Monday, 15 June 2026

Salam Hari Isnin - Coretan Hujung Minggu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Pagi Isnin buat semua..

Mood nak update blog hilang ntah ke mana..

Sabtu baru ni ada mesyuarat PIBG sekolah agama si athira dan atiyah dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari.

Ahad pagi pula gotong royong goreng sukun di masjid sebab buah suku yang dah terlalu banyak dalam kawasan masjid. Goreng dan hidang selepas kuliah subuh. Alhamdulillah habis licin semuanya.

Lebih dari 10 biji buah sukun yang dikorbankan pagi tu. Ada balance dalam 15 biji lagi untuk digoreng pada Program Subuh Perdana hari Rabu minggu ni Insyallah. Memasak lagi la geng orang lelaki masjid.

Bersama Haji Nik memotong dan menggoreng sukun di subuh hari.
Rupa buah sukun kot ada yang tak kenal.
Buang kulit yang dalam semua boleh digoreng.
Proses menggoreng sukun adalah yang paling memenatkan.
Apa lagi aku nak tulis eh? Hahahaa.. 😅

Untuk sambungan trip perjalanan Romania ke Turkiye masih belum ditulis apa-apa lagi. Tunggu ada mood nak menulis semula. By the way tolong doakan wife yang dah seminggu tak sihat. Moga kembali sihat dan ceria insyallah.. ☺️🤲🏻

44 comments:

  1. Replies
    1. Buat rewang di masjid lagi sedap dan meriah :D

      Delete
  2. waah sedapnya sukun! kegemaran akak ni. makan cicah sambal kicap.
    susah nak jumpa buah sukun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat kampung dulu benda yang selalu ada dijual bersama goreng pisang..
      Cicah sambal kicap kan.. kita kan org johor hihii.. skrg susah nak jumpa org jual..

      Delete
  3. Lamanya tak makan sukun. Sedap kerepek sukun, sukun goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerepek sukun tak pernah jumpa dan tak pernah makan lagi huhuu..
      Memang selalu makan sukun goreng yang bancuhan sama dgn pisang goreng :D

      Delete
  4. Sedapnya sukun goreng.. favorite Akk ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah favorite kita juga.. generasi baru jer yang tak nak makan sukun ni hahaha

      Delete
  5. Sukaaa sukun goreng. Dulu mama sering masak. Skr kalau teringin cari di tempat orang jual gorengan.

    Saya ikut doakan istri Abang sehat kembali yaaa. ☺️. Semoga lekas pulih semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes zaman dulu-dulu sukun memang jadi makanan di waktu petang bersama kopi hihii.. zaman skrg hispter tak suka makan sukun goreng ni hahahaa.. Alhamdulillah terima kasih doakan ..

      Delete
  6. ya allah lama nya x makan sukun goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. saya pun dah lama tak makan.. nasib la kat masjid buat merewang goreng sukun ni huhuhuu..

      Delete
  7. Sukun goreng makan dengan sambal kicap emmm menambah-nambah makannya. Semuga soulmate sihat walafiat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. dulu kecil2 di Johor memang makan ubi goreng, pisang goreng pun dgn sambal kicap huhuu.. Amin terima kasih mendoakan :D

      Delete
  8. Semoga wife Afif cepat sembuh dan kembali ceria..

    Btw, lama juga tak makan sukun guringg. Cecahhh ngan sambal kicap pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin.. terima kasih mendoakan wife kita.. Dekat Perth tak ada buah sukun ke.. durian ada juga jumpa di supermarket dulu.. 😅

      Delete
  9. dalam tak de idea terbit juga sebuah entri ye, sedapnya lama kak ana tak jumpa buah sukun .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ... Kena menulis juga walau tak ada idea kan... Jgn biar lama tak post pape huhuu..

      Delete
  10. Sedapkan sukun goreng, esp makan panas²..kena potong tebal sikit, baru best ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. makan panas panas mmg sedap.. lagi2 bila masak beramai ramai.. aah kena potong tebal tapi tu la lambat masak jadinya..

      Delete
  11. Izin share yah admin

    Apartemen Kualanamu Aerocity merupakan pilihan yang sangat menarik untuk investasi maupun hunian. Harga mulai Rp275 jutaan dengan bonus AC
    menjadi nilai tambah yang luar biasa. Lokasinya dekat Bandara Kualanamu, akses tol, dan kawasan komersial sehingga memiliki potensi kenaikan harga
    serta peluang sewa yang tinggi.

    jual apartemen medan
    apartemen medan

    Terimakasih

    ReplyDelete
  12. dulu kt kampung banyak pokoknya di halaman penduduk. la ni dah banyak yang kena tebang.. suka kerepek sukun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. masa kecil kecil dulu rasanya agak mudah nak jumpa pokok sukun ini di mana mana sahaja.. sekarang ni dah susah nak jumpa huhuu..

      Delete
  13. hahaha sukun yang dikorbankan ekk. dah macam korban lembu xD
    saya tak suka sangat buah sukun ni sebab rasa dia keras2 sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dikorbankan lah tak ada la rugi tgk jatuh rosak di atas tanah di perkarangan masjid hihii.. keras tu sebab potong nipis dan yg goreng tak pandai sangat kot hihiii

      Delete
  14. Semoga isterinya cepat sembuh dan sihat serta kembali ceria seperti biasa. Sukun ni kalau nak makan kena gigi yang masih ganteng sebab boleh tahan kerasnya walaupun telah digoreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin terima kasih mendoakan.. at this moment masih lagi lemah.. insyallah moga kembali sihat amin... kena potong tebal sikit kalau nak lembut dan tempung bancuh tu jgn keras sgt huhuu..

      Delete
  15. Banyaknya sukun yg digoreng. Dah lama tak makan buah sukun . Oh ya, saya doakan wife tuan segera sembuh dan sihat semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pokok sukun mmg ada dalam masjid .. mmg ada yang panjat dan amik semua sukun sbb dah banyak yang jatuh terbiar.. last2 kitrg goreng la.. laku keras huhuuu.. terima kasih mendoakan wife saya :D

      Delete
  16. dh lama tak mkn sukun goreng...nmpk sedap la plakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. zaman skrg macam dah susah nak jumpa sukun goreng dulu masa kecil tahun 90an .. ramai jer yang meniaga ptg2.. :D

      Delete
  17. sukun matang nak masak sikit mmg sedap goreng manis n lembut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... mmg yang dah masak tu kalau goreng lembut dan aroma dia wangi jer hihiii :D

      Delete
  18. best, ada aktiviti mcm ni. Dapat kenal2 dengan ahli kariah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid kena banyak aktivti supaya lebih ramai yg hadir :D

      Delete
  19. Susah nak jumpa buah sukun goreng.. Sedap kalau potong nipis-nipis..
    Banyak betul getah dia ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg mmg susah nak jumpa org jual sukun goreng.. Tapi once dah buang kulit ok dah tak ada getah tu sangat..

      Delete
  20. Last sekali makan sukun goreng, bapa yang bawa balik buah, dia juga yang potong dan goreng. Hehe... goreng begitu saja pun sedap, tak sadur tepung pun. Semoga puan isterinya segera sihat dan kembali ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukun goreng kalau buat sendiri mmg puas makan dari beli di luar.. Boleh adjust nak rangup takat mana bagai hihihi.. Kalau tak sadur tepung letak garam jer.. pun sedapp..

      Delete
  21. Pergh, sedapnya dapat makan sukun goreng panas-panas lepas kuliah Subuh! Memang meriah buat aktiviti merewang ramai-ramai dekat masjid macam ni, sekurang-kurangnya tak membazir buah sukun yang luruh tu. Dekat kawasan SANsekarang ni dah susah betul nak jumpa pokok atau orang jual sukun goreng. Terbaik geng bapa-bapa masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah banyak sgt kat pokok dalam kawasan masjid.. kitrg pun apa lagi... Set up la goreng2 utk sarapan selepas solat subuh.. Okla boleh la jadi aktiviti kalangan jemaah.. betul tu skrg susah dah nak jumpa buah sukun..

      Delete
  22. Maksudnya ada pokok sukun lah kan dalam masjid.. Agaknya bila dah banyak sangat jemaah pun dah tak larat nak bawa balik.
    Akak kerap makan sebab adik ipar selalu bawa dari Sabak Bernam. Rumah toknya banyak pokok sukun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes asbab ada pokok sukun di masjid dan buah nya tgh banyak so geng lelaki plan nak goreng la pagi ahad tu.. Jika ada pokoknya mmg beruntung la sbb dpt makan selalu 😁

      Delete