Tuesday, 30 June 2026

Istanbul Part 3 : Perjalanan 12 Jam Menaiki Bas Dari Bucharest Romania Ke Turkey

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Hampir seminggu aku berkelana ke Bulgaria dan Romania, terasa seperti baru semalam kaki memulakan langkah ke sini. Tak banyak tempat yang dapat diterjah, namun syukur setidaknya dapat melihat budaya dan sejarah di dua negara ini.

Insyallah jika diberi peluang dan keiizinan lagi di masa hadapan, pasti aku akan datang semula ke dua buah negara ini dan tinggal dengan lebih lama. Mendalami lebih banyak tempat dan sejarah, memahami lebih dalam budaya mereka di sini.

Menaiki train dari Izvor Station ke Pacii Station yang mengambil masa 16 minit.
Aku memulakan langkah menuju ke Izvor Metro Station yang terletak 850 meter dari hotel di waktu malam hari. Syukur keadaan amatlah selamat dan mudah untuk berjalan seorang di sini dan tidaklah menakutkan. Walau ada juga jalan yang melalui lorong gelap yang aku harus lalui disebabkan bergantung dengan google map sahaja.

Berjalan jauh sikit berbaloi sebab tak perlu tukar train untuk ke Pacii Metro Station.
Dari Izvor Station aku menaiki Platform 2 Red Line menuju ke Pacii Station dengan melintasi 4 buah station (Eroilor, Politechnica, Lujeruluii, Gorjuluii) yang mengambil masa lebih kurang 16  minit. Dan kemudian berjalan 230 meter untuk ke entrance Bucharest Militari Bus Station. Harga tiket metro RON3.00 / RM2.70 dari Izvor ke Pacii.

Alhamdulillah safely arrived at Pacii Metro Station.
Terjumpa satu bakery di area pejalan kaki yang gelap gelita bersebelahan park.
Kalau di Malaysia mesti dah ramai orang kata itu kedai bunian 😅.
Terasa sedikit kelegaan sebab perjalanan pulang semula ke destinasi pertama iaitu Istanbul dan pun sampai pada waktunya. Jam menunjukan pukul 8.30 malam dan boleh dikatakan banyak kedai-kedai telah ditutup berhampiran bus station. Dan terlihat ada sebuah bakery kecil di tengah laluan perjalanan kaki yang masih dibuka.

Namun tidak banyak pilihan yang ada, dah lewat malam mestilah banyak roti yang dah habis dijual. Disebabkan roti yang ada tidak menarik perhatian maka aku teruskan perjalanan menuju ke entrance bus station. Terfikir juga nak beli apa untuk bekal dalam bas nanti sebab nak tempoh 12 jam perjalanan tu mesti ada sesi kelaparan huhuu.

Di station bus terdapat ramai penumpang lain yang sedang menunggu bas mereka. Dan kebanyakan bas yang datang ke sini hanya akan berhenti kurang dari 10-15 minit sekadar untuk menurunkan dan mengambil beberapa orang penumpang sahaja (lebih kepada transit). Sama seperti bas yang aku naik dari Sofia ke Bucharest.

Keadaan di dalam bas KamilKoc yang amat selesa dan ada tv di setiap kerusi.
Sebab di bandar-bandar Europe banyak sistem seperti shuttle bas dan ia lebih murah berbanding bas express yang mengambil penumpang penuh satu bas hanya untuk dari destinasi A ke destinasi B. Namun ada kelebihan dan kekurangan juga sebab bas express kebiasaannya lebih selesa dan tidak terlalu panjang waktu perjalanannya. 

Walau bagaimana pun yang sistem shuttle tu pada kebiasanya lebh murah. Tepat jam 9.30 malam bas mula bertolak dari bas station dan aku terus terlelap. Dan tersedar selepas lebih 2 jam ketika bas berhenti dan menghidupkan lampu di dalam kabin kerana telah tiba di border. 

Agak lama urusan immigration di sini dan pihak polis hanya akan memilih secara rawak dan yang terpilih itu akan turun dari bas dan masuk ke dalam pejabat untuk urusan seterusnya. Terasa bersyukur pegawai polis tu hanya check passport dan menanya beberapa soalan dari dalam bas sahaja. Di pihak immigration Turkiye pun mudah segalanya bagi aku.

Beg dan luggage di check secara random oleh pihak berkuasa Turkiye.
Tapi tak mudah untuk beberapa penumpang lain yang mana luggage mereka telah dipunggah oleh pihak berkuasa Turkiye. 

Agak aktif pegawai-pegawai di sempadan Turkiye ini. Walau jam dah menunjukan jam 1.00 pagi. Nasib la mereka tak check luggage setiap penumpang, kalau tak.. lagi la lama tersadai di border ini. Dan ketika ini cuaca teramatlah sejuk. Memang mengharap cepatlah selesai dan berharap sangat dapat masuk semula ke dalam bas.

Cuaca yang sejuk di luar membuatkan aku lebih banyak duduk di dalam bas ketika beberapa kali bas berhenti dan ada yang aku langsung tak sedar bas berhenti dek kepenatan yang teramat. Dan yang terakhir aku sedar bila waktu berada hampir dengan waktu syuruk. Tak pasti sudah berapa jauh dari border tadi dan masih ada 2 jam lagi untuk sampai.

Melihat sunrise dari tingkat bas di bahagian country side Turkiye memang memukaukan. Kawasan pertanian dan juga tanah lapang yang bersih sejauh mata memandang. Dan ketika ini aku sedar bahawa aku ada rooming celcom. Terus aku check handphone tapi tiada internet dan selepas off dan on semula handphone barulah bertubi-tubi whatsapp masuk.

Terus aku WhatsApp Kak D tanya keberadaan mereka. Dan aku terkejut sebab Kak D dan Abg N serta anak mereka telah pun sampai di Istanbul awal petang semalam. "Bukan patut naik bas malam tadi dan sampai pagi ini di Istanbul ke?" Kak D reply tak nak naik bas malam sebab takut dan tak nampak pemandangan. Sambil aku menepuk dahi.

Sebab plan asal kami akan sampai Istanbul bersama, sebab tu aku minta mereka naik bas malam. Terus aku tanya "Habis malam tadi tidur mana?" Kak D kata dia check in hotel berhadapan dengan hotel yang telah aku booking untuk malam ini.

Terus aku berkata dalam hati "Kalau naik bas malam.. kan dah jimat accommodation". Aku plan untuk stay dua malam di Istanbul sebelum menaiki flight balik ke Kuala Lumpur. Sampai di Esenler Otogar terus aku menuju ke metro station dan terus ke mesin tiket dan di sini memang tak semudah seperti membeli tiket metro di Sofia dan Bucharest.

Bersambung Istanbul Part 4 : (Under Construction)

No comments:

Post a Comment