Tuesday, 9 June 2015

Myanmar Part 1 : Langkah Backpackers ke Yangon Bermula

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Syukur dah semangat sket ni nak update.. Insyallah moga dapat la aku habiskan semua entry untuk kisah pengembaraan aku di Myanmar ni.. By the way trip kat tempat lain aku skip dulu la.. Jepun, Shanghai, Shenzhen, Guangzhou, Egypt, Qatar, Oman, Lesotho, Thailand, Indonesia, Vietnam dan tempat lain2 semua aku skip dulu hahaa.. Dah mood aku nak update Myanmar.. Korang baca je la erk :P

Okay.. Masa yang aku ada tidaklah begitu mengizinkan aku dan kawan2 untuk mengembara lama di Negara Myanmar ini.. Sabtu dan Ahad serta 3 hari cuti yang kami apply membolehkan masa sebanyak 5 hari.. Ada beberapa tempat menarik di Myanmar antaranya Yangon, Bagan, Mandalay dan Inle Lake..


We here.. Welcome to Yangon City Gurlss...!!!

Akhirnya kami membuat keputusan untuk menjelajah ke Yangon dan Inle Lake sahaja.. Inle Lake menjadi pilihan kerana landskapnya yang agak unik dan berbeza dari tempat lain.. Sebuah tasik yang dikelilingi dengan gunung-ganang.. Terdapat perkampungan dan tanaman sayuran di atas pulau buatan di tengah tasik..


Permohonan VISA Ke Myanmar

By the way sebelum kita teruskan dengan cerita dan kisah pengalaman aku di Myanmar.. Jom kita amik tahu sedikit berkenaan visa untuk ke Myanmar.. Pertama - Myanmar adalah satu2 nya negara dalam kumpulan ASEAN  yang memerlukan rakyat Malaysia apply visa sebelum boleh menjejakan kaki ke sana..

Cara membuat visa mudah dan senang cuma MAHAL itu tak dapat di sangkal la.. Bayaran sebanyak RM140.00 seorang.. Memakan masa satu hari berkerja untuk siap.. jika anda menghantar dokumen lengkap pada waktu pagi sebelum pukul 11.30 pagi maka insyallah akan siap di petang hari nya.. Jika selepas waktu itu maka visa akan siap pada kesokan harinya..


So inilah tempat nyer nak buat VISA ke Myanmar

Memerlukan 2 keping gambar berukuran passport dan salinan tiket penerbangan pergi dan balik.. Confirmation penginapan tidak di minta tetapi jika ada boleh disertakan sekali.. Salinan passport dan kad pengenalan.. tapi dengar kata untuk tahun 2016 tak memerlukan visa lagi untuk ke Myanmar.. ntah la.. kalau ada sesiapa yang pergi tahun 2016 nanti sila bagitau kat komen yer..

Alamat Kedutaan Myanmar di KL:
EMBASSY OF THE REPUBLIC OF THE UNION OF MYANMAR
No. 8(C), JALAN AMPANG HILIR, 55000, KUALA LUMPUR
Tel : (603) 4251 5595, 42514455, 4251 6355
Fax : (603) 4251 3855

Masa ni tengah ramai orang .. Baik warga Myanmar mahu pun pelancong..
Betul-betul terletak di hadapan McDonald dan masuk ikut pintu ni :D

Nak buat visa ke Myanmar bukan di Kedutaan tapi kene pergi Ever Fine Servives (M) Sdn Bhd di Jalan Tun Perak.. Tak jauh dengan Stesyen LRT Masjid Jamek bersebelahan dengan Restoran Burger King..  Berhadapan McDonal :D (kalau korang tak jumpa jugak tak tahu la hahahaa..)

Return tiket Airasia aku beli masa promo bulan puasa 2014 - RM 198.00 seorang.. Aku dan wife serta dua member ex-sekolah rendah aku Cik Iszu dan Cik Dila.. Diorang bukanlah backpackers tapi hati yang mahu meneroka alam backpack menyudikan diri ikut serta trip ini :D


Excited Makcik2 nie nak Backpack ke Myanmar :P
Penerbangan AirAsia AK504 - Flight 95% penumpang penuh..

Flight AK504 Kuala Lumpur ke Yangon pada pukul 06.55 pagi membuatkan aku dan isteri membuka langkah seawal 11.30 malam ke KL Sentral untuk mengambil bas terakhir ke KLIA2.. tapi salah membuat perkiraan kami terpaksa menunggu bas pada pukul 2.30 pagi ke KLIA2.. (nasib bini tak marah :P)


Layan English Breakfast di KLIA2.. Hebat makcik2 ni punya test

Kami berempat sempat bersarapan di sebuah restoran sebelum ke departure hall.. by the way ini first time aku kali ni bawa group semua perempuan huhuu.. Penerbangan AK504 mengambil masa lebih 2 jam untuk sampai ke Yangon.. Dalam hati masih resah sebab aku kalau travel akan main redah dengan sedikit study jer.. Tapi kali ni bawa orang perempuan kene make sure tak buat silap, otherwise mau kene bebel hahaha :P


Yangon International Airport, Mingaladon City

Alhamdulillah kami selamat tiba di Yangon Airport.. Segala urusan immigration pun selesai dengan mudah.. Dan setelah keluar dari "nothing to declare" kami pun berjalan kaki selama 15-20 minit ke luar dari airport ke tempat bas yang berdekatan untuk ke Bandar Yangon sebab jika naik teksi tambang agak mahal 6-8 USD untuk seorang.. Naik bas seorang baru 200 Kyat (RM0.70).. Thanks to Blogger Aisyah Bee yang bagi info pasal naik bas ni.. :D


Setelah selesai urusan di airport maka berjalanlah kaki ke tempat bas..
Bila nampak pintu gerbang ni terus amik kanan..
Sampai jer kawasan yang banyak mini bas ni.. tunggu bas sebelah kiri jalan..

Alhamdulillah kami dapat seat belakang sekali dalam bas..
Lagi pun Maha Bandoola Garden adalah destinasi terakhir bas ini..

Nak naik bas ni tak susah la.. Jalan keluar dari pintu airport dan terus ke kanan berjalan sampai jumpa round the board amik pukul 3 dan jalan sket pastu akan nampak banyak mini van parking dan orang ramai di dua2 belah jalan sedang menunggu bas mereka.. Kami naik bas nombor 20 kalau tak silap setelah bertanya dengan orang ramai hehehe..

Oh by the way di Myanmar mereka hanya menerima USD dan Kyat (mata wang Myanmar) dalam urusan jual beli mereka.. Dan di Malaysia memang tak ada duit Kyat ni di money changer.. So cara paling senang bawa USD ke sana.. dan sampai di airport tukar lah kepada duit Kyat.. Cara kedua yang aku baru dapat tahu ialah draw duit dari ATM di Airport.. Dengan syarat ada logo MasterCard dan VISA..


Bangunan zaman pemerintahan colonies yang masih kekal..
Maha Bandoola Garden - Central of Yangon City..


Yangon City - Largest City in Myanmar

Okay satu perkara aku nak kongsi dengan semua pembaca ialah kalau tak tahu nak start jelajah Bandar Yangon dari mana maka cari lah Maha Bandoola Garden sebab park ni terletak betul2 di sentral bandar.. Landskap pun cantik di kelilingi dengan bangunan lama dari architecture colonies.. Dan di sini juga terletaknya Independent Monument of Myanmar.

Dan antara temple buddha yang terkenal di Yangon adalah Sule Pagoda yang terletak betul2 di hadapan park.. Dan yang paling penting bagi umat islam di sini ialah sebuah masjid iaitu Bangale Sunni Jameh Mosque yang terletak betul2 di hadapan park sebelah kiri round the board..


Pakcik Omar menawarkan diri menjadi tour guide kami  :P
Suasana ruang makan restoran Golden Tea - Baju Kuning tu owner  restoran..  :D
Boleh dapat nasi goreng, popia dan samosa goreng kat sini..
Iszu dan Dila time ni dahaga terus balun 7up hehee.. :P
Inilah dia Bangale Sunni Jameh Mosque berhampiran Maha Bandoola Garden..

Bila ada masjid ia adalah perkara gembira bagi seorang traveller islam, kan? Yang pertama dapat solat dan yang kedua mesti ada restoran muslim hehehee.. apa lagi bersarapan sakan la kami pagi tu.. makanan dah la murah kat sini.. Aku pun lega kalau tak mau makcik2 ni bising nak makan hahaha.. :P

Alhamdulillah segala urusan kami setakat ini dipermudahkan Allah.. Dan semasa kami sibuk bergambar di Maha Bandoola Garden tetiba seorang insan bernama Pakcik Omar datang berborak dengan kami.. Lepas tu dia offer nak jadi tour guide kami.. Mula2 malas nak layan sebab ingatkan scam.. tapi syukur la dia memang nak tolong.. tak minta duit pun malah siap kuarkan duit untuk kami lagi hehehe :D


Continue - Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami

106 comments:

  1. alhamdullilah dapat jejak kaki ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tunggu promo jer nak jejak kaki ke sana :D
      Alhamdulillah dapat jugak ke sana..

      Delete
  2. Iszuriyanti ek? Dila tak kenal sangat. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... Mana tau itu nama.. Yang afif tu kenal tak? :P

      Delete
    2. hahaha. dok kg melayu kan. kami sek ampang jugak dulu. tapi serius tak perasan afif yang mana satu. hihi. maafkan kami

      Delete
    3. Oh lupa.. Ingat kan duduk sarawak hahahaa.. Ye la.. Org biasa2 mana nak kenal apatah lagi ingat kihkihkihh..

      Delete
    4. hahaha. balit semenanjung for good dah. hahaha. rasanya adik kami kenal kot afif.

      Delete
    5. Oh ye ker.. Sekolah sama.. Tempat tinggal pun dekat.. Last2 kenal kat blog ke,gitu hahaha :P

      Delete
  3. Sejak dua menjak ni banyak baca cerita bloggers ke mynmar...:) memang saya pon suka kalau jumpa area masjid. confirm ade banyak kedai muslim di sekitarnyaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab selepas dah dapat independent dari Junta Army .. Tourism Myanmar dah di buka seluas2 nya pada dunia.. negara pun cantik so why not kan.. :D

      Delete
    2. dh bca entry ni bru tau Mynmar satu negara yg boleh di lawati n ada tempat2 menarik kan? selama ni tau negara ni mcm yg kta tgok warga pendatang mynmar kt negara kita ni ha alahaiiiii ;p

      Delete
    3. Thanks for coming here Kopiolimauice.. Actually semua negara atas dunia ni boleh dilawati.. Dan setiap negara ada tempat kecantikan masing2.. Well that y kita kene jelajah utk discover sendiri.. :D
      Kalau tak dengan nama org myanmar je la..:D

      Delete
  4. wahhh ke myanmar plak yer.. syok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ke Myanmar.. Mmg syoikk sgt sangat.. Huhuhu.. :D

      Delete
  5. byk lagi rupanya trip tertunggak..tetapi kenapa Myanmar yg di upkan dulu..mesti ada yg menarik nih..cer kongsi..jap nak sambung baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa??? Ala.. Mcm biasa la ikut mood jugak la hahaha.. Sabor2 tgh update part 2 ni.. Insyallah siap nanti nak tgk Kak JM first komen.. :P

      Delete
    2. Woww...xsbr tggu part 2 hahahaa

      Delete
    3. Sabar2 hampir siap dah nie.. Hahahaa..

      Delete
  6. mahal visa ke Myanmar..RM140? kalau mcm tu sis JM nak tggu next year lah....FREE tetapi dari mana dpt info yang VISA Myanmar akan di mansuhkan next year?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak mahal.. Tapi nak buat mcm mana.. Dpt harga tiket murah kira okay la.. Otherwise mahal oo.. Saya ada dengar ura2 la kata tahun depan VISA free... :D

      Delete
    2. sy g last year still byr visa,no free hmm

      Delete
  7. baru tau..nak g Myanmar kena ada visa. Syukur la jumpa pakcik Omar tu..rezeki tu.

    * sebut mynmar ni, teringat penindasan diorang terhadap kaum Rohingya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sangat sebab jumpa Pak Cik Omar tu.. Yeap mmg kene buat visa..

      Nak conquer indochina mau tak mau kene jugak la dtg Myanmar.. Itulah, Rohingya tu jauh di utara mmg terpencil.. :D

      Delete
  8. Replies
    1. Ntah la.. Tapi mmg baik sebab pak cik omar tu boleh cakap melayu dengan baik.. :D

      Delete
    2. ada ambil no contact pakcik Omar tak?

      Delete
    3. Hahahaa.. Tak amik.. Tapi Pak Cik Omar ada amik contact kitorang.. Sampai skrng tak dpt pape pun dpt khabar .. Kenapa? Hahah

      Delete
    4. kak JM nk ke sana jugak kot ;)

      Delete
    5. Kopiolimauice.. Itu mmg taubdah saje jer buat2 tanya hahahaa.. :D

      Delete
  9. SS nak berangan dulu laaa... He He He....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berangan.. Dari berangan ka kita menyusun langkah.. Hehehe.. :D

      Delete
    2. Ok..nak tumpang berangan jugak hehehe

      Delete
    3. Berangan pun apa salah nya mana tau ia akan jadi impian yg nyata.. :D

      Delete
  10. sedap pulak tgk makanan kt sn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan sedap.. Tapi yang paling best makanan di Myanmar memang murah.. Tak caye meh dtg hahaha.. :D

      Delete
  11. OOOO camtu ke Myanmar hehehe tak pernah sampai;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah macam tu la cerita nya..
      Insyallah satu hari nanti sampai nyer lah Tuan Ren ke sana.. :D

      Delete
  12. Seronoknya. Dulu dah beli tiket ke Myanmar tapi hubby tak sihat pula. Terpakslaah batalkan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La sayang nyer dah nak sampai ke Myanmar tu.. tak apa la kan Airasia selalu buat promotion.. insyallah ada rezeki akan smpai juga ke sana :D

      Delete
  13. bila sebut mynmar tu teringat rohingya . nampaknya aman saja di sana . bimbang juga klu org islam di ganggu . mcm x byk beza lak menu mknn at sana dgn sini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap betul tu.. Sbb kami di sana pun memang soalan yg nak di tanya ialah rohingya.. Dah kata org myanmar ramai di Malaysia.. So selalu la nampak makanan mereka :D

      Delete
  14. Macam best juga Yangon ni nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best.. Kalau tak takdenyer sampai ke sana.. :D

      Delete
  15. Dh lama sy xlepak sini..bz sgt katenyee...hahahaa...

    Sonoknye leh jenjalan kat myanmar....nk berangan dulu nihh..heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ho.. Tak apa.. Nak lepak sini pun dah jarang update hahaha.. Okay silakan makan angin di sini.. :D

      Delete
  16. Rezeki jumpa pakcik omar.
    Hehehe...
    Hari tu sempat masuk mymmar dr sempadan chiangmai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur jumpa pakcik omar.. Kan kan.. :D
      Oh nanti nak cuba jugak masuk ikut chiang mai.. Macam best huhuu..

      Delete
  17. bestnye dh travel byk tmpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. Sebab tu nak berkongsi di sini.. :D

      Delete
  18. alaaa entry trip lain ? napeee.. huurm ada geng da lepas ni kan slalu la berbekpek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa... Trip lain nanti la dulu.. Kene tunggu mood nak update .. Insyallah akan update semua.. :D

      Delete
  19. untung la dpt bini sama2 kaki jalan..bini gue jalan sikit dah banyak songeh.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. Banyak songeh?? Sama jer lah pmpn tetap pmpn.. Kene sabar jer lah sentiasa.. Pahala utk suami tu.. :D

      Delete
  20. Assalamualaikum... Selamat berpuasa ;)
    Lama tak singgah sini.. Dah macam-macam trip Ros terlepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Oh ye ker dah mcm2 trip.. Harap sungguh hahaha.. Well thanks for coming.. Selamat berpuasa.. :P

      Delete
  21. Bro, dah sampai Myanmar?! Ok2 aku akan baca sampai habis. Hehe. Ni impian aku ni ke Myanmar. Sebelum penuh ngan mat2 saleh bawak budaya diorang kat situ, baik pergi cepat2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Bro Khai.. Syukur dah sampai sana.. Insyallah doakan aku akan update sampai habis entu mynamar nie..

      Setuju tu sebelum penuh baik pi cepat.. Baru la keharmonian tu masih ada.. :D

      Delete
  22. Afif cpt update.hahaha nk more info pls! ;-)

    ReplyDelete
  23. Afif cpt update.hahaha nk more info pls! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr.. Sabo sabo... Insyallah minggu update..

      Delete
  24. Afif cpt update.hahaha nk more info pls! ;-)

    ReplyDelete
  25. selamat berpuasa...menarik jg Myanmar...cantik masjidnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa puan nohas.. Alhamdulillah Myanmar mmg tempat yg menarik :D

      Delete
  26. Menarik juga yangon ni. Selamat berpuasa afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... Setiap tmpt di atas dunia mesti ada keindahan masing2 yg Allah ciptakan.. Slmt berpuasa.. :D

      Delete
  27. Bestnya bleh travel oversea. Moga saya juga diberi rezeki dah kesempatan untik melawat negara2 lain. Amiiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki di bei Allah... Kita berkongsi pengalaman di sini.. Insyallah moga dipermudahkan amin :D

      Delete
  28. Nak sangat ke sana tapi tak lepas lagi.. Tumpang seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga di permudahkan untuk ke sana nanti inshallah :D

      Delete
  29. best nyer..dh lama dah kak ipar ajak pergi tapi masih belum berkeempatan..thanx sebab sharing ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg seronok sgt bila kita pun feel environment mereka di tempat mereka.. Insyallah jika di izinkan nanti akan smpai jua di sana.. :D

      Delete
  30. Hi, thanks for the info about how to get to downtown from Yangon airport. Salam kenal dari Indonesia. Saya juga nak backpacking ke Myanmar dalam waktu kat ini. Looking forward for the part 3. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Otidh.. thanks for coming here to.. :D.. salam kenal jugak dari saya.. okay tgh sibuk dgn kerja ni.. but will update soon.. hehehe.. :D

      Delete
  31. Seronok nya baca story travel ke myanmar ni.
    Tq sharing.
    Jemput ke blog sy ye

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada yg sudi dtg menjenguk ke sini.. memang seronok jalan di myanmar..
      Thanks tinggalkan link blog.. dah singgah .. nice blog :D

      Delete
  32. baru tahu kena apply visa ingatkan India je kena.. nasib baik bini sporting. hehee
    kalau nora danish tu blogger boleh refer kt dia. heheh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well Myanmar adalah salah satu nyer yg kene apply visa mcm nk pi USA huhuhu.. nasib baik bini sporting? hahaha.. boleh jer nak refer Nora Danish kihkihh like jer :P

      Delete
    2. tp certain negara je yg kenakan VISA ni. huhu
      ok lah suka travel juga sanggup bawa beg berat2.. nora danish bkn kaki travel. heheh :P

      memang best kalau ada partner kaki travel.. boleh kemana saja.

      Delete
    3. Yeap betul tu hanya certain country jer yg kita kene apply visa sebelum entering their country..

      Alhamdulillah kaki sama suka jalan sana sini huhuu.. syukur.. insyallah akan jauh kan lagi perjalanan bersama wife :D

      Delete
  33. Susah jugak nak melancong ni ye TT kena apply visa bagai.....mcm mcm kerja gak nak kena buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah suka Kak oi... semua benda lain dah tak nampak dah hahahah :P
      Nampak je susah tapi senang jer nak travel nie

      Delete
  34. singgah sini done follow #578 :)

    ReplyDelete
  35. singgah sini done follow #578 :)

    ReplyDelete
  36. bestnya dapat jenjalan negara orang kan..
    Jom singgah blog saya...newbie dalam berbloging hehehe..saya dah follow awk ye..Thanx... http://globalazcollection.blogspot.my/ Thanx for ur support dearies...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap.. syukur sangat dapat jenjalan ke negara orang lain..newbie? Hahaha sama lah kita pun newbie jugak..

      Ok thanks for coming here.. will check up your blog :D

      Delete
  37. still need visa for Malaysian to travel to Myanmar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap.. Currently Malaysian citizen still need to apply visa for Myanmar..update 2016 May.. :D

      Delete
  38. still need visa for Malaysian to travel to Myanmar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Currently at this moment yes.. we as Malaysian passport holder still need visa for Myanmar..

      Delete
  39. Menarik sekali artikelnya cik. Banyak idea & info boleh dapat daripada perkongsian ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi dtg membaca blog ini.. sekadar perkongsian :D

      Delete
  40. Assalamualaikum afif.. sihat ke? Waaa bestnya. Update lagi negara2 yg dah pernah pergi tu... mcm best je myanmar ni. Hehehe best tak jln bawa makcik2? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. alhamdulillah sihat jer..bawa makcik2 yg satu kepala memang best sangat2 hehehe...

      Delete
  41. wah keren bertemu dengan blogger yang melanglang buana kemana-mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mana ada kemahuan di situ pasti ketemu jalan yg mudah..

      Delete
  42. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  43. Hi Dear,

    I like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    Find the top travel agency in Myanmar. We provide travel guide,best travel agency in Myanmar tour operator and travel agent for each city in Myanmar at greenwoodtour.com.

    Visit Now - http://www.greenwoodtour.com/sample-page/

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  45. What an Outstanding post. Places you need to visit in 2019. ... Upgrade your travel photos with these lightweight cameras that pack a punch ... Enjoy the world's best places to travel with Things to do.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...