Thursday, 20 February 2014

Uncle Azizul dan Auntie Shal Yang Ku Kenali - Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Part 1 : Uncle Azizul dan Auntie Shal Yang Ku Kenali

Lama sangat aku simpan entry ni dalam draft sejak tahun 2014 lagi. One of the reason kenapa aku tak publish ialah sebab banyak sangat gangguan. Ntah dari mana orang tiba-tiba call and aku pun tak tahun how they get my phone number. Tak kurang juga ada yang ugut untuk kenakan tindakan mahkamah and so on. Sound funny jugak bila fikir balik.

Lepas 2 hari aku tulis entry Uncle Azizul Dan Aunie Shal Yang Ku Kenali, aku telah menghilangkan diri hahaa.. Tak pergi mana pun just masuk hutan hiking ke Gunung Ledang di Johor selama 4 hari termasuk camping di kaki gunung. 

Dan memang aku off kan handphone. Ye la kalau dah ramai orang call nak jumpa mostly mengaku wartawan dan ada yang perkenalkan diri sebagai lawyer dan juga ada yang mengaku dari pihak mahkamah. Tak apa lah itu cerita 11 tahun lepas.

Sekarang semua dah selamat kes pun dan selesai on that same year. That kids are no more a kids, dah pun jadi orang dewasa. And somehow lama sangat tak jumpa Aishah, Amar, Adam dan Arif yang suka makan pizza buatan aku once upon a time. Rindu nak jumpa korang 4 beradik ntah korang ingat abang afif lagi ke tidak hahaha.

Dalam entry Part 1 aku ada minta 10 testimony dari mereka yang mengenali this family or Uncle Azizul or Auntie Shal personally untuk support my article about how good they are. Bukan seperti yang tersebar ketika itu seperti bersifat bengis, suka maki hamun, perggunakan agama, tak sayang dan suka pukul anak-anak and so on.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penulis-blog-rayu-10-testimoni-sokong-pasangan-sweden-30123

1. Imam Muda Ramadhan - Bekas Pelajara Malaysia di University Islam Darul Uloom Zakariya

Setiap kali berjumpa di mana-mana atau di majlis anjuran Kedutaan Malaysia. Sifat mereka (Uncle Azizul dan Auntie Shal) yang selalu bertanya khabar dan membantu pelajar membuatkan saya dan juga pelajar lain senang dan selalu mendampingi mereka. Dan juga dengan sifat mereka tidak pernah berasa kekok untuk duduk bersama pelajar2 agama di Johannesburg walaupun ketika itu usia saya baru berumur 18 tahun.

Mereka juga turut mengajak saya untuk menginap di rumah mereka setiap kali diwaktu cuti dan saya sendiri mengamati kehidupan keluarga ini amat mesra dengan masyarakat dan tidak pernah meninggi suara diantara mereka apatah lagi memukul anak mereka.

Malah ketika ada kes Pelajar Malaysia sakit yang di masukan ke hospital. Mereka adalah antara insan pertama yang pergi menziarah dan tanpa segan silu menghulurkan sebarang bantuan yang di perlukan termasuklah memberikan hand phone mereka untuk menelefon keluarga pelajar tersebut. Saya mendoakan agar mereka di bebaskan secepat mungkin.

2. Ustaz Mohd Fikri Jamil - Bekas Ketua Pelajar Malaysia South Africa 2009 - 2010

Setiap Pelajar Malaysia di Johannesburg maklum atas kebaikan dan keprihatinan beliau. Tidak pernah terlintas sedetik pun perkara negetif tentang mereka selama beberapa tahun aku mengenali mereka. Setelah quite a few occasions, boleh disimpulkan bahawa mereka adalah golongan yang sgt mengutamakan bab2 agama dan mempunyai PR yg sgt bagus dan sikap caring yang amat tinggi kepada pelajar2 malaysia, 

Oh ye, aku perasan, setiap kali Auntie Shal bercakap mengenai seseorang, mesti beliau berhati2 supaya percakapan itu tidak menjadi satu umpatan, dan yang menjadikan pengajaran buat aku sendiri ialah aunty shal ni jenis suka tolong orang tanpa mengira waktu dan siapa. 

Pada suatu waktu ketika aku di tahun akhir. Ada kenalan dari Malaysia datang ke Johannesburg untuk menonton match world cup. Kebetulan pada hari kenalan aku sampai di airport, aku ada kelas dari pagi sampai ke malam. Disebabkan crime yang terlalu tinggi di South Africa mengundang kerisauan pada aku.

Apabila tiada jalan lain aku menelefon cuba meminta pertolongan dari Uncle Azizul, tanpa sebarang kata lain. Mereka berkata "Fikri tak perlu risau.. Kami akan menjempat kawan fikri tu". Malah mereka juga membawa kenalan ku berjalan2 sekitar Johannesburg dan makan sebelum hantar kenalan ku ke tempat penginapan.

3. Halimah Ashari - Head of the English Department - Sekolah Seri Puteri 1991 - 2003

Shal and I were colleagues in SSP KL from 1991-2003. For almost 8 of those years I was her Head of the English Department. Many things I can say about Shal and all of them are good things. As a person she is kind and warm-hearted. Always ready to help and lend a sympathetic ear to one's problems. She is also a person of integrity and without any pretense or airs. What you see is what you get. 

As a colleague and teacher, she is also all of the above and more.. hardworking, selfless and generous with her time and always willing to work over and above the call of duty. She is strict and firm with her students but that is because she wants them to do well. I have never heard her use rough or mean words in all the time that I have known her. She is not malicious or vindictive as some people had said about her. 

To the girls of SSP, Ms Shal as she is fondly known and called (btw it is MS not MISS...all English teachers in SSP during my time were called MS...as opposed to being called 'teacher') is a cool warden...much loved and respected. 

If she and Azizul did reprimand and discipline their children physically, I am pretty sure it was done with the intention of teaching them good behavior as done in the Muslim and Asian manner. No malice or meanness. And it's not like they were hit on a regular basis. If you average the number of times each child was supposed to be hit over 3 years it boils down to less than 4 times a year or less. But it was reported in a manner that makes them look like monsters. What utter rubbish!!!

I hope what I have written will help you in your crusade to clear up the tarnished image of Shalwati and her husband. We have an FB page 'Pray for Shal' which I started for the purpose of praying for their release and blessing.

4. Marlia Haris - Bekas Pelajar Ms Shal di Sekolah Seri Puteri 1989 - 1993

Saya merupakan bekas pelajar Mishal di SSP tahun 89-93.. Kami antara first batch yang diajar selepas Mishal balik dari US.. Perkara yang berlaku ini begitu menyedihkan dan saya dan kawan2 lain sentiasa berdoa..

Mishal adalah guru bahasa inggeris saya dan warden saya dan juga sahabat saya.. Saya masih contact dia sampai sekarang.. di universiti juga.. Walaupun jarang2 tetapi still contact dan bertanya khabar sekali sekala.. Even dah berkerja dan berkeluarga sekarang ni...

Waktu zaman sekolah saya pernah makan dan tidur di bilik mishal.. Mishal bagi pinjam baju bila saya takde baju glemer nak pakai time dinner..  In fact pernah bagi duit pada saya selepas saya datang melawat selepas saya keluar SSP zaman pra universiti..

Waktu zaman warden dia selalu masak untuk saya dan juga kawan2.. celebrate birthday saya.. bagi hadiah birthday.. guide saya.. dan macam2 lagi untuk saya senaraikan di sini.. She's the best teacher i ever had.. Kalau tanya kawan2 saya semua di SSP.. guru yg diorang takkan lupa ialah MISHAL.. terlalu banyak kebaikan dia untuk disenaraikan di sini.. Mishal hanya ingin menjadi ibu yg baik.. definitely not an abuser.. jauh sekali.. dari anak murid mishal tersayang..

5. Nurfarah Naini binti Abdul Rashid - Bekas Pelajar Ms. Shalwati 1993 - 1997 di Sekolah Seri Puteri, Jalan Kolam Ayer, KL.

Ms Shalwati telah mengajar saya Subjek Bahasa Inggeris dari Tingkatan 1 hingga 5. Sepanjang 5 tahun di bawah bimbingan beliau, Kelas Bahasa Inggeris adalah kelas kegemaran saya dan yg paling saya tertunggu-tunggu. Beliau bukan sahaja amat berbakat dan berkebolehan menarik minat anak-anak muridnya, malah merupakan seorang guru yang prihatin, kelakar, kreatif serta tegas demi kebaikan kami semua. Tegas yang dikatakan di sini langsung tidak sama seperti yang di pertuduhkan kepada beliau dan suaminya. Tegas beliau di sini penuh berhemah, pendekatan penyayang serta tidak mudah putus asa.

Ms Shalwati juga seorang warden di sekolah. Banyak urusan yang melibatkan kebajikan pelajar telah beliau tangani dgn penuh kasih sayang dan kesabaran. Menemani pelajar di “sick bay”, memberi sesi kaunseling kpd para pelajar, menjadi pendengar yang setia, memastikan kami solat serta mendengar tazkirah, malah urusan dobi juga beliau ambil berat!

Ms Shalwati juga guru iringan Kelab Bola Keranjang, yang mana pasukan Bola Keranjang Seri Puteri merupakan antara yang paling digeruni seantero Malaysia. Pasukan ini berjaya bukan sahaja kerana bimbingan jurulatih, tetapi kerana sokongan padu moral, fizikal serta panduan rohani guru-guru iringannya!

What can I say, Ms Shal is an integral part of the Seri Puteri society.. Ms Shalwati adalah seorang yang telah banyak menabur jasa kpd saya dan rakan2. Doa saya sentiasa untuk Ms Shal dan keluarganya.

6. Wan Abdullah Wan Saleh - Rakyat Malaysia yang pernah menetap selama 22 tahun di Johannesburg, South Africa.

Sehina-hina perbuatan adalah meyebarkan fitnah. Saya ingin menerangkan kpd anda semua, Azizul dan Shal adalah rakan baik saya semasa mereka bertugas di Africa Selatan selama 4tahun. Bercuti bersama, makan minum bersama dan kami selalu bersama-sama menganjurkan rumah terbuka samada di hari raya ataupun di waktu cuti panjang. Anak2 mereka adalah sahabat baik kpd anak2 kami. 

Mereka adalah ibu bapa yg pengasih dan penyayang tidak seperti apa yang disebarkan di sini. Malah mereka juga mengambil anak-anak angkat yg menuntut di University Islam Darul Uloom Zakaria. Ada beberapa pelajar yang menjadi anak angkat mereka. Mereka ini dijaga oleh Shalwati Norshal dan Azizul Raheem terutamanya di bulan Ramadhan ketika pelajar lain pulang ke Malaysia bercuti.

Sekadar mendisplinkan anak, saya juga amat tegas. Sebelum anda meyebarkan fitnah berkenaan sifat mereka seperti suka mendera anak. Ketahuilah jika undang2 Sweden dikuat kuasakan di dunia 98% drpd kita semua telah dipenjarakan diatas perkara mendisplinkan anak-anak. Sudahkah anda kaji dgn teliti sebelum menyebarkan sesuatu perkara yang boleh menjadi fitnah dosa ini.

Kesimpulan yg nyata 2 Rakyat Malaysia ditahan di Sweden atas dasar perbezaan budaya dan agama dlm mendisplinkan anak. Kenapa harus kita "Bergossip menyebarkan sesuatu yg tidak benar" . Jika benar anda rakan mereka ataupun anda seorang rakyat Malaysia, sanggupkah anda melihat ini terjadi pada rakan,sahabat,kaum keluarga anda. Belajarlah dari perpatah Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana sepakat. Bersatu Teguh Bercerai Roboh

From Ex Seri Puteri Testimony 1

I have been saddened and disturbed by what has been happening. All I can say is that I hope things will get better and the family be united again. I taught with 'Miss Shal' as she was fondly known then - in Sri Puteri from 1992 till1996 - when I retired from the teaching service. We got along well and she was one of the most popular English teachers around.

We shared a lot of experiences with the 'English Language' and worked well together - in our effort to make l'earning English' fun. Those were the good times and I sincerely hope and pray that all will end well for Miss Shal and her family. There's no way she could ever be an 'abuser'. My prayers will always be with her.

From Ex Seri Puteri Testimony 2

As-Salam... saya juga ex-student miss shal 1991-1995 di seri puteri, Jln Kolam Ayer. she was my english teacher n my warden too. Miss Shal mmg seorang yang tegas tp dlm masa yang sama beliau juga seorang yang sangat caring & happy go lucky. Beliau sering membantu saya terutama dalam pelajaran bahasa Inggeris... sanggup buat extra class utk ajar saya. Tak kira masa atau wang ringgit. 

Ttg bab solat mmg sgt tegas. Setuju dgn komen dina. Beliau kejutkan student dorm to dorm dgn pki telekung... tambahan pula dorm saya mmg sebelah dengan bilik beliau. Sedih bila baca di pelbagai media ttg beliau... mmg x masuk akal... guna kayu dan sebagainya... ada yang kata beliau merupakan ibu tiri kpd 4 org anak2 tu.. sungguh mendukacitakan... bagi kepada sesiapa yang tidak mengenali miss shal, jangan tuduh atau cakap sesuka hati.. 

Kita sama-sama doakan yang terbaik & jangan putus doa untuk mereka... ini semua ujian dariNya.... insyaAllah, the truth will be revealed.... hentikan tomahan yang bukan-bukan mengenai Miss Shal & suaminya. I miss you miss Shal..... ( elly- ex-student miss shal )

From Ex Seri Puteri Testimony 3

salam.. saya ex-student miss shal back in 1993 di seri puteri. she was my english teacher n my warden. miss shal mmg tegas tentang solat dan dia antara warden yg sgt prihatin dan sgt menjaga solat students nya.. bayangkan kerajinan miss shal bangun awal around 5.45 am dan round from block to block dlm kdaan yg gelap dan solo pulak tu, kejut students utk bgn subuh.. sedih sgt dgn semua cerita negative yg kami ex students semua baca dlm fb. harapnya lps ni takde lagi la fitnah yg saya kirakan berat di sweden dan dibebaskan utk bersama anak2nya.

From Ex Seri Puteri Testimony 4

Sedih pulak saya membaca komen yang seolah-olah menyokong penahanana mereka oleh pihak sweden tu. Kita di sini hanya mengharapkan yang terbaik untuk mereka.. tidak boleh ke ketepikan pandangan negatif terhadap mereka dan berdoa agar mereka dibebaskan sahaja.. setiap ibu bapa mempunyai cara didikan mereka.. 

Miss Shal yang saya kenal adalah seorang yang ceria dan tegas.. Dia English teacher di Sekolah Seri Puteri.. Dia juga warden kami..sebagai seorang guru jasanya teramat banyak kepada kami semua.. berjaya mendidik kami menjadi manusia dan tidak pernah kenal erti jemu mengetuk dorm kami setiap pagi untuk solat subuh.. 

Beliau juga amat prihatin dengan anak-anak murid nye dan menjadikan English is Fun.. sudah-sudahlah yang berprasangka buruk tu ye.. Doakan yang terbaik untuk mereka - ex SSPIAN 90-94-yan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...