Monday, 15 June 2026

Salam Hari Isnin - Coretan Hujung Minggu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Pagi Isnin buat semua..

Mood nak update blog hilang ntah ke mana..

Sabtu baru ni ada mesyuarat PIBG sekolah agama si athira dan atiyah dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari.

Ahad pagi pula gotong royong goreng sukun di masjid sebab buah suku yang dah terlalu banyak dalam kawasan masjid. Goreng dan hidang selepas kuliah subuh. Alhamdulillah habis licin semuanya.

Lebih dari 10 biji buah sukun yang dikorbankan pagi tu. Ada balance dalam 15 biji lagi untuk digoreng pada Program Subuh Perdana hari Rabu minggu ni Insyallah. Memasak lagi la geng orang lelaki masjid.

Bersama Haji Nik memotong dan menggoreng sukun di subuh hari.
Rupa buah sukun kot ada yang tak kenal.
Buang kulit yang dalam semua boleh digoreng.
Proses menggoreng sukun adalah yang paling memenatkan.
Apa lagi aku nak tulis eh? Hahahaa.. 😅

Untuk sambungan trip perjalanan Romania ke Turkiye masih belum ditulis apa-apa lagi. Tunggu ada mood nak menulis semula. By the way tolong doakan wife yang dah seminggu tak sihat. Moga kembali sihat dan ceria insyallah.. ☺️🤲🏻

No comments:

Post a Comment