Sunday, 16 February 2025

Kazakhstan Almaty Part 5 : Salam Bro Restaurant - Arbat G Almaty Street Mall - TSUM

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Malasnya nak update cerita di blog ini. Cuti seminggu CNY melepet di rumah and last 4 days berjalan dengan anak-anak ke beberapa lokasi. Yang penat semestinya si ayah sebab drive pergi balik. Once dah check in hotel pun bukan boleh terus nak berehat pejamkan mata especially bila si kecik tu tak tidur lagi. Ok done intro kenapa lambat update hahaha.

Arbat yang membawa maksud Pedestrian dalam bahasa Rusia. Betul ke..?
Okay meh ler kita sambung cerita di Almaty. Selepas berehat lebih 4 jam setelah balik dari Panfilov park. Kami memulakan langkah untuk berjalan-jalan lagi. Dari Apartment kami hanya perlu berjalan kaki keluar dari exit arah belakang untuk menuju ke sebuah tourist attraction yang terkenal di Almaty iaitu Arbat G Almaty.

Dari apartment kami just keluar dari arah belakang dan terus jumpa jalan ke Arbat G Alamty.
Jalan tak sampai 50 meter dari apartment dan cross laluan di bawah ini maka sampailah.
Sebuah street mall sama seperti di Hay Street Mall di Perth Australia. Cuma di sini tidaklah semeriah seperti di tempat lain. Lebar atau jarak ruang pejalan kaki antara bangunan di sebelah kiri dan kanan juga sangatlah luas. Ada tempat kanak-kanak bermain, kerusi rehat dan beberapa monument menarik yang menghiasi keadaan.

Di sini terdapat beberapa kedai barangan branded samada dari Western atau dari Russia mahu pun dari China. By the way export barangan China ke Kazakhstan adalah yang terbesar iaitu sebanyak 11.55% dari total trade pada tahun 2024. Kedua-dua negara pun berjiran mestilah banyak barangan China di Kazakhstan.

Apa yang menjual bunga segar di bawah laluan ini. Winter pun ada bunga fresh :D
Apartment kami berada di belakang bangunan yang berwarna Merun Putih tu.
Bermula di Furmanov Street dan penghujungnya di Abylai Khan Avenue dengan panjang hanya 0.68km. Memang sesuai untuk bersiar-siar bersama seisi keluarga. Dan di sini juga terletaknya banyak restaurant dan cafe untuk kita duduk santai berehat sekiranya penat berjalan di sepanjang Arbat G Almaty ini.

Dah try baca info yang ada tapi tak faham hahaha.
The kids bila nampak tempat permainan terus berlari nak main.
Sepanjang jalan inilah Arbat G Almaty Street Mall. Jarak hujung ke hujung 0.68 km.
Datang sini santai bergambar pun best walau tak ada niat bershopping.
Disebabkan destinasi yang terlalu convenience buat kami. Maka setiap hari pasti kami tak sengaja akan ke sini especially mencari makanan halal yang ada banyak di sini. Dari restaurant, cafe, bakery, fast food sehinggalah covinence store memang ada banyak pilihan di sini.

Bila winter ni memang seronok kalau datang semata-mata nak lepak di salah sebuah cafe di sini. Kalau nak berbuka puasa juga sangatlah recommended sebab banyak pilihan. Pernah sekali kami datang melayan coffee and hot chocolate selepas solat taraweh di salah satu cafe di sini bersama the kids. 

Sini sepatutnya ada air pancut dan kolam air dan ia menjadi salah satu attraction di Arbat
tapi masa kami sampai sini kering jer mungkin sebab winter kot.
Tak kesah la walau kering pun. Janji bila dah sampai wajib bergambar.. kan? 
Terlihat Miniso antara brand China yang terkenal di Malaysia juga ada di sini.
Dan antara yang sedap bagi aku dan suggest untuk korang try adalah Restaurant Fast Food Salam Bro. Sebuah restoran seperti McDonald, Burger King atau KFC. Dari sumber yang aku dapat dari cari di google ada lebih 10 branch Salam Bro di Almaty City setakat Januari 2025. Dan itu tidak termasuk small stall yang berada di dalam mall and so on.

Restaurant Salam Bro - Wajib try beef burger di sini. Memang padu dan pure daging.
Lebih 5 kali kami datang makan di Salam Bro di beberapa cawangan yang berbeza.
Antara few tempat makam yang terakhir kami makan sebelum pulang ke Malaysia.
Burger di Salam Bro ni bagi aku daging dia memang pure 100% meat. Kalau compare dengan Burger King jauh bezanya. One thing yang aku nak repeat kalau ke Almaty mesti aku nak cari burger di Salam Bro ini. Bila makan rasa puas kunyah daging yang padu memenuhi ruangan di dalam mulut. Sampai la ni teringat akan kesedapannya.

Antara kedai makan yang mempunyai sijil halal Zheka Doner House, Waffle, Durum.
Ia adalah produk yang dimiliki oleh seorang warga Kazakhstan yang masih muda iaitu Rasul Abdulla as Co-Founder yang menerima pendidikan di sebuah university di Istanbul. Dan Salam Bro ini bernaung di bawah KEX Group yang juga memiliki franchise fast food lain seperti Halal Slice, Qazaq Guys dan Zhekars Doner.

TSUM Mall yang berada di hujung Arbat G Almaty. Bersebelahan dengan Abylai Khan Avenue.
Nak cari souvenir boleh datang ke TSUM yang mempunyai banyak kedai di seluruh 4 tingkat.
Okay berbalik ke Arbat. Di sini terletaknya sebuah shopping mall pertama di Almaty iaitu TSUM - A department store and bazaar that's a popular shopping destination for local. Dibina pada tahun 1961 dan mempunyai 4 tingkat dan design by Kazgiproselstroy Institute. Nak cari souvenir dan traditional culture product insyallah boleh jumpa banyak di sini.

Di waktu petang ketika kami berjalan-jalan di sini kami terjumpa dengan beberapa Live Street Performance and Music Performance by the local dari yang muda-mudi sampai la ke warga tua yang bermain violin berseorangan. Macam best pulak layan music violin ala russian dari pakcik ni. Datang waktu petang memang happening di sini.

Traditional Market atau Pasar Pagi Ahad yang ada di hujung Arbat bersebelahn Abylai Khan Ave.
Antara barangan souvenir handmade yang dibuat oleh peniaga sendiri.
Teringin nak beli pinggan tu tapi tak boleh dibawa sebagai hand carry kena masuk luggage.
Dan di pagi Ahad ada pasar karat atau pasar pagi di penghujung Arbat Street Mall ini opposite jalan di sebelah kanan bangunan TSUM. Atau berjalan sahaja sehingga ke hujung street mall ini dan akan nampak kedai makan Menz a Sushi dan Pizza & Chicken Restaurant. Dan pasar pagi itu berada di seberang jalan.

Topi Genghis Khan tu macam menarik la pulak untuk dibeli hihii..
Athira kalau bab nak bergambar dia memang no 1. Sikit2 dia jer bergambar.
Di sini ada banyak product handcraft yang dijual seperti pinggan mangkuk dan cawan, pakaian traditional seperti baju, seluar, topi, kain dan kasut traditional Kazakhstan. Barangan lama termasuk peninggalan Tentera tentera Nazi dan Tentera Soviet seperti pingat, lencana, topi askar dan lain lain lagi.

Terdapat satu statue budak kecil berwarna hitam di hujung pasar pagi ini.
Bagi aku kalau ke Almaty wajib untuk datang ke Arbat G Almaty Street Mall dan masuk ke TSUM Mall. Bagi aku TSUM Mall ini sama macam Central Market di Kuala Lumpur. Banyak menjual barangan kraftangan dan boleh lihat culture dari adat dan bangsa yang ada di Malaysia.

Dan cubalah beberapa local food yang ada di sini. Selain itu di sini juga kita dapat melihat culture dan life style dari warga tempatan baik yang muda atau yang tua. Dan jangan risau warga Kazakhstan insyallah baik dan tak mengganggu kita. By the way sorry panjang sikit sepatutnya 2 part tapi minimize jadikan satu entry.

Bersambung Kazahstan Almaty Part 6 : Almaty Metro Station - Raiymbek Batyr Monument (Under Construction) 

32 comments:

  1. Alhamdulillah ada kedai fast food halal, senang nak makan. Kalau kata rasa dagingnya lebih sedap berbanding di Burger King, memang sangat sedaplah tu.

    Kemas elok pasar pagi sana. Menarik sungguh tengok barangan yang dijual.

    Bagus Athira rajin bergambar, nanti dah besar tak menyesal sebab ada banyak gambar kenangan travel :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kedai yang menjual makanan halal dengan logo halal atau certificate yang tertera dipintu masuk. Burger di Salam Bro tu wajib try tau.. mmg padu dan solid pure hahaha.. Pasar pagi last day kami pergi tiba2 eh ada pasar apa pulak.. mmg bernasib baik la..

      Delete
    2. Mmg si Athira rajin tapi yang penat mak ayah dia la sikit sikit nak kena amik gambar dia hahaha.. Moga besar nanti dia bawa mak ayah dia pulak pi berjalan :D

      Delete
  2. TSUM Mall.. Berkobar rasa nak pergi. Kedai Salam Bro tu mesti best sebab dah banyak cawangan. Senang jalan sana banyak kedai makan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vibes dia macam CM kat KL.. Budaya, culture, tradiontal dan lain lain boleh dilihat pada barangan yang dijual. Alhamdulillah banyak juga yng halal di sana.. Insyallah mudah mencari makan.. :D

      Delete
  3. seronoknya bila tempat luar negara tp mudah nak dpt makanan halal mcm ni.. beli tak topi gengis khan tu? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kazakhstan adalah sebuah negara yg majoriti rakyatnya beragama islam. Tapi ramai mcm dah tak mengamalkan sgt hukum islam.. So kena berjaga2 juga kalau nak makan tu.. topi tu tak jadi beli sbb Malaysia panas hahaha..

      Delete
  4. Nama Salam Bro pun sangat catchy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom gabung kita buka francais salam bro di Malaysia hahaha...

      Delete
  5. Terkenal nampaknya Salam Bro tu ye, ada byk cawangan 👍🏻
    Seronok ke tempat jual cenderahati dan barangan kraf macam ni. Mmg wajib la kita lawati kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makin terkenal ada byk cawangan di Almaty.. moga buka cawangan di Malaysia pulak lepas ni hihii.. Bila jumpa traditional market ni mmg rambang mata dibuatnya..

      Delete
  6. Senangnya jalan-jalan ke Kazakhtan, banyak bawa barang cinderahati 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia banyak brg cenderahati nya lain dari yg lain.. cantik utk dibeli.. tapi duit yg ada tak berapa cantik utk membeli hahaha :D

      Delete
  7. byk juga barang cenderahati di jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Traditional Market kan.. Byk juga yg tertarik tapi mampu tgk jer hahaha.. :D

      Delete
  8. Sepanjang Arbat G Almaty tu nampak macam tak berapa ramai orang. Sana memang tak crowded? Ataupun pergi waktu hari bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu mungkin sebab winter dan keadaan masa awal pagi.. dan weekdays.. dan waktu juga bekerja.. sebab ada sekali pi waktu weekend agak ramai juga org..

      Delete
  9. Suka tengok orang jual barangan handmade.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. lgi di negaa org mcm2 benda bru dpt tgk..

      Delete
  10. agak2 kalau buka Salam Bro tu kat Mas laku tak?
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm laku.. kalau promoting Kazakhstan.. burger dia sedap.. itulah nak dptkan contact number CEO dia.. mana tau ada rezeki nak buat francais kat Malaysia hahaha..

      Delete
  11. kalau topi askar tu kan... bawa balik... tak kena tahan ke kat airport nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan topi aakar besi tu.. ni zaman dulu kala punya huhuu ..

      Delete
  12. Salam Bro.. Dah macam orang Malaysia pula taukenya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah moga-moga auranya sampai ke Malaysia.. Sedap burger daging dia huhuu

      Delete
  13. Replies
    1. Itulah rasa mcm nak beli tapi nak bawa balik susah la pulak huhu..

      Delete
  14. Dalam bucketlist hendak berjimbaan di sini tetapi itu la ye macam kena jual pankreas la pulanya😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun syukur sgt sbb dpt promo AirAsia RM958.00 return per person masa opening route hari tu.. Kalau harga 2k skrg blh tgk jer la hihii...

      Delete
  15. Teringin pulak dgn salam bro tu lepas baca ni. Lagi best sbb dia fast food chain orang muslim kan. Confirm terasa nak support!

    Cantik betul barangan kraft kat pasar tu. Kalau saya mesti terbeli satu :p pantang nampak benda cantik2 ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...