Tuesday 27 May 2014

Royal Belum Part3 : Kampung Aman Damai - Orang Asli

Sambungan Dari Royal Belum Part 2 : Pulau Banding di Tasik Temenggor

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Destinasi kedua selepas kami trekking untuk melihat Bunga Rafflesia ialah menziarahi perkampungan orang asli.. Terdapat dua puak orang asli di sekitar Tasik Temenggor atau Royal Belum Park ini iaitu Puak Jahai dan Puak Temiar.. Dan perkampungan Aman Damai yang kami ziarahi ini di duduki oleh Puak Jahai..

Sebelum bermula trip ini lagi kami telah diberitahu oleh pihak Belum Outdoor Adventure (BOA).. Jika ada pakaian atau permainan kanak2 yang nak di sedekahkan boleh di bawa ke Royal Belum Park untuk diberi pada orang asli di sana.. tapi kami decide untuk membeli makanan ringan seperti snack dan coklat untuk di beri kepada kanak2 orang asli di sana..


Jom kita ziarah Kampung Aman Damai - Orang Asli
 Orang asli menyeberangi air dengan menggunakan rakit buloh..

Alhamdulillah kedatangan kami di sambut baik oleh penduduk kampung aman damai.. Dan kanak2 seperti mengetahui ada saguhati yang bakal mereka terima.. mereka tidak meminta tapi menghulurkan tangan bila kita memberi.. rasa seronok bila memberi kepada mereka.. kekurangan pakaian dan makanan tidak menahan mereka dari memberi senyuman tanda kegembiraan..

Di sini kita dapat melihat rumah2 yang di bina menggunakan daun pelepah, batang buloh dan batang pokok kayu sederhana.. berkomunikasi dengan mesra bersama mereka.. Aku dan Blogger Fadh sempat mencari umpan udang dengan mak cik2 yang sedang memancing di tepi tebing.. membuat sistem barta.. bagi coklat untuk umpan udang tu hahaha.. :D

Jom masuk Kampung Aman Damai

Sekadar sumbangan.. jangan lah kedekut dengan mereka yang memerlukan ..
Selamat datang ke kampung yang penuh dengan kecerian  :D
Kanak-kanak bergembira dengan snack dan coklat yang di beri ..  :D
Bersiar-siar di kawasan perkampungan orang asli..

Kak Anash menceritakan babak frozen kepada anak orang asli..
Ceria dan gembira menikmati pemandangan indah..
Kak Anash tekun memberi dengan sama rata..
Gembira tak terkata.. Syukur.. :D

Selepas selesai membuat lawatan tidak rasmi di Kampung Aman Damai ini.. Kami kembali semula ke Houseboat untuk meneruskan perjalanan ke Chalet yang di janjikan untuk bermalam.. Okay untuk trip bersama BOA ini.. Houseboat ini di gunakan hanya sebagai pengangkutan perjalanan akan tetapi pengunjung akan disediakan Chalet di daratan untuk bermalam.. ada beberapa ketegori chalet.. ada yang bilik air di dalam chalet ada yang di luar chalet..


Keadaan kampung yang masih diperbaiki dari hari ke hari..
Kelihatan YB Janggel dan YB Chawan melawat kawasan di situ huhuu..
Orang asli memang kreatif dengan hasil tangan mereka.. 


Houseboat Bersama BOA dan Travelholic Awesome

Perjalanan menyusuri belahan pulau dari satu destinasi ke satu destinasi membuatkan pemandangan dari houseboat ini sungguh indah.. ketenangan yang mempersonakan.. di tambahkan lagi dengan kecerian dari semua sahabat dan penghuni di atas boat ini..


Bersama Kapten Houseboat..
Zoom out.. Zoom out.. and the zoomer hahahaa  :D

Jom kita tengok keadaan Houseboat ini.. Ia di lenkapi dengan dua buah bilik di tingkat atas dan sebuah ruang terbuka yang luas di tingkat atas.. terdapat sebuah dapur satu bilik mandi serta kolah di dalam nyer.. dan sebuah tandas yang juga mempunyai shower untuk bermandi.. serta ruang yang luas di tingkat bawah.. Lebih 10 Hammock dipasang sama ada di atas atau di tingkat bawah.. dua buah bot  kecil juga disediakan..

Tv juga turut di sediakan bagi mereka yang ingin menonton cerita tak tahu la kalau siaran tv dapat ke tidak.. Nak tengok DVD tu boleh la.. dan juga disediakan set karoke bagi mereka yang ingin mencuba membuat bising di dalam kedinginan malam huhuu.. alhamdulillah time kami nie tiada siapa yang nak minta set karoke itu di pasang hehehee..


Kak Ely dan Bro Hasrul serta sami dan suci :D
Layan pemandangan setiap masa :D
Bersantai.. Hammock juga disediakan..
Beberapa sudut dalam Houseboat ini ..

Seawal pukul 5.45 petang kami sampai di Jeti Sungai Tiang tempat kami akan bermalam di chalet nanti.. Sementara menunggu pegawai yang berkenaan datang membawa kunci untuk membuka semua chalet.. Kami menukar pakaian untuk terjun bermain air di tasik ini.. dengan syarat wajib anda semua kene memakai lifejacket.. kerana jangan under estimate kedalam di Tasik Temenggor ini.. terdapat banyak tempat yang melebihi 400 kaki dalam..


BOA tidak sekali - kali segan dalam menghidangkan makanan yang terbaik  :D
Ayam dan kambing telah diperap dengan secukupnya..
Makan hidangan yang sedap bersama2..
Suasana yang indah di atas bot.. apa lagi yang anda nak..??

Sepanjang perjalanan di atas houseboat kami disediakan dengan minum petang.. air sirap yang sejuk.. buahana2 tempatan.. kek pisang.. dan acara paling menarik ialah makan malam kami.. menu utama adalah ayam dan kambing yang di bakar ( BBQ ) perghh memang terbaik.. Dan tidak lupa untuk aku memberitahu pada semua makanan yang disediakan oleh pihak BOA di atas boat ini memang adalah yang terbaik.. tiada istilah tak cukup makanan.. tiada yang merungut kurang sebiji garam sekali pun.. semua nyer prefect..!!


Alhamdulillah tak nak komen banyak..
Tapi memang puas hati malam tu tido lambat hahaha :D

Pada sebelah malam aktiviti lebih tertumpu pada suai kenal sesama pengunjung2 di atas boat ini.. membina keyakinan untuk bercakap dengan microphone untuk memperkenalkan diri masing2.. Hanya terdapat satu masalah ketika malam ini iaitu generator untuk chalet rosak.. maka tiada elektrik yang dapat di salurkan ke chalet.. maka keputusan di ambil untuk tido di atas houseboat dengan semua lelaki tido dibawah dan perempuan di atas.. dan bilik di beri pada mereka yang berkeluarga mempunyai anak kecil..
Contineu Part 4

Friday 23 May 2014

Royal Belum Part2 : Pulau Banding di Tasik Temenggor

Sambungan Dari  Royal Belum Part 1 : Calling From Travelholic Awesome Team

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Pagi Sabtu - 12 April.. Kami semua bersiap2 selepas solat subuh dengan tujuan bergerak seawal yang termampu untuk ke Grik dan terus ke Tasik Temenggor.. tetapi sedikit terhalang dengan bau Haruman Wangi Nasi Lemak yang di masak oleh Ibu Chawanna.. huhuhu memang terbaik.. Mungkin disebabkan lelaki tidur di bawah dan wanita semua di atas.. Maka lebih ramai jejaka yang membantu di dapur pagi tu huhuu :P


Ceria di pagi hari.. Blogger Dan Arif pun turut join breakfast.. :D
 Nasi Lemak Harum Wangi, Cucur Badak, Kuih Kaswi dan Kek Nemo..
Itu dia Kek Nemo Kak Anash huhuhu.. :D

Alhamdulillah pagi tu kami semua breakfast Nasi Lemak Wangi Daun Pisang di rumah Ibu Chawanna.. Tak cukup dengan itu di tambah lagi dengan Kuih Kasuwi ( Dr Shah Rule) - Kaswi ( Chawanna ).. Macam2 ejaan ada.. Janji ia sedap di makan.. Bila dah siap semua hidangan tiba2 Ibu Chawanna buka peti ais.. Nak goreng Cucur Badak pulak... Waaaa tambah lagi.. One of my favorite kuih pulak tu huhuu..


Suasana dan wajah-wajah ceria kami di pagi hari yang mulia ini hehehe... 

Selesai Breakfast.. Kami mula bersalaman dengan rasa sedih berpisah padahal sebab tak boleh makan nasi lemak dan kuih cucur badak yang sedap ni lagi.. Nasib baik Ibu Chawanna bekalkan aku Cucur Badak tu sket nak ke Royal Belum huhuhuu.. Dan Arif serta isteri beliau pun turut memberikan lambaian selamat pergi untuk kami huhuu.. meriah sungguh pagi ini..


Senyum dan terus senyum memanjang.. Thanks to all of you :D
Selfie memang terbaik la.. sampai nak keluar tingkap pun ada huhuu .. :D

Okay untuk pagi ni arrangement kereta bertukar kalau semalam aku naik dengan Lili, Bayya dan Hang Dhamin.. tapi kali ni kene transfer sekali dengan Kak Anash, Janggel, Shahrul dan Hang Dhamin.. Kereta 2 - Bayya, Paie, Lily dan MasMZ.. Kereta 3 - Kak Ely, Bro Hasrul, Sami dan Suci.. Kereta 4 - Chawan, Chawanna, Icam dan Aqila.. Kereta 5 - Husband and wife Zaraab dan Fadh..


Mengalas perut di gerai makan di Jeti Pulau Banding..
Lapor sungguh mereka .. Dari kiri Dr Shahrule, Janggel dan Hang Dhamin..
Pemandangan di Jeti Pulau Banding.. Credit to Janggel Trekker :D
Saudara Hisham Yusof memberi talimat ringkas untuk perjalanan houseboat ini..
Bersantai sambil mengisi borang selepas penat memunggah beg ke atas houseboat..

Sebelum pukul 12.00 tengah hari alhamdulillah kami semua selamat sampai di jeti Pulau Banding.. walau beberapa kali sesat nak cari jeti ni sampai ada yang masam muka hahahaa.. Sampaikan Hang Dhamin meletakan jari di bibir demi menyuruh aku diam sebab takut bila semua dah kasi pendapat masing2.. lagi celaru jadi nyer hahahaa..

Sebelum naik ke houseboat ada gerai makan di jeti boleh la anda mengalas perut.. Nak makan nasi campur atau goreng2 pun ada.. Bersama kami ada 6 orang Chinese yang suka senyum.. 5 pelajar yang ceria dari sebuah university dan satu pasangan veteran spotting bersama anak lelaki mereka.. So we the biggest team on board and we conquer the environment hehehee.. :D

Trekking Mencari Dan Melihat Bunga Rafflesia

Taklimat sebelum trekking di mulakan :D
Jom Masuk  Uzma Respect Nature.. 

Houseboat memulakan perjalanan sambil kami semua di minta untuk mengisi borong dan taklimat penerangan di sampaikan oleh Saudara Hisham Yusof dari BOA - Belum Outdoor Adventure.. Dan perjalanan di dahului dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd Issam salah seorang krew BOA.. Dan seorang lagi krew BOA Saudara Hilmi Yusof.. Seorang yang terkenal dalam dunia photographer.. Gambar beliau pernah dibeli dengan harga RM 20 ribu okay!!!. bukan seratus dua huhuu.. Dan mereka bertiga bersama kaki tangan yang lain di dalam houseboat sangatlah friendly menambahkan lagi kecerian suasana kami :D


Bunga Rafflesia yang ada dah mati dan sesetengah nyer masih di dalam kuntum huhuuu..
Yang layu sahaja rezeki kami nak lihat.. sedih nyerr..
Insyallah akan kembali untuk melihat keunikan Bunga Rafflesia..

Destinasi pertama kami untuk hari ini ialah untuk melihat bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia.. Houseboat berhenti pada di sebuah jeti dan kami memulakan trekking kedalam hutan lebih kurang dalam 15 minit kami sampai.. Alhamdulillah ada Bunga Rafflesia ni tapi semua dah layu kehitaman.. dan yang tinggal adalah pucuk2 baru yang belum terbuka menjadi Bunga Rafflesia.. Setelah sedikit penerangan di beri oleh Saudara Hisham Yusof kami beredar pulang ke Houseboat..


Selamat Tinggal Bunga Rafflesia.. Nanti ada masa kita jumpa lagi huhuu..
Keindahan melayan pemandangan dari Houseboat ini memang terbaik
- Credit tu Hang Dhamin

Info Bunga Rafflesia -  Taburannya yang sangat terhad.. Bunga ini hanya tumbuh di Hutan Hujan Tropika Asia Tenggara sahaja. Selayaknya Rafflesia menjadi kebanggaan dan simbol kepada keindahan dan kepelbagaian hutan tropika di rantau ini.. Daripada 20 spesies Rafflesia yang terdapat di seluruh dunia lapan daripadanya terdapat di Malaysia.. Antara nama lain bagi bunga ini ialah Bunga Pakma.. Dan Gajah adalah haiwan yang amat menyukai bunga ini untuk dijadikan sebagai makanan..

Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan, tetapi ia tidak mempunyai klorofil, iaitu bahagian hijau tumbuhan yang diperlukan dalam proses membuat makanan sendiri seperti yang terdapat pada tumbuhan lain. Bunga Rafflesia indah dan menawan tetapi berbau busuk. Selain itu, Rafflesia merupakan sejenis parasit tetapi jarang-jarang ditemui dan dilindungi pula, berlainan dengan parasit lain yang selalunya dikaitkan dengan penyakit dan sukar dikawal daripada merebak.. Conrinue Part 3


Monday 19 May 2014

Royal Belum Part1 : Calling From Travelholic Awesome Team

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

First at all - Aku berharap dan mendoakan pada semua yang datang berkunjung ke blog ini diberi kesihatan yang baik.. Mungkin hujan dan musim panas yang tak menentu menyebabkan ramai di kalangan ahli family aku batuk2 dan juga demam.. Batuk baru nak baik jer ni.. baru la boleh fokus nak update blog huhuhuu...

Okay.. Seperti tajuk di atas Royal Belum Rainforest ini terletak di Tasik Temenggor, Perak Darul Ridzuan.. Telah memanggil beberapa insan yang lebih dikenali sebagai Blogger untuk di jelajahi.. Yeap betul tu blogger dari Team Travelholic Awesome & Friends.. Alhamdulillah telah mendapat panggilan dari mereka untuk menyertai trip kali ini bersama mereka.. Terharu tak terkata  macam nak nangis pun ada :P  Apa pun thanks pada to all Travelholic Awesome yang baik hati especially Kak Anash yang menyampaikan jemputan :D


Antara mereka yang hadir pada perjumpaan di KLCC..  :D

Team Travelholic Awesome & Friends


Trip untuk group ini disertai oleh 16 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak.. Adik Aqila, Adik Sami dan Adik  Soo Wincci  Suci.. *Gagah tengok Kak Ely duk menjaga Suci dan Sami atas Houseboat huhuu.. Dan tabik spring pada Doc Sahrule dan Paie yang bersemangat datang dari Johor Bharu untuk memeriahkan lagi trip ini.. Thanks untuk Kak Lily, Bayya dan Hang Dhamin yang amik aku di check point *walau kene bahan gelak pasal word KEDIDI hahahaa.. sabar jer la kan  :P


Adik Aqila.. Bakal menjadi perhatian untuk trip kali ini :D
Perjumpaan di KLCC seminggu sebelum bertolak ke Royal Belum Park..

Seminggu sebelum bertolak ke Royal Belum Rainforest ini.. Satu pertemuan telah di adakan di KLCC bagi membincang beberapa perkara dan bagi aku mesti lah sesi suai kenal.. Masa perjumpaan ni agak nerves jugak sebab hanya Tuan Janggel sahaja yang pernah aku jumpa.. yang lain2 tu hanya sekadar berbalas comment di blog mereka ataupun jadi silent rider jer.. Memang mereka insan yang aku sanjungi dari pengalaman travel dan penulisan di blog mereka.. :D

Okay.. Perjalanan bermula pada petang hari jumaat sepatutnyer .. Alhamdulillah gagah aku masak Nasi Goreng Bunga Kantan Ikan Masin Ala Kampung.. Nak hidang pada mereka sebab tahu diorang yang lain mesti lapar dan penat balik kerja.. Mula2 plan nak buat roti jala.. tapi seminggu lebih mencari senduk acuan roti jala tak jumpa.. Serious beb Tesco ke.. baik Giant.. Hero ker.. Kedai D.I.Y.. Kedai RM2.00 kat rumah aku nie.. semua tak jual.. Bila tanya sells-man.. Boleh dia jawap "Sekarang mana ada orang nak buat.. beli jer mudah".. eerkkk..


Nasi Goreng Bunga Kantan Ikan Masin Ala Kampung..

Kalau la ada senduk acuan roti jala nie..
Mesti dah siap terhidang macam ni huhuhuu :P

Pada masa yang sama Tuan Janggel sms bagitau "Itu semua alasan.. Pergi cari tin milo tebuk lubang.. jadikan acuan roti jala" hahahaa.. :P  Maaf yer saya bukan engineer hehehee.. insyallah next time akan make sure ada roti jala dalam trip huhuu.. Also sorry tu Kak Anash  yang kempunan roti jala  sebab tak tertunai janji saya nak buat roti jala untuk trip ni.. Insyallah nanti majlis akan buat roti jala.. eh ehh ehh.. k baii  :P

Di kala petang hari jumaat.. sms yang diterima dari Tuan Janggel selaku Ketua Rombongan  Cik Kiah  "Kak Lily and Bayya will pick you up at the check point" ..  Mula2 tak tahu lagi siapa yang akan pick me up.. so ada la buat Lempeng Kelapa.. untuk makan dalam kereta.. huhuuu.. Yang pasal lempeng ni mereka dalam kereta lain tak tahu.. Tapi tak tahu la pulak kalau Kak Lily, Bayya tau Hang Dhamin ada bocor rahsia.. sebab masa di Belum Kak Anash ada kata.. "Aiipp makan apa dalam kereta semalam" eerkk huhuuu.. ada la yang bocor kan tu hahaa :P


Lempeng Kelapa.. Sedap kalau makan panas2  :D
Selfie dalam kereta.. Bersama Bayya, Lily, Hang Dhamin..
Berhenti makan di Pondok RNR Tapah, Perak..

Alhamdulillah perjalanan yang penuh dengan riang kegembiraan bersama2 ini.. Kami berhenti rehat di RNR Tapah.. Berkongsi juadah yang di bawa bersama.. Paling sedap Kek Warna -Warni  Nemo Harum Manis Yang Lembut Gitu hasil tangan Kak Anash yang menjadi santapan paling utama kami.. sedap huhuhuu :D Nanti sila buat lagi yer Kak Anash.. Tolong jangan serik hahahaa.. :P



Watak-watak utama dalam trip ini yang anda semua perlu kenal  :D
Bergambar bersama-sama dengan kakitangan dan pengunjung yang lain..

Selesai berpicnic seketika di pondok RNR.. Kami meneruskan perjalanan ker Ipoh untuk bermalam di rumah Chawana membesar.. Rumah mak ayah atau kampung la huhuu.. Alhamdulillah perjalanan setakat hari ini berjalan dengan baik seperti yang dirancang.. Cuma Paie dari Johor dan Mas Zubir akan join dan memeriahkan lagi trip ini pada keseokan hari..

   

Jom Layan Video kami di Royal Belum Park - By Blogger Hang Dhamin

Nak cerita banyak pun tak ada idea sangat.. Sebab orang lain semua dah cerita habis pasal trip Royal Belum Rainforest ni :D..  By the way jika ada sesiapa nak hadiahkan aku Senduk Acuan Roti Jala sila la.. amat di alu2kan.. Dah give up mencari tak jumpa huhuu.. Dan semua gambar yang akan ada dalam Entry Royal Belum ini credit to all Travelholic Awesome & Friends.. Sebab dah tak ingat dari siapa aku amik huhuu..
Continue Part 2 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...