Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah pada tanggal 15 Febuari 2014.. Secara tak sengaja aku berjaya mendaki Gunung Ledang dengan ketinggian 1276 meter.. Mungkin ia biasa bagi mereka yang bergelar pendaki atau sudah berpengalaman.. Tapi bagi aku yang tiada pengalaman dan pertama kali naik gunung tanpa sebarang persiapan.. membuat aku tersenyum dengan agak lama hahahaa...
Kenapa aku kata dengan tidak sengaja.. sebab persiapan hanya berlaku di dalam 10 minit.. Jumaat - 14 feb dapat call dari Kak Sharmine lebih kurang pukul 8.30 malam.. " fif, kitorang nak naik gunung ni.. nak ikut tak?" aku kata boleh jugak tapi bila.. Kak Min kata " kalau nak ikut cepat siap nanti akak ngan abang datang lagi 10 minit.. uihhh.. terus kalam kabut.. dengan gunung apa pun aku tak tahu hahahaaa..
Memang tepat 10 minit kemudian Kak Min dan suami beliau Abg Yahya dan Jayy dah sampai depan rumah aku dengan kereta G2 mereka.. Dalam 10 minit sempat la aku grab khemah, 2,3 pakaian, head lamp dan kasut serta pisau camping.. itu pun Kak Min kata tak perlu bawa apa2 hahaa..
|
Bro Loqman dari O.A.C |
Trip mendaki Gunung Ledang ini dianjurkan oleh Outbound Adventure Crew - O.A.C.. Peserta seramai 47 orang dan hampir 98% berjaya sampai kepuncak gunung dan seramai 20 orang (termasuk aku) telah berjaya sampai kepuncak dengan menggunakan laluan K.F.C iaitu Killing Fitness Center.. Walau gayat dan beberapa kali terasa menyesal sebab ikut laluan KFC tapi tapi alhamdulillah berjaya sampai di puncak..
|
Taklimat dan penerang memang banyak sebelum naik Gunung Ledang ni hahahaa.. |
|
Senaman sebelum pendakian di ketuai oleh Encik Mukhlis |
|
Wajib ikut katanya kalau tidak boleh CRAM..!! |
|
Sedikit taklimat oleh Bro Loqman.. Sebelum pendakian bermula.. |
Ketua untuk misi ini ialah Bro Loqman.. Membahagikan kami semua dengan 5 kumpulan dengan setiap satu kumpulan disertakan satu ranger dan satu guider.. basically kumpulan aku seramai 9 orang kesemuanya dari group
Backpackers Buddies Malaysia - BBM.. Aku, Kak Min, Abg Yahya, Jayy, Mukhlis, Asyraf, Faiq, Adik, Ikhwan dan Emilia..
Setelah penerangan ringkas dari wakil Taman Hutan Johor serta penguat kuasa.. Kami memulakan pendakian pada pukul 09.15 pagi.. dan tiba di Check Point 5 - Simpang Pendita pada pukul 11.35 pagi.. Di sini akan berpecah kepada dua laluan.. Samada mengikut laluan senang atau laluan susah iaitu KFC..
Disebabkan masa dan juga beberapa perkara lain.. Maka sesiapa yang ada di check point ini yang nak ikut laluan KFC boleh teruskan dan sebaliknya haruslah mengikut jalan mudah.. sebab waktu terakhir untuk ikut laluan KFC ialah pukul 12.00 tgh hari dari Simpang Pendita ini.. jika tidak anda tidak dibenarkan untuk ikut lalun ini..
CHECK POINTS OF GUNUNG LEDANG
|
Hentian Meranti - CP 2 .. with Yahya, Faiq and Jayy.. |
|
Simpang Bukit Satu Dua |
|
Simpang Pendita.. Faiq, Jayy, Asyraf, Adinda, Mukhlis.. :D |
|
Sungai Segitiga - CP 5 |
|
Gua Kambing - CP 6 |
|
Killing Fitness Center a.k.a KFC
Senyum walau gayat tahap gaban hahaa..
|
|
Bukit Semput - CP 1 |
|
Anjung Mahligai - CP 8 |
|
Taman Bonsai - Setengah jam lagi untuk sampai puncak.. |
|
Puncak Gunung Ledang.. Setelah 4 jam lebih pendakian :D |
Masa ini juga aku berbelah bagi samada nak ikut KFC atau tidak.. tapi sebab yang lain kata best ada masuk gua bagai.. so aku pun decide ikut KFC yang menyebabkan beberapa kali terasa menyesal hahahaa.. sebab tahap gayat dan cuak yang tinggi.. Tapi alhamdulillah dorongan kawan2 Mukhlis, Jayy, Asyraf dan Faiq berjaya juga.. Thanks korang.. :D
Sampai di puncak lebih kurang pukul 2.30 petang.. sempat berehat untuk lebih setengah jam dan masak maggi huhu memang terbaik.. Selepas bergambar dan bertemu mereka di puncak yang tidak mengikut laluan KFC.. Kami memulakan perjalanan untuk turun mengikut jalan lain (bukan KFC).. Agak susah bagi aku pada mulanya yang menyebabkan lutut aku menggigil lebih setengah jam tapi masih meneruskan perjalanan buat malu jer hahahaa.. Semasa turun 2 kali hilang dari group.. tak pasal2 aku berjalan seorang diri huhuu.. mengambil masa 3jam lebih untuk sampai ke kaki gunung..
|
Sumber Air Bersih di Gunung Ledang |
|
Penuhkan botol air sebelum meneruskan pendakian.. |
|
Keluar dari Gua Kambing huhuu.. |
|
Antara part susah di KFC.. Rasa macam nak jatuh huhuu :P |
Pukul 6 petang lebih alhamdulillah aku sampai di kaki gunung.. Berhenti di surau untuk solat dan kemudian mandi dan memasang khemah.. pastu gotong-royong untuk siapkan makan malam (untuk geng BBM 9 orang ni je la..) walau dalam hutan kami dinner ikan pekasam goreng, ikan sardin, ayam sambal dan telur goreng.. Berborak sampai pukul 2.00 pagi.. bila tengok ramai tersadai kat atas kain kanvas aku pun lari masuk khemah.. sejuk kot huhuu.. :P
|
Ada statue di Puncak :P |
|
Berehat di atas puncak.. dan ini sahaja satu-satunya pokok yang ada untuk berlindung dari panas terik matahari hehehee.. |
|
Asyraf happy dengan makanan beliau |
|
Masak dan makan Mee Maggi adalah satu nikmat di atas puncak gunung :D |
Kepada sesiapa yang teringin untuk join trip naik gunung silalah like fb atau
Join Kelab O.A.C ni.. boleh di katakan sebulan 2-3 kali mereka akan anjurkan aktiviti.. Macam naik Gunung Ledang ni bayaran dikenakan OAC sebanyak RM 70.00 untuk permit, guide, ranger, tapak khemah etc.. tapi makan sendiri la.. buat aku yang pertama kali join dengan mereka.. amat berpuas hati dengan urusan mereka.. mengambil berat diantara satu sama lain.. :D
|
Abang Yahya sambung goreng cucur.. :D |
|
Faiq memulakan goreng cucur seawal 6.45 pagi.. |
|
Menyiapkan sarapan pagi di waktu Subuh.. |
|
Cucur ikan bilis dan bawang dengan kopi panas memang terbaik :D |
Antara perkara yang di titik beratkan oleh pihak Taman Negara Gunung Ledang ini ialah.. setiap benda yang kita bawa naik ke atas gunung mestilah di bawa turun semula seperti Botol Plastik, Kotak Rokok, Tin Minuman.. even pakaian yang kita pakai ada berapa helai semua kene declare.. dan bila kita turun dari gunung kita kene pergi ke kaunter untuk declare semula.. jika ada barang yang kita declare pada awalnya tidak ada maka kita akan dikenekan bayaran.. Bagus jugak buat macam ni barulah bersih kawasan gunung tiada orang akan buang sampah sesuka hati.. :D
|
Thanks korang.. Moga bertemu lagi in next mission :D |
Di kawasan kaki gunung ini ada tempat penginapan bagi mereka yang mahu bermalam.. Anda boleh sewa tapak perkhemahan macam kami atau ada pondok, chalet, cottage, dorm tak tau ada ke tak.. Dan antara yang menarik Air Terjun Ayer Keroh dan sungai yang jernih.. ikan pun banyak tapi tidak dibenarkan untuk menangkap ikan tapi boleh bermain bersama ikan.. Fasiliti lain antaranya restoran, surau, bilik air, bilik mandi, dewan, taman permainan, paip air di kawasan perkhemahan dan sebagainya.. Sekian :D
ok saya jeles tgk en.travel asyik makan angin je..bila laa ada peluang ni nak jalan2 jugakk.hurmm
ReplyDeletebestnya!!
Eh yang ini memang makan sampai kenyang sebab banyak angin atas bukit ni hahahaa :D
DeleteInsyallah ada la peluang nanti ... memang best baik gunung :D
saya hanya tahu mandi di air terjun gunung ledang which is local people called air panas , entah mana air panasnya saya pun tak tahu. tapi nampak gambar yang chantek dan bravo untuk kamu sampai ke puncak walaupun menyesali sepanjang track.
ReplyDeleteAir panas??? tak panas pun huhuu.. but air terjun pun macam hidup tak nak mati segan huhuhuu.. but okla nak main dengan ikan2 kecik di situ.. eh mana ada menyesal sepanjang track..nampak sgt salah baca huhuhuu.. :D
Deleteiye , tapi saya menyimpulkan ayat ini sebagai sepanjang kerana ayat diulang pada dua perenggan 1) Walau gayat dan beberapa kali terasa menyesal sebab ikut laluan KFC tapi tapi alhamdulillah berjaya sampai di puncak..2). so aku pun decide ikut KFC yang menyebabkan beberapa kali terasa menyesal hahahaa.. beberapa kali.... :-p air panas tu orang tempatan kat situ panggil, dari keciksaya pun pertikaikan mana datang air panasnya.
DeleteStill bukan membawa makna menyesal sepanjang track.. harap maklum yer Ms Hamidah.. :D
Delete:-) kasut kuning anda sungguh shining adakah itu hantaran utk sang puteri gunung ledang?
DeleteKasut kuning apa kebenda nyer hahahaa.. coloreng la hahahaa :P
Deleteoutbound adventure crew-o.a.c bkan o.a.e...kang marah pendita gunung...hahaha
ReplyDeletehehehee... ok ok sorry typo..dah betul kan :D terima kasih di atas teguran :D
DeleteBest...moga kita ketemu di mana2 pendakian nanti..hihihi..
ReplyDeleteInsyallah .. saya akan menantikan saat itu :D ( kaki panjat gunung jugak ker?? )
Deleteamboi..siapa yg cun sgt tu bgaya * gmbr ptama * hahahaha
ReplyDeletefirst time tgk afif xpakai topi ^__^ jeles2 asyik bjalan je keje dia.. bila nak bawa zaza ni???hahaha :p
keluar dari gua kambing tu... bukan tersangkut ke?? ahahaha kot afif xleh keluar..kena tgl sorang2.. ^__^
myiapakn sarapan time subuh..teringt jugak zaman study dulu hiking.. masak dalam hutan hdupkan unggun api.. sebelum sbuh dh kena bgun..kalau lmbt kena marah dgn mc..^__^ bestnya
nxt time next time yg xtahu bila..ajak zaza ye... hihihiihh :D
Mana2.. cun tak de hemsem ada la hahaha :P .. eh banyak jer gambar tak pakai topi huhuhuuu.. ish mana ada asyik berjalan.. kadang2 jer.. tapi bunyi selalu ek hahahaa :D
DeleteTakde sangkut la.. besar lubang tu.. zaza mungkin la sangkut hahhaaa..ok next time ikut la :D
Assalamualaikum
ReplyDeleteSubhanallah.. seronok sguh dpt melayan keindahan & kehijauan di puncak Gunung Ledang 2kn..
nyaman dan udara smestinya segar..cewah!..first pic 2 dh mcm bleh jd duta climbing dh..he3
menampakkn riak wajah yg puas dgn pencapaian pendakian yg dilalui..he3..tahniah2!
yg lebih lawak lg bla awk kata time nk turun 2 bleh plak dia hilang dua kali dr group..hi3
awat ceq...main nyorok2 dr depa smua ka...(^_^)
Waalaikumsalam.. Alhamdulillah memang seronok dapat lihat dari pelbagai sudut keindahan alam ciptaan Allah.. betul segar dan nyaman.. oh ada ke yang nak amik sebagai Dtua Climbing hahahaa.. Dah masuk group pro memang kene tinggal belakang la hahaha.. :P
Deletemak aii.. nak naik juga lah.. hebat la bro. In sya ALLAH train fitness ni kasi sado sikit... stamina kasi mantap pelan2 main bukit dan nanti panjat Ledang pulak.. pas tu Kinabalu and who knows.. maybe Everest :D
ReplyDeleteNaik jangan tak naik.. memang best.. mencabar sket but seronok hahahaa.. tapi macam bro Ledang ni mesti takde pape la.. betul tu dari kecil akan menjadi besar ;D
DeleteTTBoy...akak dah merasai pengalaman ini...mendaki gunung ledang mmg best....buat khemah d kaki gunung...awal pagi esok baru naik...turun ke bawah...rasa loose lutut...tapi mmg stamina perlu kuat dan dapat rakan daki yg tak pentingkan diri dan ada semangat setiakawan mmg best...bukan merlumba2 siapa nk sampai dulu
ReplyDeleteWaahhh Kak JM pun dah naik.. memang best la.. respect la ngan Kak JM huhuuu..buat khemah di kaki gunung tu memang sejuk udara pun nyaman jer.. :D
DeleteLutut saya pun shaking jer lpeas turun tu hahahaa.. semangat setia kawan tu yang dibawa sampai keatas :D
Looking for the Puteri Ledang!
ReplyDeleteWilson
Oh no please don't make your intention to look for that.. otherwise if she show up u will never return back hahahaa.. :D
DeleteAku cadangkan naik gunung rajah pula bro!
ReplyDeleteLagi thrill.. hehehe. Nape sebelah lain..sebelah lain.whahahh
Rileks dulu.. buat slow slow.. bulan ni insyallah naik Gunung Dato dengan Gunung Yong Belar.. tak mampu nak naik lebih 3 gunung dalam sebulan hahahaaa.. :D
DeleteSebelah lain?? hahhaa.. itu amatur jer kahkahkahkahaa.. :P
1276meter?
ReplyDeleteOh nooo... gunung yg 600meter++ tu pun akak dah gigil2... inikan pulak berganda.
Hhehehhe apa2pun daki gunung tu best ;-)
Ntah la.. ni saje menggatal masa lapang bila tak travel hahahaa.. :P
DeleteJangan kata akak jer.. kaki lutut saya pun menggigil2 hahahahaa..
Betul tu setuju best daki gunung layan view Subahanallah.. :D
padan le senyap.
ReplyDeleterupanya pi cari puteri gunung ledang?
haii..tak boleh dok dendiam rupanya???
hehehe
good !! advanture..dan nice view...
(cepat2 simpan kasut hiking yang telah tercabut tapaknya)
pas nih nak ke mana?
Mula2 senyap sebab tension dengan pengkritik2 entry sebelum ni huhuu.. Alhamdulillah naik gunung ni hilang tension huhu.. tak dok la nak cari sesiapa di Gunung Ledang tu hahaha..
DeleteMemang tak boleh duduk diam.. ni pun baru lepas naik Broga huhuu..
Betul tu adventure ni dapat layan nice view.. aik kasut hiking tercabut tapak .. mana tahu? hahaha.. pasni naik Gunung Dato pulak :D
Seronok baca entry nie...dari org yg ambk gmba kat kfc..hehehe..
ReplyDeleteThanks sudi baca.. KFC hurmm kamu yang pakai spek ke:D
DeleteHahahaha...yup saya le teww..
Deletebagi la link FB.. emailkan pada afif_4ht@hotmail.com :D
Deletejangan lost contact.. huhuhuuu
Ok ok.. Nanti saya emailkan.. Huhuhu.. Baru boleh online..
DeleteThank you :D
Deletedasatnyaa..siap bleh masak cucur & mengopi lagik!
ReplyDeleteteringin nak join..tapi kan..ada tak orang surrender separuh jalan? adekah kita kene turun balik sorang-sorang? hahahhaha
Eh mana dasyat.. biasa jer mengoreng2 tu hahahaa.. :D
Deletehurmmm kalau surrender separuh jalan maka turun la dengan pembantu guider ker.. ajak teman yang surrender trun sama2 :D
KFC tempat paling ku tak dapat lupakan. huhu...
ReplyDeleteBetul tu.. kene terima hakikat disitu :D
Deletewahh hebat..
ReplyDeletelepas ni boleh panjat kinabalu..
dan gunung2 lain yg lagi extreme..
taknak try water rafting pulak?
best...
Huhuhuu..ntah tiba2 hobi tahun ni lebih kepada conquer gunung :D
DeleteInsyallah akan terus mencuba mendaki gunung yang lain..
Slow slow.. nak buat semua benda tak terkejar pulak nanti hahahahaa.. :P
Hahaha...kaki panjat macam2...teruja ...dengan gunung ledang...datang kali ke 2 hajat hati nak jumpa tuan puteri Gunung Ledang....kui kui kui.
ReplyDeleteItu lah.. kalau boleh semua benda nak try.. tapi masa tak mengizinkan sangat.. :D
DeleteJumpa puteri takpe.. jangan jumpa benda lain sudah hahaha :D
amboi dengan hanya 10 minit persiapan dpt pengalaman yg mengujakan ini sudah bagus..makan megi camping semua ye..terbaiklah..
ReplyDeletesory dh lama tak kesini hencik puan sibuk byk..:)
Itu lah pasal :D tapi untung nasib baik Gunung Ledang kan hahaha..
DeleteCamping ni makanan simple akan jadi nikmat sedap bertambah huhuu
Tak apa.. saya pun sibuk jugak :D
Panjat gunung??..oh tidak..panjat bukit pun semput, walaupun orang bukit..anyway, pemandangan yg cantik..bersatu dgn alam..meet new friends, new adventure..kat Afrika, panjat bukit je kan..
ReplyDeleteHehehee.. hobi baru.. walau dah lama niat di simpan :D
DeleteMemang betul..pemandangan itu cantik di atas gunung.. aah dulu afrika tak naik gunung sgt banyak naik bukit jer :D
baru ternampak..how's Gunung Ledang compared to Shiba's Breast Mountain (hee takde nama lain ke)..dua2nya mencabar fizikal..Shiba tu lagi tinggi dari Gunung Ledang..
DeleteDah itu nama nyer nak buat macam mana hahaha.. Shiba tinggi sebab kaki bukit dia dah tinggi dekat seribu meter dari paras laut.. tapi Ledang memang start hingga ke puncak tinggi.. so Ledang tinggi dari fizikal la.. :D
DeleteWah bestnye :)
ReplyDeleteMohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
Selalu singgah pun :D
DeleteMoga terus maju dalam berblog yer Muhammad Taufiq :D
Saya suka cara Bang Afif memaknai hidup ini. easy going dan selalu enjoy sahaja. hanya 10 minit persiapan boleh berjaya naik gunung.
ReplyDeleteLife ini kene amik semua mudah.. jangan biar ia tension.. enjoy and feel the goodness of life :D Alhamdulillah 10 minit sempat ambik apa yang sempat sahaja :D
Deletebest dapat mendaki dengan kawan-kawan.. akak pernah sekali sahaja mendaki gunung ledang ketika masih belajar dahulu.. kalau sekarang rasanya tak terdaya nak mendaki kot, hehe..
ReplyDeleteMendaki tu dah best.. ada pulak kawan2 yang ceria.. memeriahkan suasana..
DeleteMendaki ni suka2 jer.. dah pernah naik kira bagus la tu :D sekarang try naik bukit la pulak kalau tak mampu naik gunung :D
salam =)
ReplyDeletewahh beshnye naik gunung ledang..yaya xpernah nik sebarang gunung lagi pon..huhu
*jeles tau* >,< nak naik jugak
Waalaikumsalam..
DeleteMemang best dan seronok pun naik gunung ledang nie.. oh tak pernah maka sila la join club O.A.C tu untuk event2 yang mereka bakal buat.. :D
KFC is stand for? dulu-dulu masa datang sini, ingat kat atas tu ada Kentucky Fried Chicken. Nasib tak gigih memanjat atas tu sebab nak makan KFC.. hihihi
ReplyDeleteKFC stand for Killing fitness center.. kalau tak sure fitnes tahap mana jangan ikut KFC huhuu.. :P saya pun beberapa kali terasa nyesal.. tapi nasib sampai puncak juga :D
Deletetiba2 teringat akak kenangan dulu2 di gunung ledang.. memang boleh tahan gak penatnyer yerk.. tapi seronokler... yang penting kenangan bersama kawan2tu.. melekat dalam ingatan..
ReplyDeleterindunyer zaman memanjat dulutu... mesti lepasni TT punya blog penuh cerita gunung pulak...
Memang kenangan betul naik gunung ledang nie.. :D
DeleteDengan penatnya.. ragam kawan2 lagi.. semua mesti melekat :D
Insyallah memang plan nak isi masa lapang dengan gunung jika tak travel heheee..
best nyaaaaaaaaaaaaa.... minat jugak aktiviti macam ni tapiiii sayang nya tak dak geng... kalao panjat sorg2 tu cari nahas la nama nya kan .. hikhik
ReplyDeleteOh kalau nak naik gunung or join trip boleh la join O.A.C ni.. like page diorang di FB..
DeleteMemang tak de keje naik sorang2.. cari nahas baik laki tau pmpn huhuu..
iols pernah daki bukit je tu pun bukit jambul
ReplyDelete1st time naik semput jugak..mcm kena serangan jantung
tp alhamdulilah smpai gak kat puncak bukit tu
ms tu iols kapel ngan my hubby..tetiba teringat pulak (bestnye)
lau lah suh panjat bukit/gunung skun sorilah iols xnakkkkk hahahaha
w/pun 10minit uols prepare nak panjat gunung..tp stamina uols mmg tiptop
kagum ngan kaum hawa yg minat nak panjat2 bukit/gunung ni hehe
Oh bukit jambul di penang macam famous.. nanti boleh try .. kat KL famous bukit borga jer la huhuu..stamina kene kuat baru tak semput..masa ni baru la tau fitness kita kuat mana.. kan :D
Deletefuyooo romantik couple naik bukit hehehee.. sweet la Kak El.. itu lah ramai jer kaum hawa naik gunung ni.. bile tgk diorng tak semput malu pun ada gak hahaha :D
wow gunung ledang.. stamina hebat..
ReplyDeletestakat ni bukit paling tinggi panjat bkit jambul penang je la..
letih2 lpas mendaki ..dpat mkan magi memang terbaik :P
Biasa la tu normal la lepas naik turun gunung or bukit letih..jangan semput sudah hahaha..
DeleteItulahbuat maagi atas gunung lepas penat memang terbaik :D
Superb la korang..
ReplyDeleteStamina tinggi ni :)
Paling best makan megi plak makan rebut2 ramai2.. fuhhh memang best :)
Diorang jer yang superb.. saya ni follow nak semput ikut diorang hahahaa.. :D
DeleteBut alhamdulillah terkejut jugak stamina ada boleh naik sampai atas .. huhuuu..
tak la sampai berebut.. kami gilir makan maggi tu.. :P
1200+m tapi 98% yang sampai? yang 2% tu kena kidnap oleh Puteri Gunung Ledang ke? haha thanks for sharing..saya tak tau yang Gunung Ledang nih Taman Negara Johor.
ReplyDeleteTak sure 2% tu apa jadi.. sebab lepas habis tu memang ada pemberitahuan yang ada tak sampai.. but atleast they tray isn't it? Bawah jagaan Taman Negara Johor :D
DeleteTahniah.....saya sungguh berbangga kejayaan anda ...Best travel Blog 2014.
ReplyDeleteEh dah tahu result ker?? mana tahu?? alhamdulilllah syukur :D
Deletedah keluar result ke..?
Deletebukan baru tutup vote eh..?
teringin nak panjat gunung ledang..
tapi xde kawan.. sobs..sobs..
Ntah la.. bukan malam ni ker baru result keluar.. Harap menang la hehee...
DeleteTeringin.. join la dengan O.A.C tu.. banyak event naik gunung.. minggu ni diorang nak naik Gunung Yong Belar pulak...
wahh..dah naik gunung ledang..ciku macam suka je nature nature ni tapi takut cam tak kuat je dah staminaku ini..haha.last naik broga je..lama sudaa..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah naik Gunung Ledang :D
DeleteTak pe la perlahan lahan la.. naik bukit dulu.. pastu try la naik gunung :D
wahh..bestnya...dah laa plan last minute..bukan semua orang boleh hike without proper preparation..mesti ko jenis selalu hike nie..hehehe..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Itu la pasala plan last minit jer pun huhuhu :D
DeleteNtah la bukan selalu pun naik gunung tapi ntah alhamdulilllah la bagus la.. :D
Taniah afif sbb berjaya daki gunung ledang tanpa preparation. Mmg hebat awak.
ReplyDeleteAlhamdulillah la dapat jugak sampai puncak walau tanpa preparation :D
DeleteTAHNIAH sebab menang Anugerah smalam,
ReplyDeleteTahniah jugak dah panjat Gunung Ledang .
Alhamdulillah :D
DeleteAnugerah yang tidak di jangka hehehe.. oh terima kasih juag ucapan gunung ledang tu :D
waahhhh tgk entry ni... terus teringat kenangan lama masa naik gunung ledang... 2 kali dapat naik... rindunyerr...huhu..ni kalo ada org ajak.. mcm xmampu je nak naik gunung..yg paling senang broga tu pon dah pancit dah...haha....
ReplyDeletetgk kat fb tadi... tahniah sekali lagi ye afif.. sbb menang anugerah tu :)
Itu la best kan naik Gunung Ledang nie.. teruja sampai sekarang :D
Deletehebat tu 2 kali dapat naik.. bukan calang2 nie huhuuu.. huh tgk kat FB?? ada fb ker? huhuu alhamdulillah menang .. rezeki :D thanks
hehehe...dulu moon aktif dalam askar wataniah..skang dah pencen sendiri..keh keh...
Deleteafif xpasan kot kat fb... afif ada approve fren siti maimun adnan... kiter laa tu..haha
Oh dulu askar wataniah rupa nyer no wonder la naik 2 kali hahaha :D
DeleteOh ok.. mana tahu nama sini lain nama fb lain hehehee.. appe pun terima kasih hehehe :D
Tak sengaja tu terpanjat..
ReplyDeleteKFC - ayam goreng... (suara upin&ipin)
Kasut tu lawa hokey...
ntah memang tak plan .. tak sengaja nasib sampai atas huhuu :D
DeleteKFC ayam goreng pun boleh ek hahaha.. kasut mana? :P
Yang dalam gambar first tu, bukan yg kuning...hehe
DeleteHahhaa yang kuning to crocs jer pun.. oh lawa ker thanks :D
DeleteTahniah afif sebab menang award!
ReplyDeletememang hebat mampu menawan gunung ledang tanpa preparation....
share ilmu dengan akak sama boleh??? hehehe
lepas nie gunung mana pulak nak ditawan?
Alhamdulillah menang tak sangka :D
Deletekebetulan jer tu dpat tawan tanpa preparation.. hehehe.. share ilmu boleh dimulakan dgn bismillah :D lepas ni gunung yang belar pulak insyallah :D
best betul tengok aktiviti korang ....harap2 satu hari nanti aku pun akan sampai kesana...tapi larat ke hehe...
ReplyDeleteAlhamdulillah bila beramai2 macam ni memang seronok :D
DeleteInsyallah usaha dan yakin.. moga sampai juga ke sana amin :D
Larat ke tak tu kene cuba dulu huhuhuu... Malaysia Boleh ..!!!
see.. mmg lyk menang pun..tgklah smpai ke gunung ledang dia daki... amboii gmbr yg kat hentian tu, kemain senyum lebar yer kwn dpn tu..kihkih...boleh jd model iklan gigi tu..
ReplyDeleteAsyik iklan gig jer hahahaa... aik naik gunung pun ada kene mengena ker dengan menang? huhuuu.. gambar setiap check kene amik ooo.. baru la best :D penting tu buat prove :P
DeleteHaaa kira dah jejak Johor la ni! ;D
ReplyDeleteAlhamdulillah kira jejak la officially hehehe :D
Deleteguunung ledang ni antara gunung yang ada dalam list hiking ika :)
ReplyDeleteNaik la.. memang seronok and make sure naik ikut laluan KFC lagi best dan view yg lawa :D moga berjaya :D
DeleteDah katanta mmg minat travel dan mendaki.....dakilah selagi mana boleh TT...hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah masih diizinkan untuk mendaki dan mengembara.. insyallah tak akan sia2 kan peluang yang ada :D
Deletewowowow.jelosss.lama dah x hiking [padahal gunung yg pnh smpai pon gunung brinchang ja baru] .haha
ReplyDeleteGunung Brinchang?? terus google sat nak tahu kat mana hahahahaa :D
DeleteTak yah nak jealous sebab gunung tu ada lagi di Tangkak sila la naik :D
Tumpang tanya. tahu tak upah guide berapa? macam korang under oac kan.kalau pergi sendiri mesti lain harga.mohon share TQ
ReplyDeleteUpah guide, permit, dan bayaran lain semua nyer dekat RM 300.00 jugak.. tapi seorang guide boleh bawa up to 10-12 orang..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum bang... abg taw x senarai gunung paling susah di daki di malaysia, klau ade bleh x senaraikan... Alhamdulillah saya dah sampai tahan, kinabalu, irau dan berembun...
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. kalau dah lepas naik Tahan.. Kinabalu.. Berembun.. saya rasa tak ada lah lagi gunung yang susah buat kamu hahahaa... Tahan tu memang susah.. but if memang berkemampuan naik la gunung stong, cemerung, yong belar, yong yap, tok bubu, Korbu.. but ada satu ni memang susah.. Gunung Benom.. :D
DeletePerkongsian pengalaman yang menarik. Jalan cerita yang mudah difahami. Terima kasih untuk posting seperti ini. Syabas.
ReplyDeleteTerima kasih sudi datang menjenguk membaca di sini... heheheh :D
DeleteSalam. Saya ada plan utk mendaki gunung ledang. Tapi saya xberapa jelas tentang bayaran yang perlu dibayar. Boleh tolong saya jelaskan secara keseluruhan tentang bayaran? Terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Alamak mcm mana nak jawap yer :P
DeleteSaya sendiri ikut program anjuran Pihak OAC.. Saya bayar RM50.00 all in dari transport smpai la ke gunung ledang.. makan minum semua2.. Rasa boleh check dalam website Badan Perhutanan Johor.. :D
makasih kak buat infonya,,
ReplyDeletesaya suka dengan tempatnya,,
Terima kasih sudi meninggalkan comment anda di sini :D
Deletedulu dah tinggal jejak kat sane ;) zaman dolu-dolu tahun 90an ...
ReplyDeletebest wei sampai kat sane .
Huhuhuu... Masa kitorng pergi jabatan hutan johor dah buka laluan baru.. huhuu boleh tahan gak la pacak dia.. :D
DeleteThank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.
ReplyDeleteTahan Anda sulit, tetapi jika ia mampu naik stong gunung, cemerung
ReplyDeleteOk dah banyak gunung yg diterokai.. ledang was the first ever gunung yang saya hiking di Malaysia..
Delete