Monday 21 January 2013

My Big Brother Got Married in Malaysia

30 August 2012 - Thursday.. Somewhere in Kuala Lumpur or maybe in Selangor State.. A very beautiful wedding with full smile of happiness happened.. first at all.. sorry to you.. My beloved brother Adi Arif Bin Mohamad Salleh because i was not there to be apart of your wedding..

I'm very sorry.. i know i should come home that time.. but.. i still have lot a thing to do that i have to do first before i go home (Malaysia).. once i go home i will never return back to South Africa again.. emm..maybe i will.. but it's just maybe.. if i have that luck to come again.. but what ever there is.. i'm very happy and proud with you brother.. you are married person now.. take care of your wife.. k bro :D








                                

Both of them was a engineering students in Seoul, South Korea.. and my brother was a senior for my sister in law Kak Sophia.. so somehow they get close and know each other very well.. and when they finish their study and back to Malaysia and work for few years and then they get married hehehe.. (don't know if this story is same like Winter Sonata or Autumn in My Hearth hahahaa.. )





Semoga kekal bahgia selama nya :D
@ London City, United Kingdom 2013
This what only i have form my brother wedding.. ( i wasn't there hehee.. ) whatever pictures here has been given by my brother and my sister in law.. hope everyone can pray for them..  :D By the way i know this is not a travel story.. just for fun and at least i can tell something about my family hehehee.. Hope you guys enjoying the weeding video :D

Wednesday 16 January 2013

Grande Mosquee De Paris - Masjid Bersejarah Di Kota Paris

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Suatu petang selepas aku dan Isaa berjalan-jalan sekitar Bandaraya Paris. Isaa mengajak aku bersolat Asar di sebuah masjid berdekatan yang amat bersejarah dan unik dengan seni bina iaitu GRANDE MOSQUEE de PARIS (GREAT MOSQUE of PARIS) - Masjid ini siap dibina pada tahun 1926 dan dirasmikan oleh Presiden Perancis pada waktu itu Gaston Doumergue.

Menuju ke Great Mosque of Paris 
Di bina oleh Empayar Perancis sebagai penghargaan kepada tentera-tentera yang beragama Islam dari tanah jajahan Perancis (Morocco, Algeria dan Tunisia) yang telah turut berjuang dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Hampir 100,000 daripada mereka telah terkorban dalam perang tersebut. Masjid yang mempunyai menara azan setinggi 33 meter ini dibina dengan berciri senibina Andalusia yang amat popular ketika waktu itu.

Ketika era Holocaust sewaktu Perang Dunia Kedua (1939 - 1945) ketika Perancis ditawan oleh Nazi Jerman. Masjid ini dijadikan tempat persembunyian penduduk yahudi yang diburu oleh Tentera Nazi Jerman. Mereka dikatakan telah diberi sijil kelahiran Muslim sebagai samaran supaya mereka selamat daripada ditangkap dan dibunuh.. Wallahu Alam.

Dari Station Palais Royal Musée Du Louvre kita ke Station Jussieu.
Kita berjalan melepasi Museum National D' Histoire Naturelle Jardin.
Alang-alang dah sampai kita masuk ke dalam Museum sekali.
Pada masa kini Masjid ini adalah antara yang terbesar dan terpenting di Perancis dan juga di benua Eropah. Perancis adalah antara negara Eropah barat yang mempunyai populasi Muslim paling ramai dan hampir 5 juta penduduk Perancis beragama Islam iaitu 8% daripada jumlah penduduknya. Alhamdulillah ada juga jumpa masjid di tengah-tengah Bandar Paris ni. Dapat la bersolat dengan selesa. 

Terletak berhampiran Museum National D'Histoire Naturelle Jardin Des Plantes. Maka kalau nak datang ke sini boleh ke Station Metro paling terdekat iaitu Station Jussieu. Kemudian boleh cross Museum National D'Histoire Naturelle Jardin Des Plantes. Tapi jangan risau sebab entrance free sahaja. Tiada apa-apa bayaran yang dikenakan. Di sini kita boleh menikmati pemandangan kesemua jenis pokok-pokok yang ada di France ada ditanam di sini.

Pintu masuk Great Mosque of Paris, France
Masjid ni memang cantik sebab ia adalah sebuah bangunan lama dan ada taman yang cantik di tengah masjid.. dan di sebab kan aku sibuk amik gambar pada setiap sudut.. maka aku tersilap masuk tempat wudhu' wanita.. ye la, mana aku nak faham.. tulisan semua french jer.. Isaa pun senyap jer.. tak kata apa.. tiba2 muncul seorang mak cik tua marah kami.. sebab masuk tempat wudhu' wanita.. nasib baik time kene halau tu tak ada orang lain huhuhuu.. lepas amik2 gambar.. kami solat berjemaah..

Pandai Bahasa French boleh la baca maklumat sejarah masjid ni.
Dalam masjid ada taman yang indah :D
Ruang solat terbuka di tengah-tengah bahagian masjid. 
Inilah yang dikatakan seni arkitek dari Andalusia
Ruang solat utama
Terdapat dua lapisan pintu masuk ke masjid.
Tempat wudhu Wanita ni lah
aku kene marah sebab salah masuk..
Turun ke tempat wudhu
Tempat wudhu lelaki
Mimbar kayu yang antik
Lampu pun mengikut seni bina Andalusia
Lama juga kami duduk berehat di dalam masjid ini. Sebab tadi pun dah berjalan banyak di area Musee de Louvre. Dan pada masa ini orang tidak begitu ramai di dalam masjid ini.

Mungkin juga sebab sekarang bukan waktu solat berjemaah. Dan Isaa kata kalau solat jumaat memang melimpah sampai ke luar masjid.

Apa pun hati ini tersenyum melihat masjid yang hampir berumur 100 tahun ini masih berdiri kukuh di tengah-tengah Bandaraya Paris. Dan ia menjadi simbol islam di Paris.. Pada mereka yang datang Paris jangan lupa datang masjid ni setidak-tidaknya buat Solat Tahyatul Masjid 2 rakaat yer.. :D


Grande Mosquee De Paris (Great Mosque of Paris) France.

Thursday 3 January 2013

Fishing Trip to Falun - Sweden

88 miles lagi untuk menuju ke Falun.. 
Suasana matahari terbit :D by Susu Ikan
Pemandangan indah Sunrise.. :D By Susu Ikan
Bila dah siang baru nampak suasana..
Malam tadi tak nampak apa pun ..
Encik Noor merasmikan keadaan malam..
Ikan yang memberi salam di pagi hari..
Suatu petang di bulan Ramadhan ketika aku sedang berjalan seorang diri di tengah2 bandar Stockholm.. dapat call dari Auntie Shal.. " fif, Uncle nak pi fishing.. nak ikut tak? .. nak ikut balik awal.. sebab nak bertolak awal pukul 6 petang..".. aku pun okey la.. siapa tak nak pi fishing dekat Scandinavia ni.. ikan daging merah oo.. :P.. 

Abang Azwar, Pakcik Noor, Uncle Azizul dan aku.. Kami berempat bertolak ke Falun menghadap arah utara dari Stockholm..journey untuk pergi saja 250 km.. so pergi balik 500 km.. memang jauh macam drive dari Sweden to Norway je.. 

Perjalanan hampir 3 jam.. just beberapa kilometer nak sampai je.. Kami terpaksa berhenti seketika di sebuah petrol station untuk berbuka puasa.. jam menunjuk kan pukul 21:00 pm.. kawasan sekeliling pun dah macam pendalaman.. so kami berbuka puasa dengan bekalan apa yang ada ala kadar.. Abang Azwar sempat bakar pizza selepas balik kerja tadi.. Aku sempat masak nasi dengan lauk sedikit.. sambal johor dan kari ayam jer.. dengan pertolongan Auntie Shal.. Encik Noor bawa kuih muih.. memang terbaik.. memng layan dengan juadah berbuka malam ni.. lepas makan ala kadar kami meneruskan perjalanan ke lubuk yang di sebut2 mereka dari Stockholm..

Mula memasuki kawasan Pekan Falun.. yang agak  terpencil.. Uncle Azizul dan Abang Azwar memang tukar2 drive dari Stockholm tadi.. aku tak ada international license so memang tak ada harapan la nak tolong depa drive hehehe.. Pak cik Noor di beri keselesan untuk berehat sebab ketua trip dan orang yang paling lama dalam kalangan kami..

Barang2 sedia di punggah kan.. 
Jom menuju ke arah lubuk Ikan Salmon
Aku pun masih bersabar
menerima teguran Si Salmon
Dua ikan salmon bersaiz king dalam sejam..

Capture by Susu Ikan
En.Noor sabar menanti
ikan2 lain untuk memberi salam :D
Perjalanan semakin ke arah dalam kawasan pendalaman dan memasuki hutan.. memang gelap gelita.. tepat jam 21:30 malam kami sampai.. untuk aku first time datang sini agak cuak sebab malam gelap gelita tak nampak apa.. hanya lampu suluh mengarah ke jalan yang lurus.. 


Kami memunggah semua barang2 dari kereta dan mengambil dua pondok mancing yang bersebelahan.. kawasan yang berbukit agak menyukar kan kerja2 memunggah barang.. but alhamdulillah semua nya okay .. tak ada yang tergelincir walaupun kawasan agak lembab sebab hujan masih renyai.. selepas barang dah setel kami solat magrib berjemaah dan berbuka puasa sebaik2 nya..

Seorang rakyat Malaysia yang juga student di Sweden sudah pun menunggu kami di sini.. dia yang cop kan dua pondok mancing ni.. Alhamdulillah memang seorang pemancing tegar di Falun ni.. Abang Susu Ikan nick name dia.. nama betul abang Nizam.. :D

Kemudahan pondok mancing
ada corong api dan kerusi
Encik Noor menjelas kan strategik malam ni..
Kalau bawa air rifle.. memang dah jadi lauk ni :P

Uncle Azizul  tersenyum
dengan tangkapan nya..
Suasana sebelum mendung.. By Susu Ikan
Abang Azwar juga sabar
dengan teguran ikan Salmon
Tangkapan di awal pagi :D
Keadan petang yang mendung
Keadaan agak sejuk di waktu malam dengan hujan yang masih renyai.. nasib baik Auntie Shal kasi pinjam aku wind breaker jacket.. Alhamdulillah okay la.. dapat bertahan.. Waktu siang keadaan masih sejuk2 but tak payah pakai wind breaker jacket.. 

Ikan dah mula menaikan rasa geram pada kami sebab boleh pulak dia main loncat2.. macam ada pertandingan pulak.. ada ikan loncat sekali je dan masuk balik dalam air.. ada yang hebat loncat sekali.. bila badan kene permukaan air sket je dah loncat untuk kali kedua.. boleh tahan ikan2 kat sini... tu yang lagi mencabar di buat nya..

Abg Nizam bersama ikan beliau
Yang bagus nya di Sweden ni.. "trust on people" tu memang boleh nampak la antara goverment dengan rakyat.. sebab nak mancing kat kawasan ni kene bayar.. form ada di gantung sebelah peti besi kecil.. dalam form tu just kene isi nama.. no plat kenderaan.. berapa orang.. dan berapa batang pancing.. setiap batang pancing hanya layak untuk menangkap 5 ekor ikan sahaja.. dan setiap batang pancing kene bayar 70 krona.. dan lepas isi form masuk kan duit dalam sampul yang di sediakan dan masuk kan dalam peti besi.. memang tak ada orang jaga.. akan ada la pegawai yang akan kutip duit tu seminggu sekali..

Rupa2 nya ada Brown Bear kat sini.. bahaya.. baru tahu..
Uncle Azizul dengan aku pasang dua batang pancing.. abang Azwar 1 batang dan Encik Noor pasang sampai 4 batang.. teori dia bila aku tanya nape banyak sangat.. dia kata " lagi banyak kita pasang lagi banyak ikan kita dapat :D

Alhamdulillh.. dapat juga pengalaman memancing di Sweden.. dan ini mission pertama mereka di bulan puasa.. sebab tak tahan nak tunggu lepas raya nanti hehehe... bak kata Abang Azwar jangan tak dapat ikan sudah la.. nanti dah balik penat lelah tension tak dapat ikan then kene marah lagi dengan isteri hehehee.. janji dapat kan ikan je dulu..

Thank bebanyak pada Abang Susu ikan yang bagi picture kat Falun ni.. yang mana picture tak lawa tu dari camera cikai aku.. yang lawa2 tu semua dari Abang Susu Ikan.. dan Uncle Azizul, Abang Azwar dan Encik Noor yang sudi bawa aku sekali ke Falun merasa teguran ikan Salmon.. last note.. aku sorang je yang tak dapat ikan.. so that why tak nak bergambar dengan mana2 ikan huhuhuu.. :P

Pekasam ikan Salmon.. perghh memang sedap.. Thanks to Abang Nizam.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...