Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Dari depan pasaraya aku menaiki teksi ke old town yang terletak 4.5km dari Brasov Train Station dengan bayaran RON25.00 atau RM22.50. Terasa agak mahal charge yang dikenakan tapi teksi ini menggunakan meter. So aku assume memang itulah harganya dan dengan keadaan yang tengah hujan renyai masa ni malas nak fikir trasnport lain.
Rupanya masa nak balik dari Old Town ke Train Station bayaran teksi cuma RON12.00 atau RM10.80 sahaja. Waktu balik barulah aku perasan pakcik teksi masa datang tu bawa ikut jalan jauh ntah mana dia pusing. No wonder la mahal huhuhu.
 |
Di sebelah kanan train station terlihat bangunan seperti sebuah mall. Namun hanya ada beberapa buah kedai sahaja yang beroperasi. |
 |
| Berjalan lagi di sekitar untuk terlihat kawasan perumahan dan kedai-kedai. |
Teksi menurunkan aku betul-betul di tengah old town iaitu di The Council Square. Dari dalam teksi lagi mata aku dah melilau melihat keindahan yang ada di sekeliling especially seni bina bangunan yang telah beratus tahun lama berdiri di sini. Baru sahaja keluar dari teksi dan belum sempat nak enjoy the view hujan mula turun dengan selebat-lebatnya.
 |
| Menaiki teksi dalam keadaan hujan yang agak lebat dari supermarket tadi. |
 |
| Alhamdulillah dah mula memasuki kawasan old town dan kelihatan bangunan lama. |
Sangkut sekejap di bawah bumbung kecil di hadapan sebuah cafe. Nasib juga aku ada bawa baju hujan berwarna hijau terang yang telah dibeli 10 tahun lepas di Shanghai. Bila hujan reda sedikit aku mula melangkah laju ke bangunan lain.
Info: Brasov terkenal dengan suasana zaman pertengahan kurun ke-13 dengan seni bina Gothic dan pemandangan pergunungan Carpathian. Antara tarikan utama Black Church (Biserica Neagra), Council Square (Piata Sfatului), Strada Sfora dan panorama dari Gunung Tampa. Ia juga merupakan pusat terdekat untuk melawat Bran Castle (Dracula's Castle).
 |
| Teksi menurunkan aku berdekatan Piața Sfatului atau Council Square. |
 |
| Terpaksa berteduh seketika di lorong-lorong kecil sebab hujan semakin lebat. |
King Vlad Tepes (Dracula) - Pada usia 11 tahun, Vlad dan adiknya Radu cel Frumos telah dihantar sebagai tebusan kepada Sultan Uthmaniyyah untuk memastikan kesetiaan bapa mereka. Beliau mempelajari taktik perang dan strategi politik semasa berada di Istana Utmaniyyah. Radu memeluk islam dan menjadi Panglima Elit Janissary yang setia kepada Sultan.
 |
| Pemandangan ke arah Piața Sfatului atau Council Square. |
 |
| Bila hujan mula berhenti aku pun mula melangkah council square. |
 |
| Berjalan tak sampai 30-40 langkah dah kena cari tempat berteduh. |
King Vlad mempunyai satu teknik kejam yang disukai sehingga mendapat gelaran Tepes iaitu Si Penyula. Kegemaran beliau menghukum musuh dengan cara menyula badan mangsa dengan kayu tajam dari bawah hingga ke atas dan membiarkan mereka mati perlahan-lahan. Namun beliau bukanlah makhluk Dracula, cuma seorang raja yang zalim dan tegas.
 |
| Mount Tampa - Ada cable car untuk kita naik ke puncak bukit. |
Pada tahun 1459 akibat pertikaian perdagangan dan politik. King Vlad telah menyerang pinggir bandar Brașov dan menyula beratus-ratus pedagang Saxon di atas Gunung Tampa. Bukit di mana papan tanda besar "BRASOV" wujud ketika ini.
Peristiwa Hutan Mayat adalah yang paling ngeri berlaku pada tahun 1462 apabila Sultan Muhammad al-Fateh (Mehmed II) tiba di ibu kota Wallachia dan menemui "hutan" yang dipenuhi dengan lebih 2,000 mayat yang telah disula. Iya juga merupakan sebagai taktik perang psikologi untuk menakutkan tentera musuh oleh King Vlad.
King Vlad telah lari ke Hungary setelah kalah dalam peperangan dengan tentera Uthmaniyyah. Sultan akhirnya melantik Radu sebagai pemerintah Wallachia kerana Radu dianggap lebih setia kepada kepentingan Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimana pun King Vlad telah diangkat sebagai wira oleh masyarakat Romania kerana mempertahankan negara.
Kerana kekejaman Vlad seorang penulis novel iaitu Bram Stoker telah mencipta watak Dracula di dalam Novelnya pada tahun 1897. Perkataan Dracula berasal dari Dracul yang membawa maksud Naga kerana ayah Vlad adalah ahli Order of the Dragon iaitu satu tentera yang ditubuhkan bagi menentang Uthmaniyyah. Nama penuh adalah King Vlad III Dracula Tepes.
 |
| Para tourist memilih duduk berehat di restaurant kerana keadaan hujan. |
 |
| Pekerja restaurant mula membuka payung untuk meja makan di bahagian luar. |
 |
| Suasana di Piața Sfatului atau juga dikenali sebagai Council Square. |
 |
| Tak banyak tempat yang dapat aku explore sebab keadaan hujan yang tak berhenti. |
Filem Animasi Hotel Transylvania juga banyak mengambil idea dari bandar ini especially di bahagian old town tapi dengan versi yang lebih kids friendly. Apa pun watak Dracula adalah fiction semata-mata dan menjadi icon pelancongan di sini pada hari ini. Baju, fridge magent, key chain dan pelbagai lagi souvenir di sini banyak berlatar belakangkan Dracula.
 |
| The Gothic Black Church (Biserica Neagră) from 13th Century. |
 |
| Cantik seni binanya tapi design Gothic Church di Strasbourg lebih menerujakan. |
Tapi dalam filem Dracula Untold (2014) memang totally opposite sebab ditunjuk King Vlad Tepes adalah watak baik dan Ottomaniyah pihak yang jahat 😤 hahaha.. Sebab tu kena belajar sejarah untuk memahami dan kena travel jika diberi rezeki untuk lebih memahami selepas kita faham teori dan gambaran yang telah diberi.
 |
| Dari awal sampai hujan dan mendung ditambah dengan suhu yang semakin sejuk. |
Keadaan ketika aku sampai sehinggalah beberapa seketika hujan turun sama ada renyai atau pun lebat dan langit mendung sepanjang masa. Menjadikan langkah aku tersekat dan tak dapat nak explore keadaan di old town dengan baik walau ada beberapa keadaan aku redah juga dalam hujan sehingga seluar dan kasut basah.
Plan nak naik Mount Tampa Cable Car juga terpaksa dibatalkan. Lagi pun kalau angin terlalu kuat perkhidmatan juga akan diberhentikan sehingga cuaca kembali normal. Dan nak ke Bran Castle atau Dracula's Castle lagi la tak nampak jalan. Free Walking Tour juga dibatalkan hari ini sebab cuaca yang tak menentu. Dan aku terus blank tak tahu nak buat apa.
Bersambung Romania Part 4 : (Under Construction)
No comments:
Post a Comment