Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Indonesia Bali Part 6 : Yarama Cottage - Monkey Forest - Pixalatte Cafe (Ubud)
Dari Pixalatte Cafe kami berjalan pulang ke Yarama Cottage ketika waktu telah pun di hujung waktu maghrib. Selepas mandi dan solat Jama Maghrib Isya' kami dah mula memikirkan apa nak makan malam ni. Sebab kami makan nasi sekali sahaja tengah hari tadi.
 |
| Trek Hiking Ridge Walk di atas Puncak Bukit Campuhan. |
Disebabkan aku ada bawa beberapa lauk instant dari Produk Jasmani maka aku decide malam ni cari nasi putih sahaja. Lauk nanti panaskan dalam kettle sahaja dan layan coffee dengan tea 3 in 1. Kena berjimat duit sikit sebab hari ini sahaja dah 3 kali berbelanja makan minum di luar.
Lebih kurang jam 8.30 malam aku dengan Ustaz Anas berjalan ke pintu entrance dan bertemu dengan staff yang membantu angkat beg kami tadi. Terus aku tanya "Kalau mahu beli nasi putih di mana ya?" Dia kata kalau di sini ngak ada tapi kalau jalan jauh sedikit ke hujung jalan sana di Pertamina Gas Station ada ramai berjualan di tepi jalan.
 |
| Banyak gerai jualan makanan halal dari peniaga asal Padang dan Jawa. |
 |
| Dan yang seronok di sin makanan semuanya murah-murah. |
Bila kami check di google map bukan jauh sikit tapi jauh banyak hampir 1km. Terus Ustaz Anas tanya kalau pinjam motor boleh ke? Terus dijawap "Bisa, boleh aja Pak" Maka Ust Anas memandu dan aku duduk di belakang. Katanya bawa motor strait sahaja dalam 2-3 minit udah sampai.
Masa kami sampai memang ramai orang berjualan dan boleh dikatakan yang berniaga ramai yang muslim dan tertulis perkataan halal. Kami beli 4 bungkus Nasi Putih (IDR20,000) dan Ust Anas beli Blended Jus Pepaya & Jus Buah Naga (IDR36,000) dan Ice Cappuccino (IDR5,000). Dan aku membeli 4 batang Jagung (IDR20,000).
 |
| Nasi Goreng IDR8,000-12,000 dan di sini kami membeli nasi putih IDR5,000 sebungkus. |
 |
| Di sini kami membeli Juice Blended IDR12,000 dengan Ice Cappocino IDR5,000 |
 |
| Jagung Bakar atau Rebus IDR5,000 sebatang. |
 |
Dari Yarama Cottage ke Pertamina Gas Station sejauh 700 meter. Syukur Alhamdulillah dapat pinjam motor 2-3 minit sahaja dah sampai. |
Selepas makan malam berlaukan daging salai masak lemak dan ayam rendang dari pack instant Jasmani di meja luar bilik. Kemudian sambung bersembang mengarut dan refresh segala kejadian di siang hari. Akhirnya pukul 11.00 malam semua tewas masuk ke bilik masing-masing dan tidur sehingga subuh.
Campuhan Ridge Walk
Alhamdulillah kami bangun di awal waktu subuh dan setengah jam sebelum subuh kami dah bergerak ke jalan utama di hadapan pintu masuk dan memesan grab untuk ke Campuhan Ridge Walk salah satu dari 5 tempat menarik untuk melihat sunrise di Ubud.
 |
| Kami mulakan perjalanan dari South Entrance Campuhan Ridge Walk |
Dalam few second grab muncul di hadapan kami dan terus membawa kami ke entrance Campuhan kurang 10 minit perjalanan dengan harga IDR39,000. Ketika sampai kelihatan ada beberapa pelancong warga asing juga baru tiba. Dan selepas bergambar di entrance Campuhan Ridge Walk kami memulakan perjalanan.
Oh ya sebelum berpisah dengan pemandu grab tadi sempat aku tanya jika nak ke Bedugul dan pusing-pusing ke area Ulun Danu Temple, Danau Beratan, Bedugul Hill dan Traditional Market berapa? Dia kata dalam IDR800,000 all in. Dan aku amik nombor telefon dia dan aku kata kalau jadi nanti aku call semula.
 |
| Sampai di puncak Bukit Campuhan agak lewat matahari dah naik sikit. |
Boleh dikatakan setiap seminit pasti berselisih dengan beberapa individu lain yang sedang berlari atau berjogging. Tak kurang juga yang berjalan-jalan santai menikmati pemandangan sunrise dan panorama landskap dari atas Bukit Campuhan yang menghijau di sini.
 |
| Alhamdulillah berjaya sampai ke North Entrance setelah 25 minit berjalan. |
Untuk masuk ke Campuhan Ridge Walk ini tak ada bayaran dikenakan. Ianya satu trek hiking yang cukup santai. Untuk trip pergi balik kami hanya spend masa hampir satu jam setengah. Itu pun sebab kami sibuk ambil gambar dan video. Dan trek hiking boleh habis dalam 25 minit sahaja sehingga ke North Entrance.
 |
| Ada beberapa warung, cafe dan restaurant di area perkampungan ini. |
 |
| Ada juga beberapa penginapan hostel, chalet dan hotel di sini. |
Dan selepas North Entrance akan jumpa kawasan perkampungan yang cantik dan tenang kehijauan. Dan terdapat beberapa buah warung, gerai atau cafe tapi mostly semuanya masih belum dibuka. Dan paling best ada kawasan sawah padi yang menghijau sejauh mata memandang dari atas bukit sehingga ke lereng bukit.
 |
| Kawasan Sawah Padi di lereng bukit yang sejauh mata memandang. |
 |
| Behind the scene - Memang orang lelaki selalu menjadi mangsa keadaan hahahaa.. |
By the way aku search meaning of Ridge Walk - A ridge walk is a hiking trail that follows a ridge. Which is a narrow, raised area on a mountain or hill. Ridge walks are unique because they offer views of the mountains on both sides and the trail feels like walking on a knife-edge.
At one time ada satu part tu ada sawah padi yang cantik sangat di celah-celah kawasan perkampungan selepas North Entrance. Diorang semua nak bergambar aku pun layan la. Sebab Ust Anas dengan Cikgu Hani ni suka buat video. Tak pasal-pasal bershooting sekejap kami di sini. Sampai terlupa pasal kena jerit dengan anjing tadi. :D