Friday, 27 December 2024

Bali Part 18 : Flight Delay - Eiger Flagship Store Bali - Hotel Santika - Uluwatu Temple

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Indonesia Bali Part 17 : Bali Collection - Lunch At Bebek Tepi Sawah - Water Blow Nusa Dua

Sesampai kami di Anika Guest House dan mengambil luggage dan beg dari kaunter hotel. Kami duduk sekejap di lobi hotel menghadap kolam renang. Maka berbincanglah kami semua apa next move sebab flight dah delay ni. Pastu tadi lunch di Bebek Tepi Sawah bukan main nak habiskan duit hahaha :D

Eiger Flagship Store Bali - Produk asli buatan Indonesia - Establish in 1989.
Aku pun suggest untuk kami semua ke Outlet Eiger yang tadi aku perasan dalam perjalanan Grab ke hotel. Eiger ini adalah brand outdoor dan adventure asal Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 1989. Dan produk Eiger sangatlah berkualiti sebab ia turut membuat produksi pakaian dan kelengkapan serta accessory untuk military Indonesia juga.

Masjid Agung Asasuttaqwa, Kampung Bugis Tuban, Kuta Bali.
Selepas say bye bye pada auntie di kaunter hotel kami pun naik grab ke Outlet Eiger yang terdekat. Dalam perjalanan kami sempat meminta pemandu grab yang beragama islam untuk berhenti solat di masjid seketika sebelum ke Eiger. Alhamdulillah pemandu pun berkata dia pun nak berhenti solat juga maka berjemaahlah kami masuk ke masjid.

Anything about outdoor, adventure, sport and travelling accessory. 
Suka dengan produk Eiger ini. Tahan lasak dan tahan lama. Design banyak yang cantik :D
Sebuah kapal layar yang diletakan di tengah-tengah ruangan utama.
Sampai di Eiger pemandu grab pun masuk sekali sebab katanya tak pernah tahu pun kewujudan Eiger ini. Aku rasa ini Outlet Eiger paling besar aku pernah masuk di Indonesia, ada kapal layar dan motosikal dalam outlet ini. Barang accessory untuk aktiviti outdoor, adventure dan military memang penuh.

Banyak yang berkenan tapi itulah. Jangan diikutkan amarah nafsu dalam membeli hihii.
Kali ini aku terbeli wallet sebab ada promo 35% diskaun. Puas la wife racun dan pujuk aku untuk beli sebab wallet lama tu dah lusuh hahaa. Untuk Ustaz Anas dengan Cikgu Hani, ini adalah first time untuk mereka jejak kaki ke EIGER. Memang banyak barang dan gadget untuk traveler di sini kita boleh dapat di sini.

Untuk pengetahuan semua pembaca Eiger telah membuka 3 cawangan mereka di Malaysia. Pertama di Jalan Ampang dan kedua di MyTOWN dan yang terakhir di The Curve, Petaling Jaya. Apa pun membeli di Indonesia jauh lebih murah berbanding harga di Malaysia.

Boleh tahan besarnya outlet Eiger di Kuta, Bali ini.
Dah la angin aircond sejuk sangat dalam ni. Memang best nak cuci mata hihii :D
Moga satu hari nanti Malaysia akan ada produk outdoor dan adventure buatan tempatan.
Dalam masa yang sama kami search hotel mana nak stay untuk malam ni sebab flight dah delay. Kami decide nak cari hotel yang selesa nampak mewah tapi dengan harga marhain sebab dah 3 malam sebelum ini kami memang tak cukup tidur. 

Maka dapatlah satu hotel yang aku sangat recommended iaitu Hotel Santika Siligali Nusa Dua yang beralamat di Jalan Raya Kuta No 98, 80361 Kuta. Terletak tidak jauh dari Bali Collection dan agak mudah nak ke airport melalui Jambatan Mandara dengan jarak lebih kurang 13 km sahaja. Oh ya breakfast juga disediakan.

Reception Hotel Santika Siligali Nusa Dua.
Ruangan lobi menunggu bersebelahan dengan ruangan breakfast.
Decoration di sepanjang perjalanan dari entrance ke receptionist.
Harga sebelum diskaun adalah RM170.00 per night. Dan selepas tolak point dari app bagai dan bayar menggunakan kartu yang boleh dapat diskaun maka kami dapat RM135.00 per night for two person. Bilik memang selasa luas dan lengkap dengan segala kelengkapan. My review is 10/10 sebab banyak benda is unexpected. 

Kalau di Malaysia mesti harga lebih RM200.00 per night. Dan yang best di sini ada shuttle disediakan untuk ke Bali Collection for free untuk tetamu hotel. Dan kami diberitahu oleh staff hotel akan ada satu van yang boleh memuatkan 10 orang dengan harga IDR400,000 untuk bawa jalan-jalan sekitar Kuta. Jika berminat boleh la join the group.

Selesai urusan di kaunter receptionist. Moh ler kita naik ke bilik.
Bilik yang bersih, luas dan kemas serta cukup dengan keperluan. Ada balkoni lagi tu.
That is how secara kami tak sengaja boleh ke Uluwatu Temple dan melihat Patung Garuda Wisnu Kencana. Untuk bayaran masuk ke Uluwatu Temple - Dewasa IDR50,000 dan Children IDR 30,000 dari umur 6 sehingga 12 tahun. Bawah 6 tahun adalah percuma.  Parking kereta IDR5,000 dan untuk melihat Kecak  & Fire Dance IDR 150,000 seorang.

The reason kenapa aku ke Uluwatu adalah kerana keindahan nature yang luar biasa.
Datanglah seawal pagi untuk berjalan di sepanjang tebing Uluwatu ini.
Oh ya pada pendapat aku, bagi orang yang beragama islam tak perlulah melihat Tarian Kecak ini. Sebab ia penuh dengan pemujaan dan unsur yang tak baik dari segi syirik dan kekufuran. Dan kalau yang tak kuat tu mungkin akan dirasuk. Dan bagi aku tarian ini sangatlah menakutkan, waktu senja pulak tu. Pendapat korang pulak macam mana?

Perjalanan di sepanjang tebing setinggi 70 meter ini sangatlah cantik. 
Tarian Kecak & Api di Pura Luhur Uluwatu atau Uluwatu Temple pada waktu senja.
Juga dikenali Ramayana Monkey Chant adalah sebuah ritual menggambarkan peperangan bersama Prince Rama menentang King Ravana. Cerita ini cukup famous dalam penganut hindu.
Bayangkan Tarian Kuda Kepang samada tarian biasa, tarian gelanggang dan dramatari pun difatwakan haram oleh Pihak Mufti Kerajaan Negeri Johor pada Mei 2009. Semua umat islam ditegah dari melibatkan diri sebab ia bercanggah dengan aqidah, syariat dan akhlak islamiah. Dan yang pernah terlibat dinasihatkan untuk bertaubat nasuha.

Permainan Kuda Kepang.
Dan untuk masuk ke Patung Garuda Wisnu Kencana iaitu The Tallest Statue in Indonesia. Bayaran masuk adalah IDR125,000 per person. Nothing much to see dan pada pendapat aku boleh bergambar dari luar sahaja. And somehow ia bukanlah structure bersejarah seperti Uluwatu Temple yang telah wujud dari kurun Ke-11 oleh Dang Hyang Nirartha.

Patung Garuda Wisnu Kencana - Statue Ke-7 tertinggi dunia (76 Meter).
Oh ya ketika berada di Uluwatu kalau yang pakai spek mata tu kena berjaga-jaga sikit takut ke curi dengan monyet. Sama jugalah yang pegang handphone dan kalau bawa makanan dalam beg plastik jangan pegang. Seeloknya simpan dalam beg dan jangan biar beg kita diletakan di mana-mana tanpa ada orang jaga sebabnya monyet di sini sangatlah nakal ya amat.

Alhamdulillah selesai final part cerita pengembaraan di Bali, Indonesia ini. Terima kasih pada semua yang dah follow dan baca dari first part especially yang meninggalkan comment. Banyak benda dan perkara aku dah cut of dari bercerita di blog ini namun masih lagi panjang sehingga 18 part. If any wrong info tolong inform supaya aku boleh betulkan semula. Again - Thanks semua :D THE END.

51 comments:

  1. Bagus negara jiran kita ada produk outdoor buatan sendiri. Kita pun sepatutnya ambil peluang sbb skrg ni ramai suka aktiviti outdoor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya Malaysia yg dikatakan lebih maju patut ada dah produk outdoor/adventure sendiri tak perlu berharap dari negara luar. Btl skrg ramai suka aktiviti outdoor..

      Delete
  2. Banyak tempat yang dilawati nie... Bagus betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah byk dpt cover walau cumi 4 hari plus sahaja berada di Bali.

      Delete
  3. sejujurnya saya memang tak minat nak tgk apa2 benda yg ada unsur keagamaan/pemujaan etc.. so i agree with your viewpoint psl tarian kecak tu..anyway, rate hotel tu sgtlah murah...tak dpt lah kalau kat msia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau dah bercampur pemujaan tu mmg tolak jauh jauh la.. Dah la pemain tarian tu akan macam dirasuk huhu.. Review org la.. sy tak tgk.. mmg unexpected juga harga hotel tu murah mcm tu sekali..:D

      Delete
  4. cantiknye dinding mcm lubang2 tu kat dobi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dobi ke Lobi? Hihii... Bali ada keunikan seni bina mereka tersendiri :D

      Delete
  5. Kat Uluwatu ni la ada monyet notty. Dia curi cermin mata hitam pengunjung. Pengunjung tu bagi makanan....cermin mata hitam dia buang ke bawah. Kat sini monyet ni dikira suci jadi tak boleh diapa-apakan. Permandangan kat Uluwatu memang cantik sangat bagi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg notty sangat2 monyet tu.. nasib kat Bali.. kalau kat kg saya mmg dah kena tembak satu puak dia hahaa.. boleh pulak nk kena bg makan bru dpt balik brgbkita eh kau... Hahaha..btw view kat Uluwatu mmg cantik..

      Delete
  6. Pasal Kecak tu memang kami tak tengok pun dah timing dia tu tak ngam. Senja kan....apa pun bab keagamaan ni memang saya pun tak akan pergi tengok. Kita tak tahu apa implikasinya pada kita dan mungkin tak faham pula tradisinya. Kalau boleh saya elakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul betul waktu syaitan berkeliaran (waktu senja). Betul tu tak tahu apa implikasi dia.. dari review di internet mmg ramai yg kena kacau atau kena rasuk ketika event atau selepas balik dari situ. Lagi pun benda syirik jauhkan je la ..

      Delete
    2. Kat hotel kami duduk pun ada 'anak kecil'. Suami terlanggar. Nasib baik dia tak cerita. Balik Malaysia baru cerita. Ye lah asal senja je depa (staff hotel) dok perasap satu kawasan ni.

      Delete
    3. Uishh suami ada hijab terbuka ke.. nasib la dia tak bagitau kan.. kalau tidak mau spoil mood di Bali.. itulah sana kan byk hindu mmg cari diorg sembahyang tu byk main bakar2..

      Delete
  7. Wah eiger
    Saya tahunya merk tas, ternyata banyaj juga produknya
    Bali, wow banget
    saya belum pernah kesana
    Paling hanya lewat televisi, entah itu tarian atau patung yang tinggi gede itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kalau ke Indonesia pasti akan ke Eiger mencari sesuatu yg boleh dibeli.. murah dan kualiti yg bagus bangat.. alhamdulillah skrg sudah 3 outlet Eiger dibuka di Malaysia.. tapi harganya jauh bangat mahal dari beli di Indonesia hihii

      Delete
  8. Saya terakhir ke Bali th 2018 yg lalu, sempat ke GWK Uluwatu , entah seperti apa Bali sekarang, untuk tarian Kecak, saya memang belum liat secara langsung, monyet"di sana memang cukup nakal, apalagi di monkey forest, wah harus hati"kalau gak mau barang"kita di bawa kabur/ lari oleh mereka 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bali yang cantik adalah landskap nature di sana. Moga kekal dijaga dan dijauhkan dari pembangunan yg tidak terancang yang akan membunuh keindahan alam. Monkey di sana cukup nakal...

      Delete
  9. Seram jugak tarian kecak tu.. mmg x lah nk tgk esp kalau yg bawak baby kan.. bestnya indon ada produk outdoor jenama sendiri, tp bali ni mmg best kan mcm2 ada, sy pernah jejak kaki ke bali tp lama dah 2008 dulu tp x ke mana sgt pun pegi shopping je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah boleh tengok di youtube tarian kecak tu mmg menyeramkan dengan waktu senja lagi tu huhuu.. Kalau ke Indonesia wajib singgah ke Eiger kualiti baik dan murah. lama dah tu 2008.. Kena repeat semula sbb byk dah berubah tu :D

      Delete
  10. Wo0w! Foto Uluwatu tu macam poskad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kalau tgk dgn mata sendiri lagi la terpegun dan terkaku huhuu..

      Delete
  11. Saya ada dompet tipis eiger, dan tas besar untuk hiking. Produk Eiger lumayan tahan lama.
    Kecak ini memang mistical ritual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar... Produk Eiger kualitinya memang tahan lasak dan cantik paling penting murah :D
      Ya mystical ritual.. ngak berani mau lihat ...

      Delete
  12. Nampaknya saya terpaksa baca secara reverse artikel sebelum ini...banyak yang terlepas sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak nampak Mr Hanafi di sini :D hihihii.. tak ada boleh nak baca bila2.. insyallah ada jer semua artikel di sini :D btw terima kasih berkunjung ke sini :D

      Delete
  13. Bali pulau indah tenpat menarik seronok kembara wisata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau yg amat indah.. lebih lebih lagi kalau ke kawasan pedalaman yg masih nature :D

      Delete
  14. Best best. Thanks for sharing trip Bali ni Afif. Cakap dengan hubby, you pergi lah dove. I amik grab atau cari kereta JJCM hehe. Dah banyak tempat halal yang best tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for coming to read and leave a comment here too.. sekadar berkongsi pengalaman.. Okla dpt cari makanan halal di sana.. kalau tak payah juga :D

      Delete
  15. Assalam sedaghe, saya datang mencemar duli ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Ya Allah hero idola backpackers zaman saya muda mudi duhulu... Jom ngopi hahaha :D

      Delete
  16. Akk pun tak sedar rupanya dah 18 part baca. Ni kalau tengok KDrama cukuplah semua series 😅
    Seronok baca pengalaman TT mengembara, info dan gambar juga jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun tak sedar cane boleh tulis sampai 18 part hahaha.. tapi syukur Alhamdulillah selesai dah kisah di Bali.. apa pun terima kasih sudi membaca kisah saya di sini :D

      Delete
  17. MasyaAllah memang cantik panorama alam di Uluwatu.
    Baru tau pasal brand Eiger.
    Kalau cerita pasal monyet, akak masih rasa trauma dengan pengalaman monyet agresif di Bako.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul landscape di Uluwatu mmg teramat menakjubkan.. Kena jadikan destinasi wajib kalau ke Bali dan jgn lupa cari Eiger di Indonesia.. Monyet agresif ni tak leh buat apa.. Kalau kita try buat garang lagi la dia buat hal dgn kita..

      Delete
  18. Keistimewaan yang Allah kurniakan kepada negara nusantara...Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Kawasan nusantara ni mmg cantik hutan tropika di Malaysia berusia 130 juta tahun ..

      Delete
  19. Bali memang cantik banget. 2 kali pergi pada tahun 2018. Member memang tak bagi tengok tarian kecak. Katanya 'jadah apa engkau nak tengok benda puja memuja bagai😅. Uluwatu tu memang cantik banget view dia. Udah rasa kena pergi Bali lagi bila baca post ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi Uluwatu tu sbb nak tgk pemandangan kat situ jer.. Cantik betul.. Org Islam tak perlu la tgk pemujaan tu.. blh rosak aqidah huhuu.. kita pun kalau ada rezeki nak repeat juga Bali :D

      Delete
  20. nampak best hotel ni
    ada disediakan iron tak?
    jarak dari airport ke hotel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes ada iron dalam bilik. Kalau nak stay at Nusa Dua blh try hotel ni.. Dgn airport tak jauh mana dan ada highway Mandara Bridge.. cpt je sampai.

      Delete
  21. oooo boleh masuk rupanya statue tu
    sy ingat ia sekadar binaan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawasan keliling dia macam ada park bagai.. Tapi tak perlu pun tak ada apa.. tgk dari luar jee statue tu..

      Delete
  22. Kalau pergi kedai eiger kat indonesia ni mmng akan terbeli punyalah. Kawan saya 2 kali masuk eiger kat sana, 2 kali jugakla membeli haha. Barang2 dia mmng berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt.. brg murah tapi berkualiti sgt..tapi kat Malaysia mcm mahal pulak harganya huhuu.. sy jarang tak beli kalau masuk eiger di Indonesia hihihi.

      Delete
  23. Sebenarnya tari Kecak bukan ritual agama. Tarian ini masuk dalam tari tradisional asal Bali. Inti dari cerita tarinya ada lah kisah Rama menyelamatkan Dewi Sita melawan Rahwana.

    Sementara para lelaki yg duduk melingkar sambil mengucapkan Cak Cak Cak, itu sebenernya musik pengiring menggunakan suara mulut. Istilah dalam lagu acapella.

    Saya pernah nonton 1x. Tp tujuan utama saya Krn ingin melihat senja. Senja dari sana indah sangat. Jujur, saya tak nak menonton lagi, Krn bagi saya tarian ini boring . Bisa JD Krn saya memang tak suka tarian. Tp Krn ini termasuk dlm tari tradisional Indonesia, tak ada salahnya saya lihat sekali saja. Sekedar tahu seperti apa.

    Eiger memang brand bagus. Saya ada ransel backpack dan sepatunya, itu awet sampai skr dah lebih dari 8 tahun.

    Peralatan mendaki gunungnya juga recommended.

    Saya beranj jamin Krn dulu ex boyfriend saya pendaki gunung Pro yg pernah menaklukkan Seven Summits, dan semua brand yg teamnya pakai utk pendakian Himalaya dll, pakai Eiger 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namun bagi saya tetap tidak menenangkan.. dan agak menyeramkan.. di waktu senja juga dan banyak unsur unsur yg nampak syirik bila mana ada spirit dewa dikatakan masuk ke dalam badan pemain karekter.. apa pun di Bali dikenali dgn agama hindu.. maka apa yg ada unsur agama lain sy cuba elak kan.. :D

      Delete
    2. Barang dari jenama Eiger mmg cukup lasak.. saya sendiri tak akan lepaskan peluang yg membeli sesuatu setiap kali berkunjung ke Indonesia.. Eiger pasti akan dicari.. byk gadget travelling dan outdoor yg boleh didapati di Eiger.. :D

      Delete
  24. Lama ya flight delay sampai kena book hotel....cantik kan view di Uluwatu, pernah sampai sini...pernah tengok tarian kecak di Ubud..masa tu x tahu...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mcm option.. alang2 kami belum lgi explore area kuta selatan.. so kita tidurlah semalam lagi kenapa tidak hihi.. Saya tak berani lah nk tgk tarian kecak tu hihii.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...