Sekiranya anda akan transit di Dubai dengan penerbangan Emirate Airlines maka cubalah pilih waktu transit melebihi 4 jam. Kerana minimum waktu yang diberi kepada penumpang transit untuk keluar dari airport adalah minimum 4 jam. Hanya sekiranya anda mahu keluar berjalan-jalan di Bandar Dubai.
Dan pastikan waktu transit itu berada pada siang hari sebab public transport dan semua tempat attraction dibuka dari pagi sehingga petang atau pun sehingga awal waktu malam sahaja sebab kalau transit 7 jam di waktu malam juga no point. Kebiasaannya rata-rata kedai tutup pada pukul 10.00 -11.00 malam d Dubai.
Untuk sekarang tiada lagi kupon makanan percuma atau penginapan yang diberikan kepada penumpang Emirates Airlines yang transit melebihi 4 jam di Airport Dubai. Dan harga makanan di dalam bahagian transit juga sangatlah mahal. So kalau tak ada niat nak keluar airport maka janganlah pilih waktu transit yang terlalu lama di Airport Dubai.
1. Dubai Metro 1 Day Pass Ticket
Pertama anda perlu dapatkan Dubai 1 Day Pass Metro Ticket ini untuk membolehkan anda bergerak hampir ke semua tempat menarik di Bandar Dubai. Latest pengalaman aku di hujung tahun 2024 harga tiket ini telah naik dari AED 18.00 kepada AED 22.00 (AED20.00 untuk 1 Day Pass dan AED2.00 untuk beli kad).
Boleh dibeli di Vending Machine dan kalau tak pandai boleh jer pergi ke kaunter dan bayar cash untuk beli. Dan Day Pass ini ada dua jenis satu yang biasa Standard Card warna merah AED 22.00 dan kedua Gold Card AED 40.00. Kalau di kaunter aku perasan dia akan offer yang gold ini. Korang cakap jer nak yang biasa.
Boleh digunakan sepanjang hari sehingga pukul 12.00 tengah malam. Dan dengan kad ini juga anda boleh menggunakan perkhidmatan Palm Jumeirah Monorail Link untuk ke Palm Island iaitu pulau buatan tercantik di dunia. Dan kalau banyak masa aku cadangkan naik train sehingga last station boleh la jadikan macam tour untuk lihat kecantikan Bandar Dubai.
2. Deira City Centre Mall
Mall yang paling dekat dengan Dubai Aiport adalah Deira City Centre. Kalau korang belum makan atau nak beli souvenir maka sinilah tempatnya. Bukan sebab sini ada banyak pilihan tapi sebab di sini tak la semahal di Dubai Mall. Walau mall ini tak semewah Dubai Mall tapi boleh dikategorikan sama dengan Mid Valley Megamall di Bangsar.
Disebabkan harga makanan yang terlalu mahal di dalam area transit Dubai Airport maka aku lebih prefer untuk naik metro dan datang ke sini hanya untuk makan dan membuang masa bila memilih waktu transit yang sekejap. Terletak hanya 3 Metro Station dari Dubai Airport Terminal 1.
3. Museum Of The Future
Mudah sangat nak ke sini dengan menggunakan Metro dari airport dengan hanya 10 station sahaja korang akan sampai di Emirates Tower Metro Station. Dan kemudian berjalan kaki lebih kurang 260 meter dari station. Sama ada menggunakan Walking Link Bridge atau berjalan di bahu jalan sahaja. Dari station metro dah boleh nampak structure muzium ini.
Entrance fee AED 159.00 untuk yang berumur 4 tahun ke atas dan percuma bagi 4 tahun ke bawah. Boleh beli ticket di kaunter atau boleh beli online in advance. Bagi aku kalau tak ada duit pun wajib datang ke sini bergambar dengan one of The World's Most Complex Building.
Oh ya mungkin ada yang bertanya tulisan apakah yang ada pada building ini. Nampak macam ayat suci pun ada. Ianya hanyalah satu puisi dari The Ruler of Dubai Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang bermaksud “We might not live for hundreds of years but the products of our creativity can leave a legacy long after we are gone".
4. The Dubai Mall - Second Largest Mall In The World By Land Area
Hanya dengan jarak dua station sahaja dari Emirate Tower Metro Station. Anda akan sampai di Dubai Mall ini yang juga bersebelahan dengan Burj Khalifa. Namun jarak berjalan kaki menggunakan Metro Link Bridge adalah melebihi 950 meter untuk sampai di pintu masuk Dubai Mall. Tapi jangan risau ia bukanlah open air tapi sejuk berhawa dingin.
Dubai Mall ini adalah The Largest Mall in Dubai dan Second Largest Mall in The World. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam kecuali Sabtu & Ahad ditutup 12.00 malam. Terdapat lebih 1200 kedai dan 2 pasaraya besar iaitu Galeries Lafayette dan Bloomingdale's. Lebih 200 kedai makan. Dibina dengan kos USD20 Billion pada tahun 2008.
5. Burj Khalifa - Tallest Building In The World
Burj Khalifah ini wajib kita pergi bila dah sampai Dubai sebab dia adalah bangunan tertinggi di dunia setakat 2025 ini. Dengan ketinggian 829.8 meter bersamaan 2,722 kaki. Siap dibina pada tahun 2009 selepas 5 tahun pembinaan dengan kos melebihi USD1.5 Billion. Dan diberi nama sempena nama Khalifa bin Zayed Al Nahyan - Pemerintah Abu Dhabi.
Sekiranya ada mempunyai lebihan duit maka boleh la membeli tiket untuk naik ke Level 124 & 125 dengan harga RM195.00. Dan paling best naik ke Sky Views Observatory Level 148 dengan harga RM500.00. Pemandangan dari atas memang menakjubkan. Berbaloi nak cuba sekali dalam hidup. Beberapa kali ke Dubai hanya sekali aku naik ke atas.
Untuk tiket korang boleh check online (KLIK SINI). Banyak kali juga ada promo dan pernah aku dapat harga RM298.00 sahaja untuk naik ke Sky Views Observatory ini. Dan paling murah adalah bila kita beli Combo Ticket. Contoh beli Ticket Entrance Combo Burj Khalifa & Dubai Future Museum.
6. Dubai Aquarium and Underwater Zoo
Kalau tadi aku ada inform bahawa untuk membina Dubal Mall adalah USD20 Billion ini kerana untuk membina Dubai Aquarium & Underwater Zoo ini sahaja telah menelan kos ratusan juta USD. Dan nama pun Dubai, semua benda yang diorang buat mesti nak dapat title the most in the world termasuk aquarium ini.
The World Largest Indoor Aquarium Tank dengan besar area 1,124,000m22 dan mempunyai hampir 33,000 haiwan akuatik termasuklah Shark, Crocodile, clown fish serta banyak lagi. Boleh menampung lebih 10 juta liter air. Mempunyai panjang 51 meter, lebar 20 meter dan tinggi 11 meter. Antara tarikan utama adalah underwater tunnel sepanjang 48 meter.
Melihat sahaja dari luar seperti gambar di atas adalah percuma. Untuk Basic Pass berharga AED199.00 Aquarium Tunnel, Explore the diverse ecosystems of the Underwater Zoo and witness the playful antics of Penguin Cove. Ultimate Pass AED269.00 ada tambahan Glass Boat Tour. Combo Dubai Aquaria with Sky View Burj Khalifa berharga AED275.00.
7. The Dubai Dancing Fountain
Terletak di antara Dubai Mall dan Burj Khalifah dan termasuk di dalam kos pembinaan Dubai Mall dengan kos pembinaan USD218 Million. Melihat pertunjukan tarian air ini adalah percuma di lakefront. Pertunjukan pada waktu siang adalah pada pukul 1.00 petang sehingga 1.30 petang dan hari jumaat dilewatkan 30 minit.
Namun pertunjukan di waktu malam adalah lebih cantik disebabkan ada cahaya-cahaya lampu yang turut menari so cubalah adjust waktu transit di malam hari kalau boleh. Pertunjukan akan diadakan setiap setengah jam yang bermula pada pukul 6.00 petang setiap hari sehingga yang terakihr pada pukul 11.00 malam.
8. Ski Dubai & Mall of The Emirate
Dari Dubai Mall/Burj Khalifa Metro Station anda cuma perlu melepasi 4 station sahaja untuk sampai di Mall of The Emirate Metro Station. Mula dibuka kepada orang ramai pada September 2009 dan dimiliki oleh Majid Al Futtaim Group dengan kos pembinaan awal 1st Floor berharga AED100 juta dan expansion 36,000 square meter pada 2015 berharga USD1 Billion.
Dan pada hujung 2024 sebanyak AED164 juta telah diperuntukan untuk membuat expansion di bahagian entrance mall. Kalau ditanya mana yang best sama ada Dubai Mall atau Mall of The Emirate maka aku jawap kedua-duanya sekali. Sebab masing-masing ada kelebihan tersendiri. Dan bergantung pada waktu transit berapa lama.
Kalau nak cari barang electronic especially handphone dan camera maka di sinilah jawapnya. Macam hari tu aku cari Insta360 dengan DJI dekat sini harga dia lebih murah sedikit dari Malaysia. But kena tengok juga currency exchange and so on masa korang travel nanti.
Dalam mall ini juga terletaknya Ski Dubai tempat bermain salji dan papan luncur. Ticket bermula dengan harga AED220.00 untuk Snow Park Pass, AED265.00 Snow Fun, AED325.00 Snow DayCation dan Snow Premium AED 499.00. Dua pakej terakhir tu korang boleh bermain dengan penguin selama 40 minit.
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari link ini Ski Dubai Information. Last admission 9.30 malam untuk Hari Isnin sehingga Khamis dan 10.30 malam untuk Hari Jumaat Sabtu dan Ahad. Dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi sehingga 11.00 malam. Kecuali Sabtu & Ahad 12.00 malam.
9. Ibnu Battuta Mall
Ok kalau korang ada banyak lagi masa atau korang dah pernah sampai ke tempat-tempat tadi dan nak try tempat baru maka aku suggest korang boleh ke Ibn Battuta Mall yang terletak 8 Station dari Mall of The Emirate Metro Station atau 24 station dari Dubai Airport. Agak jauh namun berbaloi untuk dikunjungi.
Kenapa ia berbaloi untuk dikunjungi? Kerana mall ini terkenal dengan istilah Bandar Dalam Bangunan. Jika anda masuk ke sini anda akan dapati diri anda berdiri dalam sebuah bandar lama berserta langit yang biru.
Dan tidak seperti mall-mall mewah yang lain. Seni bina dalaman Ibn Battuta Mall ini dihiasi dengan banyak ukiran dan bangunan lama yang kebanyakan berciri-cirikan timur tengah. Terdapat juga replika seperti sebuah kapal dagang cina zaman dahulu. Dan jangan terkejut jika anda ternampak sungai di dalam Mall ini.
Pada pengalaman aku Ibn Battuta Mall ini sangat menyeronokan especially buat kanak-kanak dengan ada pelbagai patung-patung superhero tapi tak tahu lah kalau semua tak permanent. Dan replika patung yang dibuat bagi menunjukkan kehidupan orang-orang arab zaman dahulu. Ada yang berniaga, menunggang gajah, mengajar ilmu dan banyak lagi.
10. The Palm Tower & Nakheel Mall
Yang ini adalah yang paling jauh dan sekiranya memang ada lebih masa sekitar 3 jam ke atas maka boleh la ke sini untuk melihat Palm Jumeirah Island. Sebuah artificial offshore island yang paling indah bagi aku. Sebab kalau dah ke Dubai macam tak complete jika tidak jejak ke salah satu icon utama Dubai ini.
Anda perlu ke Sobha Realty Metro Station iaitu 20 station dari Dubai Airport dan menukar ke Dubai Tram Link di Dubai Marina Tram Station. Dan selepas 4 tram station anda akan sampai di Palm Jumeirah Tram Station dan kemudian menukar ke Dubai Monorail Link dengan jarak 150 meter berjalan kaki.
Setelah sampai di Palm Gateway Monorail Station anda cuma perlu melepasi dua station untuk ke Nakheel Mall Station. Dan dari Nakheel Mall ini anda boleh berjalan di dalam mall untuk ke The Palm Tower yang terletak dibelakang mall. By the way datang Dubai ni memang kena banyak berjalan kaki. Setakat 10,000 langkah tu kacang jer.
Kenapa nak ke Palm Tower ini? Sebab di sini adalah the best view untuk lihat kecantikan Palm Jumeirah Island dengan pemandangan 360 darjah sehinggalah ke Burj Khalifa. The view at The Palm Tower Level 52 Observation Deck ini berharga AED100.00 untuk normal ticket. Dan Fast Track Ticket berharga AED185.00 dengan penambahan excess ke Level 54 rooftop open air.
Aku pernah pergi ke semua tempat ini dalam satu hari iaitu transit dari sebelum subuh dan connecting flight pukul 2 pagi. Tapi memang penat dan rasa kaki memang macam nak tercabut haha. So my suggestion is bahagikan destinasi mana nak pergi ketika transit flight pergi dan flight balik. Ada banyak lagi attraction lain cuma di sini aku listkan yang mudah kita pergi menggunankan Metro dan Tram.
menarik belaka tempat2 ni...tp kena plan betul2 laaa kalau transit kat Dubai ni..part mknn mahal dlm airport...memang semua airport pun mahal kan...istanbul airport pun mahallll
ReplyDeleteTak pergi semua pun tak apa.. utamakan utk pergi yg mercu tanda dulu.. kalau ada lebih masa boleh la ke tmpt lain.. Makanan kat airport mahal tapi di Dubai mahal dia tak boleh bawa bicang hahahaa..
DeleteKalau transit lama ok la banyak pilihan tempat nak pi..kalau setakat 2 jam transit..eh..eh..lamanya awak transit...memang lengkap la venue tu dalam masa transit tu...untung bila transit yang lama...
ReplyDeletecantik tmpt2 yg boleh dilawati bila transit kt dubai tu..ada juga tgk kwn2 yg pegi dubai singgah tmpt2 yg dinyatakan...tq for sharing
ReplyDeleterasa tercekik air lior bila pasal Dhubai ni ehehehe
ReplyDelete