Sambungan Dari Brunei Part 2 : Perjalanan Miri ke Bandar Seri Begawan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Okay la jom sambung cerita dari entry yang lepas.. Tidur di tempat mereka yang prihatin pada malam itu memang membuat aku nyenyak hingga kesokan pagi.. selepas waktu subuh dan setelah matahari naik dengan cerah.. ia menandakan waktu pagi yang baik bagi ku..
Faizal mengajak aku breakfast di restoran tempat beliau berkerja.. kali ni kedai dah mula beroperasi.. dan ramai pekerja lain.. for sure kene bayar.. tapi Faizal kata tak apa.. breakfast pun dia belanja.. makan Roti Canai Telur kuah Kari kambing dengan Teh Susu Panas..
Terdapat beberapa keunikan di kampung air ini.. menyebabkan aku teruja berjalan dan bersiar di sekitar kampung air ini.. lengkap dengan surau mahupan masjid.. ada dewan untuk orang ramai berkumpul.. ada juga kedai runcit.. dan sesetengah rumah terlalu cantik dengan hiasaan pokok bunga dalam pasu.. mahupun pokok buah.. seolah seperti kebun.. tak nampak pun macam rumah mereka di atas air..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kemaafan ku pohon dari rakan2 blogger, followers dan readers.. di atas kelewatan dalam mengeluarkan sambungan entry Brunei ini.. Kesibukan dalam menerokai keindahan alam semula jadi di negara matahari terbit dan juga demam batuk ku yang teruk masuk hari ke-5..
Menyebabkan ku hanya memberi masa untuk badan ku berehat.. tanpa mampu mengarang tapi mampu buat blog walking huhuu.. Alhamdulillah hari ini batuk dan demam dah kurang maka aku cuba untuk membuat sambungan entry ini.. kalau tak berpuas hati faham2 la tengah sakit tak boleh nak mengarang dengan baik :D
Okay la jom sambung cerita dari entry yang lepas.. Tidur di tempat mereka yang prihatin pada malam itu memang membuat aku nyenyak hingga kesokan pagi.. selepas waktu subuh dan setelah matahari naik dengan cerah.. ia menandakan waktu pagi yang baik bagi ku..
Faizal mengajak aku breakfast di restoran tempat beliau berkerja.. kali ni kedai dah mula beroperasi.. dan ramai pekerja lain.. for sure kene bayar.. tapi Faizal kata tak apa.. breakfast pun dia belanja.. makan Roti Canai Telur kuah Kari kambing dengan Teh Susu Panas..
Selesai sarapan Faizal menawarkan diri untuk bawa aku melawat kawasan sekitar.. tapi aku rasa cukup la dah menyusahkan dia dari semalam.. dan aku rasa mampu berjalan seorang diri.. dan Faizal suruh aku tinggalkan beg di tempat tido semalam.. tak payah la nak di bawa ke hulu ke hilir..
Tempat yang patut di lawati di sini ialah kampung air.. akan ada ramai pemandu bot kecil pelawa diri untuk menjadi tour guide ke kampung air berdekatan.. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan mereka boleh la menunggu mereka di sebelah Tamu Kianggeh di Sungai Kianggeh..
Keadaan kampung air yang bersih.. Boleh nampak Masjid Omar Ali Saifuddin dari sini.. |
Titi untuk ke rumah di kampung air ini.. |
Bot sebagai pengankutan penduduk di kampung air.. |
Sekolah Rendah (Biru).. Sekolah Agama (Brown) |
Terdapat beberapa keunikan di kampung air ini.. menyebabkan aku teruja berjalan dan bersiar di sekitar kampung air ini.. lengkap dengan surau mahupan masjid.. ada dewan untuk orang ramai berkumpul.. ada juga kedai runcit.. dan sesetengah rumah terlalu cantik dengan hiasaan pokok bunga dalam pasu.. mahupun pokok buah.. seolah seperti kebun.. tak nampak pun macam rumah mereka di atas air..
Jangan sangka rumah mereka kayu semata-mata saja.. Aircond, Tingkap Tinted.. LCD Tv.. ada taman pokok pasu lagi tu.. |
Bersih dan tenang jer.. Rasa macam nak ketuk pintu nak masuk dalam rumah jer.. |
Kalau di atas jalan "Bus Stop".. tapi ni Boat Stop la jadi nya hahaa.. :D |
Selepas aku jalan-jalan di sekitar kampung air ini.. aku terus ke Tamu Kianggeh.. sebuah pasar pagi.. macam-macam benda rare ada.. termasuk jenis ikan yang aku tak pernah nampak.. dan tak jauh mana pun berjalan kaki dari kampung air ini ke Tamu Kianggeh dalam 25 - 35 minit.. merentasi Masjid Omar Ali Saifuddin..
Di Pasar Tamu Kianggeh ini ada sejenis makanan yang aku cari.. ianya sejenis pulut (mungkin) dibalut dengan sejenis daun.. memang famous katanya.. bila baca di blog orang lain memang ada sebut pasal makanan ni tapi lupa pulak nama nya.. dan lebih mengecewakan ialah satu pun makanan special ni tidak ditemui.. terus kempunan hahahaa..
Selamat Datang Ke Tamu Kianggeh |
Ada di antara penduduk datang dengan menaiki bot.. |
85 % keadaan sungai ini memang bersih.. |
Di Pasar Tamu Kianggeh ini ada sejenis makanan yang aku cari.. ianya sejenis pulut (mungkin) dibalut dengan sejenis daun.. memang famous katanya.. bila baca di blog orang lain memang ada sebut pasal makanan ni tapi lupa pulak nama nya.. dan lebih mengecewakan ialah satu pun makanan special ni tidak ditemui.. terus kempunan hahahaa..
Teringin nak beli tapi payah nak bawa nanti.. |
Lauk mungkin bermakna ikan kot.. |
Ikan Salai original dari kampung.. terbaik:D |
Ikan Batu Karang |
Beras Bandal ??? |
Beras Pusu ??? |
Jika sesiapa yang tahu makanan yang aku maksudkan itu silalah share nama nyer di comment di bawah yer..
Okay Pasar Tamu Kianggeh ni adalah sebuah pasar yang tidaklah besar tapi amat menarik untuk berjalan-jalan.. ada orang kata ia hanya beroperasi di sebelah pagi hingga tengah hari.. ada yang kata sampai lewat petang.. apa pun selain pasar terdapat juga gerai makanan..
Tempat makan yang selesa di gerai makan sekitar Tamu Kianggeh |
Harga BD 0.50.. mungkin nasi lemak kot |
Nak apa.. mihun atau nasi lemak dan kuih muih semua ada.. |
Jika datang pada waktu pagi memang meriah dengan makanan :D |
Tepung Pelita versi Brunei..?? Warna dan rasa lain dari yang lain tapi janji sedap dan terbaik.. :D |
Ini Tapai kot.. aku rasa la.. nak kata ketupat palas macam tak jer.. |
Dan di sini adalah satu-satu nya tempat di mana anda boleh jumpa fridge magnet Brunei.. dengan harga yang agak mahal iaitu BD 4.00 hingga BD 6.00 untuk satu.. apa boleh buat dah kata fridge magnet collector beli la satu.. sekadar cukupkan syarat huhuhuu.. Contineu Part 4..
owh cantik juga pemandangan dkat kampung air..
ReplyDeletenampak aman damai..sungai pun bersih..pling penting skolah pun kat kawasan air..
semoga cepat sihat bro :)
Kampung Air memang sebuah kawasan yang unik tapi bergantung di mana dan bagai mana ia di jaga.. Di Brunei dan Labuan kebanyakan ia di jaga dan bersih tetapi tidak di sabah especially di Kota Kinabalu.. agak kotor atau terlalu kotor..
DeleteThanks.. hope boleh sembuh dengan cepat amin :D
ya..bkn agk kotor..stengah area memng sangat2...kotor..pnah tgok..
Deletebaru perasan signboard kat sana pkai tulisan jawi..mcm du klantan :)
Itu lah.. kadang2 terfikir nasib baik tempat labuan itu di jadikan wilayah perseketuan.. kalau di jaga di bawah sabah mesti takcantik macam sekarang hahahaa.. :P
DeleteAah signboard semua dalam bahasa jawi.. lagi hebat dari Kelantan.. hehee..
Ada pegi ke Gadong tak?...
DeleteGadong?? tak pergi kot rasa nyer.. :D
Deleteyummeh. food nusantara more or less the same. get well soon
ReplyDeleteYep like that "food nusantara".. look same but different.. thanks :D
DeleteDlm x sihat pun masih boleh mengarang maybe perbezaan cuaca menyebabkan suhu bdn x stabil. Semoga cepat ye adik ku :-)
ReplyDeleteItu lah tak sanggup nak tinggal blog lama2 tanpa di usik huhuuu..
Deleteitu mungkin cuaca kerap berubah di Jepun :P
Thanks Kak JM.. insyallah akan kuatkan diri .. :D
yeay dah balik...hehehe best-best....kuih tepung pelita versi brunei tu menarik minat saya nak cuba nanti...hehehe
ReplyDeleteBalik..?? hehehee... not really .. itulah kuih tepung pelita versi brunei pun sedap.. makanan nusantara halal kene la cuba Kak DJ.. :D
Deleteyeay dah balik...hehehe best-best....kuih tepung pelita versi brunei tu menarik minat saya nak cuba nanti...hehehe
ReplyDeleteTak kan excited sampai 2 kali comment hahahaa.. :p
DeleteAssalamualaikum..pic paling cantik nan indah lg2 bla tgk tang rumah yg pnuh dgn pokok bunga 2..Subhanallah...dekorasi yg sgt mnarik..tng ja nmpkkn..(^_^)...lg 1 ikn yg first time bru tgk ni..he3..cntik sguh kaler dia cm plangi dh tgk...(rsny org ln besa dh kot tgk ikn cmtu..sy ja jakun terlbh..he3)..smoga dlm lindungan Allah slalu..Syafakallah...(^_^)
ReplyDeleteWaalaikumsalam..part rumah penuh pasu tu memang best.. pokok bunga dengan pokok buah dan sayuran penuh di tanam tapi nampak cantik sebab ada dalam pasu ..
DeleteIkan tu pun first time tengok.. sebelum ni tak pernah.. kalau di semenanjung tak boleh tangkap sebab ikan batu karang tapi selamber jer kat Borneo :D
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRindu kat negara matahari terbit lah tu kan sampai batuk demam bagai. Get well soon! And, elok lah dah start continue entry Brunei ni.
ReplyDeleteTengok bungkusan nasi lemak, mihun tu semua dan2 teringat zaman sekolah dulu. Yumms. Ikan tu banyak juga kat KK, paling sedap masak sambal or stim. Yang last sekali tu, sometimes tapai sometimes pulut je tapi manis.
Weather la.. sampai KL jer terus tekak rasa something than start batuk2.. result batuk terus bertukar jadi demam huhuhuu.. sedihh.. alhamdulillah ni dah kurang sket..
DeleteAah betul bungkusan tu dulu zaman sekolah rendah memang banyak..ikan first time nampak di brunei dan first time makan di labuan :D memang masa beli penjual tu kata buat stim tapi jgn goreng tak best and kene masak sekejap jer.. :D mmg yummies.. oh yg lepas tu tapai or pulut .. patut nmpk sedap je hari tu :D
Pusu tu maksudnya ikan bilis.. sama macam panggilan kat Sarawak.. Ikan salai tu , kalau kat sarawak kitorang panggil ikan Tahai.. sedap kalau buat sambal.. yummy.. tapi banyak tulang...
Deletecantik rumah2 kat kg air tu..bersih!
ReplyDeletesaya penah jumpa ikan warna biru tu kat pasar sabah..
masa tu 1st time tgk ikan mcm tu...rasa mcm pelik
Yep yg penting mereka utamakan kebersihan .. dan kemudian baru lah decoration..
DeleteSebab kalau orang join diving jer yang nmpak ikan tu di semenanjung.. di kawal..tapi di sabah boleh sebab banyak kot ikan tu :D
cantik sungguh rumah dalam air tu. bila tengok gambar ni, teringin nak ke brunei. insyallah..
ReplyDeleteOpss.. correction rumah atas air la.. kalau dalam air tu dah jadi rumah sub marine hahahaa.. :P sila la ke brunei aman dan damai :D
DeleteIkan kaler biru tu sedap sebenarnye ... penah makan la.. tak silap namenye parrot fish
ReplyDeleteAah sedap sebab lepas brunei ke labuan.. berpeluang beli dan masak kat rumah kawan.. memang sedap buat stim.. :D aah mcm pernah dgr jugak parrot fish nama dia.. ingat2 lupa..
Deleteassalam.. nanti email alamat rumah ya nak kasi gift sbb citer pasal blogging hari tu... email to o-mulan@hotmail.com
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. cerita pasal blogging?? bila kah itu hehehee.. ok akan email alamat rumah nanti insyallah :D
DeleteUish, ikan tu memang ori warna biru ke? hehe
ReplyDeleteAah warna dia ori biru.. kata si penjual tu kalau masa baru naik dari air warna dia lagi cantik.. dan kalau dalam laut lagi ler.. :D
Deletehehe.. first time tgk ikan cantik utk dimakan. haha
DeleteItu lah.. masa di Labuan.. memang tak lepas kan pelaung untuk makan ikan ni..
DeleteMemamng sedap sangat kot :D
Nasib baik ko cepat update blog entry Brunei ni. Hehe
DeleteInsyaAllah bulan 3 ni akan ke sana. Baru je book tiket hari Jumaat lepas. ;D
Tengah siapkan entry seterusnya :D harap apa aku tulis pasal Brunei ni dapat membantu orang macam ko yang nak ke sana.. By the way jangan lupa vote aku ek di MSMW 2014 yer :D
DeleteHahaha.
DeleteInsyaAllah. Okay gak tu, aku vote ko, ko vote aku eh? ;D
oh ko masuk kategori mana??? habaq mai sini.. tak tahu pulak hahaha :D
Deleteikan batu karang tu cantik betol kaler dia...tk prnh tgk kt pasar kt msia nih..
ReplyDeleteDi semenanjung memang tiada.. sebab macam di jaga jabatan berkenaan.. tapi dekat borneo ikan ni banyak.. tangkap jual hari2 pun tak pe.. :D
DeleteAssalamualaikum. cantiknya Brunei. first time tengok kawasan perkampungan air kat Brunei. Teringin pula sheila nak rasa kuih2 buatan sana, macam unik je. hehehe. Terima kasih sudi singgah blog sheila dan follow. Salam perkenalan ye. Sheila suka baca entri travel. Kot lah boleh cedok sikit ilmu sebelum melancong ke tempat orang. Mahal juga FM.. nak taknak kena beli, kata collector kannn Y____Y
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Ini pun first tengok kampung air.. Maklumla setiap tempat kan berlainan cara membuat kuih.. tapi dah melayu maka still ada persamaan tu : D
DeleteJangan cedok sket2.. nak cedok banyak2 pun boleh.. sila lah.. mmg berkongsi pengalaman di sini :D FM kene beli jugak la nak buat mcm mne kan.. :D
macam ternampak muka Faizal kat entri bawah tadi.... dia ke?....
ReplyDeleteSenang betul dapat kawan dia ni hehe.....mana mana boleh hidupkan TT....
OKje tak tau nak gambarkan kuih apa yg awak cari TT.....
Aah faizal tu gambar ke-3 tu.. itu lah dia.. memang baik dan peramah :D
DeleteAlhamdulillah rezeki macam tu la ... insyallah bumi Allah ni kan besar mana2 boleh hidup kan .. :D
Kuih tu dah jumpa nama nyer kulapis kata Puan Nohas :D
As salam, bukan kulapis laa... tapi kalupis... hehe...
DeleteWaalaikumsalam.. oh okay kalupis.. terima kasih sebab membetulkan :D
Deletekalupis, kulapis...... macam kuih lapis jer hehe
Deletenak sebut pun lidah dah terbelit2 hahahaa :D
Deletebape hari ye kene jalan brunei nih?? 2 ari cukup x? semua area bandar je kan? boleh jalan kaki je kan?
ReplyDeleteKalau sekadar nak jalan di Bandar Seri Begawan 2 hari 1 malam dah cukup.. tapi kalau nak turun ke Kuala Belait tu tambah la sehari lagi.. tak rugi spend satu hari di Kuala Belait :D
DeleteDalam area Bandar tu boleh jalan kaki jer.. hanya Istana Nurul Iman dan Masjid Bolkiah kene guna pengankutan awam.. :D
What a lovely place....just nak tanya, TT guna camera apa ya? Gambar dia terang...
ReplyDeleteMemang lovely place.. especially kalau suka ketenangandan nak lari dari kesesakan persekitaran :D guna camera Nikon D3100.. kecik, ringan, dan senang nak bawa travel.. :D
Delete1. boleh tahan menarik jugak rumah kat kampung air tu...
ReplyDelete2. tepung pelita versi brunai...rasa tak?
3. nasi lemak dgn bihun goreng camtu...teringat zaman sekolah2 dulu cuma packaging jer lain sket
4. PTK tu rasanya kalo akak pergi...rasannya berjam duduk situ utk explore benda2 menarik yang teak pernah jumpa
5. semoga cepat sembuh ye afif...
Memang menarik rumah di kampung air tu.. kalau ada peluang di selangor ni memang nak buat satu :D tepung pelita tu sedap lain dari tepung pelita kita kat semenanjung nie.. but saje je letak nama tepung pelita sebab rupa sama hahaha :D
DeleteItu lah PTk tu pun setiap lorong saya masuk even tak ada la besar mana tapi seronok tengok benda rare kat situ hehehe :D alhamdulillah dah kurang sikit ni sakit..
ini baru real floating market..buah tu ialah buah tarap..dan kuih tradisi tu kuih kelupis (cari kat google..hehe). Lengkap infrastruktur kpg air ni..ada sekolah, masjid..tapi tandasnya mcmana ye, fikir jg..takkan terus direct ke air..pollution..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh, selalunya begitulah, dari negara sejuk ke negara panas, akan batuk demam, nak adjust balik..
Bukan floating dah.. Pasar Tamu Kianggeh ni mcm pulau kecil kalau tengok dari hadapan.. oh aah baru ingat buah tarap.. betul la..oh nama dia kelupis ek.. itu lah tak jumpa mana nak ingat hehehee..
DeleteKampung air tu tandas nyer tak tahu la pulak.. sebab tak masuk dalam tengok macam mana :D itu lah demam, batuk, tekak kering, pening kepala.. tapi dah kurang sket.. hari ni sakit perut pulak.. dugaan betul ..
siyes mmg cantiklah umah atas air diorg tu..penuh rimbunan pokok2 bunga
ReplyDeleteikan batu karang tu boleh mkn ke?
Itu lah.. memang suka tengok rumah mereka di atas air tu.. cara hidup tak mcam atas air dengan tanaman mereka :D
DeleteAah boleh makan.. sedap pulak tu isi lembut sangat.. nasihat dari penjual tak boleh masak lama2.. :D
perkampungan air ni kalau petang2 mesti nyaman je. Boleh nampak bersih airnya walaupun warnanya takjernih.
ReplyDeleteBaik hati faizal ye. belanja bf lagi.
Ada sesetengah kampung air itu memang menjadi tempat orang ramai menikmati matahari trbenam.. memang lawa sangat.. Alhamdulillah dapat berkenalan dengan Faizal yg prihatin dan baik hati :D
Deletesalam... =)
ReplyDeletebeshnye kampung air tu..dikelilingi air.... ^,^
bgus la signbord jalan kat Brunei ni, ada tulisan jawi lagi.. =)
Waalaikumsalam.. :D
DeleteBetul tu.. suasana kampung air memang best.. dan lagi best bile tgk air pun bersih jer :D
Aah mostly signboard sana semua ada tulisan jawi ..
indahnya suasana di brunei ni..harap2 ada rezeki utk ke sana..en.travel pe kaboo ? :)
ReplyDeleteInsyallah moga ada rezeki yang murah untuk aya zuki :D
DeleteAlhamdulillah kabo baik ajer.. bile nak balik dari kampung tu .. :D
Subhanallah..indah bangat tempatnye..cantik..
ReplyDeletedulu sy pernah berangan nak dok umah atas air..hahah.. :D
Oh ye ker.. dulu mungkin yer rumah atas air ini sekadar rumah.. dan ramai mampu membuat nyer.. taoi sekarang rasa kalau baru nak buat memang mahal kot kos nk buat rumah atas ni.. tapi memang cantik :D
Deleteyeayy dah ada sambungan entri brunei..heee.. sukalah tmpt mcm ni.. dikelilingi pulau gitu.. boleh naik boat.. seronoknya... eh nasi lemak tu dibungkus dlm plastik? 1st time tgk nih.. menarik gak awk panggil boat stop tu.. hihi.. sesuaii...
ReplyDeleteTau tak pe.. memang cantik rumah atas air kalau sungai dan persekitaran dia bersih :D
DeleteDah rumah atas air bot la menjadi pengankutan utama huhuhuu..
Oh nasi lemak tu saya rasa jer lah.. mungkin kuih lain kot mana la tau huhuuu.. :D
cantiknya pemandangan..tempat pic ketiga last tu zaza suka sgt suasana mcm tu... ikan batu karang..lawa color... syg nak makan...beli mesti cute je.. :D
ReplyDeletebuah apa tu?sebab rasa mcm kalau digoreng mcm sedap je..haha
cantiknya dapat rumah mcm tu... heee...mcm nak cri je satu..hahahah :D
ikan batu karang tu kalau beli hidup tak pe la.. ni dah mati tak payah nak sayang hahahaa :D tempat gerai makan di tamu kianggeh tu memang unik nyaman jer :D
DeleteItu buah kalupis .. nasib baik ada org bagitau di comment :D itu lah rumah atas air tu mmg cntik nyaman jer :D
boleh tahan jugakler berjalannyer di sana yerk.. tapi tuler kalau bawak anaktu payahler sikit sebabnyer diaorangtu kalau berjalan nak tempat redupjer...
ReplyDeletesatu kelainankan berada di negara orang...
Kalau nak ke kampung air tu .. boleh naik bot.. tapi saya berjalan kaki jer :D
Deletekalau dah bawa anak tu.. naik bot jer la jalan2 di kampung air tu .. biasa la nama pun negara lain.. maka berlainan juga lah walau sesama melayu kan :D
singgah sini... tuan blog dah sihat lom?? dah sihat nanti update entri terbaru yer..hihi... setia menanti... :)
ReplyDeleteEh dah update la Part 4 Brunei.. hehehee.. alhamdulilllah dah sihat banyak nie..
DeleteSila la ke new entry yer.. dan jangan lupa undi yer :D
dah masuk tandas depa ? Gemuk2 ikan di sekitar tandas depa.
ReplyDeleteMasuk ?? hehehe dah dah.. hahaha.. gemuk2 ikan tu huhuhuuu.. :D
DeleteBuah yang tak pernah jumpa ni namanya buah tarap...sedap makan..
ReplyDeleteoh ok buah tarap.. :D
DeleteMcm mne makan nyer.. begitu sahaja atau di goreng mcm cempedak huhuuu...
Biasanya, saya makan terus saja. Bijinya pun boleh direbus or digoreng untuk dimakan. Lain kali boleh try :D
DeleteAre you from somewhere around there? nanti kalau datang arae sana lagi minta tolong you ajar macam mana nak makan la huhuhuuu..
DeleteSaya dari Labuan. Hihi..Buah ni di Sabah pun ada jual. Jangan risau, senang saja makan buah ni, kupas kulit dan terus makan saja :D
DeleteBrunei, belum saya pergi lagi sebab currency tinggi so mesti simpan banyak2 duit dulu baru boleh pergi...Haha..
Oh Labuan ker.. what a beautiful place.. i spend 6 days in Labuan after Brunei Tour.. :D
Deleteokay tak tahu is that simple nak makan buah tarap tu.. sempat makan durian kampung sarawak jer.. :D
Ermm.. yeap it's true the currency mahal sket dari Malaysia but thing kat sana murah tak de la mahal sgt so lebih kurang sama jer dgn malaysia.. btw hope u can vote for me in MSMW2014.. :D
nampak menarik kampung air tu...siap ada sekolah rendah dan menarik...
ReplyDeleteada gak nama beras n makanan yang tak pernah kita tengok di semenanjung ni...
Kampung air tu menarik sebab unik.. jarang ada di semenanjung..:D
Deletetak tahu beras apa tu.. mungkin nama lain di sana atau mmg lain dari semenanjung..
kampung yg awesome. bila sebut bersih, seolah2 mcm kat jepun pun ada
ReplyDeleteOh setiap negara ada keunikan masing2 dalam kebersihan :D
DeleteKampung tu memang awesome :D
pergh.. umah atas air.. sukaaa sukaa snagat2
ReplyDeleteKan .. best kan rumah atas air macam tu .. petang2 boleh layan matahari turun.. boleh mancing lagi tu huhuhuu.. :D
Deletebaru jer balik dari brunei..memang brunei best..harga brg pun murah wpun currency dia tinggi..ikan tu biasa kami panggil ikan tadungan..memang sedap
ReplyDeleteOh okay nama ikan tu tadungan.. memang sedap buat kukus masa di Pulau Labuan.. :D
DeleteSetuju harga murah walau currency tinggi..
sayangnya, TT x sempat makan nasi katok.. harga $1 jer, tp kenyang ngan nasi+ayam goreng+ sambal pedas...
DeleteNasi Katok dah jadi menu penting di sini, tambah2 lagi kalau di musim 'kemarau" hihihi.. x pun kalau yg ingin tukar selera, dari asyik makan menu mahal, makan menu $1 pun boleh kenyang..
tp TT pun sangat beruntung, dpt makan mewah free..:)
Nak buat macam mana saya tiada kenalan di Brunei.. tiada siapa yang nak bantu bagai.. hanya sekadar buat research sendiri dengan internet.. Insyallah next time will explore more and more.. :D aduhaiii nasi katok.. $1.00 jer huhuuu.. :D
Deletekadang2 ada jugak makanan tu orang jual 0.50 sen je sebungkus...memang berbaloi..sedap and kenyang sekaligus..in sha Allah bulan 10 ni nak pergi lagi kebrunei..jom la TT pergi brunei tengok wedding kat sana yang memang lain dari yang lain...
DeleteBulan 10..??? hurmm macam menarik.. boleh makan nasi katok kan hahahaa..
DeletePart tengok wedding kat sana tu memang menarik sangat :D
boleh jer kalau TT nak join bulan 10 ni..itu pun kalau TT x segan hahahaa :)
DeleteOkay jer.. nanti send Email : afif_4ht@hotmail.com :D
Deletemerujuk pasal skolah di kg. Air..
ReplyDelete1. yg Brown tu sekolah rendah
2. yg biru sekolah agama..
di brunei pendidikan sekolah agama adalah wajib. so students di sini akan menghadiri 2 sessi persekolahan (bagi murid2 berumur 6-12 tahun).
Oh terima kasih.. mengenai info tersebut.. alhamdulillah mereka ada sistem sekolah agama macam tu.. bagus la.. :D
Deletecantiknya pemandangan rumah air tu.. air sungai pun jernih tak uabh mcm kawasan di sabah & srawak..
ReplyDeleteBest sangat kalau ada sebuah rumah macam tu.. :D
Deletenasi lemak bungkus plastik..
ReplyDeleteteringat zaman sekolah2..
hahaha
Itu lah teringat zaman dahulu kala :D
Deletemurah2 lagi msa tu kan .. :D
assalam awak , leh x bg email awak ? saye ade bnde nk tnye psal trip miri-brunei ni , sbb saye pon akan kesane awal bln april ni , so i need ur guide . please2..
ReplyDeleteWaalaikumasalam.. email saya afif_4ht@hotmail.com.. insyallah tanya la jika saya tahu saya kan jawap .. bagus la nak buat trip macam tu :D
Deletegreat blog post bout brunei... i glad to read esp ur nite stay with foreigners in brunei.
ReplyDeleteThank you.. that experience with the foreigners is the best part of me in Brunei :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam dari Brunei reader. Tak sangka pula jumpa entry mengenai negara saya brunei darussalam tengah sibuk cari transportation untuk pergi bsb - miri - KL.. Seronok baca post2 ni rasa nak drop comment lah pula hehe Alhamdulillah bagi pencinta ketenangan pasti sangat suka akan Brunei darussalam, walaupun tidak banyak hiburan sebaliknya Allah kurniakan kemanan kedamaian dan kemakmuran. Oh btw, kalau datang ke Brunei lagi pergi lah lawat agrotech garden dekat tungku Rimba (Boleh tengok bunga-bunga dan taman yang cantik!), Pantai serasa, Pantai tungku (every weekend ada jual-jualan dan ATV) Pasar Malam gadong (memang kena pergi lah sebab tempat ni u boleh beli makanan sedap-sedap dengan harga yang sangat murah serendah 50sen!) Jerudong Park insyaAllah reopen bulan Jun 2014 nanti (tapi buat masa ni boleh visit Jerudong Park foodcourt, makan ayam salai dengan tongkeng salai sangat sedap!), Jangan lupa lawat muzium-muizum bersejarah Brunei juga, Tasek lama dekat mabohai BSB (memang meriah setiap pagi & petang, one of bruneians fav place untuk beriadah) If u suka adventure boleh hiking dekat Bukit shahbandar Jerudong atau bukit Patoi Temburong, The empire & country club pun u kena pergi kat sana, Tak bayar pun kalau nak ambil gambar, nak tengok sunset memang best.. Cantik sangat view, Jangan lupa singgah dekat bandar Gadong untuk jalan-jalan dan ambil gambar.. Kalau nak tengok kemeriahan Brunei Darussalam, u pergi lah bandar Gadong pada malam sabtu, pasti meriah dan sangat sibuk kat sana!, Singgah dekat Brunei jangan lupa juga try ambuyat makanan tradisi Brunei dekat restoran Aminah Arif, kalau nak budget u boleh try ambuyat dekat Full house restaurant di Kiulap.. $7 per head je, ni lebih kepada ambuyat buffet la. U boleh makan sampai kenyang! memang berbaloi.. Ni diantara tempat yang u kena pergi la. Nak mention semua banyak sangat hehehe. Mudah-mudahan dikurniakan rezeki dan dipermdahkan untuk melawat kesini lagi.. ;) Oh mengenai makanan yang u cari tu dibungkus dengan daun, is it kelupis?
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Alhamdulillah ada juga reader dari Brunei sudi datang membaca :D
DeleteHiburan bukan lah ketenangan yang dicari tapi ketenangan sebenar ialah keindahan alam semula jadi itu sendiri.. Syukur saya dapat merasai sendiri keindahan di brunei :D
Waaa.. banyak nyer tempat menarik di Brunei.. insyallah next time datang akan melawat ketempat2 yg anda sebut di sini.. oh Jerudong Park akan dibuka semula.. bagus la.. setuju dengan makan yang terlalu enak di Brunei dan murah :D
Of coz sy suka adventure.. Hiking di Bukit shahbandar Jerudong dan Bukit Patoi Temburong mesti memberi kelainan.. insyallah menarik sangat nie.. tengok sunset lagi la satu hobi.. Makan buffet di Restoran Aminah??? tak sangka ada buffet semurah itu pada zaman sekarang.. ok Gadong akan menjadi next destination nanti :D
Deletesalam..
ReplyDeletesayangnya saya tak sempat nak bersiar-siar kat kampung ayer tu.. just pusing naik bot je. semuanya sebab masalah komunikasi.
pasar malam gadong saya pegi and saya memang rekemen tempat tu kalau nak cari makanan brunei yang sedap-sedap tuh.
ada try kopi brunei? ya Allah sedap betul. minum kat hotel. owner dia kat beli kat kedai kopi yg femes kat sana, tapi bila cari jalan tak jumpa pulak. sesat.
anyway, saya jumpa tempat yg best utk shopping souvenirs. just pegi royal regalia. nasib baik owner hotel tu inform. kalau tak menggagau jugak nak cari FM kat sana. :)
Waalaikumsalam...
DeleteTak apa la naik bot pusing2 pun satu kelebihan boleh pergi ke tempat2 yang kaki sendiri tak mampu nak pergi.. Oh yer Pasar Malam Gadong memang kene pergi wajib sebab kalau nak merasa apa yang ada di Brunei.. situlah jawap nyer kan :D
Kopi Brunei ada try sebab ada orang suggest jugak.. tapi tak ada la sampai nak pi cari tu hehehe.. kesianboleh sesat pulak yer.. tak apa la pengalaman kan :D
Oh ye ker Royal Regalia.. okay thanks for the info.. insyallah next time boleh la ke sana :D
salam smua..
ReplyDeletejust nak tanya ada tak yg plan nak ke Brunei lg? Klu blh sy nak join jgk..
or org Brunei yg ada buat backpackers pakej ke?
blh drop email kat sy irramaziera@yahoo.com
Waalaikumsalam Mr/Mrs Anonymous..
DeleteHarap2 ada la.. boleh la Cik Irra ke sana kan.. Moga dipermudahkan :D
Awesome entry!
ReplyDeleteThanks Mr Hamdan
Deletekelupis. also makanan tradisi org sarawak. begitu juga ambuyat/linut/sagu.
ReplyDeletesenang juga ditemui di sabah . found this entry sebab plan nk ke brunei dari labuan :) btw, saya sarawakian yg menetap di sabah n selalu ulang alik sabah-sarawak guna kereta. tapi via feri di labuan ni belum pernah lagi.. hihi
Waaa.. baru tau nama2 makanan tradisi orang brunei nie..
Deleteby the way thanks for coming here.. sorry la entry kat blog nie tak cukup sangat kalau nk cari info :D
oh pasal ferry to should try la at least once..
Klau pergi ke daerah Temburong lg best dpt tengok alam semulajadi kat ulu belalong dan makanan top kat temburong wajid jawa dan udang galah yang besar.
ReplyDeleteCorrection bukan jawa tp wajid temburong*(kecik comell gitu)
ReplyDeleteWow menarik betul tempat nie
ReplyDelete