Showing posts with label Part 2 : Tashkent Avtovokzal - Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque. Show all posts
Showing posts with label Part 2 : Tashkent Avtovokzal - Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque. Show all posts

Monday, 16 June 2025

Uzbekistan Part 2 : Tashkent Avtovokzal Bus Terminal - Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Uzbekistan Part 1 : Arriving In Tashkent After 12 Hours Bus Journey From Bishkek

Syukur alhamdulillah setelah perjalanan yang panjang di malam hari. Turun naik bas untuk stamp passport di tiga buah negara. Akhirnya kami selamat sampai di Tashkent Bus Terminal atau dikenali Tashkent Avtovokzal oleh bahasa tempatan. 

Perkataan Avtovokzal juga digunakan pada Bus Terminal atau Bus Station di Bandar Almaty dan Bishkek. Mungkin membawa maksud Terminal. Sebab bila aku guna google translate ia memberi makna Auto Station. Tapi tak kesah la kan.

Syukur Selamat sampai di Tashkent setelah mengharungi perjalanan yang jauh.
Oh ya untuk simkad boleh dibeli selepas melepasi Border/Immigration Uzbekistan. Terdapat beberapa buah restoran, kedai runcit dan juga kedai menjual simkad di border dan ia seolah-olah seperti sebuah pekan kecil. 

Dan di sini kita akan menunggu bas lebih 20 minit disebabkan bas akan mengambil masa yang agak lama untuk melepasi border berbanding penumpang. Dan waktu menunggu boleh berubah menjadi lebih lama jika kenderaan terlalu banyak.

Sampai di Terminal Bas ini kami berehat dan fresh up semula. Di luar terlalu sejuk.
Kenapa tak beli simkad apabila sampai di Tashkent Bus Terminal sahaja?

Ini kerana bas akan sampai pada pukul 6.00 pagi di Tashkent dan dari bacaan aku di internet, kebanyakan kedai yang berada di dalam terminal masih lagi belum dibuka dan pada kebiasaanya hanya dibuka pada pukul pukul 8.00 - 9.00 pagi.

Hanya kedai makanan sahaja yang dibuka dan itu pun bukan semua.
Tiada wifi percuma yang disediakan di terminal bas di tashkent ini. Macam kedekut pula sebab nampak di lebih maju dari terminal di bishkek yang memberi wifi percuma sehingga kita boleh buat video call whatsapp dengan orang di Malaysia.

Walau bangunan terminal bas di Bishkek adalah dari era soviet yang agak ketinggalan tapi ia mampu memberikan wifi percuma dengan begitu baik tanpa memerlukan kita untuk log in apa-apa password pun. Dan untuk di Tashkent ini kita hanya boleh gunakan wifi dari kedai makanan setelah membuat pembelian di kedai mereka.

Pukul 7.45 pagi kelihatan orang mula memenuhi ruang terminal.
Kuanter tiket juga telah dibuka kesemuanya termasuklah tourist service center ini.
Setelah matahari terbit barulah kami memulakan langkah keluar dari terminal.
Dan bas kami telah sampai beberapa minit sebelum pukul 6.00 pagi dan kami telah berehat, solat dan fresh up di terminal sehingga jam 7.30 pagi. Satu perkara yang aku nak berkongsi adalah penggunaan tandas di Almaty, Bishkek dan Tahskent semuanya dikenakan bayaran. Tak kesah la samada di Bus Terminal, Pasaraya or even di dalam restoran pun kena bayar. 

Cuma bagi aku di Tahskent adalah yang paling mahal bayaran untuk menggunakan tandas. Mungkin sebab kalau dibandingkan antara Almaty, Bishkek dan Tashkent. Maka Tashkent lah yang paling maju dan bangunan di sini nampak lebih moden dan cantik berbanding di bandar lain dalam trip ini.

Dapat gift manisan Cekme Helva dari orang Turkiye yang satu bas dari Bishkek.
Dari terminal kami ikut laluan underground ini untuk kesebarang jalan.
Almaty dan Bishkek kadar bayaran untuk penggunaan tandas lebih kurang RM1.00-1.50. Tapi kalau di Tashkent bayaran bermula dari RM3.00 ke atas. Mahal kan? Semasa di Bus Terminal kami dapat gift dari seorang pengembara Turkiye yang sama-sama ditahan di border tadi. 

Dia pesan banyakan bagi anak-anak makan benda manis sebab cuaca sangat sejuk di luar. Ok pun mengucapkan terima kasih sambil membalas tersenyum. Dan dia kata "I need to go now, my hotel let me check in early".

Terjumpa taman permainan ketika berjalan-jalan di kawasan perumahan.
The kids suka kutip bunga Doremon yang banyak tumbuh liar di sepanjang jalan.
Terdapat satu anak sungai yang ada di kawasan perumahan ini.
 Keadaan air yang bersih dan jernih. Siap boleh lihat ada ikan kejar mengejar lagi.
Selepas matahari terbit sedikit kami telah berjalan keluar bagi menuju sebuah masjid yang terletak tidak berapa jauh dari terminal bas bagi membuang masa. Sebab accommodation yang kami booking tidak membenarkan kami check in awal walau diberitahu bilik berkenaan adalah kosong dan ready to move in.

Dan staff di reception meminta kami membayar lebih USD30.00 jika mahu. Terus aku tak reply whatsapp staff tersebut. Masa inilah aku search di internet dan terlihat ada sebuah masjid yang cantik dan besar yang terletak hanya 1.5 km sahaja berjalan kaki. Terus aku kata dengan wife jom jalan and if jumpa warung kita stop la minum teh.

Seronok berjalan kaki di kawasan perumahan di Tashkent ini. Bersih dan kemas.
Berjalan di celah celah bangunan flat. Mungkin orang masih bercuti sebab hari raya ke 3.
Sambil berjalan di kawasan perumahan warga tempatan terjumpa taman permainan terus the kids minta stop nak main sekejap. Seronok juga berjalan di area kawasan perumahan yang sangat berlainan dari Malaysia. Di sini setiap rumah ada laman sendiri yang dipenuhi rumput carpet dan pokok-pokok bunga serta pokok buah seperti delima dan oren.

Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque yang terletak di Al Kharizmi Street, Tashkent.
Design corak di dalam masjid yang begitu cantik dan sangat unik.
Tangga untuk naik ke tingkat atas, Kebiasaanya tingkat atas ini khas untuk wanita.
Masjid yang bukan sahaja indah kaya dengan design Uzbekistan tapi juga mewah dan exclusive.
At last kami sampai di Ubay Ibn ka'b Jameh Mosque setelah hampir 30 minit berjalan santai bersama the kids. Alhamdulillah sebuah masjid yang cantik terdapat perkuburan islam di sebelah masjid. Masa ni terjumpa dengan penjaga masjid dan beliau telah membuka tandas untuk kami gunakan. Sebab tandas hanya dibuka ketika waktu solat sahaja.

Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque adalah salah satu masjid yang menjadi attraction kecil di Tashkent. Terkenal dengan keindahan design dalaman yang cukup unik, kemas dan cantik. Terletak dalam kawasan perumahan rumah bawah, flat dan apartment. Dan bersebelahan dengan Muslim Cemetery.