Wednesday 31 January 2024

My Last Uncle Passed Away At Hospital Sultanah Aminah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Perginya Muhamad Azahari Bin Haji Abdul Aziz maka tamatlah perjalanan kisah sebuah keluarga yang dikurniakan dengan 9 orang anak yang hidup dengan penuh bahagia di sebuah rumah kayu di Pontian, Johor. Dan arwah ayah aku adalah adik yang ke 8 dan ketiga terakhir meninggal pada tahun 2012 dan diikuti adik bongsu iaitu Mak Jah pada tahun 2021.

Hari Selasa - 16 Januari 2024 aku dapat whatsapp dari Abg Zul, sepupu aku yang tinggal di Wangsa Maju pada pukul 10.40 pagi "Pak ie masuk hospital di Johor Bharu sebab badan terlalu lemah, dah dua hari tak makan.." Terus aku bagitau wife "Awak Pak ie masuk hospital.." dan dalam hati aku berkata kena pi jenguk Pak ie kat hospital ni. Plus he is the last uncle i have either from my mother side or my father side.

Disebabkan aku tengah buat kerja time tu. Hanya 11.20 pagi aku send whatsapp dalam group family bagitau Pak ie masuk hospital. Tak sampai 4 minit kemudian adik aku yang berada di Kuala Pilah send whatsapp dalam group bagitahu Pak ie dah meninggal sebab sepupu di JB dah inform dia dulu. Allahu nak terduduk aku bila baca whatsapp. 

Dalam masa kurang 30 minit Abg Zul dengan adik dia Kak Ayang pickup aku di rumah dan terus ke Serdang untuk naik kereta Am untuk ke JB. Dan kemudian dari Serdang kami singgah ke Bangi untuk pickup Kak Fiza wife kepada Abg Zul. Maka bertolaklah kami berlima dalam Kereta Alza Am. 

Solat Jenazah dijadualkan selepas Solat Asar di Masjid Jamek Taman Perling, Johor Bharu. Dari info waze insyallah kami akan sampai kurang dari 4 jam iaitu pukul 3.00 petang. Dalam perjalanan tiba-tiba abang aku call dari Singapore bagitahu sorry lambat baca whatsapp sebab meeting and now dia dah otw balik rumah nak amik passport untuk balik ke Malaysia.

Pak ie meninggal di umur 86 tahun dan tidak pernah bernikah. Dan adik beradik beliau semua dah meninggal maka responsibility menguruskan jenazah jatuh pada kami semua sepupu sepapat. Alhamdulillah dua orang sepupu di JB Ina dan Kak Izan serta suami masing-masing telah menguruskan jenazah dari hospital ke masjid untuk dimandikan dan dikafankan.

Turut membantu sepupu kami seorang lagi iaitu Abg Apis dari Kulai bersama isteri beliau Kak Syida yang sampai lebih awal dari kami. Alhamdulillah kami sampai tepat jam 4.00 petang di Masjid Jamek Taman Perling, Johor Bharu. Jenazah telah selamat dimandi dan dikhafankan. Terus aku whatsapp update dengan abang aku. Dia bagitau dan sampai woodland nak cross border dan dia minta doakan moga cepatlah urusan immigration bagai.

Aku masuk ke dalam masjid dan terlihat satu keranda di tengah-tengah dewan masjid terus aku duduk rapat dan spontan aku cakap "Pak Ie.. Afif datang dah ni.. Insyallah nanti lepas solat asar kita solat berjemaah buat kali terakhir yer". Aku duduk sambil membaca yasin sehinggalah orang ramai selesai solat asar berjemaah.

Selepas jenazah diangkat ke hadapan untuk disolatkan Pak Imam terus tanya ada waris nak imamkan solat aku pandang am dan am pandang aku. Terus aku cakap saya imam. Terus imam nak buka microphone yang lekat kat jubah dia nak bagi aku pakai. Terus aku cakap "Saya jadi imam jer yang baca doa nanti ustaz jugak .. So ustaz tak yah la buka" hahahaa..

Selesai solat jenazah, imam beri arahan supaya jenazah diletak di satu sudut dewan solat untuk memberi peluang kepada sanak saudara yang baru hadir bagi melihat jenazah. Aku pun update dengan abang aku bagitahu solat jenazah dah selesai. Dia pun bagitau baru lepas immigration Malaysia. Aku pun lengahkan masa denga harapan dapatlah abang aku tengok wajah pak ie buat kali terakhir.

Alhamdulillah abang aku sempat melihat jenazah di dalam van jenazah sebelum jenazah dibawa turun ke liang lahat. Alhamdulillah juga semua urusan dipermudahkan Allah. Wife dengan anak-anak aku sampai selepas waktu magrib di Masjid Perling. Kami tidur hotel murah family room RM70.00 semalam sebab tak nak susahkan sepupu tidur di rumah mereka.

Keesokan pagi kami satu family singgah Pontian nak tengok rumah Pak ie di tanah kampung. Rumah kayu lama telah terbakar akibat khianat orang dan kemudian dapat rumah bantuan yang dibina oleh pihak tentera. And now tanah ini tinggal kenangan buat kami sepupu sepapat yang pernah terjun parit bagai di sini. Al- Fatihah Buat Pak Ie.

Bulan Januari ni banyak benda yang berlaku termasuk dua kali demam so target nak publish 10 entry tak tercapai.. Insyallah kita cuba usaha lagi di bulan Februari nanti untuk publish 10 entry :D

Thursday 25 January 2024

Pulau Batam Part 8 : Kasta Coffee House - Sungai Jodoh Night Market (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Pulau Batam Part 7 : Masjid Laksamana Cheng Hoo - The illusion House - ALTO Beach Cafe

Setelah kecewa di ALTO Beach Cafe, Pak Supir bawa kami semula ke area Bengkong Town atau juga dikenali sebagai Golden City. Bagi mencari cafe yang halal dan sesuai dihadiri bersama anak-anak. Terlalu banyak cafe yang ada di Golden City sehingga Pak Supir harus membuat dua kali pusingan bagi memberi kami peluang mencari cafe yang kami rasa sesuai.

Basically kami pun rambang mata nak pilih mana dan akhir sekali kami memilih Kasta Coffee House yang pada mulanya kami pun tak tahu apa yang ada di dalam dan sekelilingnya serta apakah keistimewaan coffee house ini. Kali ini kami ajak Pak Supir duduk sekali sebab masa makan di Citra Utama 188, Pak Supir ini ntah hilang ke mana walau dah diajak untuk duduk makan sekali.

Kasta Coffe House ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 12.30 malam. Dan pada Hari Ahad akan ditutup lewat 30 minit iaitu pada pukul 1.00 pagi. Tandas yang amat selesa dan Musolla untuk warga muslim bersolat juga disediakan. Terdapat ruang outdoor dan indoor yang berhawa dingin disediakan bagi pelanggan memilih citarasa sendiri. 

Terdapat sebuah tasik buatan di tepi Kasta Coffee House ini yang mana kalau kita sekadar lalu dibahagian luar memang tidak menyedari akan kewujudan tasik ini. Bagi aku ianya agak menarik kerana boleh memilih meja yang berdekatan dengan tasik sambil menghirup coffee. 

Dan kali ini Pak Supir tak boleh lari dan harus duduk bersama kami. Aku pun berikan buku menu untuk beliau memilih makanan dan minuman. Selepas Pak Supir membelek-belek dan menutup buku menu sambil berkata Kopi Susu Panas ada? Aku terus orderkan Coffee Latte. Dan tak nak makan apa-apa. Aku pun pelik, rasanya start amik kami di hotel pagi tadi sampai la ni, dia macam tak makan apa-apa lagi. 

Elok jer waiter pergi selepas mengambil order kami semua terus Pak Supir kata mahal bangat makanan dan minuman di sini "Kopi aja sudah IDR 20,000 - 40,000 secawan.." Terus aku jawap sebab biji kopinya dari luar negara Pak, yang datang dari Brazil pun ada.." Selamba aku goreng. Sebab kalau tak cakap macam tu mana mahu dia nak duduk. Rupa-rupanya Pak Supir ni tak pernah masuk cafe dan ini frist time katanya.

Selesai kami membuang waktu petang kami di Kasta Coffee Hous, Pak Supir terus memandu menghantar kami pulang ke hotel di Bandar Nagoya. Dan Pak Supir tanya jika mahu beli keropok sama jajan dia boleh bawakan kerana kalau ke Batam tak lengkap jika tidak membelinya. Kami pun okay jer since have no other plan to do.

Terperdaya jugaklah especially wife aku, banyak lak jajan dia beli hahaha.. Makcik yang jual lak pandai, tambah la lagi 10 ribu cukupkan 300 gram la apa la.. Last-last IDR150,000 jugak la kami spend beli jajan dengan IDR75,000 beli 3 jenis buah Limau/Oren. Tapi memang sedap jugak Maruku Manis, Keropok Ikan Tenggiri, Mangga Kering, Nenas Kering, Pelbagai jenis jeruk buah, kekacang dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua jenis jajan kami dapat rasa :D

Bayaran Pak Supir untuk kesemua destinasi dari hotel ke Barelang Bridge - Restoran Citra Rasa 188 - Masjid Laksamana Cheng Hoo - Golden Layer Cakes Factory - The Illusion House - Dino Park - Membeli jajan di Nagoya - adalah IDR400,000/RM120.00. Dari jam 9.45 pagi sehinggalah jam 5.00 petang Pak Supir bersama kami. Bagi aku dah cukup murah tu. Kalau kat Malaysia memang tak dapat harga macam tu. Betul tak? Ke aku salah? hahaha :P

Sampai di hotel kami terus ke bilik memang tak ada nak singgah kedai ke apa ke. Masing-masing dah penat lepas mandi kami semua tertidur sehinggalah masuk magrib. Lepas solat kami ke Warung Pak Har untuk makan malam - Boleh baca Part 4 (klik) nak tahu menu dan kesedapan masakan Pak Har. Selepas selesai makan malam kami berjalan-jalan di kawasan sekitar hotel.

Sungai Jodoh Night Market

Secara tak sengaja kami terjumpa Night Market ini selepas makan di Warung Pak Har. Jarak antara Night Market dengan Gloris Hotel lebih kurang 100 meter. Kami berjalan dari starting pasar sampailah ke hujung pasar yang terletak berhampiran Four Points Hotel by Sheraton. Panjang pasar lebih dari 150 meter dengan 2 laluan. Dan mostly barangan yang dijual di sini adalah pakaian dan kasut bundle.

Walau keadaan di night market ini agak menakutkan sedikit - Mungkin sebab kita orang luar dan tak biasa dengan suasana di Ngaoya ini terutamanya dan juga Pak Supir pesan jangan berkeliaran di waktu malam. Alhamdulillah kami selamat tak ada pickpocket atau tak ada juga ada orang try nak menyamun bagai. Itulah pengalaman kami berjalan bersama 3 orang anak sambil menolak stroller si baby Afnan. 

Dan sebenarnya seronok jer jalan-jalan di Sungai Jodoh Night Market ini. Kasut bundle semurah IDR 25,000-50,000/RM7.50-15.00 sepasang. Dan kasut baru copy ori pun IDR 70,000-100,000/RM21-30.00 sepasang. Kasut bundle budak serendah IDR 10,000 pun ada. Sampai terduduk kami cari kasut bundle untuk the kids hahahaa :D

Restoran Jeumpa Kupi Aceh

Kami pulang ke hotel lebih kurang jam 11.00 malam selepas berkeliaran di kawasan sekitar melihat kehidupan malam di sini. Walau sudah lewat malam masih terdapat peniaga yang menjual nasi berlauk dan orang ramai masih beratur membeli. Menarik juga tu :D

Bila sampai di hotel mandikan anak-anak dan buat susu untuk affan dan afnan dan kami terus tidur. Dan keesokan pagi jam 9.00 pagi kami keluar mencari sarapan pagi dan memilih Restoran Juempa Kupi Aceh ini. Tapi disebabkan kami datang lewat banyak makanan sarapan sudah habis. Ada la tinggal 2 bungkus Nasi Lemak dan ada lagi beberapa jenis kueh yang tinggal.

Untuk kueh yang kami pilih bagi aku boleh jer la telan tapi wife dengan anak-anak tak boleh telan hahah.. So aku layan Kopi Pancong Cangkir dan wife teh susu sahaja. Anak-anak minum Teh O Dingin. Jam 10.00 pagi Pak Supir datang membawa kami ke Terminal Batam Centre dan kami membayar surcharge IDR135,000 seorang dan Baby Afnan IDR100,00 in total kami beremnam IDR 775,000/RM233.00 sebelum menaiki Fery pulang ke Johor.


Total all in untuk keseluruhan trip ke Batam termasuk perjalanan minyak kereta dan tol return KL ke Johor, Segala makan dan minum di Malaysia dan di Batam, Tiket Feri pergi balik, Bayaran Pak Supir sebanyak 3 kali untuk 3 hari. Shopping membeli barang dan jajan, Hotel 2 malam dan semua tiket entrance untuk kami berenam adalah sebanyak RM1,870.00. Kisah Trip Batam Tamat :D

Sunday 21 January 2024

Pulau Batam Part 7 : Masjid Laksamana Cheng Hoo - The Illusion House - ALTO Beach Cafe

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Setelah selesai berwisata ke Barelang Bridge dan makan tengah hari di Kelong Restoran Seafood Citra Utama 188. Pak Supir bawa kami ke kawasan wisata yang famous dan harus dikunjungi katanya iaitu Bengkong. Dari Barelang Bridge ke Bengkong kami menempuh perjalanan sejauh 30 km yang memakan masa hampir 40 minit. 

Welcome to Masjid Laksamana Muhamada Cheng Hoo - Golden City, Bengkong.
Once bila kita sampai di sini baru kita dapat lihat kenapa kawasan ini digelar kawasan wisata oleh penduduk tempatan kerana di sini penuh dan padat dengan attraction termasuk terdapatnya berpuluh-puluh cafe yang setiap satu mempunyai konsep tersendiri. 

Thursday 18 January 2024

Pulau Batam Part 6 : Kelong Restoran Seafood Citra Utama 188

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Pulau Batam Part 5 : Barelang Bridge - Ikon Utama Kota Batam

My first quote about this place is "The Most Fresh Seafood I Have Ever Eaten In My Life".

Agak-agak sebab apa? Ok this restaurant antara tempat yang aku aim nak pergi sangat-sangat sebab seafood dia fresh yang mana kita sebagai pelanggan dibenarkan menangkap sendiri segala jenis seafood yang berada dalam beberapa buah sangkar di tengah-tengah restoran ini untuk dijadikan hidangan kita.

Finally we arrived here. Restoran Citra Utama 188 Seafood.
Ada beberapa restoran kelong atau restoran yang berada di atas air berdekatan dengan Barelang Bridge ini. Namun hanya restoran ini sahaja yang menyediakan hidupan seafood yang hidup dan memberi kita peluang untuk menangkap hidangan sendiri. Keseluruhan restoran ini diperbuat daripada kayu buluh dan rotan. Memang cantik dan unik jika melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di atas restoran kelong ini.

Akhirnya sampai jua di tempat yang di nantikan :D
Macam biasa kita bergambar terlebih dahulu sebelum masuk.
Sampai di hadapan pintu masuk Restoran Citra Utama 188 ini kita harus berjalan di atas titi berbumbung yang melintasi beberapa buah rumah kampung yang juga di bina di atas air. Namun yang menariknya adalah kawasan persekitaran di sini boleh dikira agak bersih. Walau rumah mereka di atas air admin suka tengok kebun yang mereka buat di sisi rumah mereka.

Laluan ke restoran melintas beberapa buah rumah di sebelah kanan. 
Menuju terus ke restoran kelong di penghujung titi. 
Kesemua jenis seafood seperti Ketam Bunga, Ketam Nipah, Udang Harimau, Udang Putih, Udang Lobster, Siput Gong Gong, Lala, Kupang, Kerang dan pelbagai jenis lagi semuanya hidup. Dan part paling best dan susah ialah menangkap ikan di dalam sangkar tersebut. Yang aku perasan ada beberapa jenis ikan antaranya Siakap, Bawal, Ikan Kerapu Tiger, Kerapu Merah, Jenahak, Gerut, Kaci dan Ikan Merah.

Part paling susah adalah menangkap/menyauk ikan. Kami tangkap ikan bawal :D
Seteleh berhempas pulas berjaya menangkap sekor Ikan Bawal yang agak besar :D
Ketam Bunga, Udang Harimau dan Udang Lobster :D
Sesi menangkap Ketam Bunga. Kami amik 3 ekor yang besar.

Hasil yang ditangkap akan ditimbang dihadapan kita. Dan jika anda rasa terlebih atau terkurang boleh la menambah atau mengurangkan. Puas hati sangat.

Kalau pernah makan seafood di Restoran Mail Ikan Bakar atau Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Kuantan, Pahang. Konsep dia sama sahaja iaitu pilih seafood yang kita nak dan kemudian pilih nak masak apa. Sama jugalah di sini cumanya seafoodnya masih hidup sebelum ia dimasak. Dan in term of price lebih kurang sama juga dengan Mail dan Ana ikan Bakar.

Area tempat bersantai-santai. Sementara tunggu makanan siap dimasak kita bergambar dulu.
Kawasan bersih dan banyak tempat bergambar untuk instagram :D
Selain seafood yang best dengan pengalaman sendiri menangkap hasil laut dalam sangkar. Restoran ini juga amatlah menarik dan tersangat cantik. Ada disediakan satu section beberapa hammock yang boleh kita bersantai. Beberapa pondok dibuat di hujung kelong ini untuk bergambar atau berehat. Termasuk buai dan kerusi gantung yang kesemuanya dibuat dari Buluh, Kayu, Rotan dan Daun Nipah.

Ada banyak section restoran ini. Nak tangkap hasil seafood tu semua dekat section ini.
Kemudahan yang lengkap dengan Kid Playground, Surau dan Toilet.
Tempat bermain kanak-kanak tergantung dalam jaring. Seronok the kids especially si baby tu.
Masa kesemua hidangan sampai tiba-tiba hujan turun dengan lebat selebatnya. Dan ada pula air menitik dari bumbung yang diperbuat dari daun nipah yang dicampur dengan buluh halus  aku rasa la hahahaa..  Terus datang perkerja restoran tolong kami angkat semua hidangan tukar ke meja lain. Betul lah kata Pak Supir tadi angin kuat lain macam sebab nak hujan.

Oh ya kami pilih hidangan Ikan Bawal Stim Halia & Lemon, Ketam Bunga Salted Egg, Udang Harimau Masak Sweet Sour dan Siput Gong Gong yang direbus biasa yang  dicicah denagn sambal kicap manis. Untuk Nasi Putih pula ia dikira hanya pada orang dewasa sahaja iaitu IDR5,000/RM1.50 seorang. Kanak-kanak makan percuma dan nasi boleh refillable. In total kami bayar IDR500,000/RM150.00. (setelah dapat diskaun IDR2,000). Harga termasuk sekali dengan 6 gelas pelbagai jenis air.

# Gambar makanan yang telah dimasak dan dihidang di atas meja msih sedang dicari lagi. Tak tau kenapa tak jumpa-jumpa.. jangan la terdeleted atau hilang :(

Bersambung Pulau Batam Part 7 : Laksamana Cheng Hoo Mosque & ALTO Beach Cafe At Bengkong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...