Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Ziarah Teratak Rumah Pak Long Di Kampung Jimah Lama Sendayan
Selesai balik dari Rumah Pak Long kebiasaannya kami terus balik ke Kuala Lumpur tapi kali ni ramai pula yang ajak untuk singgah di Masjid Sri Sendayan. Kebiasaan kami datang ke Sendayan sebab ada rumah saudara mara maka jarang la nak singgah masjid ini. Banyak kali bersolat di rumah saudara atau masjid yang berada di dalam kampung sahaja.
Alhamdulillah sampai juga kami di Masjid Sri Sendayan ini buat pertama kali :D |
Masjid yang diketegorikan sebagai salah satu masjid tercantik di Malaysia ini telah mula dibina pada tahun 2015 dan siap serta dirasmikan pada tahun 2019. Masjid yang boleh memuatkan seramai 5000 jemaah ini telah diwaqafkan oleh tokoh perbankan iaitu Tan Sri Abdul Rashid Bin Hussain dengan kos RM100 juta.
Berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu Dewan Solat Utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, Dewan Solat Kedua 800 jemaah dan Dewan Solat Wanita 800 jemaah.
Terpaksa parking di luar pintu pagar masjid sebab parking di dalam dah penuh. |
Suasana meriah dipenuhi oleh orang ramai yang datang berkunjung ke masjid ini. |
Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan dan enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid. Keunikan seni bina dalaman dan luaran masjid ini adalah campuran dari Turkey, Egypt, Morocco, Dubai serta China.
Kawasan masjid ini sangatlah luas dan panjang. Kalau datang pick hour macam waktu kami datang ini kena parking di luar pintu pagar masjid dan kena berjalan jauh melepas bahagian bangunan pentadbiran kemudian area taman yang juga tempat wudhu dan tandas dan kemudian barulah sampai ke ruangan berbumbung kaca.
Area taman yang juga terletaknya tempat berwudhu dan tandas bagi muslimin dan muslimat. |
Nampak tak bangunan kecil berwarna putih nun di belakang orang ramai itu. Itulah pintu masuk ke masjid dan kami parking diluar sana sebab parking di dalam penuh. |
Untuk pengetahuan semua idea rekaan dalaman masjid ini telah diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan yang merupakan kontraktor interior. Malah cat siling dalaman dilakukan secara manual hasil kerja tangan orang Morocco. Dan kubah dalaman menggunakan ‘gold paper’ 24K serta pintu dan kayu kubah diimport dari India.
Bila sampai sini barulah terasa vibe keindahan di dalam masjid ini. |
Design dalaman masjid ni pun memang cantik sampai lupalah cuaca panas di luar tadi. |
Bagi yang datang ke sini jika bukan waktu solat sekali pun rajin-rajinkanlah mengambil wudhu dan solat sunat dua rakaat. Nampak macam sia-sia sahaja kalau datang hanya untuk bergambar semata-mata. Sebab dari pemerhatian ramai yang datang hanya untuk bergambar semata-mata sahaja.
Kerusi yang tersusun di ruangan ini digunakan ketika adanya majlis akad nikah. |
Kita masuk ke ruangan solat kedua dan kemudian barulah ke dewan solat utama. |
Yang warna emas dibawah khubah masjid itulah "Golden Paper 24k". |
Adakah anda tahu bahawa setiap tempat sujud itu akan menjadi saksi di akhirat bahawa kita pernah sujud di atasnya. Sebab tu bila travel mencari masjid adalah salah satu wish list aku. Seronok bila jumpa masjid apatah lagi kalau di negara bukan majoriti islam.
Pada kebiasaannya ketika travel, bila adanya masjid maka ada komuniti islam setempat dan juga pasti akan ada tempat menjual makanan halal. Dan bagi aku bila nak cari accommodation ketika travel pasti mengutamakan dua perkara ini iaitu dekat dengan pengangkutan awam dan masjid.
Kalau pemandangan di luar masjid itu cantik maka pemandangan di dalam masjid lebih cantik. |
Keunikan gabungan ciri seni bina dari beberapa negara islam lain. |
Pada pendapat aku bagi yang pernah ke Masjid Nabawi di Madinah pasti akan menjadi pengubat rindu bila hadir ke sini. Dan yang ada pengalaman ke Turkiye dan Morocco juga pasti akan terasa aura persamaan beberapa ciri seni bina masjid-masjid di negara berkenaan ada di sini. Especially Masjis Biru dan Masjid Hassan II.
Berbalik kepada nama Tan Sri Abdul Rashid Bin Hussain ini. Masjid Sri Sendayan adalah masjid ketiga yang telah beliau waqafkan. Masjid yang pertama beliau bina dan waqafkan adalah Masjid A'isyah di Kampung Sungai Mengulu, Jalan Padang Matsirat, Pulau Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya. Siap dibina pada tahun 1997.
Masjid A'isyah, Kampung Sungai Menghulu, Kuah, Pulau Langkawi. |
Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Allahyarham Tuan Guru Haron Din pada 23 Julai 1993. Dan beliau orang yang bertanggungjawap membeli tanah tambahan seluas 1 ekar. Kos pembinaan Masjid A'isyah adalah sebanyak RM3 juta dan RM600 ribu telah disumbang oleh anak kariah. Selebihnya adalah sumbangan dari Tan Sri Abdul Rashid.
Masjid Hussain yang juga dikenali sebagai Masjid Putih. |
Kemudian beliau telah membina masjid kedua iaitu Masjid Hussain yang dinamakan sempena nama ayah beliau atau juga lebih dikenali sebagai Masjid Putih Seremban 2 dengan kos pembinaan yang bermula pada tahun 2012 dan menelan belanja sebanyak RM22.6 juta. Siap dibina dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2014.
Masjid yang indah ini diinspirasikan daripada warisan seni bina Turki. Selain dewan solat utama dan ruang solat tambahan yang boleh memuatkan jemaah seramai 3,500 orang, Masjid Hussain juga turut dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan serbaguna, perpustakaan dan bilik komputer.
By the way siapa yang pernah sampai di kesemua tiga buah masjid ini, sila comment di bawah?
Wahhhh..Cantik..Ok Nnt cuti sekolah try nk try ajak Hata pegi sini =)
ReplyDeleteYes serius cantik... Bawa anak anak sekali bergambar di sini.. :D
DeleteGah, cantik dan luas sungguhlah. Memang patut jadi tumpuan ramai.
ReplyDeleteRupanya dah tiga buah masjid beliau bina. MasyaAllah, insan hebat!
Siap 2019, tak sempat nak pergi sebab 2020 berpindah dari NS ke Penang.