Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Syukur alhamdulillah bertemu lagi dengan 10 Zulhijjah pada tahun 1447 Hijrah kali ini.
Salam Aidiladha buat semua pembaca dan pengunjung blog ini yang beragama islam.
Agak sibuk dengan urusan membantu perlaksanaan ibadah qurban kali ini. Hari raya pertama (Rabu) membantu aktiviti qurban anjuran pihak surau berdekatan rumah dengan kerjasama Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pandan dengan 13 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Turut hadir Tengku Zafrul dan YB Izhar Hashim ADUN Pandan Indah.
 |
| Bersama Sdr Mohd Ifwat Amir Hamirudin Ketua AMK Pandan. |
 |
| Suasana aktiviti qurban pada hari raya pertama. |
Dan hari raya kedua membantu aktiviti qurban di masjid kariah dengan 12 ekor lembu. Dan terakhir membantu aktiviti qurban anjuran PAS Kawasan Ampang dengan 10 ekor lembu. Agak menerujakan apabila hampir 250 orang yang hadir berdaftar menjadi petugas untuk membantu Program Qurban anjuran PAS Kawasan Ampang 👍.
Melapah kulit dan memotong daging, memotong dan mengapak tulang dan bantu chef memasak juadah qurban di masjid pada hari raya kedua memang memenatkan. Selesai kesemua program aku pun macam nak demam sebab mungkin juga dengan cuaca panas yang amat di sepanjang aktiviti qurban. Setakat hari ni bertahan tak makan paracetamol lagi.
 |
| Suasana Program Qurban PAS Kawasan Ampang. |
Malam tadi family aku berkumpul buat makan-makan. Ahamdulillah semua 4 orang adik beradik berkumpul di rumah mak. Abang yang bekerja di Singapore pun hadir bersama 3 orang anaknya. Kakak pun bersama 3 orang anaknya. Dalam tanpa disedari mak aku dah ada 11 orang cucu dan insyallah mungkin ada yang akan menambah cucu ke-12. Doa-doakanlah 😍.
 |
| Al-Fatihah buat jiran yang telah meninggal dunia. Baru jer bertegur 2 hari sebelum tu. |
Dalam kemeriahan menyambut Raya Aidiladha kali ini kami menerima khabar duka apabila jiran selang 3 pintu meninggal dunia pada lewat petang hari raya pertama di hospital dan disolatkan pada pagi hari raya kedua di masjid yang sama kami menjalan aktiviti qurban. Alhamdulillah sempat menunaikan solat jenazah sebelum memulakan aktiviti qurban.
No comments:
Post a Comment