Tuesday, 30 June 2026

Istanbul Part 3 : Perjalanan 12 Jam Menaiki Bas Dari Bucharest Romania Ke Turkey

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Hampir seminggu aku berkelana ke Bulgaria dan Romania, terasa seperti baru semalam kaki memulakan langkah ke sini. Tak banyak tempat yang dapat diterjah, namun syukur setidaknya dapat melihat budaya dan sejarah di dua negara ini.

Insyallah jika diberi peluang dan keizinan lagi di masa hadapan, pasti aku akan datang semula ke dua buah negara ini dan tinggal dengan lebih lama. Mendalami lebih banyak tempat dan sejarah, memahami lebih dalam budaya mereka di sini.

Menaiki train dari Izvor Station ke Pacii Station yang mengambil masa 16 minit.
Aku memulakan langkah menuju ke Izvor Metro Station yang terletak 850 meter dari hotel di malam hari. Syukur keadaan amatlah selamat dan mudah untuk berjalan seorang di sini dan tidaklah menakutkan. Walau ada juga jalan yang melalui lorong gelap yang aku harus lalui disebabkan bergantung dengan google map sahaja.

Berjalan jauh sikit berbaloi sebab tak perlu tukar train untuk ke Pacii Metro Station.
Dari Izvor Station aku menaiki Platform 2 Red Line menuju ke Pacii Station dengan melintasi 4 buah station (Eroilor, Politechnica, Lujeruluii, Gorjuluii) yang mengambil masa lebih kurang 16  minit. Dan kemudian berjalan 230 meter untuk ke entrance Bucharest Militari Bus Station. Harga tiket metro RON3.00 / RM2.70 dari Izvor ke Pacii.

Alhamdulillah safely arrived at Pacii Metro Station.
Terjumpa satu bakery di area pejalan kaki yang gelap gelita bersebelahan park.
Kalau di Malaysia mesti dah ramai orang kata itu kedai bunian ๐Ÿ˜….
Terasa sedikit kelegaan sebab perjalanan pulang semula ke destinasi pertama iaitu Istanbul dah pun sampai pada waktunya. Jam menunjukan pukul 8.30 malam dan boleh dikatakan banyak kedai-kedai telah ditutup berhampiran bus station. Dan terlihat ada sebuah bakery kecil di tengah laluan perjalanan kaki yang masih dibuka.

Dari Pacii Metro Station berjalan kaki cross simpang empat besar ini.
Suasana agak sunyi ketika sampai di Bucharest Militari Bus Station.
Namun tidak banyak pilihan yang ada, dah lewat malam mestilah banyak roti yang dah habis dijual. Disebabkan roti yang ada tidak menarik perhatian maka aku teruskan perjalanan menuju ke entrance bus station. Terfikir juga nak beli apa untuk bekal dalam bas nanti sebab nak tempoh 12 jam perjalanan tu mesti ada sesi kelaparan huhuu.

Gembira rasanya bila nampak bas dah sampai. Tak sabar nak naik sebab kesejukan ๐Ÿฅถ.
Di station bus terdapat ramai penumpang lain yang sedang menunggu bas mereka. Dan kebanyakan bas yang datang ke sini hanya akan berhenti kurang dari 10-15 minit sekadar untuk menurunkan dan mengambil beberapa orang penumpang sahaja (lebih kepada transit). Sama seperti bas yang aku naik dari Sofia ke Bucharest.

Keadaan di dalam bas KamilKoc yang amat selesa dan ada tv di setiap kerusi.
Sebab di bandar-bandar Europe banyak sistem seperti shuttle bas dan ia lebih murah berbanding bas express yang mengambil penumpang penuh satu bas hanya untuk dari destinasi A ke destinasi B. Namun ada kelebihan dan kekurangan juga sebab bas express kebiasaannya lebih selesa dan tidak terlalu panjang waktu perjalanannya. 

Sistem shuttle pada kebiasanya lebih murah. Tepat 9.30 malam bas mula bertolak dari bas station dan aku terus terlelap. Tersedar selepas lebih 2 jam ketika bas berhenti dan menghidupkan lampu di dalam kabin kerana telah tiba di border. 

Tiba di border antara Bulgaria - Turkiye selepas 2 jam lebih perjalanan.
Pegawai Polis Bulgaria naik dalam bas untuk check semua passport penumpang.
Suasana di waktu malam kenderaan beratur untuk melepasi border.
Menanti bas melepasi border selepas selesai urusan di kaunter immigration.
Agak lama urusan immigration di sini dan pihak polis hanya akan memilih secara rawak dan yang terpilih itu akan turun dari bas dan masuk ke dalam pejabat untuk urusan yang lebih details. Bagi yang tidak dipanggil, kami hanya akan cop di kaunter immigration biasa sahaja.

Terasa bersyukur pegawai polis tu hanya check passport dan menanya beberapa soalan dari dalam bas sahaja. Dan kemudian semua penumpang diarahkan turun sebab bas akan diperiksa oleh pihak polis. Aku menunggu bas lebih 20 minit selepas melepasi pihak immigration.

Beg dan luggage di check secara random oleh pihak berkuasa Turkiye.
Di pihak immigration Turkiye pun mudah segalanya bagi aku. Tapi tak mudah untuk beberapa penumpang lain yang mana luggage mereka telah dipunggah oleh pihak berkuasa Turkiye. Melihat beg backpack aku, pegawai wanita terus memberi isyarat "pergi". Mentang-mentang la beg aku buruk ๐Ÿ˜….

Agak aktif pegawai-pegawai di sempadan Turkiye ini. Walau jam dah menunjukan jam 1.00 pagi. Nasib la mereka tak check luggage setiap penumpang, kalau tak.. lagi la lama tersadai di border ini. Dan ketika ini cuaca teramatlah sejuk. Memang mengharap cepatlah selesai dan berharap sangat dapat masuk semula ke dalam bas.

Bas berhenti untuk mengisi minyak. Dapat la rehat 20 minit lebih.
Alang-alang ada kedai serbaneka, moh ler kita masuk tengok-tengok.
Tak banyak barang yang dijual. Mencari coffee 3in1 di sini tapi tak ada.
Aku sempat ke tandas dalam keadaan tak tenang sebab takut kena tinggal bas ๐Ÿ˜….
Cuaca yang sejuk di luar membuatkan aku lebih banyak duduk di dalam bas ketika beberapa kali bas berhenti dan ada yang aku langsung tak sedar bas berhenti dek kepenatan yang teramat. Dan yang terakhir aku sedar bila waktu berada hampir dengan waktu syuruk. Tak pasti sudah berapa jauh dari border tadi dan masih ada 2 jam lagi untuk sampai.

Bas berhenti di salah satu RNR dan semua penumpang diwajibkan turun dan bas dikunci.
Bila dah masuk turkey makanan di RNR boleh dikatakan semuanya halal.
Melihat sunrise dari tingkap bas di bahagian country side Turkiye memang memukaukan. Kawasan pertanian dan juga tanah lapang yang bersih sejauh mata memandang. Dan ketika ini aku sedar bahawa aku ada rooming celcom. Terus aku check handphone tapi tiada internet dan selepas off dan on semula handphone barulah bertubi-tubi whatsapp masuk.

Pemandangan sunrise di perjalanan menuju ke Istanbul.
Terus aku WhatsApp Kak D tanya keberadaan mereka. Dan aku terkejut sebab Kak D dan Abg N serta anak mereka telah pun sampai di Istanbul awal petang semalam. "Bukan patut naik bas malam tadi dan sampai pagi ini di Istanbul ke?" Kak D reply "tak nak naik bas malam sebab takut dan tak nampak pemandangan". Sambil aku menepuk dahi.

Perjalanan selama 12 jam memang memenatkan, semua orang tidur nyenyak.
Namun aku gagah lawan mata sebab nak layan view matahari terbit waktu ni.
Sebab plan asal kami akan sampai Istanbul bersama, sebab tu aku minta mereka naik bas malam. Terus aku tanya "Habis malam tadi tidur mana?" Kak D kata dia check in hotel berhadapan dengan hotel yang telah aku booking untuk malam ini.

Terus aku berkata dalam hati "Kalau naik bas malam.. Kan dah jimat accommodation". Aku plan untuk stay dua malam di Istanbul sebelum menaiki flight balik ke Kuala Lumpur. Sampai di Esenler Otogar terus aku menuju ke metro station dan terus ke mesin tiket dan di sini memang tak semudah seperti membeli tiket metro di Sofia dan Bucharest.

Bersambung Istanbul Part 4 : (Under Construction)

Monday, 22 June 2026

Salam Tahun Baru 1448 Hijrah & Salam Awal Muharram

Assalamualaikum Dan salam Sejahtera 1Malysia

Mood masih ke laut nak update blog..
Nak kata sebab kerja, tak juga sebab tak ada la under pressure at this moment. 

A man have no idea what to do.
Ada banyak aktiviti yang aku buat di bulan lepas dan bulan ini cuma tak kesampaian lagi untuk share di blog ini. 

Bulan lepas aku ada ikut trip candat sotong ke Kemaman, Terengganu selama 3 hari 2 malam. Tapi mungkin hasilnya tak lumayan jadi tak ada semangat nak berkongsi sangat ceritanya hihihii.. ๐Ÿ˜…

Dari trip mencadat terus bertukar jadi trip mancing ikan guna apollo - sejenis ikatan tali pancing yang mempunyai banyak mata kail untuk menangkap ikan bersaiz kurang dari tapak tangan. Macam ikan kerisi dan yang seangkatan dengannya.

Nantilah aku buat satu entry cerita untuk trip berkenaan. 

Agak teruk bulan ni.. Aku hanya ada masa untuk update 5 entry sahaja. Moga ada keajaiban di 10 hari terakhir Muharram.

Masih lagi dalam 10 hari pertama di bulan Muharram sempatlah aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1448 Hijrah. Kepada semua yang berkunjung ke sini. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas amin.

Monday, 15 June 2026

Salam Hari Isnin - Coretan Hujung Minggu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Pagi Isnin buat semua..

Mood nak update blog hilang ntah ke mana..

Sabtu baru ni ada mesyuarat PIBG sekolah agama si athira dan atiyah dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari.

Ahad pagi pula gotong royong goreng sukun di masjid sebab buah suku yang dah terlalu banyak dalam kawasan masjid. Goreng dan hidang selepas kuliah subuh. Alhamdulillah habis licin semuanya.

Lebih dari 10 biji buah sukun yang dikorbankan pagi tu. Ada balance dalam 15 biji lagi untuk digoreng pada Program Subuh Perdana hari Rabu minggu ni Insyallah. Memasak lagi la geng orang lelaki masjid.

Bersama Haji Nik memotong dan menggoreng sukun di subuh hari.
Rupa buah sukun kot ada yang tak kenal.
Buang kulit yang dalam semua boleh digoreng.
Proses menggoreng sukun adalah yang paling memenatkan.
Apa lagi aku nak tulis eh? Hahahaa.. ๐Ÿ˜…

Untuk sambungan trip perjalanan Romania ke Turkiye masih belum ditulis apa-apa lagi. Tunggu ada mood nak menulis semula. By the way tolong doakan wife yang dah seminggu tak sihat. Moga kembali sihat dan ceria insyallah.. ☺️๐Ÿคฒ๐Ÿป

Tuesday, 9 June 2026

Ada Yang Baik - Ada Yang Kurang Baik

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ok ini first entry bulan ni nak berceloteh ๐Ÿ˜…. Penat rasanya nak menulis entry travel yang sangatlah memerah otak untuk merangka setiap ayat. Kita rehat dan santai-santai sebelum sambung kisah perjalanan dari Romania pulang ke Turkey.

Asal naik kereta jer pasti dengar lagu Faizal Tahir "Ada Yang Baik, Ada Yang Kurang Baik". Maka aku pun nak tulis jugalah pasal tajuk ini yang aku rasa macam ada kena mengena dengan apa yang aku lalui dalam kehidupan mengembara ini.

Jom kita borak pasal minat untuk mengembara ini.

Bagi aku ianya sesuatu yang aku sendiri sangat galakkan namun apa pun mencari ilmu itu penting sebelum kita melakukannya. Lagi-lagi travelling ini melibatkan wang ringgit yang banyak dan nyawa juga menjadi pertaruhan.

Maka apa yang baik dari blog ini boleh la diambil mana yang kurang baik tu janganlah diikuti ya ๐Ÿ˜.

Isu dalam membeli tiket menggunakan agent ni. Aku sendiri tak pernah beli tiket menggunakan agent sepanjang berada di Malaysia. Kecuali masa belajar di oversea dulu sebab masa tu tak ada online payment untuk international and so on dan kami student withdraw dan bayar guna cash di office travel agent, itulah cara paling mudah.

Agak banyak kes penipuan yang berlaku di Malaysia sekarang ini, maka bagi aku beli tiket direct dari official website adalah lebih mudah dan selamat, somehow few times lebih murah. Lepas pembayaran dibuat terus akan dapat tiket dalam email. Ok ada satu tips yang aku boleh kongsi bila nak beli tiket untuk group yang ramai di official website. 

Sebab korang perasan tak, bila search harga tiket untuk seorang dapat RM1,500.00 tapi bila search 5 orang untuk satu family, harga jadi lebih mahal. Patut total jadi RM7,500.00 tapi jadi RM8,300.00. Ke korang tak perasan terus beli sahaja tanpa check harga per kepala? ๐Ÿ˜…. Mungkin harga genap mudah kita perasan tapi kalau RM1,672.76 x 5? .

Maka apa yang biasa aku buat adalah buka website dengan 2-3 laptop on the same time dan search that ticket flight dengan tarikh dan waktu yang sama. Bila semua dah dapat that harga baru la dibeli bersama. Agak complicated tapi itu cara nak dapat harga murah bersama dan dapat same flight untuk semua.

Jap... Bukan pasal beli tiket yang aku nak cerita sebenarnya.. tapi pasal minat travelling itu sendiri..

Aku ada mengenali seseorang yang mempunyai background belajar agama sehingga ke luar negara. Dan pernah berkata nak travel satu dunia sebab nak jadi seperti Ibnu Batutah iaitu seorang pengembara terkenal di dalam dunia islam. 

Bagi aku tiada masalah namun sebelum nak jadi Ibnu Batutah kenalah tahu at least sedikit sebanyak ilmu mengenai travel. Dan di zaman Ibnu Batutah dan zaman sekarang cara travelling tu memang dah banyak berubah. Where is ada banyak perkara yang kita dah tak boleh apply di zaman sekarang. Especially bila travel bersama keluarga.

Zaman sekarang bukan sesuka hati boleh nak tumpang tidur di masjid bila travel. Bermalam di taman bersama anak dan isteri. Mengguna pakai kebaikan orang untuk menumpang tidur di mana sahaja. Dan bila check in hotel dapat breakfast free, dia pi bungkus segala roti, buah, air kotak dan lain-lain untuk bekalan travel dia. Kalau sikit tak apa la kot.

Dan paling teruk aku pernah dengar adalah dia mengutip derma dan sumbangan untuk menampung kos dia nak travel. Seriously aku terkejut dan lebih mengejutkan ada yang bagi duit (derma) untuk dia travel. Nampak kurang baik di situ.

Memohon derma untuk sambung belajar di luar negara tu aku faham atas sebab nak menuntut ilmu tapi bukan travel untuk diri sendiri. Dan mempergunakan alasan untuk menjadi seperti Ibnu Batutah? Korang rasa macam mana?

Ada yang baik buatlah.. Mana yang kurang baik maka kita jauhi lah..

Saturday, 6 June 2026

Romania Part 9 : Afternoon Walk At Dรขmboviศ›a River - Final Moment In Bucharest

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Dah habis squeeze cerita di Romania ini namun tetap sampai Part 9 aku tulis hahaa.. Ingatkan boleh buat dalam 6-7 entry sahaja. Harap-harap yang membaca tak boring la melayan travel journey aku yang ntah menarik atau tidak ๐Ÿ˜….

Sepatutnya nak ending kan cerita Romania di part yang lepas tapi sebab ada banyak lagi gambar maka aku buatlah last part ini. Demi kenangan untuk diri sendiri, anak cucu dan juga bacaan untuk u all yang sukakan cerita travel ini ๐Ÿ˜‰.

Jom la jalan-jalan waktu petang di Sungai Dambovita ini sementara nak tunggu maghrib.
Ketika aku sedang makan di restoran tiba-tiba Anto whatsapp tanya aku di mana, terus aku reply ada restoran ini dan berdekatan dengan sebuah masjid yang hanya beberapa station dari hotel. Terus Anto kata tunggu dia datang sana.

Aku kata kita jumpa di masjid sahajalah sebab tak kan lah nak duduk lama-lama kat sini dah la makan free ๐Ÿ˜….

Dari dalam whatsapp lagi Anto dah gelakkan aku pasal dapat makan free tu ๐Ÿ˜…. Sambil aku berjalan ke masjid, Anto pun sampai beberapa detik kemudian. Sementara menunggu Anto bersolat aku sempat bancuh teh yang diberikan secara percuma di hall masjid ini. Seronok layan teh panas dengan keadaan yang kian sejuk menjelang lewat petang.

Lepas selesai solat, Anto pun join aku bancuh teh dan kami sama-sama duduk berborak di hall masjid ini. Lagi pun kami dah tak ada plan nak buat dan Anto masih lagi ada sehari stay di Bucharest. Aku pulak malam ni nak pulang ke Istanbul.

Air tak jernih tapi sungai dan persekitaran amatlah bersih, sedap mata memandang.
Agak banyak itik yang berlainan jenis di sungai ini termasuk beberapa ekor swan.
Masih ada sejam lebih lagi nak masuk maghrib, tak kan nak duduk sini lama-lama. Masa ni pun dah 2-3 cup teh aku bancuh ๐Ÿ˜…. Aku pun ajak Anto berjalan-jalan di area sekitar Dรขmboviศ›a River. Dia agree kami pun bergerak keluar dari masjid.

Just another view. Memang berbaloi berjalan di sini dengan suasana yang nyaman & bersih.
Tak lama berjalan tiba-tiba Anto kata dia lapar dan katanya nak ke restoran yang aku makan tadi. Aku pun kata okay la nanti jumpa Maghrib di masjid sahaja. Sebab aku nak jalan-jalan di tepi sungai ini dan ofcoz aku malu nak masuk restoran tu lagi hahahaa.. Dan aku pun meneruskan berjalan kaki di sepanjang sungai ini seorang diri.

Bangunan lama ini masih lagi digunakan sebagai Odeon Palace - Brasserie and Events.
Bukan ada yang menarik sangat tapi sekadar nak layan pemandangan sahaja sebab malam ni akan naik bas balik ke Istanbul semula. Bagi aku Bucharest sebuah bandar yang tenang dan setiap orang hanya memikirkan diri mereka sendiri tiada yang mengganggu especially kita as tourist yang merayau-rayau even pada kawasan yang sunyi.

Masa tengah berjalan layan perasan tiba-tiba terlihat ramai orang-orang muda dengan masing-masing membawa beg. Rupanya aku dah termasuk kawasan universiti yang bersebelahan dengan Dambovita River ini.

Teringat kenangan ketika belajar di Johannesburg suatu ketika dahulu.
Terdapat sebuah universiti di sini iaitu Universitatea Titu Maiorescu (UTM) - Sebuah universiti swasta terkemuka di Bucharest. Ditubuhkan pada September 1990 dan dinamakan sempena Titu Maiorescu iaitu seorang pengkritik, sastera dan ahli politik terkenal di Romania. Mempunyai 9 fakulti termasuk Perubatan, Undang-Undang, Psikologi, dan Sains Komputer.

Ditubuhkan sejurus selepas kejatuhan rejim komunis di Romania dan menawarkan pendidikan tinggi yang moden. Diiktiraf secara rasmi oleh undang-undang Romania sebagai institusi pendidikan tinggi dalam sistem kebangsaan pada 2002. Menjadi universiti swasta pertama di Romania yang tersenarai dalam National Metaranking of Universities pada 2021.

Mostly yang memancing di semuanya orang-orang tua sahaja.
Nampak la mereka enjoy the life dan tidak mensia-siakan hari tua hihii.
Pakcik ni paling meriah, asyik angkat ikan sahaja setiap 3-4 minit.
Sepanjang aku berdiri kat sini ada la kot 5 ekor dia dapat.
Ikan yang mereka dapat di sini mcam ikan Kap dan ikan Lampam.
Kalau kat Malaysia tempat macam ni banyak ikan Bandaraya, Keli dengan Talapia jer.
Dalam tak sedar aku dah berjalan sejauh 1.1 km sampailah di jambatan yang penuh dengan kenderaan dan di sini terdapat ramai orang yang sedang memancing. Sempat aku lepak seketika melihat ragam orang di sini memancing. Nak tahu juga ikan apa yang ada di sini (biasalah sama-sama kaki pancing kan ๐Ÿ˜).

Lepas puas tengok mereka memancing dan mengangkat beberapa ekor ikan. Aku pun berjalan semula ke arah Timpuri Noi Metro Station yang juga menuju ke arah Masjid At Taqwa. Masa nak berjalan pulang tak terasa jauh bak kata orang tua, bila nak balik tu keadaan sekeliling especially pokok-pokok dah kenal kita, tu yang tak rasa jauh huhuu..

Pemandangan ke arah Dambovita River dari jambatan pejalan kaki.
Rasa tak jauh mana berjalan, tau-tau dah sampai di Timpuri Noi Metro Station. Terus aku berjalan ke arah masjid. Dapat la berjalan santai-santai lebih 2.5km petang ni. Dan Anto juga whatsapp katanya dia dah sampai di masjid dan memberitahu aku waktu maghrib tinggal berapa minit sahaja lagi. Okay la ngam sempat sampai sebelum masuk waktu.

Suka dengan pemandangan sekitar sini. Susah nak nampak sampah walau satu.
Safely arrived at Timpuri Noi Metro Station untuk ke Masjid At Taqwa.
Bila sampai di masjid agak terkejut sebab agak ramai jemaah yang hadir untuk bersolat maghrib, mungkin juga siang tadi waktu kerja. Pekerja Bangladesh di Efes Turkish Cuisine tadi pun ada sekali, sempat aku salam dan ucapkan terima kasih sekali lagi. Aku kata insyallah aku tak akan lupakan jasa baik kamu dan akan ku sebarkan keseluruh dunia.. Aiceee ๐Ÿ˜….

Suasana lebih meriah dengan jemaah yang ramai ketika solat maghrib.
Aku dengan Anto bersama naik metro pulang ke hotel dari masjid tadi.
Kanan tu staf hotel yang banyak membantu kami walau tak boleh speaking.
Selesai solat aku dengan Anto pun berjalan kaki pulang ke Timpuri Noi Metro Station untuk pulang ke hotel. Beg backpack aku dah siap simpan di lobi hotel sebab dah check out tengah hari tadi sebelum ke Arcul de Triumf Monument.

Anto kata nak guna bilik dia ke kalau lepak dulu sebelum ke bas station. Aku kata tak perlu la sebab nak sampai awal di bas station. And somehow aku nak naik metro ke bas station so better gerak awal, kang ada pape hal tak ada la kalut hihi.

Walau masih awal belum pukul 9.00 malam tapi keadaan jalan dah lengang.
Dalam 5 minit berjalan ada la terserempak seorang dua sahaja yang berjalan.
Melintasi sekali lagi Dรขmboviศ›a River pada waktu malam di kawasan lain.
Duduk borak sekejap dengan Anto di lobi hotel dalam 10 minit dan aku kata dengan Anto. Tak sure lepas ni kita boleh jumpa lagi atau tidak. Sebab Anto pun duduk di area jauh dari Borneo sana tu. Kalau Jakarta tu boleh la kot nak terjumpa kalau ke sana. Apa pun berterima kasih pada Anto sebab banyak menolong aku especially dari bab memberi info.

Sebab aku pun main redah sahaja untuk kali ini. Oh ya untuk tiket bas aku ke Istanbul, Anto tolong belikan dari App Flixbus dan aku bayar cash terus dengan Anto guna Lira Turkey dan USD. Sebab Anto pun akan ke Istanbul, senang kata dia tak perlu tukar duit lagi.

Wednesday, 3 June 2026

Romania Part 8 : Monument Arcul de Triumf - Masjid At-Taqwa - Efes Turkish Cuisine

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Romania Part 7 : Hanul Cu Tei (Old Town) & Ion Constantin Brฤƒtianu Monument

Banyak cerita dan gambar aku skip sebab tak nak banyak part untuk trip ke Romania ni. That way few part sebelum ni agak panjang ditulis sebab nak habiskan cepat hihii.. Tunggu je la kalau aku siapkan buku travel journey nanti. Kat situ boleh la aku cerita details pengalaman aku pada setiap perkara yang berlaku.. Insyallah tolong doakan la :D

Bucharest Monument Arcul de Triumf.
Aduh habis seperenggan bagi intro yang tak penting ๐Ÿ˜…. Okay jom sambung.. On the last day aku di Bucharest ini hanya satu tempat sahaja yang aku target nak pergi iaitu Bucharest Monument Arcul de Triumf yang terletak di bahagian utara Bucharets. Tak nak push sangat sebab ada banyak hari lagi nak guna kaki menapak di Istanbul dan Dubai nanti.

Menaiki Bucharest Metro M2 Line (Blue) ke Station Aviatorilor.
Keluar sahaja dari exit station ternampak cafe yang comel ini.
Dari Universitate Station aku menaiki Bucharest Metro M2 Line (Blue) yang menghala ke arah Pipera Station (final sttaion). Dan aku berhenti di Station Aviatorilor iaitu hanya 3 station dari Universitate Station. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10-15 minit bergantung waktu sesak atau tidak. Exit the Aviatorilor station toward King Michael I Park (Herฤƒstrฤƒu).

Dari metro station melintasi King Michael I Park untuk ke Arcul de Triumf.
Terlihat banyak bunga dan buah di sini serta kekacang chip & dale ๐Ÿ˜Š.
Tak terasa jauh sebab suasana yang tenang, bersih dan dipenuhi kehijauan.
Walk west along Bulevardul Constantin Prezan for about 10-12 minutes to arrive at Arcul de Triumf also known as The Triumphal Arch. Info: Is a symbol of national pride, military victory and unification. Standing 27 meters high on Kiseleff Road, it directly mirrors the classic architectural spirit of Rome and Paris's own Arc de Triomphe.

Dan akhirnya aku berjaya sampai di Arcul de Triumf - terasa bangga seketika ๐Ÿ˜….
Ada lalun untuk berjalan di bawah dan di sekeliling monument.
Sejarah asal bermula dengan pembinaan menggunakan kayu pada tahun 1878. Ia dibina dalam keadaan tergesa-gesa oleh tentera Romania bagi menyambut kemenangan ketika berarak ke ibu negara selepas negara itu berjaya mengalahkan dan mencapai kemerdekaannya daripada Empayar Uthmaniyyah. Namun binaan kayu itu ia tidak bertahan lama.

Berketinggian 27 meter lebih rendah dari ketinggian Arc de Triomphe Paris.
Romania menjadi Kesatuan Besar pada tahun 1918 selepas Perang Dunia Pertama. Menyatukan Transylvania, Bukovina dan Kerajaan Lama Romania. Di waktu pertabalan Raja Ferdinand I dan Ratu Marie di tahun 1922, arkitek Petre Antonescu telah membina gerbang kedua. Namun disebabkan kekurangan bajet dan masa ia telah runtuh selepas sedekad.

Telah dibina sebanyak 3 kali dan yang terakhir pada 1936 dan ia kekal sehingga kehari ini.
Pada tahun 1935 tinggalan gerbang lama yang runtuh telah dirobohkan dan dibina semula menggunakan ukiran batu yang sangat teliti, kemas dan cantik oleh artis Romania terkemuka iaitu Ion Jalea. Monument baru telah dirasmikan pada 19 Disember 1936 dengan terdapat nama-nama pertempuran penting dalam sejarah Romania terukir di sini.

Semasa berjalan pulang terlihat sejenis bunga yang mengeluarkan buah ini.
Underground Metro Station terletak di bawah kawasan ini. 
Ada beberapa cafe di bangunan putih tu, boleh la take five setelah penat berjalan.
Dari The Triumphal Arch aku berjalan semula ke Metro Station Aviatorilor dan terus ke Masjid At Taqwa yang terletak 5 station dari Aviatorilor dan perlu menukar train M3 Line (Red) atau M5 Line (Oren) di Station Piata Unirii untuk ke Station Timpuri Noi. Dan berjalan kaki 450 meter untuk sampai ke masjid. Syukur alhamdulillah sempat solat zohor dalam waktu.

Keadaan agak sibuk ketika membuat pertukaran line di Station Piata Unirii.
Safely arrived di Timpuri Noi Metro Station. Okla tak susah mana pun.
Dari Tampuri Noi Metro Station kena cross Sungai Dรขmboviศ›a untuk ke masjid.
Waktu sampai di masjid aku macam tak pasti betul atau tidak sebab hanya ada satu pintu pagar kecil dan keadaan di dalam seperti bangunan tinggal. Namun tertera tulisan masjid aku gagahkan diri untuk masuk. Dan benar masjid terletak di hujung sekali dengan sebuah menara comel yang mempunyai kubah kecil.

Disebabkan lagi 20 minit nak masuk Asar maka aku decide untuk join jemaah tanpa solat jama. Kalau ada peluang, nak juga berbual dengan jemaah tempatan. Selepas solat beberapa orang menegur aku dan kami mula berborak dalam Bahasa Arab ๐Ÿ˜‚ sebab 3 pakcik ni berasal dari Libya, Iraq dan Syira. Dan hanya boleh bertutur dalam Romania dan Arab sahaja.

Sampai di Masjid At Taqwa setelah berjalan hampir 500 meter dari metro station.
Dari parking lot ini juga boleh masuk ke masjid cuma tak pasti adakah ia part of masjid.
Walau bahasa arab aku dah jauh ke tengah laut namun kami masih boleh berborak sambil ketawa. Ingat lagi bila ditanya aku dari Malaysia terus mereka sebut Mahathir Mahathir. Dan bila aku tanya mereka berasal dari mana maka yang seorang tu sebut Saddam Iraq. Dan seorang lagi sebut ana minal Libya, Gaddafi!! Dan yang pakcik terakhir hanya sebut Syria.

Keadaan di dalam masjid teramat selesa ada air minum dan meja ping pong.
Dan tea & sugar disedikan free flow untuk para jemaah ๐Ÿ‘.
Keadaan di bahagian tandas dan tempat wudhu. Tak sure di sini ada tempat untuk wanita.
Lepas tu kawan dia kata dalam arabic "Kenapa tak sebut nama pemimpin agung kau?" sambil ketawa. Terus dia pandang aku sambil sebut "Huwa rijalul asad" (dia orang Asaad) sambil kami semua ketawa. "Laisa qaidi" (not my leader) katanya.

Ruang di dewan solat utama yang jauh lebih baik dari keadaan di luar.
Alhamdulillah dapat bersama menunaikan solat asar berjemaah di sini.
Pastu pakcik dari Iraq kata. Setiap bangsa akan bangga dengan pemimpin mereka macam kau dari Malaysia Mahathir "wa ana minnal Iraq wa sayyidi Saddam". Tapi orang Syira tak akan bangga dengan Al Asaad Si Penzalim. Masa ini tahun 2024 Asaad masih memerintah Syira dan peperangan dalam negara masih berlaku dan hampir 15 tahun lamanya.


Berborak dengan 3 orang jemaah masjid. Berasal dari Iraq, Syria dan Libya 
Yang pegang payung tu tolong drop aku di restoran halal berdekatan.
Masa nak balik aku tanya ada any halal food nearby terus pakcik iraq tu kata jom naik kereta dia hantarkan dan aku dibawa ke Efes Turkish Cuisine. Masa ni memang dah lapar sangat dan malam nanti nak naik bas balik ke Istanbul so boleh la habiskan baki duit yang ada. Masa aku masuk seorang pekerja Bangladesh menyapa dan memberikan catalog menu.

Pakcik dari masjid drop aku di sebuah restoran tak jauh dari masjid.
Keadaan di dalam restoran yang amat selesa dan tak sesejuk seperti di luar.
Dengan tidak sengaja aku bertanya all food is halal? dia reply only some dish is halal. Terus aku kaku sekejap dan dalam hati "Ah sudah". Terus aku order kari kentang dengan roti macam Nan tu satu. Terus aku bagi alasan tak cukup bajet nak makan hahaha. Sebab dah masuk duduk tak kan nak keluar. Lagi pun perut dah lapar ๐Ÿ˜….

Yang baju kelabu tu pekerja restoran dari Bangladesh.
Dan yang baju hitam tu owner restoran Efes Turkish Cuisine.
Tapi masa makanan sampai, aku terkejut sebab bukan itu yang aku order. Staf Bangladesh tu kata "I spoke to owner and told him u have no money and he gift you for free and i can confirm this dish is halal". Terus aku terpinga-pinga tak tahu nak happy ke nak malu tapi perut suh makan cepat hahaha.. ๐Ÿ˜…

Satu Roti seperti Nan, nasi putih dan kekacang yang berwarna kuning sama macam apa yang aku makan di Sofia beberapa hari lepas. Dan kuah seperti kari ada kentang dan kebab daging.