Wednesday 20 March 2013

Part 4 : The Netherlands - Ganja Di Amsterdam..???

Sambungan dari Part 3 : The Netherlands - Away To Country Side

Sementara menunggu program tour countryside pukul 2.00 petang nanti.. aku jalan2 sekitar Bandar Amsterdam ni.. sambil mata mencari "Weed" atau di kenali juga "Dakha" dalam afrikaans atau "Ganja" famous dalam Bahasa Melayu.. nak tengok je bukan nak beli.. dan bukan nak rasa pun.. sebab tak pernah tengok live depan mata hehee.. cari punya cari sekali jumpa dalam kedai baju ni.. owner dia india sikh..

Jenis - jenis biji benih pokok ganja..
Dan lagi.. jenis yang lain.. boleh kata semua jenis benih  pokok ganja boleh dapat kat sini.. 
Satu seksyen dalam kedai dia penuh dengan weed.. biji benih pokok ganja, serbuk, cecair hingga lah biskut, gula-gula etc pun ada.. maka aku start amik la gambar sebanyak yang boleh.. tapi.. tiba2 kene marah dengan taukei kedai.. mangkuk betul.. dia marah dengan english dia yang kurang betul bercampur sleng yang pekat " apa ni amik gambar dalam kedai orang, cuba ko bayang kalau orang masuk rumah ko.. pastu amik gambar dalam rumah ko, ko marah tak?" aku dengan spontan jawap "tak" hahaa.. terus kene halau.. tak kisah la.. janji aku dapat amik gambar ganja tu huhuuu...


Yang ni di fahamkan sebagai pokok ganja paling mahal.. :P
Pilih jer.. Pokok ganja mana yang korang nak tanam :P
Dekat sini memang boleh hisap ganja macam hisap rokok.. so kene berjaga2 lah kat sini.. macam breakfast di sesetengah restoran di sini.. akan di sekali kan ganja untuk pengunjung restoran.. hehee.. patut lah ramai orang suka datang Amsterdam ( termasuk la Harold and Kumar ).. by the way ini je picture yang sempat aku snap kat kedai sikh tu.. Dan aku tulis ni bukan nak galakan korang untuk hisap ganja k..  :P

Sesuatu yang boleh memudaratkan diri adalah haram hukum nya.. bila Allah Taala bagi peluang datang melihat keindahan alam semula jadi di Amsterdam.. maka jangan lah nak cuba benda haram ni.. semoga berjaya.. :D

Monday 18 March 2013

Part 3 : The Netherlands - Away To Country Side

Sambungan dari Part 2 : The Netherlands - Amsterdam City

Assalamualaikum..

Selepas solat subuh di airport.. aku bersiap-siap untuk naik tren ke Central Amsterdam.. mission hari ni nak pi "tour country side" ada dua pakej.. first pakej 5 jam 30 minit berharga 39 euro.. kalau amik second pakej waktu petang 34 euro - 4 jam 30 minit.. nampak beza tak banyakan.. tapi euro tu mahal beb hahaa.. so aku amik la yang waktu petang.. sementara nak tunggu petang tu.. aku jalan2 lagi sekitar Bandar Amsterdam ni.. 

Tiket tour country side @  Central Amsterdam
Sampai di Perkampungan Windmills
Nasib Baik ada yg sudi amik pic aku  :D
Oh lupa nak bagitahu.. makanan aku dari semalam hanyalah biskut yang di bawa.. ada la dalam 15 peket.. nak jimat punya pasal.. sementara nak tunggu pukul 2.00 pm.. sempat la aku cari hostel untuk malam ni.. agak senang nak dapat hostel mungkin sebab pagi lagi.. letak beg dalam loker.. bawa camera dengan beg kecik jer.. sempat juga aku beli poskad dan pos ke rumah.. :D

Pukul 2.00 pm tepat naik bas.. First destination ke Perkampungan Windmills, North Amsterdam.. apa yang special kat sini ialah orang tempatan masih lagi menggunakan cara tradisional untuk membuat cheese.. tengok diorang buat cheese.. dan boleh rasa sample semua jenis cheese.. tapi tak berani pulak takut tak halal.. Kat kampung ni view memang lawa.. selain cheese ada orang jual poskad, fridge magnet etc.. tak banyak beli sebab mahal.. ada pengunjung lain kata kat aku beli la cheese kat sini murah.. oh yeker.. ade aku kesah? hahaa.. :P


Jom masuk tengok mereka buat cheese.. 
Pemandangan di Perkampungan Windmills
Pelbagai jenis cheese yang di jaul.. gebu jerr kan  :P
Pakcik ni jual aiskrim dan buah-buahan
Perkampungan ini masih menggunakan kipas angin.. dan
membuat cheese secara tradisional @ Windmills

Demo dan teknik membuat cheese oleh Dutch Lady...
Cheese yang gebu2 gitu sluurrrppp hehee
Bergambar kenangan with Dutch Auntie hehee..

Then second destination ke Perlabuhan Pekan Volendam.. agak unik rumah2 di sini.. yang best sebab canal is every where.. pastu bersih.. ada banyak itik dengan swan.. masa jalan2 kat Pekan Volendam ni.. aku dengan tak sengaja terbeli lagi poskad dan beli fridge magnet lagi hehee..

Masa agak lama yang di beri untuk melawat seluruh kawasan pekan ni.. but aku datang bukan nak shopping.. just nak tengok2.. nak buang masa aku duduk dekat dengan tebing pantai.. elok juga.. boleh sambung tulis dairi aku yang dah tertangguh agak begitu lama.. seronok juga sebab layan alunan ombak dan suara burung berkicauan..  Ceh poyo sangat hahaha.. 


Mata suruh beli.. Tapi hati kata ada ke duit nak beli @ Volendam
Beli mahal tak beli rugi :P
Siapa dia? aku tak tahu @ Volendam
Kapal-kapal di Perlabuhan Volendam

Bila cukup masa akak tour guide panggil berkumpul - get ready untuk naik ferri pi Marken Island.. di atas ferri ni baru di beri tahu laluan air untuk ke Marken Island ni dah di tukar dari air masin ke air tawar.. menjadi sebuah tasik buatan yang terbesar di Netherlands.. dan penduduk di marken island ini hanya sekitar 2,500 orang.. perjalanan selama 20 minit dari Volendam ke Marken Island..

Ferri to Marken Island

Apa yang best kat pulau ni ialah ada sebuah kilang buat Kasut Croccs Kayu.. dia tunjuk demo macam mana nak buat kasut tu dari kayu.. asal usul cerita dia.. dulu kala pengantin yang pakai kasut kayu ni.. nak kawin.. kalau perempuan tu pakai dia setuju la yang dia nak kawin dengan lelaki tu.. hahaa..

Adat negara orang kan.. sekadar amik pic je la.. nak beli tak kot.. duit banyak lagi nak pakai nanti.. ni baru first country kene saving.. then naik bas untuk balik ke Amsterdam.. datang naik ferri balik ikut jalan sebab tanah yang dia dah tambak untuk buat jalan.. that why jadi tasik buatan paling besar di Holland..

Lepas tour perkampungan di pulau ni dan melawat kilang kasut kayu ni.. dekat pukul 7 malam baru bertolak balik ke Central Amsterdam.. dalam tiket kata tour 4 1/2 jam jer.. tapi bila sampai Amsterdam dah 5 1/2 jam lebih gak.. so sama je la dengan trip mahal :P


Kasut Croccs terbesar kot..
Boleh design dengan corak sendiri..
Kilang membuat kasut kayu Croccs at Marken island..
Sampai Bandar Amsterdam terus balik hostel.. mandi, solat, makan maggi dan lepak dengan backpackers yang lain.. ada dari Macedonia, India dan Japan.. dan nasib baik dalam bilik aku ni semua lelaki.. 

Ada sesetengah bilik hostel khas untuk lelaki atau perempuan.. ada yang campur jer.. malam aku tido awal.. walau rakan sebilik ajak jalan2 waktu malam.. satu malasa ikut sebab diorang bukan islam.. nanti ada la benda yang ngarut diorang akan buat.. baik elak dari awal2..


Bergambar bersama Countryside Bus..

Keesokan pukul 7.00 pagi check out.. ada rakan sebilik yang sempat aku say bye.. ada yang tak sebab ramai yang tak bangun lagi.. pagi ni sempat beli small french loaf untuk sarapan.. sebab perut nak something different.. asyik biskut jer.. then dari Central Amsterdan aku amik tren pi Amstel Station kalau tak silap.. lupa pulak nama station tu :P ..

Dekat Station ni jugalah terletak nya Terminal Eurolines.. memang aku cuba nasib untuk beli tiket ke Brussels.. alhamdulillah memang ada.. lagi setengah jam nak berlepas.. harga 23 euro.. dan yang membuat aku tersenyum adalah bila aku kene marah dengan driver bas bila dia nak something dari aku.. 

Sebab aku tak faham sangat apa yang dia cakap.. dan dia pun tak reti sangat English :p hehehe.. selepas di "explain" kan oleh seorang penumpang wanita lain dengan English yang clear maka baru aku faham.. dia minta boarding pass jer.. dalam bas aku tido jer.. strait sampai Brussels.. Continue Part 4

Monday 11 March 2013

Part 2 : The Netherlands - Amsterdam City

Sambungan dari Part 1 : The Netherlands - Sampai di Schiphol Airport

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Keluar dari Train Station Amsterdam.. terus keluarkan camera jadi budak jakun.. macam beruk masuk bandar.. tak pernah sampai Europe la katakan.. Berpandukan buku travel Lonely Planet yang aku beli di South Africa sebagai tour guide aku.. semua jalan dan lorong aku masuk.. Red Light District pun aku masuk.. sebab aku yakin.. tak ada apa yang boleh menghasut aku :P hahahaa..


Di hadapan bangunan Train Station Amsterdam..
Kedai-kedai di Red Light District :P
Antara bangunan di Dam Square - Amsterdam..
Antara bangunan2 yang
unik di Amsterdam.. :D
Kalau travel seorang diri
macam ni la jadi nyer :P
Antara salah satu pemandangan Canal yang ada di Amsterdam

Tengah sibuk berjalan smbil bergambar.. aku terserempak dengan dengan singboard Wau Malaysian Restaurant.. Mula2 ingatkan 'Wan' sekali jumpa owner cina nama dia wau hahaa..  ( aku salah baca ).. dapat la amik gambar dengan Mr Wau.. memang rasa macam kat malaysia sebab dalam kedai ada wau bagai.. jumpa restoran indonesia.. restoran iran rab etc..

Bergambar bersama dengan owner restoran Encik Wau

Jom masuk.. :D
Ada restoran Malaysia la.. 
Di dalam restoran Encik Wau
ada wau yang lain hehehee..  :D

Kalau tak larat nak jalan kaki.. sila lah sewa basikal :D

Bila dah happy sangat berjalan ke sana sini.. makanya terlupa pulak nak cari hostel.. waktu dah dekat pukul 5.00 petang ni.. Masa ni baru nak sibuk cari hostel memang tak dapat la.. Di Amsterdam ada hostel yang boleh booking untuk berhari2.. ada yang boleh booking satu malam sahaja.. so memang banyak yang dah penuh.. dekat 7 hostel jugak aku cuba bertanya.. semua full book.. nak amik hotel jangan harap la.. mahal sesangat..

Jom layan pemandangan di Amsterdam sekejap :D

Banyak pulak swan kat canal2 di Amsterdam ni.. 
Rumah - rumah di Amsterdam..
Sempit tapi lebih 3 tingkat..
Snap picture jer.. Duit kene saving..
Untuk next destination.. :D
Salah satu mercu
di Dam Square, Amsterdam
Antara canal di Amsterdam.. Duit banyak boleh la naik sampan2 tu
Seronok berkeliaran di lorong2
dan jalan2 di amsterdam ni.. 
Antara statue yg banyak
di Bandar Amsterdam nie..

Last2 dapat ideal sebab tengok magrib pun macam dah dekat.. last chance untuk aku ialah balik bermalam di airport.. ( yang part ni aku nasihat korang jangan ikut la ).. in the same time bagus juga untuk jimat duit hehee.. tapi malam tu nak tido payah sangat sebab polis halau homeless dari bermalam di airport.. nasib baik aku tak kene halau.. so next time apa apa hal pun first thing.. make sure korang booking hostel awal2 untuk bermalam yer.. especially backpackers.. Continue Part 3..

Monday 4 March 2013

Zambia Part 3 : Chipata City - Ma'had Ar-Rasheed Al Islami

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Zambia Part 2 : Special Guest At Lusaka National Museum

05 April 2011- Lepas solat subuh.. kami terus bergegas ke Lusaka Bus Station sebab nak kejar bas ke Chipata.. sebelum matahari terbit kami dah bertolak.. petang lepas asar pukul 5.00 pm lebih baru smpai.. lama betul dalam bas.. memang best hahaa..

Sampai jer Chipata Bus Station.. ada lak masalah.. Mus'ab hilang beg duit.. cari2 dalam bas tu balik.. memang dah tak jumpa la.. nak buat macam mana.. dah la jauh dari rumah huhuu.. so terpaksa la kami kongsi2 duit kasi kat Mus'ab.. alhamdulillah ia tak menjadi masalah besar untuk terus kan perjalanan..

Station Bus utama di Chipata. Macam di Malaysia zaman 60-an.
Great East Mall adalah mall terbesar di Bandar Chipata..
Dari Chipata Bus Station naik teksi ke Darul Uloom Chipata.. saja nak melawat tempat belajar agama kat sini.. datang niat nak tengok2 je dan nak amik berkat.. sekali bila dah jumpa dengan Naib Pengetua Madrasah Darul Uloom Chipata, Maulana Rasyid.. dia kata dia dah tahu akan kedatangan kami dan memang tengah tunggu kami sebab Suleiman Lee kawan aku tu dah bagi tahu dengan pihak madrasah ni kami akan dtg (dulu dia belajar kat madrasah ni)..

Di puncak bukit dari kiri Hassan, Anas, Umar dan Mus'ab.
Tak berapa susah untuk main kat track ni :P
Pemandangan sebelum sampai ke puncak bukit.. 
Di atas bukit..?? ntah tapi layan pemandangan..
with hassan ibnu muhamad hanif.
Tinggi berjalan maka Luas pemandangan hehehe..

Lepas solat asar kami di bawa jumpa dengan Mufti Abdur Rahim Motala.. sheikh paling besar di situ.. lepas borak2.. kami jadi mcm tetamu khas.. dapat duduk dalam rumah tetamu.. malam tu pihak madrasah bawa kami makan diner kat restoran muslim di tengah bandar.. benda yang kami tak sangka.. di sebabkan perut yang lapar dan kempunan makanan yang sedap.. faham2 la bila orang belanje makan hehehe..

Depan pintu masuk Darul Uloom Chipata
Kesokan pagi selepas solat subuh berjemaah dan tilawat quran di masjid madrasah beramai2.. kami di ajak oleh seorang pelajar meninjau keseluruh kawasan madrasah.. pastu bawa kami mendaki salah satu bukit yang agak tinggi di kawasan Chipata.. lokasi tak jauh dari Madrasah darul Uloom Chipata ni.. sampai di puncak bukit 40 minit jer.. pemandangan memang lawa.. boleh nampak seluruh dearah Chipata.. lepak kat sejam atas bukit.. bila turun dari bukit.. kami di bawa untuk bersarapan scrumble egg dengan roti.. di ruang makan tetamu..

Bahagian belakang bangunan kelas di Darul Uloom Chipata..
Taman di bahagian tengah bangunan kelas.. Darul Uloom Chipata
Pemandangan dari salah satu pintu kelas
Tingkat atas adalah rumah untuk tetamu..
dan bawah adalah tempat Wudhu dan tandas masjid.
Ruang bilik pelajar .. lengkap dengan katil dan almari batu..
Selepas penat dengan aktiviti .. kami berehat dan bersiap2 untuk bergerak selepas solat jumaat nanti.. selepas mandi dan mengemas beg.. kami di ajak pula duduk dalam sesi temu bual dengan pelajar2 tempatan.. lam a gak la dekat sejam..

Masjid Darul Uloom Chipata tersegam indah
Tiang lampu menunjukan batu asas yang di letak oleh Sheikhul Hadith  Mufti Zakariya..
Lepas solat jumaat Maulana Rasyid mengarah kami untuk makan sebelum meneruskan perjalanan.. makanan yangg di berikan kalau ikut orang melayu boleh makan 7 orang satu talam tu.. tapi mereka suruh kami berempat sahaja makan.. memang tak abis la hehee... sebelum balik Sheikhul Hadis Mufti Hanief pula jemput kami datang kerumah beliau (aduh dah la kami dah lambat..).. lagi2 bila dia dapat tahu aku pelajar tahun akhir daurah hadis.. sampai di rumah mufti.. kami di suruh lagi menjamah makanan.. tak makan terasa pulak.. so makan lah lagi..

Tak kan nak makan 4 orang jer...
Mufti Motala bagi aku syarah kitab hadis bukhari 3 jilid pertama.. nasib baik tiga je sebab dia kata lagi 12 jilid belun print lagi hahahaa.. sebab berat kot nak angkut sekali untuk travel.. last2 sebelum pukul 4.00 pm baru boleh keluar dari Darul Uloom Chipata.. plan nak kuar strait lepas solat jumaat tadi.. apa boleh buat  dengan orang alim kalau spend lebih masa apa salah nya.. berkat itu ada.. dan ada hikmah nya..

Naik teksi untuk ke Border Zambia - Malawi
Kami meneruskan perjalanan menuju ke border antara Zambia dengan Malawi.. dengan menaiki teksi.. charge teksi untuk seorang berharga 20,000.00 Kwachas bersamaan RM 11.64.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk ke Border Zambia - Malawi.. 

Tarikh Masuk 3 April 2012.. Tarikh Keluar 7 April 2012.. 5 hari.. keluar ikut Border Mwami..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...