Friday, 17 January 2025

Gambar Berbicara Di Awal Bulan Januari 2025

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Jumaat Semua - Semoga semua yang hadir ke blog ini diberikan ketenangan di hari yang barakah ini Amin.

Sepanjang minggu ni teramat sibuk dan kerja yang padat sehingga setiap hari harus bekerja sehingga lewat malam. Terasa minggu ini seperti kurang bermain dan bergurau dengan anak-anak. Minggu depan dah cuti sekolah tapi still have no any plan to do.

Agak stress juga bila bercerita soal kerja yang kian bertambah dengan bermulanya tahun baru 2025 ini. Tapi percaturan Allah Yang Maha Berkuasa tu memang hebat. Tetap hadirkan senyuman pada kita walau penat dalam keletihan yang teramat.

Terjumpa kawan ketika sekolah rendah dahulu Shahiwan selesai solat zohor.
Alhamdulillah sentiasa ada wife di sisi ketika layan coffee "Me & You time" :D
The only time yang kami as husband and wife ada untuk spend together adalah hanya bila habis kerja awal dan sempat layan coffee sebelum ambil anak di sekolah dan pengasuh. Mostly memang The Coffee Bean & Tea Leaf yang menjadi tempat lepak kami. 

Once dah balik rumah lepas amik semua anak maka bermula kerja memasak, basuh baju, sidai baju, kemas rumah, iron baju sekolah anak. But itulah warna warni life kehidupan yang kita kena hadapi untuk membina sebuah keluarga. Itu belum lagi ayahnya jadi singa bila ada yang bergaduh bagai hahaha :D

Sempat drive ke Bentong atas urusan kerja pada minggu pertama Januari.
Bila stress dengan kerja maka ubat paling mujarab adalah camping :D
This week pun nak update blog kisah pengembaraan ke central asia masih tertangguh. Tiba-tiba bulan ni terasa nak update semua tajuk cerita yang ada di dalam draft. Tu yang banyak update bercerita pasal kampung wife di Sendayan, Negeri Sembilan.


Serangga ini hinggap di baju ketika bersolat subuh di masjid. Siapa tahu nama serangga ini?
For me the best activity hujung minggu mesti nak cari nature sebab di situ pasti akan ada ketenangan. Dan boleh release segala masalah dalam kepala otak ini. Camping atau memancing is the best. Sometimes bawa anak mandi sungai or short trekking in to nature with the kids always the best moment for them.

9 comments:

  1. Minggu ni sis stress skit, anak tiri kat JB kena denggi dan warded...kena balik kejap tengok...kesian kat suami duk risau...lepas tu nak ke Muar gak tengok adik yang kena heart attack hari tu

    ReplyDelete
  2. saya pun tak tahu nama serangga tu tapi sayapnya mcm daun :) cute sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dia hinggap di baju masa tgh solat mmg tak khusyuk dibuatnya hahahaha... :D

      Delete
  3. selalunya ibu yg jd singa hehehe

    ReplyDelete
  4. Tu bukan belalang pelesit ker...sorry kalo salah

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan segala urusan...rasa tenang dkt dgn nature, dgr air sungai mengalir...

    ReplyDelete
  6. Rare ni Ustaz, selalu mak² yg jadi singa 🤭
    Serangga tu pernah jumpa tapi x ingat namanya.
    Have a wonderful weekend!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...