Showing posts with label Kacang Pool Haji & Stadium JDT Larkin Johor Bharu. Show all posts
Showing posts with label Kacang Pool Haji & Stadium JDT Larkin Johor Bharu. Show all posts

Tuesday, 28 November 2023

Kacang Pool Haji & Stadium JDT Larkin Johor Bharu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kita "Keluar Sekejap" dari bercerita kisah perjalanan backpackers ke Iran. Panjang sangat dah masuk part 10 tak habis-habis lagi hahaha.. Insyallah ada lagi 3 part kot pastu habis la cerita Iran. Lepas habis Iran Insyallah kita ke Perth Australia atau Xian, China. Tengah fikir mana nak tulis dulu :D

Welcome to Stadium JDT Larkin - Johor Bharu.
Ok weekend baru-baru ini ada pergi Johor Bharu sebab wife ada Kursus Jurulatih Memanah. So kami anak beranak apa lagi ikut sekali la. Sebab nak ke Johor ni kalau tak bersebab memang susah nak sampai. Petang Jumaat selepas anak habis sekolah kami terus gerak ke Johor. Jalan boleh tahan jem mungkin sebab bertembung dengan orang balik kerja.

Affordable - Comfortable - Need - Clean - Nice - Welcome.
Kami check in di sebuah hotel yang amat selesa dan boleh diketegorikan sebagai murah sebab JB kan semua benda mahal mentang-mentang berjiran dengan Singapore hahaa :P  - MIICO HOTEL yang terletak di No 33, Jalan Harmonium 33/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor. Harga murah tapi bilik bersih dan lengkap serba serbi dengan keperluan. Mungkin dia cuma kalah part saiz bilik yang kecil tapi selesa. :D

Bilik Triple 1 Single 1 Queen - Just nice for my small family.
Bathroom inspection done by Baby Afnan :D
Yang datang seorang diri tak bawa family tu, mereka pilih Queen Room dengan Harga RM89.00 dan Kami amik Triple Room RM118.00 satu katil queen dan satu katil single. JB ada cukai tambahan yer so make sure tanya siap-siap harga dah include atau tidak. Dan deposit RM50.00 untuk setiap bilik yang kami check in.

Ada welcome drink coffee and tea. At least ada jual noodle cup dan air kotak dan tin.
Ada satu space yang menarik di bahagian depan "Happy Place".
Wifi hotel ni memang terbaik and di Happy Place ni sesuai nak buat kerja dengan laptop.
Disebabkan tak plan nak ikut wife pada asalnya so tak ada apa perancangan dibuat untuk berjalan ke mana-mana di JB. Just hari Ahad petang kami sempat ke Kacang Pool Haji dan Stadium JDT Larkin. Hari Sabtu wife full day kursus so aku bawa kids jalan jalan di Aeon Tebrau. Nak bawa kids masuk Toppen IKEA Tebrau tak boleh sebab kad TnGo tak cukup minimum amount. Pak Guard Bangla halau keluar hahaha.. :P

Restoran Kacang Pool Haji

Restoran yang terletak di No 12 Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bharu ini dibuka setiap hari seawal 7.00 pagi dan tutup pada pukul 12.00 malam. Selain hidangan kacang pool terdapat juga variety menu lain di sini. Termasuk Mee/Bihun Soto, Mee Kari, Nasi Ambeng, Nasi Goreng dan pelbagai lagi. 

Welcome to Restoran Kacang Pool Haji @ Larkin, Johor Bharu.
Nasi Ambeng, Soto Nasi Impit dan Soto Mee.
Kacang Pool Daging dan Kacang Pool Kambing dimakan bersama Roti Bakar.
Terdapat riwayat mengatakan Kacang Pool Haji bukanlah makanan tradisi orang Johor dan ia bukanlah hidangan yang telah berusia ratusan tahun. Tapi hanya sekitar kurang 3 dekad yang lalu. Cetusan idea oleh Haji Makpol Saimon ketika menunaikan haji telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mengolah resepi dari kacang parang ini sesuai dengan tekak orang melayu.

Menu makanan memang variety makan yang ada :D

Penyedian Roti Bakar untuk dimakan bersama Kacang Pool.

Stadium JDT Larkin

Terletak tak jauh dari Kacang Pool Haji nak jalan kaki pun boleh. Bukan la penyokong JDT but once dah sampai kita raikan la stadium ni macam mana kita pergi raikan Stadium Chelsea, Arsenal, Tottenham, Fulham masa di London dulu kan hihii. Nama stadium ini ialah Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos atau dikenali sebagai Stadium Larkin.

The kids dalam bab bergambar memang suka even tak tahu what was that :P


Ada satu galeri berbayar di sebelah souvenir shop. Kat sini tempat beli fridge magnet.

Terdapat satu ruang pameran berbayar yang juga menjual beberapa jenis souviner dan satu lagi kedai yang menjual jersi dan pakaian pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Aku macam biasa akan cari fridge magnet RM 12.00 untuk setiap satu. Stadium ini akan digunakan oleh pasukan JDT 2. Dan stadium baru di Iskandar Puteri akan digunakan oleh pasukan JDT 1.

Bersama Archery  Coach Tuan Haji Halmy dan Coach Haus Chan.
Stadium Sultan Ibrahim - Stadium JDT baru di Iskandar Puteri.
Insyallah next time kita jejakkan kaki ke stadium baru ni :D
Habis bergambar di Stadium JDT di Larkin. Kami terus drive masuk highway menuju balik ke KL semula. Next time kena plan betul-betul kalau nak datang bercuti ke JB. Kesian pada the kids bila buat trip mengejut macam ni diorang tak enjoy sangat. Siapa tahu tempat menarik di JB boleh share sket kat bawah yer :D