Tuesday, 5 August 2014

Salam Lebaran Raya Aidil Fitri 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Mohon Maaf Zahir Dan Batin..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat ilahi.. Dengan keizinan dari-Nya untuk kita semua sekali lagi dapat menyempurnakan amal ibadah puasa di bulan Ramadhan 1435H ini.. Dan Kesyurkuran di atas nikmat-Nya pada kita untuk bergembira di Lebaran Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini..


Berhari raya bersama-sama anak buah  :D

Sepuluh jari.. Erat ku tadah bagi memohon kemaafan dari semua insan yang ku kenali dari dunia blog ini.. Di atas salah silap ku terutama dari penulisan senda gurau ku.. atau teguran ku pada mereka yang terasa.. Moga sudilah memberi kemaafan pada diri yang kecil ini..

Hampir sebulan lebih aku tidak meng"update" blog ini.. Bukan kerana sibuk dengan mana-mana urusan mahu pun di sebabkan kemalasan.. tetapi kerana ketiadaan aku di Malaysia.. Alhamdulillah.. beberapa hari sebelum bermulanya bulan Ramadhan aku sudah berada di Shanghai, China.. Bagi menjalankan tugas di salah satu tempat umat islam berkumpul bagi menunaikan ibadah teraweh di malam hari..


Masjid Usi Shanghai..
Yuyuan Garden Shanghai

Dan seperti sedia maklum.. China adalah sebuah negara komunis yang mengawal access internetnya.. maka tiada Facebook.. tiada Youtube dan tiada Google.. Apatah lagi Blogspot.com.. Pada mulanya terfikir akan ada banyak masa untuk mengarang entry tertangguh apabila berada di Shanghai.. tapi semua nya menjadi angan-angan habuk hahaa.. Apa pun insyallah akan cuba untuk share pengalaman berpuasa dan bertugas di China nanti.. :D


Perkembangan Saudara Muhammad Taqwim Bin Sahat..

Alhamdulillah.. Bagi yang mengikuti entry sebelum ini.. Pembedahan untuk Saudara Taqwim telah selamat di jalankan beberapa hari sebelum bermulanya Bulan Ramadhan.. Ribuan terima kasih aku ucapkan pada semua yang telah sudi membantu dari wang ringgit hinggalah mendoakan kesihatan beliau.. 

Pembedahan yang di jalankan telah dapat menyelamatkan beliau dari lumpuh seumur hidup.. Insyallah jika ada peluang nanti akan aku share gambar terkini keadaan Saudara Taqwim yang semakin pulih.. Apa pun aku masih mengharapkan dari orang ramai bagi meneruskan doa supaya beliau terus pulih seperti sedia kala seperti insan biasa  yang lain.. Sila rujuk entry sebelum ini untuk lebih maklumat ( Klik )..


Tragedi Pesawat MH 17 Dan Kekejaman Israel di Gaza Palestine..




Sebagai insan biasa.. Semua orang berasa sedih tentang apa yang berlaku pada MH 17.. Hampir 300 orang meninggal dunia kerana kerakusan segelintir manusia.. Apa pun moga keadilan akan di tegakan dan akan ada pihak yang akan dipertanggungjawapkan di atas perkara ini.. Insyallah..

Di dalam kesedihan satu dunia dengan Tragedi MH 17.. Penduduk negara haram Israel pula mengambil kesempatan untuk terus membunuh rakyat Palestine yang semakin di tindas.. Angka korban terus meningkat setiap hari mencecah lebih 1600 orang.. Di harap kita umat islam dapat membantu sekurang2nya membaca doa qunut nazilah.. Dan terus memboikot barangan Zionist Israel..

Moga di akhirat kelak apabila kita di tanya apa yang kita buat apabila saudara islam kita di bunuh di Palestine.. At least doa itu akan menjadi jawapan untuk kita kelak.. Selamat Beramal Semua..!!!!






Pertama Kali Beraya Di Kampung Mak Jemah, Sendayan, Negeri Sembilan..

Raya pada tahun ini agak istimewa buat diri aku.. Dapat merasai keindahan suasana beraya dengan erti raya di perkampungan.. Pertama kali membuat dan membakar lemang.. Memasak dan menggaul Rendang Ayam Kampung di dalam kuali kawah.. Membuat daging salai dan ikan keli salai untuk di buat Masak Lemak Cili Padi.. Masuk kebun "menggalah" buah rambutan, langsat dan manggis.. Masuk hutan mencari rebung buluh.. Perghh memang terbaik..!!!

Kemeriahan yang cukup indah sehingga tak terungkap dengan kata2.. Maklum la.. kita ni orang KL tu yang excited lebih beraya kat kampung.. Pernah la ada kampung suatu ketika dahulu.. Ooppsss.. tapi aku bukan orang Negeri Sembilan yer.. hahahaha.. Insyallah nanti aku akan story macam mana aku boleh terlajak beraya di Negeri Sembilan.. :D


Macam ada benda jer bawah daun pisang tu.. 
Oh ikan keli yang sedang di salai.. Daging salai dah siap tadi huhuhuu...  :D
Aktiviti membuat lemang dengan Abg Wan dan Abg Man  di kampung.. :D
Membuat Rendang Daging berjemaah bersama saudara mara.. :D


Pengembaraan Backpackers Aku Dalam Dunia Travel..

Dunia Travel masih lagi menjadi satu perkara penting buat aku.. Alhamdulillah sekembali aku dari China 2 minggu lepas.. Maka lengkaplah 30 buah negara telah aku jelajahi secara officially.. Insyallah aku akan meneruskan lagi pengembaraan backpackers minggu depan ke Yangon, Myammar.. Orang tengah sibuk berhari raya.. aku nak merantau lagi.. Teruk kan..?? hahahaa..

If ada sesiapa yang pernah pergi Myammar or lagi bagus jika baru balik dari Myammar.. Di harap boleh la share sedikit sebanyak info pada aku.. Any suggestion perhaps.. Cheap accommodation.. Tempat makanan halal.. Transportation Yangon to inle Lake.. Boleh email afif_4ht@hotmail.com .. atau kat comment bawah ni pun boleh.. Insyallah Myammar akan menjadi negara ke - 31 dalam Dunia Penjelajahan aku.. Tolong doakan k .. Selamat Hari Raya Semua .. :D

107 comments:

  1. Selamat hari raya afif maaf zahir dan batin sbb rasanya banyak jugak senda gurau dan komen yg akak tinggalkan di sini mana tahu ada yg terguris di hati..kosong-ksong ye...no wonderlah lama menghilang....rindu tau nak dgr celoteh kami di sini..nk baca pengalaman bertugas di Shanghai ..tapi dah nk ke Yangon pulak..walau ke masna sahaja destinasi akak doakan semua berjalan lancar ye amin...Selamat Hari Raya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Kak JM.. Itulah moga bermaafan sesama kita lah yer.. Memang rindu nak dengar coleteh dari rakan2 blogger di sini.. sebulan lebih tak dapat buka blog nak pengsan pun ada hahahaa.. insyallah akak.. doakan moga dipermudahkan segala urusan saya di Yangon nanti yer :D

      Delete
  2. psstt...akak org first komen ke heee...nak tanya..kad raya yg akak kirin tu dh terima lom :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap thanks akak.. menjadi yang pertama mengomen hehehee.. Alhamdulillah dah terima kad raya akak tu.. terima kasih.. :D

      Delete
  3. ehem ehem...macam tau jer cemana leh terlajak ke kampung mak jemah di sendayan....upsss....dalam diam berisi ni...hehehe selamat hari raya afif!minta maap juga kalo ada salah silap...afifff sila kongsi info myanmar tu gak please?sbb tak byk la cerita org kita ke sana kan....hehehe wohoooo jelesnya nak masuk 31 negara dahhh....dapat masuk tak north korea aritu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem ehemm... sabar Kak DJ.. insyallah biar saya cerita macam mana cerita nyer k hahaha... Saya pun ingat memohon maaf pd salah silap saya.. insyallah akan kongsi pengalaman di Myammar tu nanti..North Korea.. hehehee :D

      Delete
  4. nama sy ada dlm kg tu..kehkehkeh..afif,ni email baru sy eh..anaianaikenit@gmail.com
    yg kelkatujelita tu dh x aktif..org yg sama juga :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa... tak pasal2 pulak kan nama sama :D
      oh dah tukar.. mesti banyak perkara baru kan.. insyallah akan datang berkunjung.. lagi pun tgh raya ni .. kene selalu bertandang beraya.. selamat hari raya :D

      Delete
  5. alhamdulillah..Taqwim dah selamat menjalani pembedahan. salam aidilfitri Afif, maaf kalau ada terkasar bahasa ke apa ke..nanti jangan lupa share pengalaman di China dan di kampung mak jemah tu ye.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Taqwim dah selamat menjalani pembedahan.. Salam Aidil fitri juga .. Insyallah akan share pengalaman di China nanti.. Kg Mak Jemah tu pun yer hehehe.. :D

      Delete
  6. Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Moga ceria selalu :D

      Delete
  7. Selamat Lebaran Bang Afif. Minal Aidzin wal Faidzin. Taqobalallohu mina wa mingkum.
    Lama tidak update blog, rupanya sedang tugas di Shianghai. Saya fikir tengah sibuk mempersipakan perkawinan..hehe.
    selamat berbackpackeran ke Myanmar Bang Afif, semoga segalanya dipermudah dan dipermurah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Lebaran Gunadi Firdaus.. Mohon kemaafan semua nyer yer.. :D
      itu la mmg lama tak update blog ini.. Perkahwinan? aminnn... insyallah.. kalau di jemput kenduri kawen mau datang tak ke Malaysia?? terima kasih mendoakan perjalanan saya.. :D

      Delete
  8. Bestnye merantau tempat org. Teringin jugak nak berjalan2 jauh mcm arwah ayah ana. Huhu. Menimba pengalaman katanye. :D Btw selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat merasa pengalaman di negara orang.. insyallah di doakan moga Ismi Ana juga dimurahkan rezeki untuk merasai pengalaman di tempat orang.. yeap selamat hari raya juga :D

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin bro. Best betul dapat mengembara je negara orang. Kalau ada lebih duit dan keberanian memang menarik untuk dicuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidil fitri juga bro.. alhamdulillah di beri keizinan untuk menziarahi keindahan di tempat lain.. insyallah di doakan moga saudara pun dimurahkan rezeki untuk berpeluang meliha sendiri keindahan di tempat lain :D

      Delete
  10. (senyum)
    (pastu akak gelak baca blog nih..boleh?)
    hehehe..
    welcome home dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. akak nak gelak kuat2 pun boleh hehehee.. sila sila :D
      thanks akak.. nanti boleh datang beraya yer :D

      Delete
  11. selamat hari raya. Maaf zahir batin ye.
    selamat mengembara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan batin juga yer :D

      Delete
  12. Waah! Jadi imam terawih kat sana? Cayalah! Saya pernah pergi Myanmar awal tahun lepas tapi rasanya mcm outdated dah info sebab harga berubah cepat skrg terutamanya di Yangoon, Mandalay, Bagan & Inle Lake. Ni berdasarkan laporan kwn2 yg pergi ke sana selepas saya.

    Anyways. Beraya kat kampung Mak Jemah sudah. Bila nak jemput kenduri di Kg Mak Jemah? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat rezeki rahun ni di shanghai.. oh dah pernah pergi ke myammar.. tak ada apa pun just nak tahu macam mana jer.. if ada any suggestion..

      Insyallah nanti akan di umumkan bila tarikh tempat fan sebagai nyer hehehe... doakan la..

      Delete
  13. waaa manyak syokkkk dah 30buah negara menjelajah slmt hari raya ek kosong2 ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga.. kosong2 yer :D.. alhamdulillah rezeki murah :D

      Delete
    2. hehehe dh kawen ni lgi makin murah rezeki tu ;)

      Delete
    3. Insyallah mudah-mudahan.. doakan la.. :D
      tengah fikir nak travel dengan isteri macam mana hhuhuhuu.. :P

      Delete
  14. Selamat hari raya maaf zahir batin... Wah tak sabar tunggu entry Afif pasal Shanghai tu. Saya tak pergi masjid yang Afif singgah tu...

    Tak beraya di Johor tahun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidilfitri.. sabar yer.. insyallah akan update keadaan di shanghai tempoh hari.. oh masjid di shanghai tak banyak ada 6 buah sahaja..

      Tahun ni tak balik johor la.. :D

      Delete
  15. seronok betul...asyik merantau sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. mana ada asyik merantau sahaja.. kadang kala jer heheee.. :D

      Pape pun selamat hari raya la :D

      Delete
  16. pertama skali tahniah la dr aku! selamat hari raya! maaf zahir batin. semoga ke myanmar tu selamat2 semuanya. insyaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebanyak2.. hehehee...
      Selamat hari raya juga Tuan John.. semoga sentiasa sihat walau di mana jua berada..

      Insyallah akan berhati2 bila berada di myammar itu.. :D

      Delete
  17. Selamat Hari Raya to you. Saya pergi Myanmar awal tahun ini tapi belum sempat lagi saya blog. Banyak travelogue saya backlog sudah =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Diana Teo.. if u are around in KL.. sila la datang berhari raya di rumah yer..

      Oh ye ker.. sama lah kita.. ntah la.. tak ter"update sangat kan.. but will one day soon hehee.. :D

      Delete
  18. selamat hari raya bro.. segak berbaju melayu hijau...eh patutlah lama x nampak updte blog..rupanya kat china.. disekat rupanya media sosial kat sana ya,.. btw miss ur travel entry.. tunggu entry berpuasa di china :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidil fitri juga Tuan Sobri Yaacob.. di hari raya mesti la segak kan.. meraya kan syawal yg menjelma..

      Itu lah.. di china tak boleh nak update sangat.. habis tergendala segala kerja2 di blog nie huhuhuuu...

      Insyallah akan update as soon as possible.. doakan la... :D

      Delete
  19. ooo..akak ingat FB je yg tak boleh kat China..Google pun xde rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah saya pun mula2 ingat just facebook jer.. sekali dgn google pun tak boleh.. aduh tergendala segala agenda.. :D

      Delete
  20. Selamat hari raya dan congrats. Banyaknya negara dah ziarah.Semoga selamat semuanya ke myanmar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga untuk Ciku yer.. and thanks for the wish.. insyallah moga selamat semua nyer di myammar nanti :D

      Delete
  21. Owh merantau lagi la ye, patut la sepi je blog..hehe

    Meriah tengok persiapan beraya ha.. apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hari tu dapat rezeki utk berteraweh di shanghai china..

      Pastu kat china tak boleh buka blog abis tergendala kerja blog nie.. alhamdulillah mmg meriah persiapan raya hari tu.. yeap apa pun slmat hari raya..

      Delete
  22. Replies
    1. Salam Syawal juga untuk Kak RDZ Z.. moga ceria selalu yer.. :D

      Delete
  23. selamat hari raya afif. laaa, ke china rupanya. patut le senyap je blog ni. lenkali kalo takleh online, draft dulu dalam ms word. nnt bila dah bleh online, copy paste je dalam blog.

    cemana plak tahun ni boleh beraya kat negeri sembilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak LydSunshine.. aah ke China bulan ramadhan lepas.. itulah kalau tahu di China tak boleh buka google memang dah buat entry siap awal2.. tapi nak buat macam mana kan.. tapi sibuk juga masa di China susah nak update blog.. hehee.. macam mana? insyallah nanti akan story :D

      Delete
  24. Selamat hari raya..maaf zahir batin...rindu blog anda....lamanya bercuti..ke mana hilang selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya .. Maaf Zhir dan Batin.. Huhuuu.. rindu blog tuan juga :D
      Bukan bercuti tapi bertugas di Shanghai masa bulan Ramadhan baru nie.. :D

      Delete
    2. Syukur alhamdulillah ustaz .... Ada masa datang le btandang ke tg malim...

      Delete
    3. Insyallah akan berusaha untuk bertandang ke tanjung malim..

      Delete
  25. Assalamualaikum. wahh bestnya beraya di kampung.. *selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Selamat Hari Raya Sheila :D
      mesti la beraya di kampung memang best dan menyeronokan .. wiiii... hehehee.. :P

      Delete
  26. Selamat Hari Raya..maaf zahir batin..jadi imam terawih ke..Alhamdulillah..selamat berangkat ke Myanmar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Puan Nohas.. Mohon maaf zahir dan batin juga.. Aah begitu la tugas nyer semasa di bulan ramadhan baru ni.. thanks doakan :D

      Delete
  27. Alhamdulillah dan tahniah kerana telah berjaya beraya di Negeri Sembilan :p
    Selamat hari raya juga utk Afif...mohon maaf andai salah dan silap sepanjang kenal di alam maya nie

    p/s : acuan roti jala sudah ada...nanti akak post! oh alamat belum minta lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mrs Smile.. itu lah seronok sangat kan dapat beraya di kampung..
      Saya pun nak mohon maaf pada salah silap pada yang sedar atau pun tak di sedari..

      Oh acuan dah ada.. best nyer.. ok nak bagi alamat yer.. insyallah nanti akan bagi kat blog akak .. :D

      Delete
  28. selamat harii raya!...
    p/s:wah sempat lagi tu g travel bulan raya ni.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
      Eh bukan sempat tapi terpaksa hahhaa.. xde la.. nk pi sekejap jer :D

      Delete
  29. alamak handsome la pulak kan. hahaha *tercair sekejappp*
    naseb anak buah kann. errr anak sendiri bila lagi?

    wahh, bestnya dapat bakar lemang dan sempat travel lagii.. hehe

    selamat hari raya jugak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa nak cair pulak kan hahahaa.. biasa2 sudeh..
      Aah anak buah.. insyallah mana tau anak sendiri tahun depan kan aminn..
      Lemang best.. travel pun best hahahaa.. slmt hari raya :D

      Delete
  30. oo eh same sebulan jugak hilang...tapi duk diam2 kt mesia je la...untungla keje dan berjalan..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee... hilang tak hilang janji hilang kan hahahaa... keje rugi jalan jer untung hehe.. selamat hari raya :D

      Delete
  31. Selamat hari raya encik afif. Maaf zahir batin. Selamat beraya kat negara org. Kemsalam kat mamat yg hensem je tau. Kikikiiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga buat Mrs Syieda.. mohon maaf juga yer.. kimslm yg hemsem yer.. tgk la kalau ada yg hemsem akan di smpaikan.. hahaha :D

      Delete
  32. hihiks patutlaah lama tak berupdate. ke China rupaanya. seronoknyaa dapat berterawih dengan orang orang islam kat sana. btw selamat hari raya :D welcome back to Malaysiaaa weee ~ nanti gi Yangon jangan lupa souvenir eeeeeh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee.. itu lah cerita nyer.. membawa diri ke China.. alhamdulillah mmg seronok.. pengalaman yg cukup sempurna..

      Selamat hari raya aidilfitri juga.. :D erkkk souvenir.. orait will see how.. hehehe.. :D

      Delete
    2. mohon mencari free time update cerita trip jalan-jalan kekeke.. haaai la kaki ni dok trasa nak berjalan tapi ongkos menyedihkan kekeke..

      yes souvenir :D tralalala

      Delete
    3. Insyallah akan update jugak sebab tak akan tinggal blog ni kosong begitu sahaja :D

      Ongkos kene buat acccount bank lain jangan kacau hahaa :D

      Delete
  33. Selamat Hari Raya ... seronok baca Blog ini dan pengalaman mengembara ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidilfitri..
      Terima kasih sudi membaca..
      Insyallah akan teruskan berkongsi pengalaman pengembaraan di blog ni.. :D

      Delete
  34. wahhh meriahnye ! dapat pegi china & travel byk tempat sonoknye.. salam aidilfitri maaf segala slh silap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. mencari keindahan alam dalam nikmat yang diberi.. :D

      SALAM AIDILFITRI.. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN :D

      Delete
  35. Best perkongsian yang ada dalam blog ni....Lain kali sebelum travel aku usha2 sini dulu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks pada Tuan Faisal..
      Sudi datang menjenguk blog ni..
      Insyallah akan terus berkongsi pengalaman dari travel :D

      Delete
  36. Sempat lagi tak nk ucap selamat hari raye? hehe..Salam Aidilfitri..imam di shanghai? alhamdulilah, anak buah sy dipanggil ke perth australia tuk imam disana..mesti bezakan puasa di negara org?

    homaiiiiii!!!!! yg ke 30? sgt jeles hahaha..den ni ha balik2 tmpt yg sama ish ish..wajib ke lain nih.. have a nice trip! sila la hapdet nnti ye. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat jer .. kan syawal itu sebulan.. aah alhamdulillah begitu lah cerita nyer semasa di shanghai.. yeap berbeza sangat pengalaman di negara orang.. :D

      Aah syukur sangat ini dah masuk yang ke 30.. insyallah moga dimurahkan rezeki juga..
      Insyallah akan update nanti.. thanks again :D

      Delete
  37. Selamat Hari Raya ...wwahhh dah cukup 30 buah negara dah...akak x sampai 10 buah negara lagi..haha...jenuh nak kejar sampai 30 ni..hehe..anyways..suka baca blog nih sebab byk info menarik ttg dunia travel.. Keep it up !! Sumber informasi yg dinanti2 kan oleh traveller yg bru and lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
      Alhamdulillah la dapat merasa pengalaman di tempat orang lain..

      Thanks sudi dtg and baca blog yang tak seberapa nie.. hehehe.. insyallah akan cuba untuk share pengalaman dan info pada pembaca.. :D

      Delete
  38. Selamat Hari Raya maaf zahir batin TT..... hari tu dah dtg tapi tak sempat nak komen....asal nak komen jer cik abe dah balik kerja....kenalah layan lakikan hehe
    TT awak jadi imam solat terawih ke ....Amboi bukan main lagi jauh mengimamkan yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Kak Hainom okje.. tak komen rak apa jangan lupa sudeh ler hahaa.. kita pun sibuk jer la ni.. tgh tunggu free nak update blog jer ni hahahaaa...

      Alhamdulillah la ada rezeki tahun ni dapat jadi di shanghai.. biasa2 jer la kak.. :D

      Delete
  39. Afif! Baru hari ni dapat usha...hehehe...all in one entry..tak tau nak komen yg mana...yg penting...g Myanmar lepas balik tu update banyak tau...face care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sally.. thanks la datang menjenguk ke Blog yang suram ni.. tak apa dah tinggal kan komen pun kira dah baik hati sebab ada jejak .. senang nak balas kunjungan balik hehehe.. :D ok tunggu k.. baru balik banyak nak kene setel kan dulu :D

      Delete
  40. selamat hari raya... :)

    lambat jenguk blog ni..huhuhu

    wahhh mmg ada nama kampung mak jemah rupanya... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga.. kita pun dah lama tak update.. sibuk pulak sejak kebelakangan nie hehehe.. :D itu lah pasal ada nama kg mak jemah hehehehe :P

      Delete
  41. selamat hari raya afif. lama betul cuti raya neh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya "WinAwin".. tak la lama mana pun.. biasa2 jer :D
      Thanks for the wish.. :D

      Delete
  42. selamat hari raya maaf zahir dan batin.. masih belum terlambat lagi kan.

    huhhh.. macam2 activity ye... terus travel n travel lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin juga Kak Azian Elias.. :D
      Belum .. masih berada dalam syawal lagi nie hahahaa..
      Insyallah akan terus menerus travel dan travel... doakan yer :D

      Delete
  43. Selamat hari raya :)
    Walaupun Syawal dah nak habis, CN nak wish jgk :)

    Maaf zahir batin jgk kalau ada komen2 CN d sini yg kurang sesuai. Huhu...

    CN doakan misi penjelajahan ke Myammar akan terlaksana dgn jayanya, In shaa Allah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Ray juga.. syawal tak abis lagi so okay jer nak wish :D
      Sama lah jikalau ada terkasar bahasa dan sebagai nyer saya memohon maaf la..
      Alhamdulillah dah selamat pulang ke Malaysia dari Myanmar ..

      Delete
    2. Laa.. dah selamat pulang ke? Ishh, ketinggalan zaman sikit CN ni. hehe
      CN tggu nak baca cerita kembara Myammar :)

      Delete
    3. Aah dah selamat pulang.. alhamdulillah :D
      Insyallah nanti akan update pengalaman di Myanmar ... hehehee..

      Delete
    4. Alhamdulillah selamat pulang :)
      In shaa Allah dah update nnt, CN baca :)

      Delete
    5. Insyallah.. nanti akan update k.. :D
      Doakan lah yer.. :D

      Delete
    6. In shaa Allah. Excited ni tunggu update. hehe :)

      Delete
    7. Nanti send alamat kat email yer.. nak jemput dtg mai kenduri..

      afif_4ht@hotmail.com

      Delete
    8. Done! CN dh email address :)

      Delete
  44. Sudah lama tak berkunjung ke sini hahaha ... Mohon maaf lahir batin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun da \h lama tak buat blog walking nie.. sibuk pulak semenjak dua nie hahahaha ..
      Mohon Maaf juga :D

      Delete
  45. selamat hari raya....so dapat merasa suasana ramadhan di China la ni...
    Mesti rasa teruja kan beraya di kampung...mmg meriah...letih la nak menjaga lemang tu yer... :)
    wahhh .. nk g backpacker lg...x per...pergi la dulu pastu tempek gambar byk2 kat sini...hanya mampu tengok gambar je...nk pegi..x la lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga untuk CIKU.. alhamdulillah dapat merasai berpuasa di china :D mmg pengalaman yg menarik..
      Jaga lemang letih ..?? Tak la sebab sementara tunggu tu.. kami sibuk petik buah rambutan..

      Alhamdulillah dah selamat sampai dari pengembaraa di Myanmar.. :D syukur

      Delete
  46. Alahai.. Ros berkunjung ke sini dah 2 Zulkaedah... Dah habis Syawal...
    Suasana hari raya di kampung memang meriah...
    p/s: semoga dipermudahkan segala urusan yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. tak apa.. still mood raya jugak kan hehehe.. selamat hari raya la.. mmg suasana kampung mmg best.. amin moga dipermudahkan semua perkara.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...