Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Kami hanya perlu berjalan kurang 250 meter dari apartment untuk sampai ke Zhibek Zholy Metro Staion. Salah satu daripada hanya 11 station metro yang ada di seluruh Bandar Almaty setakat Januari 2025 ini.
Perkhidmatan metro mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Disember 2011 selepas 23 tahun lamanya pembinaan yang bermula pada 1988 ketika di bawah era Soviet. Dan terhenti ketika kejatuhan Soviet pada 1991. Dan pada ketika itu Kazakhstan yang baru merdeka tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk meneruskan pembinaan.
Extension pertama adalah sejauh 2.9 km sehingga ke Moskva Station yang telah dibuka kepada orang ramai pada 18 April 2015 dan diikuti extension kedua sejauh 3.1 km sehingga ke Bauyrzhan Momyshuly Station pada 30 Mei 2022. Dan another extension iaitu penambahan 2 lagi station iaitu Qalqaman dan Batys Awtowoksaly Station akan siap pada 2027 nanti.
Okay the interesting part yang aku nak cerita di sini adalah keunikan yang ada pada setiap station metro di sini. Boleh dikatakan setiap station dibina berlainan bentuk architecture baik dari sturktur dan design interior dalaman yang cukup menarik dan some part tu sangatlah colorful.
And if kalau dah tak tahu nak buat apa dan tak tahu nak jalan ke mana. Maka korang boleh la amik satu masa dalam sehari tu untuk korang try pergi setiap station untuk melihat keunikan dan kecantikan seni bina tersebut.
Dan disebabkan aku bawa the kids bersama dan menolak stroller untuk si Afnan maka agak susah nak naik turun tangga menuju station yang semuanya dibina di bawah tanah. End up aku hanya dapat pergi beberapa station sahaja. Dan apa yang aku perasan adalah macam ada persamaan design dengan underground metro station di Tehran.
Station Metro di Almaty bukan sekadar dibuat untuk keperluan semata-mata tapi bagi menyerlahkan lagi seni bina culture Kazakhstan dan ada juga unsur-unsur sejarah pada beberapa lukisan yang ada di beberapa station metro. Serius memang tak rugi kalau korang nak pergi ke setiap station untuk melihat keunikan yang berbeza.
Bayaran tidaklah mahal di mana anda perlu membayar KZN120.00 sahaja untuk sehala. Bayar di kuanter atau mesin untuk mendapatkan token single use. Kanak-kanak bawah 7 tahun adalah percuma. Dan 7-12 tahun ada discount dengan menunjukan bukti. Kalau kita as a tourist tunjuklah passport anak tu.
Bayaran tidaklah mahal di mana anda perlu membayar KZN120.00 sahaja untuk sehala. Bayar di kuanter atau mesin untuk mendapatkan token single use. Kanak-kanak bawah 7 tahun adalah percuma. Dan 7-12 tahun ada discount dengan menunjukan bukti. Kalau kita as a tourist tunjuklah passport anak tu.
Tapi dari pengalaman aku masa beli tiket metro ni diorang tak tanya pun. Dan masa melepasi security pun polis tu tak tanya. Mungkin sebab kita tourist atau anak-anak aku bersaiz kecil berbanding anak orang Kazakhstan yang tinggi-tinggi. Tapi aku rasa sebab polis tu tak tahu english maka lebih baik dia tak yah tanya terus hahaha.
Smart card berharga KZN100.00 tapi bagi aku tak perlu sebab sistem public transport di Almaty masih lagi kecil. Dan most of the attraction place berada dalam walking distance dalam city center sahaja. Even most ot the part metro pun tak cover. Unless kalau korang nak menggunakan perkhidmatan selain metro. Tapi tak pulak aku nampak Tram di Alamty ini.
 |
| Terjumpa dengan satu keluarga dari Kuantan di Almaty. |
Selepas explore metro station ini kami turun di Raiymbek Batyr Metro Station. Dan berjalan-jalan area luar bandar ini. Kelihatan di sini banyak kedai tepi jalan yang jauh lebih murah menjual pelbagai jenis barangan dari makanan sehinggalah kelengkapan rumah. Kelihatan Salam Bro juga ada di sini.
 |
| Jom masuk Sport Master antara yang kedai barangan outdoor terkenal di Almaty. |
 |
| Best nyer sebab banyak gadget untuk traveller ada dijual di sini :D |
Ketika ini kami terserempak dengan orang Malaysia iaitu Encik Rosli sekeluarga dari Kauntan yang datang untuk berhari raya di central asia. Alhamdulillah seronok dapat berbual bila dah 3 hari tak jumpa orang Malaysia.
Di sini juga terdapat sebuah Outlet Sport Master yang menjual pelbagai barangan outdoor dan sukan. Kalau kat Malaysia macam Decathlon. Seronok mencuci mata sebab barangan dia berlainan dari yang ada di Malaysia. Dan ada juga la terbeli beberapa item especially for backpackers gadget.
 |
| Raiymbek Batyr Monument. |
Oh ya kenapa turun di sini sebab kami nak ke Raiymbek Batyr Monument. Batyr bermaksud pahlawan atau hero. Raiymbek yang lahir pada 1705 dan meninggal pada 1785 adalah salah seorang pahlawan Kazakh yang paling digeruni dan antara yang paling berjaya. Berjaya mengalahkan Balkhash Tiger di usia yang sangat muda.
 |
| Laluan pejalan kaki seperti kawasan park di antara Monument ke Central Mosque Almaty. |
Anak lelaki kepada Tuke dan cucu kepada Pahlawan Kazakh yang terkenal iaitu Khangeldy Batyr dari Keturunan Keluarga Alban dari Daerah Elder Zhuz. Raiymbek Batyr hidup semasa waktu pergolakan paling dasyat ketika pencerobohan Tentera Dzungar di tanah Kazakhstan.
Beliau telah dilantik sebagai salah seorang Jeneral Kanan ketika berumur 24 tahun di bawah Tentera Ablai Khan sebagai salah satu Pasukan Elite Zhuze yang dipimpin oleh Ablai Khan sendiri bagi mengalahkan Dzhungar dan membebaskan tanah Semirechye yang telah dirampas. Pertempuran telah berlaku pada tahun 1729 di antara Sungai Chu dan Ili.