Hujan lebat petang jumaat baru ini nasib baik dapat sampai awal di area persekolahan anak. Tengok masa ada lagi sejam untuk Affan dan Afnan nak balik dari sekolah. Terus ajak wife lepak minum di cafe sementara nak buang masa.
Oleh kerana ketiadaan parking di cafe ketika kami sampai dan ditambah lagi dengan keadaan yang hujan lebat.
Kami decide untuk membelok ke arah jalan belakang dengan harapan adalah parking tapi dengan tidak sengaja terlihat sebuah cafe yang baru dibuka. Dari staff yang jaga di kaunter bagitahu cafe ini baru dibuka tidak sampai sebulan lagi.
![]() |
![]() |
Masih lagi tidak mempunyai signboard di luar cafe tapi lampu-lampu yang dipasang menarik perhatian orang yang lalu lalang di hadapan cafe. Terus aku bagitau wife let try ada cafe baru la. Disebabkan hujan lebat maka aku gerak masuk terlebih dahulu nak check status halal dan apa yang dihidangkan.
![]() |
![]() |
| Banyak buku yang disediakan dan ada bacaan buku agama juga. |
![]() |
Cafe adalah milik bumiputra islam dan bukan lah jenama baru tapi ia baru sahaja berpindah dari Melawati ke Ampang. Heavy food dari nasi hingga ke western juga disediakan. Pastry dan kek juga ada dijual di sini. Dan wifi yang "strong" juga ada disediakan.
Dua bilik air disediakan di bahagian belakang dan ada ruang solat disediakan walau ia bukanlah speciality atas nama surau.
![]() |
| Hot Latte dan Hot Chocolate untuk kami ketika kesejukan hujan di luar. |
![]() |
| Fries RM8.90 - Portion yang agak banyak dan ada seasoning. |
Insyallah nanti boleh datang repeat sebab tempat pun tenang dan sesuai kalau nak buat kerja. Next time boleh cuba heavy food yang terjual di sini. Dan untuk harga tak murah dan tak mahal sesuai dengan harga berstatus cafe.
Namun parking kereta untuk hadir ke cafe ini agak mencabar. Di kelilingi dengan beberapa office dan bengkel kereta maka untuk mendapat satu ruang parking yang available adalah sangat mencabar.







Nampak menyelerakan minuman dan makanan dia
ReplyDeleteCafe nampak menarik dan sejuk mata memandang :)
ReplyDelete