Wednesday, 20 March 2013

Part 4 : The Netherlands - Ganja Di Amsterdam..???

Sambungan dari Part 3 : The Netherlands - Away To Country Side

Sementara menunggu program tour countryside pukul 2.00 petang nanti.. aku jalan2 sekitar Bandar Amsterdam ni.. sambil mata mencari "Weed" atau di kenali juga "Dakha" dalam afrikaans atau "Ganja" famous dalam Bahasa Melayu.. nak tengok je bukan nak beli.. dan bukan nak rasa pun.. sebab tak pernah tengok live depan mata hehee.. cari punya cari sekali jumpa dalam kedai baju ni.. owner dia india sikh..

Jenis - jenis biji benih pokok ganja..
Dan lagi.. jenis yang lain.. boleh kata semua jenis benih  pokok ganja boleh dapat kat sini.. 
Satu seksyen dalam kedai dia penuh dengan weed.. biji benih pokok ganja, serbuk, cecair hingga lah biskut, gula-gula etc pun ada.. maka aku start amik la gambar sebanyak yang boleh.. tapi.. tiba2 kene marah dengan taukei kedai.. mangkuk betul.. dia marah dengan english dia yang kurang betul bercampur sleng yang pekat " apa ni amik gambar dalam kedai orang, cuba ko bayang kalau orang masuk rumah ko.. pastu amik gambar dalam rumah ko, ko marah tak?" aku dengan spontan jawap "tak" hahaa.. terus kene halau.. tak kisah la.. janji aku dapat amik gambar ganja tu huhuuu...


Yang ni di fahamkan sebagai pokok ganja paling mahal.. :P
Pilih jer.. Pokok ganja mana yang korang nak tanam :P
Dekat sini memang boleh hisap ganja macam hisap rokok.. so kene berjaga2 lah kat sini.. macam breakfast di sesetengah restoran di sini.. akan di sekali kan ganja untuk pengunjung restoran.. hehee.. patut lah ramai orang suka datang Amsterdam ( termasuk la Harold and Kumar ).. by the way ini je picture yang sempat aku snap kat kedai sikh tu.. Dan aku tulis ni bukan nak galakan korang untuk hisap ganja k..  :P

Sesuatu yang boleh memudaratkan diri adalah haram hukum nya.. bila Allah Taala bagi peluang datang melihat keindahan alam semula jadi di Amsterdam.. maka jangan lah nak cuba benda haram ni.. semoga berjaya.. :D

13 comments:

  1. salam..
    pergh..macam tu berleluasanya hisap ganja kat sini..padan le Anthony Bourdain tak suka pegi Amsterdam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. aah memang berleluasa kat sana.. :P
      by the way tak pernah pulak follow apa yang Anthony Bourdain kata hehehee... :D

      Delete
  2. Uish jual pokok ganja macam jual Fridge Magnet ke? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Lebih kurang la mcm tu... Tapi fridge magnet lagi senang nak beli la :p..

      Delete
  3. Macam dekat Aussie, negara mereka membenarkan penanaman pokok ganja di rumah. tapi kalau nak , makan kat rumah la.. jagan kat luar.. well. itu rules negara orang kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah bila dah jadi satu kebolehan di negara orang.. :P hahahaha...
      asal teringin nak tanam juga ker Miss Nina Hamdan??

      Delete
  4. Assalamualaikum, Afif Salleh. Ape Khabar? Masih ingat saya? Masih belajar di Johannesburg?

    ~ Nur Hidayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... Miss Noor Hidayah.. apa kabar... alhamdulillah masih ingat lagi... dah abis belajar... tapi masih di Johannesburg.. :D

      Delete
  5. cantik pokok ganja tu...........:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. memang pokok ganja biasa mengeluarkan bunga yang cantik :D

      Delete
  6. hahaha sia2 kne halau..tp nasib dpt jugak amik gambar kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik kan at least dapat jugak snap beberapa keping :P

      Delete
  7. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

    Contact Us
    Website arena-domio.net
    WA : +855964967353
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...