Satu tips yang aku boleh kongsi dari beberapa kali pengalaman aku berkenaan Pak Supir di Indonesia ini. Adalah, kalau kita selesa dengan seseorang supir itu dari segi harga, knowledge, geography, pemanduan dan behavior yang baik serta tidak terlalu berkira maka aku suggest kita gunakanlah khidmat supir berkenaan selama mana kita perlukan.
![]() |
| Tanjung Penarik - Barelang Bridge View Point. |
Dalam situasi kali ini, kami stick dengan Pak Supir ini sebab beliau langsung tak berkira dan cara pemanduan yang baik serta tidak merbahayakan. Terus kami confirm dengan Pak Supir untuk ke Balerang Bridge pada keesokan harinya.
Walau dah bagitahu Pak Supir bertolak jam 10.00 pagi dari hotel namun pukul 8.45 pagi Pak Supir dah terpacak di lobi hotel. Aku terlihat Pak Supir ketika ingin ke Indomart membeli beberapa barang keperluan dan makanan.
![]() |
| Nak keluar dari area hotel agak susah di waktu pagi kerana ada Pasar Basah. |
Perjalanan dengan kereta dari Nagoya Town ke Barelang Bridge adalah sejauh 25.6 km dan memakan masa antara 35 minit atau sehingga 1 jam untuk sampai. Itu pun jika keadaan jalan yang tidak mecet. Kami stuck lebih 20 minit berdekatan hotel kerana bertembung dengan kereta dan lori yang keluar masuk area kawasan pasar di sebelah hotel.
![]() |
| Melintas kawasan Sungai Jodoh. Pak Supir kata ini kawasan yang tidak disukai oleh kaum wanita tapi disukai kerana mudahnya untuk kaum lelaki :D |
![]() |
| Masjid Besar Sungai Jodoh. Kalau para suami kata pi solat jumaat kat sini jaga-jagalah hahaa :P |
Terus Pak Supir bagi nasihat "Kalau mahu keluar harusnya pagi-pagi Pak." hahahaa. Memang nak keluar awal pagi tapi mengenangkan si baby and The Kids tu yang penat berjalan seharian on first day. Dan nak try avoid mereka dari meragam on the second day so kita decide nak gerak dari hotel pukul 10.00 pagi.
Barelang Bridge
Pulau Batam - Pulau Rempang - Pulau Galang. Bagi menyambungkan ketiga-tiga pulau ini maka telah dibina sebuah jambatan penghubung dan diberi nama BA - RE - LANG yang diambil dari nama ketiga-tiga buah pulau tersebut. Penduduk tempatan juga menyebut sebagai Jambatan Habibie sempena nama Presiden Indonesia ke-3 Jusuf Habibie kerana jasa beliau mengembangkan Pulau Batam menjadi Pulau Industri.
![]() |
| Di View Point Barelang Bridge - Tanjung Penarik. |
Siap dibina pada tahun 1997 selepas 6 tahun pembinaannya yang bermula pada tahun 1992. Dan menggunakan hampir kesemuanya tenaga dan teknologi tempatan. Panjang jambatan ini sejauh 385 meter menjadikan ia sebagai Ikon Kota Batam. Adalah menjadi kewajipan sesiapa yang datang ke Pulau Batam untuk melihat dan menjejakkan kaki ke sini.
![]() |
| Turun-turun dari kereta jer angin bertiup kuat sangat di atas jambatan ini. |
![]() |
Kerana hari ini adalah Hari Jumaat maka tidak kelihatan ramai orang terutamanya pelancong yang datang ke sini. Kereta dibenarkan untuk berhenti di tengah-tengah jambatan bagi mengambil gambar dan menikmati keindahan dari atas jambatan. Kelihatan juga terdapat orang tempatan berniaga air dan keropok dari motor mereka.
![]() |
| Pemandangan Panorama dari atas Barelang Bridge. Tg Penarik berada di sebelah kiri. |
![]() |
| Pemadangan jambatan dari Tanjung Penarik - Barelang Bridge View Point. |
Tanjung Penarik - Barelang Bridge View Point
Angin agak kuat semasa kami berada di atas jambatan ini, takut juga dengan keselamatan The Kids ni. Bila rasa puas dan cukup bergambar kami terus menaiki kereta dan menuju ke arah Barelang Bridge View Point atau dikenali sebagai Tanjung Penarik. Oh ya masa di atas jambatan ramai orang menawarkan untuk mengambil gambar dan akan di print out di atas motor mereka sendiri. Satu keping gambar bersaiz A4 berharga IDR 20-25,000/RM7.50.
![]() |
| Entrance ke Tanjung Penarik yang dijaga oleh security. |
![]() |
| Bayaran masuk berharga IDR5,000 untuk sebuah kederaan. |
Untuk masuk ke Barelang Bridge View Point hanya dikenakan bayaran sebanyak IDR5,000/RM1.50 untuk setiap kereta. Dan di sini agak selesa kerana ada jualan seperti jagung bakar, air kelapa, minuman, aiskrim, pop mee, indomee dan juga makanan berat seperti nasi goreng dan sebagainya. Toilet dan surau juga disediakan. Kawasan yang bersih dan dijaga rapi.
![]() |
| Boleh layan pemandangan sambil minum teh dan kopi panas di sini. |
![]() |
| Musollah untuk lelaki dan wanita di sediakan. |
![]() |
| Tandas juga disediakan tanpa dikenakan bayaran. |
Kami beli Jagung Manis Bakar - IDR10,000/RM2.98 sebatang. Alhamdulillah cukup manis. Penjual siap offer pada kami kalau nak dikupaskan biji-biji jagung tu dan letak dalam cup. Aku kata tak perlu sebab lebih enak di makan begitu saja :D
Masa ini nampak keadaan awan macam agak mendung sedikit mungkin sebab itu juga angin bertiup dengan amat kencang dan sini memang area pulau-pulau pak supir kata memang sentiasa berangin tapi kalau nak hujan tu lagi kuat anginnya. Dan kami pun berjalan ke kereta untuk pergi ke destinasi makan tengah hari yang tak jauh dari Barelang Bridge ini.














