Start awal minggu hari tu sesi persekolahan dah pun bermula. Jalan yang tenang selama 3 minggu nak pergi ke tempat kerja pun bertukar menjadi sesak berkali ganda. Kalau musim cuti sekolah keluar rumah 7.30 pagi sebelum pukul 8.00 pagi dah sampai.
![]() |
First day habis hari persekolahan kita belanja la the kids makan Pokok at Sunway Velocity |
Tapi minggu ni keluar rumah 7.15 pagi 8.30 pagi baru sampai tempat kerja. Minggu ni langsung tak bagi chance nak update blog walau draft dah banyak. Tiba-tiba jadi blur macam tak terurus pulak jadual seharian.
Sebabnya si kakak dah tukar Sekolah Kebangsaan waktu pagi dan Sekolah Agama di waktu petang. Dan si adik masih lagi Sekolah Agama di waktu pagi dan Sekolah Kebangsaan di waktu petang. Dan si Affan masih di tadika. Kalau sebelum ni kena hantar dua tempat now dah kena hantar 3 tempat. Si bongsu maknya lah kena hantar ke pengasuh.
Petang pulak Si Affan habis pukul 5.00 petang. Si Kakak Sekolah Agama habis 5.35 petang dan Si Ateera habis Sekolah Kebangsaan pukul 6.20 petang. Amik si Afnan di pengasuh sebelum pukul 6.00 petang. Kalau lewat kena extra charge.
Inilah cabaran nak membesarkan anak-anak yang masih bersekolah rendah. Lepas ni kalau ada orang tanya bila nak tambah anak lagi. Mesti aku jeling "Kilang close!!" Hahahaha.. Cukuplah 4 orang. Yang 4 orang ni pun susah nak cari masa untuk pergi travel kalau tambah lagi la.
Actually 4 orang anak cukup dah kot walau dihati kalau ada seorang lagi mesti best hihii. Sebab zaman la ni nak membesarkan anak tak sama macam dulu. Biar jaga sikit tapi terurus dari nak jaga ramai tapi tak mampu. For those anak ramai tu tapi boleh jaga dan urus dengan baik memang aku respect sangat.
Ni pun update dalam kereta sementara menunggu di Ateera balik sekolah. Yang lain semua dah selamat hantar di rumah. Hurmm tiba tiba teringat pula dengan statement Menteri Pendidikan. Tak bagi pelajar balik awal dari sekolah di bulan puasa nanti. Memang la budak-budak tu tak buat apa.. tapi bila balik awal parent dah boleh focus benda lain nak especially nak prepare juadah berbuka.
![]() |
Dan ofcoz cikgu yang rata-rata kebanyakan wanita adalah golongan ibu-ibu yang sudah tentu nak balik awal memasak untuk berbuka. Sesi persekolahan tamat 6.15 petang bukan boleh terus keluar sekolah. Dah la sekarang cikgu ada giliran untuk jaga dan tunggu semua pelajar pulang dari sekolah.
Benda dah elok diamalkan bertahun lamanya kenapa nak diubah. Benda lain yang lebih serius masih banyak perlu diperbaiki tak pulak nak buat perubahan. Lately ni ramai Menteri Pendidikan asyik buat perubahan yang tak perlu dari tukar kasut putih ke hitam, hapus UPSR, hapus PMR/PT3, Dan ada juga cadangan nak hapuskan SPM.
Ank sulung dah sek men (sesi petang).. Sek dia lagi lah habis sesi persekolah 6.45 ptg..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan kita semua.. Aamin2..
Yang kabo tak boleh balik awal tu, tengok pukul 3 dia dah dok rumah memasak juadah berbuka.. Opss
Harap2 menteri tukar semula fikiran.. byk faedah beri pelajar balik awal.. Kalau 6.45 bru blik tak merasa lah nk pergi bazaar Ramadhan..
DeleteKita tunggulah kalau dia upload gmbr memasak juadah berbuka nanti. Mmg kena kecam la..
Tak boleh tengok muka MP sekarang ni... terus stres!
ReplyDeleteBru tgk muka blm lagi dgr ucapan yg kdg tu menyakitkan hati sgt.. hahaha..
DeleteCukuplah dgn apa yg ada ni ek…kita jaga kualiti dari kuantiti.
ReplyDeleteSenang je ek MP ni ckp. Tp kan dlm byk2 changes tu ammi suka je yg tukar kasut putih ke hitam huhu
Mencabar jadi mak ayah zaman sekarang ni.
ReplyDeleteBanyak pertukaran dan arahan baru yang memenatkan.
Nanti zaman Cuya entah macam mana pula.
Moga dipermudahkan urusan