Friday, 1 May 2026

Sambil Duduk Kita Jelajah Dunia Dengan Rakan Blogger

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Malam semalam aku berjaya blog walking lebih 40 blog rakan-rakan dari sebelum pukul 1.00pg sampailah pukul 3.30pg. Apa pilihan yang ada bila selalu sibuk sampai tak dapat nak ziarah. Maka dipilih satu masa dan kita ziarah semua orang.

Namun masih ada yang tak juga sempat aku ziarahi.

Malu juga sebenarnya bila rakan-rakan datang berkunjung tapi tak dapat nak membalas kunjungan. Mohon maaf sangat-sangat yer. Dan pada yang datang dan meninggalkan jejak di blog aku yang tak seberapa ini - Thank you so much..!!

Okay dari blog walking banyak blog at one time aku dapat ilham untuk entry ini. At this moment ada beberapa sahabat blogger sedang menceritakan kisah travel mereka di serata tempat di dunia ini. Sambil kita baca sambil kita layan gambar yang membuatkan kita berada di tempat mereka. Seronok bagi aku bila membaca sesuatu yang baru.

Blogger Afeezz - Tbilisi, Georgia

Setakat ini dah 4 episod beliau tulis mengenai kisah kembara beliau di Bumi Georgia. Seronok aku baca kisah beliau yang mengembara bersama 5 rakan yang lain. Apatah lagi Georgia adalah tempat yang belum pernah aku jejaki. 

Header blog dengan tulisan terbalik "I'm writing for my self".

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Georgia :-

1042 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 4) : Menyusuri Sungai Kura Sambil Menghirup Udara Petang

https://imwritingformyself.blogspot.com/2026/04/1042-catatan-perjalanan-tbilisi-georgia_01790016463.html

Blogger Dear Anies - Thessaloniki, Greece

Blogger terkenal dan berjiwa kental ni mesti semua kenal. Memang kaki travel sepanjang masa dan rajin BW blog sahabat-sahabat. At this moment Anies tengah menulis kisah kembara beliau di Bumi Greece. Negara yang juga belum aku jejaki.

Otherwise Known As Anies The Great Traveller.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Greece :-

Thessaloniki, Greece: λαϊκή αγορά (Laiki Agora) 

https://aniesandyou.blogspot.com/2026/04/thessaloniki-greece-laiki-agora.html


Blogger Ren - Hanoi Vietnam

Seorang yang tidak pernah berhenti dari dunia mengembara. Susuk tubuh yang hebat dalam dunia mengembara dari 20 tahun yang lepas sehinggalah ke hari ini. Entry beliau secara tiba-tiba Paris, next entry Singapore, next entry Geneva 😉.

Aku rasa ni header blog yang paling cantik dalam list ini.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Vietnam :-

VIETNAM: Cerita Jalanan Hanoi: Bila Kamera Tangkap Kehidupan

https://janggeltrekking2.blogspot.com/2026/04/hanoi-cerita-jalanan-hanoi-bila-kamera.html


Blogger Ziela - Xian, China

Another hard core travel blogger yang aku kenal sejak mula-mula berblogging dari 14 tahun lepas. Jarang beliau nak tulis entry yang tiada kena mengena dengan kisah mengembara beliau. Dari Canada sampai New Zealan beliau dah conquer.

Header yang simple tapi penuh dengan makna jalan cerita blog.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di China :-

Winter in Xi'an (Part 4) 

https://akulovetravel.blogspot.com/2026/04/winter-in-xian-part-4.html


Blogger Yan's Family - Manana, Afghanistan

Mula menulis di blog tahun 2008 dan sekarang mempunyai 47 juta view - Hebat tak?. Beliau sekarang sedang menceritakan kisah kembara di Manana, Afghanistan. Memang rare sangat-sangat. Aku pun tak terfikir lagi jejakkan kaki di sana 😅.

Header yang simple tapi gambar menunjukan betapa hard core nya tuan empunya.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Afghanistan :-

Manana Afghanistan - ke Bamyan untuk 2 malam (9)

https://yan-yanjournal.blogspot.com/2026/04/manana-afghanistan-ke-bamyan-untuk-2.html


Blogger Diana Teo - Almaty, Kazakhstan

Blogger asal Sabah yang sangat ramah. Di tahun 2025 sahaja beliau telah mengembara ke Kenya, Tanzania, Qatar, South Korea, Japan dan Uzbekistan. Mula menulis blog pada tahun 2008 dari bujang sehinggalah anak satu.. ke dua eh? aku pun dah lupa 😅. At this moment beliau dah travel lebih 60 negara.

Motto "Just Go" with current ending 60 countries conquered.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Kazakhstan :-

Day 1: Flying With AirAsia X From KL to Almaty, Kazakhstan

https://dianateo-dt.blogspot.com/2025/12/day-1-flying-with-airasia-x-from-kl-to.html


Blogger Faa / SN Faezah - Perth, Australia

Okay yang ini special sikit. Kalau blogger lain tulis mengenai cerita mengembara beberapa hari tapi beliau menceritakan keadaan dan suasana tinggal di Perth, Australia. Banyak berkongsi kisah hidup, aktiviti dan pengalaman menetap di sana. Secara tak langsung boleh tahu tempat makanan halal dan apa yang menarik di Perth.

Rakan blogger baru dengan first entry pada November 2025.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Australia :-

#17 Bersiaran Secara Langsung Dari Westfield, Carousel 

https://snfaaezahh.blogspot.com/2026/04/bersiaran-secara-langsung-dari.html


Blogger Miss Mirror - Perth, Australia

Sama seperti Blogger Faa, rakyat Malaysia yang tinggal di Australia. Namun aku tak tahu samada mereka berdua saling mengenali atau tidak hahahaa. Kalau belum, lepas baca entry ni boleh la jadi jiran kat Perth tu 😅. Aku suka baca kisah kehidupan beliau sekeluarga di Perth yang aku rasa telah lebih 10 tahun menetap di sana.

Entry beliau macam chipsmore, sekejap di Aussie, sekejap di Malaysia.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Australia :-

Dah Balik Aussie

https://sam-puansyurga.blogspot.com/2026/04/dah-balik-aussie.html


Blogger Fanny - Maafushi, Maldives

Yang seorang ini aku rasa tak perlu nak mention apa-apa. Walau beliau dari Indonesia tapi rapat dan ramahnya beliau mengalah rakan blogger Malaysia hahahaa.. Kalau datang Malaysia dah jadi macam artis semua blogger nak jumpa. At this moment beliau tengah menulis kisah kembara di Maldives. 

Satu-satunya blogger yang aku kenal dah travel ke Pyongyang, North Korea.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Maldives :-

1 comment:

  1. Wahhh sebahagian besar blogger ni Cuya tak kenal.
    Bestnya ada rakan yang kuat travel jugak. Semoga satu hari nanti akan ada rezeki besar datang menjemput Cuya untuk travel ke luar negara. Aamin ya rabb..

    Ni semua orang yg kaki travel ni mesti menyimpan duit khas untuk travel sahaja kan

    ReplyDelete