Destinasi kedua selepas kami trekking untuk melihat
Bunga Rafflesia ialah menziarahi perkampungan orang asli.. Terdapat dua puak orang asli di sekitar
Tasik Temenggor atau
Royal Belum Park ini iaitu
Puak Jahai dan
Puak Temiar.. Dan perkampungan Aman Damai yang kami ziarahi ini di duduki oleh Puak Jahai..
Sebelum bermula trip ini lagi kami telah diberitahu oleh pihak
Belum Outdoor Adventure (BOA).. Jika ada pakaian atau permainan kanak2 yang nak di sedekahkan boleh di bawa ke Royal Belum Park untuk diberi pada orang asli di sana.. tapi kami decide untuk membeli makanan ringan seperti snack dan coklat untuk di beri kepada kanak2 orang asli di sana..
|
Jom kita ziarah Kampung Aman Damai - Orang Asli |
Alhamdulillah kedatangan kami di sambut baik oleh penduduk kampung aman damai.. Dan kanak2 seperti mengetahui ada saguhati yang bakal mereka terima.. mereka tidak meminta tapi menghulurkan tangan bila kita memberi.. rasa seronok bila memberi kepada mereka.. kekurangan pakaian dan makanan tidak menahan mereka dari memberi senyuman tanda kegembiraan..
Di sini kita dapat melihat rumah2 yang di bina menggunakan daun pelepah, batang buloh dan batang pokok kayu sederhana.. berkomunikasi dengan mesra bersama mereka.. Aku dan Blogger Fadh sempat mencari umpan udang dengan mak cik2 yang sedang memancing di tepi tebing.. membuat sistem barta.. bagi coklat untuk umpan udang tu hahaha.. :D
Jom masuk Kampung Aman Damai
|
Sekadar sumbangan.. jangan lah kedekut dengan mereka yang memerlukan .. |
|
Selamat datang ke kampung yang penuh dengan kecerian :D |
|
Kanak-kanak bergembira dengan snack dan coklat yang di beri .. :D |
|
Bersiar-siar di kawasan perkampungan orang asli.. |
|
Kak Anash menceritakan babak frozen kepada anak orang asli.. |
|
Ceria dan gembira menikmati pemandangan indah.. |
|
Kak Anash tekun memberi dengan sama rata.. |
|
Gembira tak terkata.. Syukur.. :D |
Selepas selesai membuat lawatan tidak rasmi di
Kampung Aman Damai ini.. Kami kembali semula ke Houseboat untuk meneruskan perjalanan ke Chalet yang di janjikan untuk bermalam.. Okay untuk trip bersama BOA ini.. Houseboat ini di gunakan hanya sebagai pengangkutan perjalanan akan tetapi pengunjung akan disediakan Chalet di daratan untuk bermalam.. ada beberapa ketegori chalet.. ada yang bilik air di dalam chalet ada yang di luar chalet..
|
Keadaan kampung yang masih diperbaiki dari hari ke hari.. Kelihatan YB Janggel dan YB Chawan melawat kawasan di situ huhuu.. |
|
Orang asli memang kreatif dengan hasil tangan mereka.. |
Houseboat Bersama BOA dan Travelholic Awesome
Perjalanan menyusuri belahan pulau dari satu destinasi ke satu destinasi membuatkan pemandangan dari houseboat ini sungguh indah.. ketenangan yang mempersonakan.. di tambahkan lagi dengan kecerian dari semua sahabat dan penghuni di atas boat ini..
|
Bersama Kapten Houseboat.. |
|
Zoom out.. Zoom out.. and the zoomer hahahaa :D |
Jom kita tengok keadaan Houseboat ini.. Ia di lenkapi dengan dua buah bilik di tingkat atas dan sebuah ruang terbuka yang luas di tingkat atas.. terdapat sebuah dapur satu bilik mandi serta kolah di dalam nyer.. dan sebuah tandas yang juga mempunyai shower untuk bermandi.. serta ruang yang luas di tingkat bawah.. Lebih 10 Hammock dipasang sama ada di atas atau di tingkat bawah.. dua buah bot kecil juga disediakan..
Tv juga turut di sediakan bagi mereka yang ingin menonton cerita tak tahu la kalau siaran tv dapat ke tidak.. Nak tengok DVD tu boleh la.. dan juga disediakan set karoke bagi mereka yang ingin mencuba membuat bising di dalam kedinginan malam huhuu.. alhamdulillah time kami nie tiada siapa yang nak minta set karoke itu di pasang hehehee..
|
Kak Ely dan Bro Hasrul serta sami dan suci :D |
|
Layan pemandangan setiap masa :D |
|
Bersantai.. Hammock juga disediakan.. |
|
Beberapa sudut dalam Houseboat ini .. |
Seawal pukul 5.45 petang kami sampai di
Jeti Sungai Tiang tempat kami akan bermalam di chalet nanti.. Sementara menunggu pegawai yang berkenaan datang membawa kunci untuk membuka semua chalet.. Kami menukar pakaian untuk terjun bermain air di tasik ini.. dengan syarat wajib anda semua kene memakai lifejacket.. kerana jangan under estimate kedalam di Tasik Temenggor ini.. terdapat banyak tempat yang melebihi 400 kaki dalam..
|
BOA tidak sekali - kali segan dalam menghidangkan makanan yang terbaik :D |
|
Ayam dan kambing telah diperap dengan secukupnya.. |
|
Makan hidangan yang sedap bersama2.. Suasana yang indah di atas bot.. apa lagi yang anda nak..?? |
Sepanjang perjalanan di atas houseboat kami disediakan dengan minum petang.. air sirap yang sejuk.. buahana2 tempatan.. kek pisang.. dan acara paling menarik ialah makan malam kami.. menu utama adalah ayam dan kambing yang di bakar ( BBQ ) perghh memang terbaik.. Dan tidak lupa untuk aku memberitahu pada semua makanan yang disediakan oleh pihak BOA di atas boat ini memang adalah yang terbaik.. tiada istilah tak cukup makanan.. tiada yang merungut kurang sebiji garam sekali pun.. semua nyer prefect..!!
|
Alhamdulillah tak nak komen banyak.. Tapi memang puas hati malam tu tido lambat hahaha :D |
Pada sebelah malam aktiviti lebih tertumpu pada suai kenal sesama pengunjung2 di atas boat ini.. membina keyakinan untuk bercakap dengan microphone untuk memperkenalkan diri masing2.. Hanya terdapat satu masalah ketika malam ini iaitu generator untuk chalet rosak.. maka tiada elektrik yang dapat di salurkan ke chalet.. maka keputusan di ambil untuk tido di atas houseboat dengan semua lelaki tido dibawah dan perempuan di atas.. dan bilik di beri pada mereka yang berkeluarga mempunyai anak kecil..
Contineu Part 4
Wah , melawat orang asli. cool. Seronok dierorg... Ok sangat best nya suasana tenang damai kat pedalaman macam ni. Once pernah pi Lenggor kat Perak juga. Haih... Jeles!
ReplyDeleteMemang cool melawat mereka .. baik dan peramah.. insyallah next time datang akan bawa lebih saguhati :D
Deleteseronokla dierorg.... beruntung...
DeleteKalau Cik Yan Ty ada meati diorng lagi seronok huhuu :D
DeleteHaippp , apsal pula? ngeeeee
DeleteSebab Cik Yan Ty bagi chocolate lai banyak hahahaa :D
DeleteChocolate , hurm boleh2 next visit tapi bukan brand yang digam tu.. LOL
DeleteHahaaa. orang asli pun tak nak makan chocolate yg kene gam tu hahaha :P
Deletesalam Afif..
ReplyDelete;)
kenal dari blog Kakak Tansree Anash Princess Elsa itu..
suka senyuman anak Orang Asli itu..
senyuman yang ikhlas..
Wslm Dr Singa.. saya pun pembaca blog Dr Singa.. cuma silent jer huhuu... (apa la yg kak anash cerita erk) huhuu.. senyuman orang asli memag nampak keikhlasan nyer :D
Deletehuit! akak tak ngumpat pun pasal TT kat DrSinga tau!!! cish...
Deletehahah
La.. siapa kata akak ngumpat hahaaa... ish tak baik fikir bukan2 tau huhuhuu .. :P
Deletebukan eh? errr............................hehehe
DeleteBetul la kak anash oiii huhuhuu.. :D
Deleteseronoknya dapat melawat perkampungan orang asli. boleh berkongsi rasa dengan mereka.
ReplyDeleteMemang seronok .. boleh bertukar2 cerita dan pendapat huhuu..
Deletekan kan ... :D
trip yg sgt2 awesome
ReplyDeletedpt tgk perkampungan org asli
yg paling best dpt memberi sedkit sumbangan kepada anak2 org asli
terpancar kegembiraan diorg
houseboat yg paling awesom siap ngan BBQ terbaik alamak kambing aiii loikee jagung pun semua sedap2 belaka ditambah mkn tgk sunset fuhhhh xde yg terbaik selain trip kali ni..
Memang awesome sgt.. lepas tu memberi saguhati pd anak2 org asli tu mmg best.. ye la even diorng ada duit pn kat mana nak beli kan..
DeleteBBQ tu memang terbaik sgt.. kambing tu mmg terangkat sgt.. smbil layan sunset menikmati mknn yg sedap :D
Bila melihat anak-anak gembira mendapat habuan kakak terbayang di Palestine pulak. Charity yg sangat bermakna ni. Kakak suka tapi terharu pulak bila tengok..
ReplyDeleteBetul tu.. terbayang2 akan kanak2 yg susah di merata tempat.. kalau anak org asli di malaysia pun susah apa tah lagi di palestain kan.. :(
Deleteterus rasa lapar baca bab makan tuh...haish....hehehe sedapnya bbq ayam dan kambing nih...feveret!hehehehe
ReplyDeleteAla baca blog kak dj pun asyik terliuq jer.. mana tak nyer asyik review makanan jer hahaaa.. :D
Deletekalau melawat sensorang ke kampung orang asli ni agak2 bahaya tak?
ReplyDeleteIsh lawat sorang2 tu yang sy tak tahu lagi.. knapa? Ada teringin ker hahaaa.. :D
Deletebesar houseboat tu..dua tingkat...
ReplyDeletenasib baik kpg orang asli ni takde byk anjing..mungkin ramai yg dah beragama Islam kot..
Memang besar pun houseboat tu.. seronok sgt.. tingkat atas dan bawah boleh main kejar lagi hahahaa...
DeleteRamai yg dah islam tu tak sure.. tak sempat nk tanya dgn mereka.. huhu
wahh ! perfect ~ trip yang sangat3 ohsemm.. ~ selalunya tengok orang2 asli kat event2 tertentu ja, majlis trtentu, wahh kalo dapat trip ke perkampungan mereka sronok ea.. ~ *thumbs up =)
ReplyDeleteItu lah ini pun first time saya datang berjumpa dgn org asli.. jumpa mereka pun ohsem.. seronok berbual dgn mereka :D
Deleteopss, se agi, sumbangan lawatan "rm1 / per pax " .. hehe .. :) kreatif signboard nya..
ReplyDeleteItu lah memang kreatif orang asli ni.. tangan mereka memang berseni sgt.. :D
DeleteMasa study dulu penah pergi pkampungan orang asli dkt baling kedah.dapat tak hadiah dari dia orang??
ReplyDeleteHadiah..??? Ish tak dapat apa pun.. huhuhuu.. tak apa la biar kita jer yg kasi hadiah pada mereka :D
DeleteHadiah mcm daun palas buat ala2 topi..
DeleteTak ada la.. kami tak dapat pun... tak terfikir pulak huhuhuu.. mungkin terjah tetiba tu yg tak dapat apa2..
Deletetang bbq tu paling menarikkkk :)
ReplyDeleteTau tak per... memang terbaik BBQ tu.. next time nak lagi huhuu :D
DeleteWow! Tak terkata...paling akak tertarik, perjalanan dari atas houseboat. Boleh leka menikmati keindahan alam. Dan mmg kacau kalau ada yg nk menyumbangkan suara merdu time tu. :)
ReplyDeleteMemang perjalanan atas houseboat tu terbaik... layan prmandangan.. layan bunyi2 serangga huhuhuu.. .. makan pun sedap.. huhuu tiada yg sumbang kan keadaan hahaa.. :P
DeleteApe jadi ngan ikan baung tuh? thehehehe...
ReplyDeleteApa jadi... nasib dia dalam perut ni tak tahu la.. dah selamat buat masak lemak tompoyak hahahaa :D alhamdulillah
DeleteBestnya dapat jumpa orang asli...
ReplyDeleteItu lah.. pengalaman yg sungguh bermakna... :D
Deleterase gembira bila tgok mereka gmbira kan...
ReplyDeletewalaupon dgn pmberian yg kecil tp besar bg mereka..
=)
Happy sangat bila tgk mereka memberi senyuman.. baru kita sedar duit bukan nilai bagi mreka.. tpi pmberian yg ikhlas penyeri senyuman
DeleteNi baru di katakan ziarah sambil beramal :-)
ReplyDeleteBetul tu kak JM... Menziarah sambil beramal.. :D
Deletetengah mengumpul ahli jemaah...insya-Allah kalau ada rezeki akan kesini jugak :P
ReplyDeleteHuhh tgh kumpul ker.. ada kosong lagi tak?? Huhuhuu.. teringin nak pi lagi Royal Belum ni.. seronok sgt.. :D
Deleteakak bukan citer pasal frozen masa tu
ReplyDeleteakak citer pasal bawang putih bawang merah.
cara-cara masak roti jala...
errrr....
opssss...
a simple trip with great friends from cyber world. Be yourself!
Oh cerita pasal bawang putih bwg merah ker.. ingatt kan pasal frozen.. mana tau org asli pun dah advance huhuhuu..
DeleteRoti jala..?? Huhuu ada lagi kerr.. betul tu simple trip but awesome.. :D
Tenangnya tengok pemandangan kat situ..
ReplyDeleteHouseboat pun unik, yg penting menu dia nampak sedap :D
Memang tenang sangat kan kat sana.. itu baru tgk belum pergi tgk sndiri.. huhuhuu..
DeleteHouseboat keselesaan penting .. lagi2 makanan pun penting hahaha ;D
lapar terus tengok balik makanan tu. bile nak reunion lagi.
ReplyDeleteTau tak pe.. lapar sangat kan tgk makanan tu semua.. insyallah kita tunggu up event dari mereka :D
Deleteasyik trip oversea je, skrg ni buat trip dalam malaysia pulak ye :-)
ReplyDeleteHahahaaa.. itu lah kene berehat seketika cerita oversea.. kita cerita pasal tourism malaysia pulak :D
Deletepd bulan dpn sek abe kie akan buat kerja amal di pos org asli di Jeli, Kelantan. Kami nak beri pakaian yg masih elok kpd mrka..
ReplyDeleteAlhamdulillah bagus la.. moga pemberian yg ikhlas itu di berkati allah sentiasa amin
DeleteUniknya cara hidup orang asli bang Afif. Orang asli itu mirip orang Papua, rambut keriting dan kulit agak gelap. Sebenarnya orang asli ini, orang asli Melayu ?
ReplyDeleteIya.. memang unik kan.. aah sama sahaja dgn mereka.. mungkin la.. org asli org melayu? Huhuhu hurmn mungkin la
Deletepuak jahai :)
ReplyDeleteAah.. kenapa yer hehee :D
DeleteHappy nya tengok budak2 tu dapat makanan.. bg kita takde apa.. tp bg dorg besar maknanya tu ;)
ReplyDeleteKecil bagi kita besar bagi mereka.. seronok bila bg mereka dapat merasa :D
DeleteBest jugak sekali sekali dapat masuk kawasan orang asli ni. dapat tengok budaya dan cara hidup meraka. Masih banyak lagi orang yang serba kekurangan dekat Malaysia ni.
ReplyDeleteBtul tu.. bila mendekati mereka serba sedikit dpt ketahui cara mereka hidup dan sebagai nyer.. dalam masa yg sama insaf pada kekurangan mereka..
Deletemmg seronok bila dpt keluar drcomfortzone..tp masih not fair...kena berdiri duduk sama2 dgn org asli...br ada feel..rasa tido d umah dia..mkn mknn dia,guna original toilet dia..haha......
ReplyDeleteComfort zone.. tepat sekali.. itu lah next time nak try tinggal seminggu dua dgn mereka.. baru boleh feel huhuhuu... :D
Deletefuiyoh fuiyoh ! ini yg buat terus nak pegi gak nih ! rawrrr rawrrrr ~
ReplyDeleteMake sure pergi.. awesomee sangat huhuuu.. :D
DeleteUntungla ada bawak Tansree... banyak sumbangan boleh dihulurkan.. hehe
ReplyDeleteTansree memang tangan ringan.. selalu bersedekah huhuhuu.. alhamdulillah :D
Deleteowh memng aman damai bila tgok pemandangan kat kampung org asli..
ReplyDeletebgusla kita pergi x tangan kosong.. nikmat tu membantu org lain..
apa aku tau kampung org asli ni antara kampung org asli terbersih kat perak.. he..he
Pemandangan yg aman damai kan huhuu.. hurm yg terbersih ker ?baru aku tahu.. huhuuu.. yep pergi tgn tak kosong kan.. mmberi mereka merasai apa yg perlu.. :D
Deletear ah aku ada terbaca kat blog kembara aman.. apa tah blog tu..
Deleteada ckap kmpung ni kmpung org asli terbeRsih kat perak... he..he ;0
Oh ye ker.. baru aku tahu.. Kenapa tak paling bersih di Malaysia jer :D huhuhuuu...
DeleteBlog tu Nota Kembara kot.. dia pun pernah pergi sana.. :D
yup..blog nota kembara..baru aku ingat..lupa plak terbersih di perak tau di malaysia he..he.. :)
DeleteBlog Nota Kembara tu memang terbaik aku suka baca kot.. tak pe kita buat kampung sendiri la nanti hahaha :P
Deletemasa saya pergi hari tu tidur atas houseboat.. ingatkan sejuk tidor tengah tasik.. rupanya panas jugak.. ekekeke... perggghhh.. makanan yg disediakan chef BOA memang terbaik....! jangan risau kalau lapar.... derang memang sentiasa standby makanan.. hehehe.....
ReplyDeleteWaktu siang mungkin panas la kot.. tapi malam memang sejuk sebab kabus pun turun huhuu..
DeleteBetul tu mereka dri BOA mmg akan make sure kita tak lapar.. makanan mmg terbaik la :D
salam. waa..bestnya kat sini..mesti seronok kan dapat kenal dengan mereka
ReplyDeletep.s view tu cantik tapi..huuuu hidangan tu jugak la paling menarik dihati..terliur tengok hahahha ops terlupa pulak sy puasa :D:D
Waalaikumsalam.. Alhamdulillah memang best sangat.. seronok dapat berbual dengan mereka.. view yang cantik kan.. di tambah lagi dgn hidangan yg sedap dari BOA.. .. ok ok puasa jgn cakap banyak.. :P
Deletehahahha..ok sy diam :P
Deletesinggah rabu sambil menabung bepanthen & lenovo 2x :))
Kita tak de CPUV la .. tapi tak apa thanks for coming.. bila puasa kan kita lebih baiik dlm diam huhuu :D
DeleteNampak sangat kegembiraan di wajah2 mereka ini dengan kunjungan kalian...
ReplyDeleteSeronoknya ada BBQ lagi..meriah...
Baru kita terasa betapa bersyukur nyer kita yg hidup lebih sempurna dari mereka walau serba kekurangan.. * BBQ tu pembuka selera di malam hari :D
Deletesronoknya travel mcm ni..dpt mengenali org2 asli kat sana dan kenindahannya..satu pengalaman yg mnyeronokkan..
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok.. mengenali dan belajar.. memberi satu pengalaman yang baik dan menyeronokan :D
Deleteno baru ada masa nak comment2 blog, sebok sesangat.
ReplyDeletebanyak nye gambooooooooo besh besh.... jap nak katam entry2 sebelum
Yeayyy Kak Lily Riani dah datang komen .. susuh nak dapat komen dia hahaha :D
DeleteBanyak gambar??? amik dari yg lain dan kumpul memang la banyak hahaha :D
Sronoknye ada kesempatan nak g tempat2 mcm ni...
ReplyDeleteMmg seronok kak mysha.. mmg tidak akan melepaskan peluang sebgini rupa :D
DeleteWaaaaa bestnye.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. mesti try if ada peluang :D
Deletetenang je kan suasana kat sana.. tahniah sebab berkesempatan untuk sampai ke sana.. nikmati kehidupan singkat di sana.. banyak pengalaman boleh dikutip,...
ReplyDeleteMemang tenang jer.. tak payah nak fikir apa pun.. kais pagi makan pagi huhuhuu :D
DeleteItu lah menikmati kehidupan singkat dalam menziarahi mereka di sana.. :D
best gilerrrr
ReplyDeleteMemang best ooii :D hahahahaa.. :P
DeleteSubhanaallah..indanya..Anak-anak zaman sekarang patut dibawa melawat ke tempat-tempat macam ni untuk dedahkan mereka dengan alam..
ReplyDeleteBetul tu.. Kanak2 zaman sekarang nie perlu di dedahkan dengan keadaan alam sekitar macam nie.. mengenali budaya bangsa lain termasuk orang asli :D
DeleteWah berjalan dengan Tansree kome yer, awat tak singgah rumah teman kat perak tu? Lalu lalang je yer?
ReplyDeleteInsyallah lepas ni boleh la singgah rumah kome kat perak tu..
DeleteEh macam dia tiada dalam kejadian pulak hahahha :D
bes nya TT... kampung org asli tu mmg nampak menarik sangat....tapi klu g tempat2 macam ni mmg elok g ramai...kalau setakat sekeluarga..mcm tak bes jer...
ReplyDeleteAlhamdulillah memang pengalaman yanga amat menarik :D
DeleteHurmm memang datang ramai2 la best.. datang sorang laiin pulak jadi nyer hahaha :p
sonok gak tempat neh fuhhh
ReplyDeleteYeapp.. betul tu memang seronok dan ini hanya salah satu dari aktiviti di Royal Belum :D
Deletewah..bestnya..perkampungan yang aman damai..
ReplyDeletehttp://thetriptotravel.blogspot.com/2014/06/tamu-tamparuli.html
Itu lah.. berlainan negeri berlainan cara dan adat mereka..
Deleteok thanks for leaving the link ... will visit u now huhuhu.. :D
Muka gembira dari hati atas keihklasan pemberi...happy sangat muka kids tu... Insaf sekejap dgn situasi depa..
ReplyDeletePart bbq tu memang best arrr...meriah betul makanan... Norh like makanan banyak2 ni..hhihihi
Berasa sangat gembira bila keikhlasan hati itu mendahului segala2 nya..
DeleteHuhuhuu.. makan malam atas houseboat memang terbaik dan selalu teringat2 hihiii.. :P
wow memang meriah TT..Berbaloi bercuti kalau macam ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah sambil bercuti sambil menguatkan ukhwah sesama kenalan :D
DeletePenuh pengisian nampaknya kembara saudara ni. Bertuahla anak anak puak Jahai hari tu ya. Dapat berjumpa mesra dengan rakan takan saudara dan dpat pula hadiah daripada korang. Teringat pula pengalaman saya pergi ke perkampungan orang asli di Gua Musang. Dah lupa nama sebab masa belajar lagi. Pasti satu pengalaman yang sangat bermakna bagi semua ahli rombongan tu.
ReplyDeleteMemang selalu kita akan cuba untuk penuh kan masa itu dengan pegisian yang terbaik..
DeleteBeramah mesra dengan merekasambil kita menderma.. itulah kenangan yg manis.. insyallah kalau ada peluang lagi akan buat lagi mcm nie :D
kat malaysia ke nie ? best jugak kalau dpt pergi ke kawasan org asli nie
ReplyDeleteYeap kat Malaysia di Perak.. macam kat papua new guinea jer kan hahahaa :D
Deletememang seronok berbual bersama mereka .. kene cuba .. :D
Travel reramai mmglah best...tp part tak de bilik nak tido tu yg leceh.....huhu
ReplyDeleteTido bergelimpangan... pun best apa ... hehehe.. generator jer yg rosak.. selalu mmg ok time kami tu je masalah sket.. tido ataas house boat nyaman sejuk tau :D
Delete