Friday, 23 June 2017

Kecerian Berpuasa Di Bulan Ramadhan Kali Ini Untuk Aku

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah.. Sama ada perasan atau tidak kita dah pun masuk fasa minggu terakhir bulan puasa untuk tahun 2017 ini.. Aku doakan moga semua yang mengenali diri ini kekal dan bertambah ceria dan pada masa yang sama amalan juga makin bertambah untuk hit bonus Lailatul Qadar.. Insyallah..

Bagi aku ini adalah tahun kedua berturut-turut berpuasa di Malaysia.. Hope next year ada la rezeki untuk berpuasa di oversea dengan tugasan yang biasa dilakukan insyallah.. Yela feel dan cara puasa di perantauan tak sama.. Suasana, Budaya, Makanan, Resam dan adat semua berlainan.. Sebab tu aku suka berpuasa di perantauan..




Raya tahun ni korang semua balik mana.. Insyallah tahun ni aku akan beraya di kampung sebelah mertua di Jimah Lama, Negeri Sembilan pada hari raya pertama, Kuala Pilah hari raya kedua, Tampin hari raya ketiga.. Malam raya ketiga insyallah akan bertolak ke Pontian, Johor untuk menziarahi saudara mara dari belah arwah ayah aku.. 

Di Johor insyallah akan ziarah Pontian, Benut, Pulai, Muar dan Johor Baru dari hari raya ke-4 sampai raya ke-6 insyallah.. On the way balik dari Johor raya ke-7 akan singgah rumah sedara di Klebang dan Alor Gajah, Melaka.. 1 Julai ada open house di Salak Tinggi so sekali arung la semua hahahaa.. So far ini lah plan beraya aku pada Syawal ini..

Misi balik kampung raya kali ini selama 8 hari Insyallah :D

So if happen aku pass by area korang masa raya ni sila la hello2.. Kalau ada yang nak jemput datang kerumah la hahaha.. Mana tau kat area korang ada makanan yang best2 kan.. or dalam rumah korang ada menu sedap lain dari yang lain dan lain dari tempat yang lain.. Melainkan yang hanya dalam rumah korang jer ada hahahaa.. 

Well.. Food hunting aku untuk raya kali ini ialah Purasak yang hanya boleh didapati di Johor Darul Takzim.. Murtabak Singapore di salah satu kedai lama sebelum Jambatan Muar tu.. Biryani Gam Johor kampung style.. Rempeyek Ikan Bilis atau Kacang Tanah dari orang Kampung Pontian.. Dan last sekali ialah aku nak makan Nasi Ambeng orang jawa dengan Sambal Goreng, Serunding Kelapa.. Ya Allah sedap nyer la haii bila sebut bulan puasa nie..

Insyallah kali ni raya balik Johor.. Kita cari makanan Johor nie :D

Okay itu kalau kat Johor.. So kalau raya di Negeri Sembilan ni.. Pada kebiasaanya sehari dua sebelum raya menjelma meraka ada “Hari Bantai”.. iaitu sembelih lembu dan diagih-agih daging pada orang kampung.. So masa ni la korang akan nampak setiap rumah kampung tengah salai daging.. huhuuuu terbaikk.. Nenek wife aku lak selain daging dia akan Salai Itik dan Ikan Keli tapi orang negori panggil ikan sembilang.. Ntah kenapa aku pun tak tau kenapa..


Segala yang disalai nie kalau masak lemak cili api.. Perghhh sodap tu..

Tajuk entri ni nikmat berpuasa tapi cerita pasal raya pulak aku nie.. Nampak sangat tak sabar nak raya kan hahahaa.. Cerita puasa aku tahun ni biasa2 jer.. aktiviti berbuka puasa pun yang menarik cuma sekali dua jer.. Berbuka dengan Perdana Menteri di Seri Pedana, Putrajaya pada awal minggu puasa kerana menjadi wakil PINTA.. Dan jemputan berbuka dari Denai Hati Network di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan..


Selfie sket PM.
Bersama pelajar Tahfiz di banwah naungan PINTA

Baju raya tahun nie tak beli.. Tak rasa pun nak shopping apa2 untuk raya tahun nie.. Lagi pun anak baru seorang kalau ada dua nampak la best nyer nak pakai sedondon kan hahahaa.. Moga doa aku makbul la nak dapat anak kedua sempena malam2 akhir ramadhan ini.. Korang pun sudi2 la doakan yer hehehee.. Aaamiiiinnnn..

Insyallah niat dan azam untuk terus berblogging masih kuat di hati dan ingatan.. Travel tak pernah berhenti cuma menaip untuk blog jer terhenti seketika.. tak tahu la kenapa.. Rasa-rasa lepas raya ni insyallah la akan kembali aktif berblogging semula.. Rindu sangat nak aktif blog macam dulu.. Doa2 kan la yer..




Minggu raya kedua nanti nak fly ke Perth, Australia selama semiggu untuk pertama kali nya dalam hidup aku.. Insyallah negara yang ke-41 dalam buku pengembaraan aku.. Cuak jugak sebab ini first time nak jejakan kaki ke Australia.. Yela dengar macam2 cerita berkenaan nak lepas immigration tu.. Harap tak ada masalah la Insyallah..

If korang yang dah pernah pergi tu terbaca post aku nie.. Aku harap sangat la dapat bagi info dan tips sikit kalau tak banyak pun.. Mana dan macam mana nak pergi ke destinasi yang best-best tu.. Kat mana nak dapat makan yang best-best or aspecially yang wajib kene makan ke hahahaa.. Nampak sangat kemalasan aku nak study kan.. Okla Selamat Menghabiskan baki puasa yer.. :D


Wednesday, 4 January 2017

Digi Prepaid offer Unlimited Daily Passes from RM1

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Hi korang semua, post kali ni aku nak tujukan pada yang suka atau memerlukan data yang banyak bagi membuat kerja korang atau suka download dan sebagainya. Ada Masalah dengan kekurangan data atau tak cukup duit membeli data especially pengguna pepaid?

Unlimited Always Serve The Best 
Nah berita gembira untuk korang pengguna pepaid semua - Digi telah melancarkan satu plan baru "Unlimited Passes For Prepaid User" bagi membolehkan korang melayari "Streaming, Surfing and Talking" dengan serendah RM1.00/Sehari. (Penggunaan adalah 24 jam setelah di aktifkan).

Dengan RM1.00/Sehari ini pengguna Plan Prepaid boleh memilih untuk "Unlimited Video Streaming (Lite), Unlimited Social (Lite)" atau pun "Unlimited Internet Calls via Whatsapp, Wechat and Facebook Messenger." Diingatkan disini bahawa "Lite" tidaklah memberi offer internet kelajuan yang penuh tapi datang dengan 512kbps sebagai Optimized for Standard Definition Videos yang aku rasa dah cukup bagus kan?

Penggunaan Unlimited Social (Lite) untuk semua surfing yang korang mahukan, menonton video dan berbual di Facebook sepanjang hari. So plan ni aku aku suggested sangat bagi student yang nak buat research untuk homework study korang dan sebagainya.

 Daily Unlimited Plan From Digi.
Unlimted Internet Calls membolehkan korang membuat voice atau video calls sepanjang hari dengan highlight partners jer - Whatsapp, WeChat dan Facebook Messenger. Boleh la korang apply untuk kepuasan masing2 dan kalau dah rasa lonely sangat nak berbual, rindu mak ayah dekat kampung so janganlah ragu2 nak guna plan unlimited dari Digi ini..

Jika pada waktu tertentu dalam satu hari korang rasa nak buat semua benda - nak berbual, nak buat kerja dan mahu menonton video maka aku cadangkan boleh apply semua plan sekaligus dengan RM3/Sehari penggunaan tanpa had. Selain ia adalah sebuah plan prepaid yang murah korang juga dapat control perbelanjaan prepaid setiap masa :D

Seorang Travel Blogger seperti aku.. Unlimited Social (Lite) Daily Passes RM1 sangat berbaloi terutama penggunaan dari handphone untuk kerja-kerja blog walking.. searching info travelling.. dan sesuai untuk hunting flight tiket..

Unlimited Vidoe Streaming ( Lite ) - Khas mereka berdua..

Dan paling utama sebagai seorang ayah kepada dua orang anak kecik yang selalu mencuri-curi handphone ayahnya untuk menonton YouTube Animasi didi and friend and other cartoon network.. Unlimited Video Streaming (Lite) adalah plan yang terbaik bagi menyelamatkan data handphone seoranag ayah hahahaha..

Dapatkan plan ini dengan dail *116*2 dan tekan 1 untuk Unlimited Video Streming (Lite), 2 untuk Unlimited Social (Lite) dan 3 untuk Unlimted Internet Calls. Dan jika mahukan maklumat yang lebih lanjut korang boleh buka link ni http://bit.ly/DigiPLUDP ( Digi add-ons )  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...