Tuesday, 19 May 2026

Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam pagi Hari Selasa yang indah lagi ceria ☺️

Minggu ini dipenuhi dengan pelbagai kerja dan tanggungjawap. Namun masih kuat setiap hari untuk carry on dan survive sehingga ke malam huhuhu..

Tapi sibuk macam mana pun si ayah tetap dapat masak nasi ayam semalam untuk anak anak makan bila balik sekolah tengah hari dan makan malam. Bila sibuk memang masak sekali jer dalam sehari.

Bila kita penat dan focus buat kerja sampai kadang-kadang banyak benda tak sempat buat.. Sampai nak lunch semalam pun kena lupakan. Tapi semalam ada seorang kenalan tegur. 

Dia kata.. "Aku tengok life kau ni best jer.. rileks jer setiap hari.. lepas tu selalu pergi travel sana sini.." Dan aku macam.. "Huh..? Kenapa kau cakap macam tu?".. Dalam hati berkata.. aku nak lunch pun tak sempat kot 😅..

Dia kata "Kau duit banyak family kaya sebab tu life kau senang boleh travel sana sini.. Aku ni susah ada family dengan anak-anak.." terus aku reply "Tak la.. Mana ada family aku kaya.. Habis tu aku tak ada anak-anak ke?" Sedikit panas di situ hahaha..

Terus aku sambung "Nak seribu daya jangan ada seribu dalih".. family aku orang susah, bukan family kaya.. Masa aku belajar oversea pun parent aku mampu bagi RM50.00 sebulan sahaja.." Aku dapat bantuan yuran pelajaran dengan tempat tinggal sahaja..

Bab makan memang susah tapi nasib baik housemate semua (5 orang) banyak membantu. Lagi pun aku boleh masak so diorang beli barang dan aku jadi tukang masak. That is how aku survive dan dari zaman belajar lagi aku dah bekerja untuk dapatkan duit belanja. Namun duit belanja tu aku berjimat sampai boleh travel negara jiran masa di South Africa dulu.

Dan bila aku dah bekerja dan berkahwin walau ketika gaji RM1,700.00 sebulan pun aku dah mampu travel ke sekitar Asia. Is about how you manage and how you want to spent your money.. Again nak seribu daya tak nak seribu dalih. 

Dan aku kata orang kebiasaannya tak tunjuk kesusahan yang dia alami. Tapi orang kebiasaan hanya tunjuk kejayaan sebab kejayaan akan menjadi inspirasi kepada orang lain. 

Terus aku teringat sesuatu yang aku baca few days ago dan bagitau dia "Juara will act like a Juara and Loser will act like a loser.." 🤷🏻. Namun aku kata lagi "Aku tak kata apa yang aku buat ini (travel sana sini) adalah perkara yang betul tapi sebab aku minat dan aku nak capai impian aku and at the same time insyallah aku tak nak abaikan life aku.."

Orang biasa akan nampak sesuatu yang kita capai but how struggle we are itu memang tak akan nampak. Korang pernah rasa macam ni tak? Huhuu..

No comments:

Post a Comment