Thursday, 23 April 2026

Romania Part 1 : Menaiki Bas Lewat Malam Dari Sofia Ke Bucharest

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 7 : Free Walking Tour Sofia City - My Last Moment (Final)

Berjalan kaki menuju ke bas station dari hotel dalam keadaan gelap malam seperi satu kesilapan pulak aku rasa. Patut gerak awal tadi, tak la rasa sunyi tapi sebab dah tahu jalan ke bas station maka berjalanlah dengan buat-buat ceria 😊.

Suasana kian menyepi di Bucharest Bus Station.
Ketika sampai di bas station keadaan agak sunyi sebab masa ini cuma ada 4-5 bas sahaja yang belum bertolak dan bas ke Bucharest adalah yang terakhir bertolak untuk malam ini. Memang aku pilih bas yang terakhir lewat malam sebab nak sampai pagi subuh nanti. At least boleh la jimat accommodation satu malam.

Masa ni semua kaunter pembelian tiket bas telah ditutup.
Boleh rambang mata tengok nama-nama destinasi yang boleh dituju.
Agak ramai yang menunggu bas untuk menuju ke Bucharest.
Aku terus melangkah masuk ke bahagian departure dan hanya penumpang yang mempunyai tiket bas yang sahaja dibenarkan masuk ke pintu departure. Terasa agak selamat berbanding kena menunggu di luar bangunan. Ketika ini terdapat beberapa kedai yang masih dibuka - ada kedai makan, convenience store dan money changer.

Sempat tukar duit Romania di station bas sebelum naik bas.
Terus aku tukar beberapa keping duit kertas Bulgaria (BGN) kepada duit Romania (RON). Kadar pertukaran lebih kurang BGN1.00 bersamaan RON2.60. Dan tiada aktivti lain yang boleh dibuat ketika ini selain duduk di kerusi sampai terlelap. Tapi tak boleh nak lena sangat takut tertinggal bas huhu. Dan nak dijadikan cerita bas delay dalam 30 minit. 

Merayau-rayau di kawasan bas station ni. Masa ni bas belum sampai lagi.
Bila dapat masuk bas terus aku pejamkan mata sebab dan mengantuk sangat dan suhu diluar yang sejuk. Dan hanya sedar ketika bas berhenti untuk pemeriksaan di border antara Bulgaria dan Romania. Urusan di border tidaklah sangat merumitkan. Tiada soalan atau document yang perlu ditunjukan kepada pegawai yang memeriksa.

Syukur setelah lama menunggu akhirnta dapat juga duduk dalam bas.
Sebelum naik bas aku dapat whatsapp dari Yulianto yang mengajak aku ke Brasov City dari Bucharest awal pagi esok. Dan katanya ada pakej tour yang semurah 20.00 euro seorang dengan menaiki bas jam 7.00 pagi. Pada mula aku setuju sebab bas akan sampai jam 6.00 pagi tapi disebabkan beberapa kelewatan bas hanya sampai di Bucharest jam 7.00 pagi.

Tiba di border antara Bulgaria dan Romania.
Pegawai dari syarikat bas check tiket dan passport setiap penumpang.
Agak kalam kabut sejurus sampai di bas station dengan nak ke tandas dan solat subuh. Dan aku berlari ke arah luar kawasan bas station untuk menaiki public bus sebab nak berkejar ke lokasi bas tour menunggu. Tapi sebab nak cepat mengejar masa dengan confident aku naik bas dengan hanya sekali lihat sahaja nombor bas. 

End up.. Aku tersilap naik bas dan bas menghala menuju ke tempat lain 😅. Bila bas dah mula ke arah lain dari google map. Terus aku turun dari bas sambil memandang ke arah kanan dan kiri "Ah sudah.. area industry mana aku sampai ni"

Bucharest Militari Bus Station - Bus Station yang sangat simple - Google.
Dari Bus Station kita naik public bus untuk ke hotel.
Maka secara officially I'm out! tak dapat join tour. Anto bagitau semua penumpang datang on time so tak ada reason driver nak tunggu aku seorang, walau anto dah cuba nak lengahkan masa. Aku just reply sorry tak dapat nak pergi sekali.

Tapi anto reply bagitau driver kata "Naiklah train ke Brasov dan boleh join the tour dari sana sahaja.." Dan Anto reply lagi "Jumpa di sana!". Jarak antara Bucharest ke Brasov hampir 200km. Terus aku menuju ke Hotel Carpati Imparatul Romanilor yang telah aku book dari Booking.com untuk check in terlebih dahulu sebelum decide nak ke Brasov.

Bersambung Romania Part 2 : (Under Construction)

No comments:

Post a Comment