Monday, 22 June 2026

Salam Tahun Baru 1448 Hijrah & Salam Awal Muharram

Assalamualaikum Dan salam Sejahtera 1Malysia

Mood masih ke laut nak update blog..
Nak kata sebab kerja, tak juga sebab tak ada la under pressure at this moment. 

A man have no idea what to do.
Ada banyak aktiviti yang aku buat di bulan lepas dan bulan ini cuma tak kesampaian lagi untuk share di blog ini. 

Bulan lepas aku ada ikut trip candat sotong ke Kemaman, Terengganu selama 3 hari 2 malam. Tapi mungkin hasilnya tak lumayan jadi tak ada semangat nak berkongsi sangat ceritanya hihihii.. πŸ˜…

Dari trip mencadat terus bertukar jadi trip mancing ikan guna apollo - sejenis ikatan tali pancing yang mempunyai banyak mata kail untuk menangkap ikan bersaiz kurang dari tapak tangan. Macam ikan kerisi dan yang seangkatan dengannya.

Nantilah aku buat satu entry cerita untuk trip berkenaan. 

Agak teruk bulan ni.. Aku hanya ada masa untuk update 5 entry sahaja. Moga ada keajaiban di 10 hari terakhir Muharram.

Masih lagi dalam 10 hari pertama di bulan Muharram sempatlah aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1448 Hijrah. Kepada semua yang berkunjung ke sini. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas amin.

No comments:

Post a Comment