Friday, 14 February 2025

Jalan-Jalan Sehari Bersama Family Explore Tempat Menarik Di Bandar Raub

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Outstation Ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh 4M3H

Tiga entry sebelum ini yang aku update menggunakan handphone ketika berada di Raub - Kuala Lipis - Temerloh atas urusan kerja. Alhamdulillah safely arrived at home after beberapa hari yang panjang. Apa pun syukur anak-anak semua enjoy ikut pergi outstation bersama. 

Kalau tanya apa yang best mesti the kids akan kata "Tidur Hotel". Ntah tak tahu apa yang best sangat tidur hotel hahaha. Sebab tu kadang-kadang mencari juga hotel yang ada swimming pool dan yang ada buffet breakfast supaya the kids enjoy. Tapi biasanya kalau ada tu mesti over dari allocate budget.

Kilometer 0 Bandar Raub terletak di hadapan Pejabat Pos Bandar Raub.
Antara yang menarik di Raub - Taman Tasik, Lorong Dato' Abdullah, Menara Jam dan KM 0.
Tak lama kami singgah di Bandar Raub cuma sehari semalam sahaja dan untuk penginapan boleh baca review aku di sini Hotel Agro Raub - My Experience 1 Night Review. Buat kerja hanya 2 jam sahaja di Raub selebihnya kita gunakan masa untuk berjalan-jalan bersama the kids explore Bandar Raub.

Pukul 6.00 petang ke atas kebanyakan kedai dah mula nak tutup pintu hanya yang besar sahaja akan dibuka sehingga jam 9-10.00 malam. After 8.00 petang tu memang jalan agak kosong dan kedai makan pun boleh kira ada dalam 10 buah kedai sahaja yang buka untuk makan malam. If Weekend mungkin meriah lagi.

Bangunan Majlis Daerah Raub berhadapan Dataran Raub.
Untuk pertama kalinya nak explore sebab selama ini sekadar pass by dan paling tidak pernah sekali dua sahaja berhenti makan sebelum meneruskan perjalanan. Tapi semenjak highway baru siap rasanya dah 2 tahun lebih juga tak lalu Bandar Raub ini.

Terminal Bas Raub. Teringat zaman duduk asrama naik bas balik cuti.
Petang selepas check in aku terus memandu ke arah area Terminal Bas Raub. Dan terjumpa Kedai Kek Seringgit. Macam menarik maka kami pun singgah tapi disebabkan dah lewat petang banyak kek, pastries dan kuih yang dah habis. Dapat la juga beli beberapa item yang masih berbaki. Alhamdulillah sedap. Boleh la if nak try kalau singgah di Raub.

Kedai Kek Seringgit berdekatan dengan Terminal Bas Raub.
Dah lewat petang banyak yang habis. Kalau pagi penuh makanan di rak.
Dapat juga membeli 12 jenis kuih dan kek yang masih berbaki.
Kami ke Dataran Raub untuk melihat keadaan persekitaran dan bawa kids jalan-jalan sekejap. Sebab plan biarlah sampai malam dan kemudian baru la balik ke hotel dan tak perlulah nak keluar lagi untuk makan malam. 

Bersebelahan dengan Dataran Raub ada Masjid Tengku Abu Bakar yang dibina pada tahun 1963. Pada tahun 90an ketika aku masih kanak-kanak dulu, arwah ayah selalu berhenti solat di sini dalam perjalanan naik ke Cameroon Highland. Memang banyak kenangan dengan arwah ayah di sini.

Masjid Tengku Abu Bakar Raub atau dikenali dengan nama Majis Daerah Raub.
At this moment bukan Musim Durian maka tiada peluang untuk kami menjamu Musing King di sini. Di waktu malam suasana lampu-lampu yang meriah menghiasi Bandar Raub namun agak lengang. Mungkin bukan malam weekend. Sebab perasan di siang hari tadi agak riuh dengan kenderaan dan orang ramai.

Makan malam di Restoran Rokiah Sate.
The kids dah kelaparan - Alhamdulillah sedap juga masakan di sini. 
Kita try Sate Itik. Sate Ikan Talapia dan Burung Unta out of stock.
Kami makan malam di Restoran Rokiah Sate dan pilihan dibuat sebab paling mudah nak parking kereta. Apa pun syukur alhamdulillah masakan panas di sini sedap Tomyam Ayam, Daging Masak Merah, Kangkung Goreng Biasa, Telur Dadar dan Nasi Putih. Untuk sate kami pilih Sate Ayam, Sate Daging Tenderlian dan Sate Itik. 

Mango Shake Padu terletak di hadapan Masjid Tengku Abu Bakar.
Cuaca tengah panas petang-petang ni. Jom pekena Mango Shake Padu ni.
Selepas solat asar di Masjid Tengku Abu Bakar terlihat seperti ada deretan kedai makan di bahagian luar pagar pintu masuk masjid. Tapi banyak kedai kelihatan telah ditutup sebab rata-rata menjual makanan berlauk untuk tengah hari dan sebahagian dibuka untuk bersarapan sahaja.

Yang masih dibuka dihujung waktu petang ini salah satunya adalah Mango Shake Padu ini. Dari Air Mango biasa, blended, topping aiskrim pun boleh. Layan juga sebab waktu petang ni pun panas. Dan di waktu malam hanya satu kedai sahaja yang buka menjual masakan panas.

Bersarapan di Kedai Makan Bob - Jalan Lipis, Kg Gali Hilir, 27600 Raub.
Keesokan pagi kami check out awal sebelum pukul 9.00 pagi bagi meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Di perjalanan terjumpa kedai makan sarapan pagi ini di tepi jalan di salah sebuah kampung. Ketika kami sampai hampir pukul 10.00 pagi banyak makanan yang telah habis termasuklah roti canai sold out hahaha.

Teh Tarik, Teh O Ais, Roti Jala, Nasi Lemak, Lontong dan kuih muih menjadi menu sarapan pagi kami. Seronok bersarapan di area kampung macam ni. Makanan sedap dan suasana yang tiba-tiba dengan ayam berkokok. Si Affan dengan Afnan boleh pulak kejar nak tangkap ayam. Habis ditegur dengan seorang pakcik "Kejor la, kat bandar tak jumpa ayam hidup kan". :D

16 comments:

  1. memang seronok vibes kampung macam nie...linda lagi suka mango shake dari coconut shake...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Sekali sekala pi tempat yg tak ramai org ni pun best juga.. Mango shake sedap lagi sedap dri coconut shake hahaha..

      Delete
  2. Suka singgah pekan² kecil gini, tenang dan tak sibuk sangat.
    Paling best dapat makan minum kat kedai kampung², suka vibenya. Masakan pun selalu sedap²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leps habis waktu keje jalan dah tenang tak sibuk... Okla sekali sekala lepak pekan mcm ni.. makanan org kampung mmg ada vibe dia tersendiri.. harga pun murah marhain jer :D

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah 60 tahun lebih dah ia berdiri dan pernah selamat dari dirobohkan suatau ketika dahulu..

      Delete
  4. waahhhh bestnyaaaa explore Raub! kilometer 0 tu unik mcm kat Perlis ada jugak km 0 hehe.. waduhhhh mangga shake menggodaaaaaa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi pekan atau bandar lama mmg akan cari KM 0 ni.. Dah jadi satu kemestian ytk bergambar hihii..

      Delete
  5. kalau gi KL cuma lalu je kat bandar Raub. Skrg ni x akan lalu la sejak CSR siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah bila CSR siap mmg tak lalu dah Bentong Raub.. ni first time lalu after 2 thn lebih...

      Delete
  6. Kdg2 seronok berjalan di area x ramai dan x padat dgn org ni. Masuk kg semuanya best klau di Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga kalau nak lari dari kesibukan bandar.. insyallah repeat lgi utk explore mora about raub..

      Delete
  7. seronok JJCM di bdr2 mcm ni..samalah di kuala kangsar, pukul 7-8, kedai dah tutup..wahh..mcm2 sate nya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau smpai lewat petang dah magrib mesti jem pale tak tahu nak buat apa hahaha.. Alhamdulillah ada few kedai mkn yg buka waktu malam..

      Delete
  8. Kenapa ye km0 selalunya dekat dengan pejabat pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab yg menggunakan sistem alamat ni yg pertama adalah pos.. sbb sblm tu mana ada surat lgi sbb takde alamat.. ha gitu lah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...