Sunday, 7 December 2025

Hari Minggu Pertama Di Bulan Terakhir Untuk Tahun 2025

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Terasa lama sudah tak update blog ini. Bukan malas dan bukan sibuk mengembara pun.

Tapi sibuk dengan kerja. Maklum la hujung tahun ni semua department nak siapkan itu ini.

Dan aku sebegai pekerja bawahan antara yang menjadi mangsa disebabkan untuk memenuhi segala permintaan dari yang di atas. Kerja dan terus kerja walau dah lewat malam. Buat kerja depan laptop tapi nak buka blog sendiri pun tak sempat. Tapi malam ni gagah juga buka blog selepas dah siapkan kerja walau jam dah menunjukan pukul 1.17 pagi.

Sesi mengopi di pagi beberapa hari yang lepas di Coffee Bean & Tea Leave.

Patutnya weekend ni aku tak berada di Malaysia tapi apakah nasib tidak menyebelahi rezeki travel untuk 5 hari tidak kesampaian. Dek kerana negara yang ingin dituju itu dilanda taufan ribut dan banjir. Walau tiada lagi banjir tapi keadaan masih lagi belum pulih dari kesan banjir yang terjadi.

Wife pulak dah ambil cuti Khamis, Jumaat dengan Isnin. Tapi katanya tak jadi pergi pun tak apa lah, boleh habis kan cuti sebelum masuk tahun baru. Company yang wife kerja tak boleh carry forward cuti tahunan ke tahun hadapan. Jika tak guna consider burn kosong gitu jer lah. Okay Done sesi meluah hahaa.

Big Breakfast untuk si kakak. Tak sekolah sebab ada appointment gigi di USIM.
Red Velvet apa ntah nama kek ni. Okla sedap sehingga menjilat sudu. 
Half Cook Eggs and Toast Bread with butter. Roti tu jangan biar lama nanti liat.
Beberapa hari yang lepas ketika hujan sedang lebat dek kerana kehadiran taufan yang melanda Malaysia. Sempat juga aku breakfast dengan wife dan si kakak sekali sebab lepas breakfast tu terus nak hantar si kakak appointment gigi di Klinik USIM di Pandan Indah. Dalam tak sedar sepanjang November 5-6 kali juga mengopi di sini.

Pisang Goreng Cheese and Chocolate RM5.00 -  Bersebelahan Taman Tasik Permaisuri.
Petang pada hari yang sama selepas habis kerja di hospital, sempat aku singgah gerai jualan bersebelahan dengan Taman Tasik Permaisuri. Tak ada niat nak beli apa tapi sebab nak larikan fikiran yang kalut pasal kerja. Kita berhentikan kereta dan berjalan ke arah gerai. Dalam banyak-banyak tu aku beli pisang goreng cheese macam dalam gambar di atas.

Masuk kereta terus wife tanya "Tak pernah saya tengok awak beli pisang cheese ni semenjak kawin". Aku pun ntah la "Saja beli nak hilangkan stress pasal kerja". Padahal sendiri tak tahu kenapa beli. Tapi cerita kemudian aku makan habis. Sedapp..!! Hahahaa.

24 comments:

  1. Mujur baca caption sampai habis. Ingatkan CBTL ada jual goreng pisang cheese haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. di macam tu la.. nak bercerita tapi gambar tak kena hihihii :D

      Delete
  2. pisang goreng cheese tu fav my boys...dulu2 pernah viral laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga.. tapi cepat muak.. makan sikti2 minum petang boleh la.. :D

      Delete
  3. Pisang cheese tu fav anak2. Betul la tu hujung2 tahun ni macam2 kerja nak diselesaikan sebelum tahun baru menjelma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ramai yg fav makan pisang goreng cheese ni.. baru tahu huhuu..
      Itulah hujung tahun kan semua nak bagi filling cantik mmg habis kena kerah la :D

      Delete
  4. Pisang cheese favourite Cuya
    Lama jugk tk makan nanti nk cri la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dia punya fav juga.. Kiranya mmg ramai la suka pisang goreng cheese ni :D
      Kat KL ramai sangat orang jual pisang goreng cheese ni..

      Delete
  5. Area taman tasik permaisuri tu memang syurga beli2 makanan.... maciam-maciam ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak semeriah seperti dulu.. kalau tak silap 8-10 tahun lepas lagi meriah peniaga-peniaga di situ..

      Delete
  6. Pisang goreng cheese dan chocolate tu paling menambat mata

    ReplyDelete
  7. Lepas ni bolehlah selalu beli Pisang cheese tu, hihi. Bestnya sarapan kat CBTL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tapi tak leh makan banyak atau makan selalu sebab cepat muak huhuu..

      Delete
  8. hujung tahun kan.. dah habis audit, kisah nak tutup akaun pulak.. kikiki.. kebanyakan sektor swasta memang tak boleh carry forward.. Alhamdulillah la kerja gomen ni boleh carry forward sekali masuk GCR...tapi, GCr tu pun kalau umur panjang, sihat lagi.. merasa lah.. tapi linda baru ada 5 hari je GCR setelah 12 tahun kerja.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sibuk kalau dah hujung2 nie.. byk benor permintaan nya.. once kat swasta mmg tak leh carry forward.. kena la cuti dgn tenang kat rumah.. untung gomen boleh sambung menyambung cuti nya hihii..

      Delete
  9. Rasa lama juga tak menjamu selera di CBATL ni. terus terliur haha
    Weekends pun siapkan kerja sempat lah buka blog BW apa yg patut haha

    Pernah rasa company yg cutinya tak boleh carry forward, memang tiap2 tahun melancong saja kerja nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sekali sekala.. harga dia tam friendly marhain mcm kami.. tpi dtg juga la sekali sekala.. saya sampai la ni tak sempat nak blog walking lagi.. aduh malu pd kwn2 yg dtg ke sini.. keje swasta kan.. mmg tak leh carry forward.. 😅

      Delete
  10. red velvet CBTL sedap ya..boleh try lepas nih....ya, bila stress kerja, mesti nak makan yg manis2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila stress nak rileks CBTL ni mmg okla nak duduk santai2.. harga tu kena pejam mata sikit la hahaha.. 😅

      Delete
  11. murah jugak pisang cheese tu harga rm5 je! lama dah tak makan
    kat pasar jugak yg sedap berbanding beli yg org jual fancy2 dan harga merapu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mmg murah kalau RM5.00.. Lagi-lagi utk first timer mencuba..okla sedap boleh repeat.. beli kat pasar fresh lagi angkat dari kuali.. sedapp..

      Delete
  12. Faham sangat bila sebagai pekerja 'saya yang menurut perintah' ni memang jenuh macam-macam nak diuruskan setiap kali hujung tahun. Itu yang kadang-kadang dok berharap menang cabutan bertuah BSN RM1 juta tu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kenalah sy yg mengikuti perintah huhuu.. hujung tahun mmg kena lipat semua pekerja siapkan itu ini huhuu.. Uishh 1juta tu... Hurmmm best kalau dpt hahaha.. 😅

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...