Tuesday 9 June 2015

Myanmar Part 1 : Langkah Backpackers ke Yangon Bermula

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Syukur dah semangat sket ni nak update.. Insyallah moga dapat la aku habiskan semua entry untuk kisah pengembaraan aku di Myanmar ni.. By the way trip kat tempat lain aku skip dulu la.. Jepun, Shanghai, Shenzhen, Guangzhou, Egypt, Qatar, Oman, Lesotho, Thailand, Indonesia, Vietnam dan tempat lain2 semua aku skip dulu hahaa.. Dah mood aku nak update Myanmar.. Korang baca je la erk :P

Okay.. Masa yang aku ada tidaklah begitu mengizinkan aku dan kawan2 untuk mengembara lama di Negara Myanmar ini.. Sabtu dan Ahad serta 3 hari cuti yang kami apply membolehkan masa sebanyak 5 hari.. Ada beberapa tempat menarik di Myanmar antaranya Yangon, Bagan, Mandalay dan Inle Lake..


We here.. Welcome to Yangon City Gurlss...!!!

Akhirnya kami membuat keputusan untuk menjelajah ke Yangon dan Inle Lake sahaja.. Inle Lake menjadi pilihan kerana landskapnya yang agak unik dan berbeza dari tempat lain.. Sebuah tasik yang dikelilingi dengan gunung-ganang.. Terdapat perkampungan dan tanaman sayuran di atas pulau buatan di tengah tasik..


Permohonan VISA Ke Myanmar

By the way sebelum kita teruskan dengan cerita dan kisah pengalaman aku di Myanmar.. Jom kita amik tahu sedikit berkenaan visa untuk ke Myanmar.. Pertama - Myanmar adalah satu2 nya negara dalam kumpulan ASEAN  yang memerlukan rakyat Malaysia apply visa sebelum boleh menjejakan kaki ke sana..

Cara membuat visa mudah dan senang cuma MAHAL itu tak dapat di sangkal la.. Bayaran sebanyak RM140.00 seorang.. Memakan masa satu hari berkerja untuk siap.. jika anda menghantar dokumen lengkap pada waktu pagi sebelum pukul 11.30 pagi maka insyallah akan siap di petang hari nya.. Jika selepas waktu itu maka visa akan siap pada kesokan harinya..


So inilah tempat nyer nak buat VISA ke Myanmar

Memerlukan 2 keping gambar berukuran passport dan salinan tiket penerbangan pergi dan balik.. Confirmation penginapan tidak di minta tetapi jika ada boleh disertakan sekali.. Salinan passport dan kad pengenalan.. tapi dengar kata untuk tahun 2016 tak memerlukan visa lagi untuk ke Myanmar.. ntah la.. kalau ada sesiapa yang pergi tahun 2016 nanti sila bagitau kat komen yer..

Alamat Kedutaan Myanmar di KL:
EMBASSY OF THE REPUBLIC OF THE UNION OF MYANMAR
No. 8(C), JALAN AMPANG HILIR, 55000, KUALA LUMPUR
Tel : (603) 4251 5595, 42514455, 4251 6355
Fax : (603) 4251 3855

Masa ni tengah ramai orang .. Baik warga Myanmar mahu pun pelancong..
Betul-betul terletak di hadapan McDonald dan masuk ikut pintu ni :D

Nak buat visa ke Myanmar bukan di Kedutaan tapi kene pergi Ever Fine Servives (M) Sdn Bhd di Jalan Tun Perak.. Tak jauh dengan Stesyen LRT Masjid Jamek bersebelahan dengan Restoran Burger King..  Berhadapan McDonal :D (kalau korang tak jumpa jugak tak tahu la hahahaa..)

Return tiket Airasia aku beli masa promo bulan puasa 2014 - RM 198.00 seorang.. Aku dan wife serta dua member ex-sekolah rendah aku Cik Iszu dan Cik Dila.. Diorang bukanlah backpackers tapi hati yang mahu meneroka alam backpack menyudikan diri ikut serta trip ini :D


Excited Makcik2 nie nak Backpack ke Myanmar :P
Penerbangan AirAsia AK504 - Flight 95% penumpang penuh..

Flight AK504 Kuala Lumpur ke Yangon pada pukul 06.55 pagi membuatkan aku dan isteri membuka langkah seawal 11.30 malam ke KL Sentral untuk mengambil bas terakhir ke KLIA2.. tapi salah membuat perkiraan kami terpaksa menunggu bas pada pukul 2.30 pagi ke KLIA2.. (nasib bini tak marah :P)


Layan English Breakfast di KLIA2.. Hebat makcik2 ni punya test

Kami berempat sempat bersarapan di sebuah restoran sebelum ke departure hall.. by the way ini first time aku kali ni bawa group semua perempuan huhuu.. Penerbangan AK504 mengambil masa lebih 2 jam untuk sampai ke Yangon.. Dalam hati masih resah sebab aku kalau travel akan main redah dengan sedikit study jer.. Tapi kali ni bawa orang perempuan kene make sure tak buat silap, otherwise mau kene bebel hahaha :P


Yangon International Airport, Mingaladon City

Alhamdulillah kami selamat tiba di Yangon Airport.. Segala urusan immigration pun selesai dengan mudah.. Dan setelah keluar dari "nothing to declare" kami pun berjalan kaki selama 15-20 minit ke luar dari airport ke tempat bas yang berdekatan untuk ke Bandar Yangon sebab jika naik teksi tambang agak mahal 6-8 USD untuk seorang.. Naik bas seorang baru 200 Kyat (RM0.70).. Thanks to Blogger Aisyah Bee yang bagi info pasal naik bas ni.. :D


Setelah selesai urusan di airport maka berjalanlah kaki ke tempat bas..
Bila nampak pintu gerbang ni terus amik kanan..
Sampai jer kawasan yang banyak mini bas ni.. tunggu bas sebelah kiri jalan..

Alhamdulillah kami dapat seat belakang sekali dalam bas..
Lagi pun Maha Bandoola Garden adalah destinasi terakhir bas ini..

Nak naik bas ni tak susah la.. Jalan keluar dari pintu airport dan terus ke kanan berjalan sampai jumpa round the board amik pukul 3 dan jalan sket pastu akan nampak banyak mini van parking dan orang ramai di dua2 belah jalan sedang menunggu bas mereka.. Kami naik bas nombor 20 kalau tak silap setelah bertanya dengan orang ramai hehehe..

Oh by the way di Myanmar mereka hanya menerima USD dan Kyat (mata wang Myanmar) dalam urusan jual beli mereka.. Dan di Malaysia memang tak ada duit Kyat ni di money changer.. So cara paling senang bawa USD ke sana.. dan sampai di airport tukar lah kepada duit Kyat.. Cara kedua yang aku baru dapat tahu ialah draw duit dari ATM di Airport.. Dengan syarat ada logo MasterCard dan VISA..


Bangunan zaman pemerintahan colonies yang masih kekal..
Maha Bandoola Garden - Central of Yangon City..


Yangon City - Largest City in Myanmar

Okay satu perkara aku nak kongsi dengan semua pembaca ialah kalau tak tahu nak start jelajah Bandar Yangon dari mana maka cari lah Maha Bandoola Garden sebab park ni terletak betul2 di sentral bandar.. Landskap pun cantik di kelilingi dengan bangunan lama dari architecture colonies.. Dan di sini juga terletaknya Independent Monument of Myanmar.

Dan antara temple buddha yang terkenal di Yangon adalah Sule Pagoda yang terletak betul2 di hadapan park.. Dan yang paling penting bagi umat islam di sini ialah sebuah masjid iaitu Bangale Sunni Jameh Mosque yang terletak betul2 di hadapan park sebelah kiri round the board..


Pakcik Omar menawarkan diri menjadi tour guide kami  :P
Suasana ruang makan restoran Golden Tea - Baju Kuning tu owner  restoran..  :D
Boleh dapat nasi goreng, popia dan samosa goreng kat sini..
Iszu dan Dila time ni dahaga terus balun 7up hehee.. :P
Inilah dia Bangale Sunni Jameh Mosque berhampiran Maha Bandoola Garden..

Bila ada masjid ia adalah perkara gembira bagi seorang traveller islam, kan? Yang pertama dapat solat dan yang kedua mesti ada restoran muslim hehehee.. apa lagi bersarapan sakan la kami pagi tu.. makanan dah la murah kat sini.. Aku pun lega kalau tak mau makcik2 ni bising nak makan hahaha.. :P

Alhamdulillah segala urusan kami setakat ini dipermudahkan Allah.. Dan semasa kami sibuk bergambar di Maha Bandoola Garden tetiba seorang insan bernama Pakcik Omar datang berborak dengan kami.. Lepas tu dia offer nak jadi tour guide kami.. Mula2 malas nak layan sebab ingatkan scam.. tapi syukur la dia memang nak tolong.. tak minta duit pun malah siap kuarkan duit untuk kami lagi hehehe :D


Continue - Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...