Friday 25 April 2014

Kembara England : Part 5 - Harry Potter at King Cross Station - Malaysia Hall

Sambungan Dari Kembara England : Part 4 - Portobello Market & QPR Stadium

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Di London jika anda bertanya di manakah Harry Potter mesti ramai yang memberi arah ke Platform 9 3/4 di King Cross Train Station.. Di sinilah letaknya station keretapi untuk Harry Potter dan rakan2 nyer ke Hogwarts School.. School of Witchcraft and Wizardry.. Jika dahulu hanya terdapat nama tetapi sekarang telah diletakan sebuah troli separuh seakan2 kedalam dinding.

Dan lebih hebat lagi.. pada tahun 2013 telah dibuka sebuah kedai Souvenir Harry Potter bersebelah nama Platform 9 3/4 itu.. Di mana anda boleh membeli apa sahaja yang anda ingin semasa anda menonton filem Harry Potter.. Kayu Sihir yang di miliki Harry Potter atau rakan2 atau musuh Harry Potter..  Jubah Pelajar dan baju sukan Hogwarts School pun ada.. Novel dan pelbagai lagi benda yang anda boleh temui disini..


The Harry Potter Shop at Platform 9 3/4
Macam biasa bergambar di hadapan Kedai Harry Potter..
Pilih nak kayu sakti siapa Harry Potter, Ron Weasley, Hermione Granger, atau rakan2 Harry yang lain seperti Fred Weasley & George Weasley, Luna Lovegood, adik Ron kekasih Harry iaitu Ginny Weasley.

 Atau pun tenaga pengajar di Hogwarts - Prof Albus Dumbledore's, Prof Minerva McGonagall, Prof Alastor "Mad-Eye" Moody, Prof Rubeus Hagrid, Prof 
Severus Snape.

Atau kayu sakti orang jahat
Lucius Malfoy, atau anaknya 
Draco Malfoy, Makcik Bellatrix Lestrange yang hodoh, atau kayu paling berkuasa yang dimilik oleh Ketua Jahat Voldemort.. Semua ada dijual di sini..

Saje jer letak banyak nama characters..
Nak tunjuk aku ingat semua tu hahahaa..

Pilih sahaja mana yang berkenan.. tak beli pun tak per :P

Dan aku semestinya mencari Fridge Magnet la.. walau ia bertulis Paltform 9 3/4 dan bukan nyer Harry Potter.. Tak kisah la kan.. janji ia lain dari yang lain dan menambahkan koleksi FM aku hehee.. antara perkara lain yang anda boleh buat disini ( masa aku datang menyinggah tempoh hari la )..

Anda diberi pakai jubah harry potter dan cermin mata harry potter serta skaf.. tapi jubah tu untuk budak2 boleh la.. dah pakai boleh la bergambar dengan troli untuk masuk dinding ke Platform 9 3/4.. Masa nak bergambar dengan troli tu pun line agak panjang.. tapi tak apa la.. bukan selalu dan yang penting it's free hehehe :P


Get ready boys... Say hello sebelum tembus dinding nie :D
Poster, Novel and DVD..  Harry Potter and Hogwarts School..  :D

Selain Harry Potter Souvenir Shop yang menjadi tarikan pelancong dan orang ramai.. bangunan sekeliling kawasan King Cross Station ini juga amat unik dengan seni bina lama.. Terdapat sebuah masjid berdekatan dengan station ini.. Alhamdulillah dapat kami menunaikan solat dengan tenang sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.. 


Ada St Pancras Renaissance Hotel @ London

Di hadapan hotel dan King Cross Train Station..
Ada macam dalam cerita Harry Potter tak ? hahaha..
Suhu masa ni bawah 10 degree.. Tapi bukan winter.. Layan ajer.. 

Agak teruja dengan komuniti orang islam di sini.. Hampir kebanyakan masjid dan surau di Kota London ini di bina dengan hasil derma dan sumbangan orang ramai.. orang pun kata bila islam itu minoirti di sesuatu tempat maka mereka akan bersatu tapi bila ramai suka berpecah belah.. agak2 korang betul ker? :D


Keadaan di dalam King Cross Mosque.. Cukup rapi walau di bangunkan oleh sumbangan orang ramai.. Terletak di tingkat satu pangsapuri di Sandfield Crome Street..

Selepas solat asar kami terus ke Malaysia Hall untuk menjamah sedikit apa yang patut untuk si perut yang sedang bernyanyi2 lagu Mega - Senda Gurauan dan Awie - Tragedi di Oktober.. dari tengah hari tadi..  aku mengarut ker hahahaa..

Perjalanan menaiki bas dari King Cross Station ke Malaaysia Hall akan melepasi Oxford Road.. sebuah laluan atau pun kawasan membeli belah.. tapi bukan barang sebarangan.. boleh tahan kedai hebat2 di Oxford road ni.. termasuk la seperti Zara Collection Shop dan pelbagai lagi brand ternama di dunia.. nak shopping boleh datang sini.. kalau tak.. tak payah la datang orang ramai giler.. 


Itu bangunan King Cross Station yang baru.. bye - bye jumpa lagi :D
Menikmati juadah nasi berlauk di Malaysia Hall.. Harga makanan agak berpatutan  di London bukan di Malaysia heheee.. :D

Ada syarat juga hanya rakyat malaysia sahaja yang boleh makan di sini..
Untuk warga lain kene make sure di temani oleh orang Malaysia..



Terdapat juga surau yang disediakan oleh Pihak Malaysia Hall..
Surau ini juga aktif dengan beberapa program termasuklah ketika di bulan Ramadhan.. berbuka puasa, solat terawih, moreh dan juga tadarus..

Alhamdulillah selepas selesai makan di Malaysia Hall.. dan selepas menunaikan solat magrib.. kami memulakan langkah pulang tapi tetiba abang adi dapat call.. Nak kene jumpa member dia.. so abang adi kata balik la dulu dia ada hal.. aku pun dengan bangga nyer ok no hal :D

Sebelum balik aku merayau sekejap di Queensway Road.. kalau tak silap aku haish macam mana boleh lupa pulak.. Dan lagi satu sebab kat sini banyak kedai2 souvenir just next to Underground Bayswater Station.. Nak segala souvenir ada di sini.. dan aku pun terangkat lagi FM yang lawa sket kat area sini hahahaa.. dalam pukul 10.45 malam baru aku naik train nak balik rumah abang aku..


Brent Cross Station..
Jauh benor tertido sampai station ni :P
Bila dah turun kosong jer tak ada orang.. nak kene tunggu train sampai lagi.. 
Bila aku naik train nak patah balik.. train kosong jer.. Scary tak???

Kalau nak datang ke Malaysia Hall dengan train boleh turun di Bayswater or Queensway Tube Station.. dan hanya walking distance sahaja ke Malaysia Hall.. Maka nak dijadikan cerita dalam train aku tertido sehingga terlepas Golders Green Station.. terpaksa la turun dan tukar train patah balik.. waktu jam dah pukul 11.10 malam..

Bila dan sampai Golders Green.. keluar dan naik bas untuk menuju ke rumah abang adi.. aku sekali lagi tertido sampai terlepas tempat yang aku patut turun.. Aku hanya turun selepas bas pergi lebih 1 km dari tempat yg sepatutnya aku turun..  dan sampai sekarang aku tak bagitau kejadian tu pada abang aku hahahaa :P  Continue Part 6

Monday 21 April 2014

Kembara England : Part 4 - Portobello Market - QPR Stadium - Westfield Mall

Sambungan Dari Kembara England : Part 3 - Arsenal & Tottenham Stadium

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. :D

Jom sambung cerita aku di London, England yang dah nak basi ni hahaa.. tak tahu kenapa malas sangat nak update.. Mengalahkan orang yang sibuk nak kahwin upsss.. tak ada pape la.. ok back to our main topic.. Untuk hari yang keberapa dan kali keberapa aku pun dah tak ingat.. tapi untuk kali ni aku nak share beberapa tempat yang anda sebagai pelancong di London kene mai lawat kawasan ni..

Portobello Market -  The World’s Largest Antiques Market yang penuh dengan keunikan yang tidak patut anda ketepikan.. Terdapat berapa barangan yang unik serta makanan yang menarik dan semestinya halal untuk di makan.. Alhamdulillah dengan cuaca yang sejuk.. tak la rasa crowd sangat dengan manusia yang ramai memenuhi setiap ruang gerai jualan di sini..


Dalam Kedai Portobello Map ni.. Ada peta yang dah lebih 100 tahun di jual..
Suasana orang ramai, barang2 rare yang dijual.. Jalan santai pun best..
"The world’s largest antiques market with over 1,000 dealers selling every kind of antique and collectible. Visitors flock from all over the world to discover one of London’s best loved landmarks which contains the most extensive selection of antiques in Britain"
Train There’s a choice of two underground stations: Ladbroke Grove (Hammersmith & City Lines) or Notting Hill Gate, which is on the Central, Circle and District lines.

Buses - The following buses stop in or near the market: 7,12, 23, 27, 28, 31, 52, 70, 94, 328 & 452.


Nama jalan yang famous - Portobello Road.. 
Kesesakan orang ramai tidak menghalang anda untuk menerokai setiap gerai :D
Ada ke orang nak beli camera zaman perang german - europe ni..??

History - Portobello Road was originally no more than a winding country path known as Green Lane. Then in 1740 after the construction of Portobello Farm (so called after Puerto Bellos, a town formerly under Spanish rule captured by the Britsh during the War of Jenkins’ Ear by Admiral Edward Vernon ) It was renamed Porto Bello Lane.

Portobello Road really started to take form and be recognizable as we know it today around 1850 during the Victorian Era; snuggled between the large new residential developments of Paddington and Notting Hill its shops and market stalls were in the perfect place to benefit from the new well-to-do residents of the majestic terrace houses that were built up around the area.

By 1945 many “Rag and Bone” men began setting up stalls and selling second hand household items and antiques, kick starting the now world famous antiques section of the market.Originally the market trade was predominantly food stalls (known locally as Costermongers) but driven by the ever expanding neighborhood other traders set up shop selling general “bric-a-brac” goods and medicines.


See..???!!! that halal food here..  Not Vegetable but Chicken okay.. :D
Nasi Goreng ala-ala ayam pun ada  :D 

Mencari lorong tenang untuk makan
Portobello Green Market
Sherlock Homes - Ada gaya tak??
Tengok live music kalau nak :D
The DEN Live Music Bar.. 
Pokok apa tak tahu tapi lawa jer..

Di sini juga ada benda yang tak sengaja terbeli  sama kes di Stadium Arsenal dan Tottenham.. Dalam banyak2 barang antik ni aku terbeli juga setem lama orginal.. ada yang sampai 60 tahun lepas.. ada dari negara eropah, middle east dan asia.. tapi selepas beli.. simpan dalam beg.. sampai sekarang tak jumpa mana aku letak setem2 tu huhuuu..

Selepas mencuci mata serta merasa sedikit makanan.. kerana tak tahan bau sedap yang datang kiri kanan atas bawah segala arah.. terbeli juga sedikit makanan dek tak tahan hahahaa.. Alhamdulillah dari hujung ke hujung berjalan kaki dan end up dengan menaiki bas untuk singgah ke rumah seketika sebelum berjalan2 ke tempat lain.. 

Masa kat Portobello Road Market nie Abg Adi beli sejambak bunga Tulip warna putih dan kuning.. aku tanya nak buat apa?? dia kata rumah kene ada bunga baru mendatang ketenangan.. dan aku pun.. Huh..??? biar betul abg aku ni.. bila dah kahwin makin sesuci hati dia mcm bunga tulip hahahaa.. apa pun well done my brother :D

Queens Park Rangers Stadium

Tertera nama AirAsia di Queens Park Rangers Stadium..



Stadium QPR.. Bila Abang Adi posing.. 
Maka aku pun nak posing hahhaaa..  :D

Selepas mandi dan solat zohor kami terus keluar rumah  dengan tergopoh gapah..  Menaiki bas untuk ke sebuah lagi stadium bola premium league.. Stadium Queens Park Rangers own by Mr Tony Fernandez.. siapa tak kenalkan Jutawan Malaysia.. Club ni tak la hebat.. hidup segan mati tak nak jer.. tapi dah kata ada nama Malaysia tertera di situ meh kita datang support.. Lagi pun match yang berlangsung QPR vs Arsenal..


Banyak kedai menjual barangan halal di Shepherds Bush..

Jom Solat dulu  :D
Keadaan di dalam Shepherds Bush masjid
Nama jalan yang rare :D
Di hadapan Office Station BBC, London

Walau tak ada tiket.. kami nak try redah if mana tahu ada orag jual tiket kat luar stadium ker.. memang mencuba nasib jer.. tapi memang nasib tak menyebelahi.. First memang tak ada sebab kami sampai pun second half dah bemula.. Second tak ada orang jual dan kedai souvenir pun dah tutup.. dan Last QPR kalah 2-0 dengan Arsenal if aku tak silap la.. Maka terus buat u-turn untuk solat asar di masjid yang berdekatan di Stadium QPR..

Selepas solat kami berjalan ke sebuah mall.. dan terlihat Restoran Pizza 1 Pound (Halal and own by Pakistani) murah jer.. makan size pizza personal pun dah kenyang sangat.. Maka terbayar lagi kat kaunter tu satu personal pizza setiap seorang dan boleh pilih 2 topping dari jenis sayuran.. 2 topping dari jenis seafood, meet and chicken.. dan boleh pilih 3 sos dari 10 sos..


2 adik beradik yang riang gembira.. meloncat sakan sana sini :P

Ruang lega di Westfield Mall, London
Di hadapan Restoran Penang @ Westfield Mall, London

Selepas makan kami menapak terus ke Westfield Mall.. Di London nie susah nak jumpa mall sebab orang english ni suka shopping in open air.. negara sejuk la katakan.. kita kat Malaysia panas open air berpeluh la jawap nyer.. tak banyak benda yang menarik melainkan usha2 harga Le Creuset.. memang aku suka collect brand ni huhuuu..

Dan paling menarik ada sebuah restoran Malaysia kat sini.. iaitu Restoran Penang.. Kami just passing by.. tak makan pun.. sebab tadi dah makan Pizza 1 Pound.. tapi walau macam mana pun bergambar itu wajib yer depan Restoran Penang nie.. Petang tu beransur pulang dengan menaiki bas sehingga sampai di rumah Abg Adi.. Continue Part 5

Wednesday 2 April 2014

Kembara England : Part 3 - Tour Arsenal & Tottenham Stadium

Sambungan Dari Kembara England : Part 2 - Royal Observatory Greenwich

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia :D

Lama aku bertukar topik dari entry Kembara England ni ke tajuk2 lain.. Mula2 start tulis ingatkan boleh habiskan kisah 3 minggu aku di UK.. tapi baru publish 2 entry dah lari topik lain.. Pada masa yang sama mungkin juga sebab tiada masa sangat nak update entry Kembara England Part 3 ni.. Alhamdulillah mak pun dah nampak sihat dari kesakitan - terima kasih pada yang mendoakan.. :D

Okay.. Back to our main story here.. Untuk hari keberapa di London.. Aku pun dah tak ingat mungkin hari ke3 atau ke4.. Abang aku kata hari ni dia free sebab semalam dia dah selesai satu paper exam.. untuk rileks tension sket sebelum next paper.. Dia ajak aku pergi jalan2 di Stadium Arsenal.. excited jugak la kan.. even aku bukan peminat Arsenal pun.. Well we here.. London Bro.. tour je la kan :D


Walau aku bukan peminat Arsenal.. Sampai sini berkobar2 semangat hahahaa :D

Berbeza antara kelab mahal dan kelab murah.. boleh nampak kemegahan dan keindahan Stadium kelab2 mahal seperti Arsenal dan Chelsea.. jauh beza dengan Stadium Fulham, QPR mahu pun Tottenham.. Stadium lain aku tak leh comment sebab tak pernah tengok dengan mata sendiri.. Tapi kalau Stadium MU tu confirm la hebat jugak.. kelab gergasi lah katakan.. :D

Okay.. Memandangkan harga untuk tour Stadium Arsenal terlalu mahal maka aku dan abg adi decide kita berjalan sekeliling sahaja dan pergi ke kedai souvenir.. dan macam biasa kami target fridge magnet la.. benda lain tak minat sangat nak beli.. apa pun terima kasih kepada bos aku di South Africa ( Tuan Raphy Radzi ) sebab belikan aku tshirt Arsenal F.C ni.. Dapat la aku pakai masa melawat stadium nie hehehee..


This is only for Arsenal Fan Club.. Wiiiiii... :D
Macam - macam ada.. pilih bang pilih kak.. jangan segan silu yer :P
Rambang mata.. Terperdaya jugak aku akhir nyer hahahaa.. :P

HARGA TOUR DI STADIUM ARSENAL

Adult : Tour & Museum £18.00 - Museum Only £7.50 - Legends Tour £37.50
Junior under 16 : Tour & Museum £9.50 - Museum Only £4.50 - Legends Tour £18.50
Family Ticket 2 Adult + 2 Children : Tour & Museum £44.00
Group Rate - Adult (10 or more) : £16.20 per person - Junior (10 or more) : £8.55
Education Visit, Teachers & Students : Please email - tours@arsenal.co.uk



LEGENDS TOUR


To make the visit to Emirates Stadium truly unforgettable, why not join one of our fantastic Legends Tours You will be shown around by a hero from our glittering past who will reveal his thoughts on the current team, his playing days and any news from the inner sanctum of Arsenal Football Club. You will also receive a personalized signed photo of the Legend and a limited edition Legends Tour gift.

The Arsenal Legends currently taking tours include:
  • 1971 FA Cup hero Charlie George
  • Arsenal centurion and Double winner John Radford
  • 1987 League Cup winning captain, Kenny Sansom
  • Cult hero and 1989 League winner, Perry Groves
  • Plus Legendary right back, Lee Dixon

Well.. Adik Abang kan.. so muka dan perangai sama sket la hahahaaa.. :D


THE ARSENAL MUSEUM


Both self-guided and Legend tours includes a trip to the spectacular, interactive Arsenal Museum which includes exclusive exhibits including Michael Thomas' boots from Anfield '89, Charlie George's 1971 FA Cup final shirt and Alan Smith's shirt from 1994's European Cup Winners Cup Final. Plus much more.

Habis kami jelajah setiap penjuru Stadium Arsenal ni dan membeli di souvenir shop - aku amik fridge magnet jer.. Kami membuka langkah ke jalan utama.. Abg Adi ajak aku naik bas dan kami turun betul2 di depan Tottenham Stadium.. Agak besar tapi tak la sehebat Stadium Arsenal.. 


Keadaan persekitaran di Stadium Arsenal..


TOTTENHAM STADIUM - THE HOT SPURS

Address -  Tottenham Hotspur Football Club, Bill Nicholson Way,
                  748 High Road, Tottenham, London, N17 0AP

Sebuah stadium bola yang nampak simple dari luar seperti sebuah bangunan kilang petak empat segi tapi di dalam terlalu megah dengan peralatan.. Biasa la tu.. satu dunia nak tengok perlawanan bola.. so dalam kene kasi cantik ma.. luar camera tak ada amik itu gambar hahahaa.. 

First thing bila kami sampai.. semestinya souvenir shop.. ntah macam mana ada satu jer fridge magnet dan abang aku dapat grab dulu.. ish menyesal.. nak merayu macam tak best pulak hahahaa.. maka terpaksa la aku amik satu jenis pelekat ala2 fridge magnet.. bukan rezeki nama nya.. boleh tahan jugak la rambang mata tengok tshirt yang dilelong..


Lakaran di masa hadapan.. aku rasa la :P
Bersama dengan peminat Tottenham.. :D

HARGA TOUR STADIUM TOTTENHAM

Classic Tour :  Adult £20.00 - Member Adult £13.50 - Juniors (Under 16) £9.00 - Senior £11.00 - 
Family Ticket 2 Adult + 2 Children £47.50
Legend Tour : Adult £40.00 - Children £20.00
VIP Tour : Maximum 4 people £150.00
Lunch Tour : £45.00 per person
Group Tour : Please email : gary.belsham@tottenhamhotspur.com


DIRECTION BY TRAIN, TUBE AND CAR.
  • White Hart Lane mainline station is four minutes walk from the stadium, with regular services that connect to the Victoria Line tube service via Seven Sisters.
  • Northumberland Park mainline station is eight minutes walk from the stadium, with regular services that connect to the Victoria line tube service at Tottenham Hale station.
  • Trains run from both White Hart Lane and Northumberland Park stations to Liverpool Street Station and direct trains take about 20 minutes.
  • There are a number of excellent bus services from Seven Sisters running past the stadium entrance. A taxi rank is available at Tottenham Hale Station.
  • The stadium is located on Tottenham High Road and is one mile south of the A406 (North Circular).
  • You can easily join the A406 from the M25 (junction 25) and the A10. The M25 is 15 - 20 minutes from the stadium.
  • From the City, follow the A10 to Bruce Grove, then straight on to the High Road.
  • However, most journeys to the Lane will be quicker and more reliable by public transport.

Yang best nyer semua items macam tengah dilelong huhuuu...
Bersuka ria di Kedai Rasmi  -  Tottenham Souvenir Shop..



HISTORY OF WHITE HART LANE - TOTTENHAM

The Club first came to this our present site in 1899 when it was a disused nursery owned by the brewers Charrington. The local land was well known for its superb growing conditions and a landlord of the White Hart public house in the 1890s, George Beckwith, had set up a nursery on the site behind his pub at 750 High Road. The land was rented from the brewery and a pitch prepared by groundsman John Over.

The profits of 1921 FA Cup win were used to build a split-level covered terrace at the Paxton Road end and, two years later, the Park Lane end was similarly developed at a cost of over £3,000. Leitch was again involved in their design that increased the capacity to around 58,000 with room for 40,000 under cover.

In 1921 the Club purchased the Red House at the front of the ground, which had been used as a restaurant and coffee house for many years, and converted it into the club offices. However, it was not until 1937 that the Club's registered offices changed from the original 750 High Road to number 748.


Everything - Tottenham - The Hot Spur :D
Terbeli jugak setelah tergoda.. dan terbayar di kaunter hahahaa  :P 

Another new floodlighting system was introduced in 1972 at a cost of £26,000. A year later the West and South Stands were linked with an additional 700 seats. The old West Stand was demolished in November 1980 and replaced 15 months later by the present structure, officially opened on February 6, 1982 for the match against Wolverhampton Wanderers.

Following a rights issue in 1996, capital was raised to build a new upper tier on the Paxton Road Members Stand that was completed at the end of the 1997/8 season. This also incorporated the second Jumbotron screen and has increased ground capacity to approximately 36,240.. Sumber Google.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...