pelancongan.
Interesting melihat kawasan yg padat tapi boleh jaga kebersihan termasuk tandas awam yg percuma.. Sejarah adalah produk terbaik utk sumber pelancongan.. Negara2 barat dan maju semuanya menjadi kan ia sebagai satu sumber ekonomi..
DeleteSeronok tengok tuan, dapat jalan-jalan ke negara orang. Mesti banyak pengalaman serta pelajaran yang dapat dipelajari.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi kesempatan melihat suasana di negara org.. Insyallah akan sentiasa berkongsi kisah travel di blog ini.. ☺️👍🏻
DeleteWah, hebat ye Ruins of Saint Paul's tu takyah ada penyokong struktur depan tu... maknaya binaan tu sangat kukuh walaupun dah tak cukup sifat.
ReplyDeleteBangunan lama dibina mmg kukuh kot.. tak senang nak roboh atau tumbang.. yg tinggal sekerat ni pun masih gagah berdiri dan menjadi tarikan pelancongan..
DeleteWahh best nya naik escalator ke Fortaleza do Monte & Museu de Macau, tak perlu menapak naik. Bersih ya kat sana.
ReplyDeleteBagi saya bersih la.. dengan tourist yg ramai dan bangunan penduduk yg padat.. bayangkan sebelah tourist attraction penuh dgn flat org awam huhu..
Delete
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بخميس مشيط
Lama sungguh Macau di bawah Portugis, lebih 400 tahun. Patutlah kuat pengaruh bahasa Portugis di sana.
ReplyDeleteKalau dari segi pertuturan, orang Macau guna bahasa apa? Maaf kalau Afif ada tulis tapi akak terlepas baca.
Sama macam mana Melaka dijajah oleh Portugis.. Cuma ikutkan bacaan sejarah tiada kuasa lain yg merebut Macau dari tangan Portugis seperti Melaka yg silih berganti tangan.
DeleteDi Macau bahasa Cantonese menjadi bahasa utama dan bahasa Portugis diguna pakai di semua sektor kerajaan termasuk mahkamah, urusan rasmi, dan document penting.
memang nampak bersih lah bandar ni..based on gmbr yg u share. ramai betul tourist yer...tapi rasa2nya macau ni tak hot among malaysians...u memang kuat dan fit lah bab2 berjln..so kami yg baca ni tumpang rasa penat hahahaah
ReplyDeleteI can say bersih sbb nampak kepadatan rumah flat dan apartment di semua tempat walau sebelah tmpt tourist. For me Macau mmg best nak jenjalan lagi2 if dtg winter.. Dah travel backpack ni mmg kena berjalan byk hahaa.. travel sorang lak tu.. 😅
DeleteMeremut orang kat Senado Square terutama kat structure Ruins of Saint Paul's.
ReplyDeleteAgak-agak ia ada kaitan tak eh dengan gereja Saint Paul kat Melaka.
Penuh ya amat orang nak bergambar kat situ.. nak selit selit pun payah huhuu.. Mungkin ada.. sebab nama pun lebih kurang dan yg bina pun org Portuguese.. 🤷🏻
Deletewalaupun tggl bah dpn je tp tu pun kemainnn ramai pelancong dtg
ReplyDeletems sy pegi penuh org
last2 kami amik gmbr dr jauh je
Itulah bukan main ramai org nak bergambar depan tu.. seinci ruang pun susah nak gerak bila tgh betul2 pick hour.. sy dtg semula waktu subuh mmg kosong hahaha..
Deletesyok arr ada eskalator
ReplyDeletex skt lutut nk panjat smpi ke atas😁
macau ni best cuma tu laa org kenal sbb judi je bkn sbn tmpt tarikan menarik
Yes seronok jer berdiri tegak.. tau2 sampai atas dah... Di Guia Hill kena menapak sikit nak sampai atas.. yes macau best sbb byk attraction dan sejarah yg telah beratus tahun lama nya..
Deletebahagian depan bangunan je tinggal ni sama macam A Famosa la kan? memang betul lah seronok berjalan dekat situ, walaupun padat tapi bersih je kawasannya. bangunan pun cantik berseni.
ReplyDeleteAah tinggal.bahagian depan sahaja.. dan ia dijaga baik sehingga menjadi tarikan utama tourism.. hebat Macau.. Dan kawasan padat tp masih blh dijaga dgn bersih dan baik..👍🏻☺️
Delete