Suatu petang di bulan Ramadhan ketika aku sedang berjalan seorang diri di bandar Stockholm. Tiba-tiba auntie shal call "Afif, Uncle nak pi fishing.. Nak ikut tak? Kalau nak ikut balik awal sebab mereka nak bertolak awal sebelum pukul 6 petang.." Aku pun okay la. Ye lah siapa yang tak nak mancing di Scandinavia ni. Ikan sini daging oren kemerahan.
Ahli trip adalah Abang Azwar, Pakcik Noor, Uncle Azizul dan aku. Kami berempat bertolak ke Falun yang terletak di utara Stockholm dengan jarak hampir 250 km. Memang jauh dah macam drive dari Stockholm, Sweden ke Oslo, Norway je.
![]() |
| 88 miles lagi untuk sampai di Falun. |
![]() |
| Suasana matahari terbenam by Mr Susu Ikan. |
![]() |
| Pemandangan indah Sunrise by Mr Susu Ikan. |
| Bila dah siang baru nampak suasana. Malam tadi tak nampak apa pun masa sampai. |
![]() |
| Encik Noor merasmikan acara pada malam ini. Senyum jer :D |
Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Lagi beberapa kilometer nak sampai, kami berhenti seketika di sebuah petrol station untuk berbuka puasa. Dan ketika ini jam menunjukan pukul 9.00 malam. Suasana kawasan di sekeliling pun dah macam jauh di pendalaman hutan.
Kami berbuka puasa dengan bekalan apa yang ada ala kadar. Abang Azwar sempat bakar pizza selepas balik kerja tadi. Aku sempat masak nasi dengan sejenis dua lauk iaitu sambal johor dan kari ayam dengan pertolongan Auntie Shal.
Encik Noor bawa kuih muih yang sedap dan memang terbaik. Memng layan dengan juadah berbuka malam ni. Lepas berbuka kami meneruskan perjalanan ke lubuk yang di sebut-sebut mereka dari Stockholm lagi.
Mula memasuki kawasan Pekan Falun yang sangat terpencil. Uncle Azizul dan Abang Azwar memang bertukar drive dari Stockholm lagi. Aku tak ada international license so memang tak ada harapan la nak tolong drive hihii. Encik Noor diberi keselesaan untuk berehat sebab ketua trip dan orang yang paling lama di antara kami.
![]() |
| Barang2 sedia di punggah kan.. |
| Jom menuju ke arah lubuk Ikan Salmon |
| Aku pun masih bersabar menerima teguran Si Salmon |
![]() |
| Dua ikan salmon bersaiz king dalam sejam.. |
![]() |
| Capture by Susu Ikan |
| En.Noor sabar menanti ikan2 lain untuk memberi salam :D |
Namun untuk aku yang first time datang ke sini terasa agak cuak sebab keadaan malam yang terlalu gelap gelita sehingga tak nampak apa langsung di kiri dan kanan. Hanya berharap pada lampu suluh untuk menerangi jalan di hadapan yang seolah-oleh menuruni bukit.
Kami memunggah semua barang-barang dari kereta dan mengambil dua pondok mancing yang bersebelahan yang terletak betul-betul dihadapan air.
Kawasan yang berbukit agak menyukarkan kerja-kerja memunggah barang tapi alhamdulillah semuanya selamat ditempatkan di dalam pondok mancing.
Syukur tak ada yang tergelincir walaupun ketika ini keadaan tanah yang agak lembab sebab hujan masih renyai. Selesai memunggah barang kami solat magrib berjemaah dan berbuka puasa sebaik-baiknya. Memang lapar ya amat waktu ini.
Seorang lagi rakyat Malaysia yang juga student Master di Sweden sudah pun menunggu kami di sini. Dia yang tolong book dua pondok mancing ni. Katanya dua pondok ini spot yang terbaik. Alhamdulillah memang seorang yang baik hati, ramah dan pemancing tegar di Falun ni. Susu Ikan adalah nick name beliau dan nama betul beliau adalan Abang Nizam :D
![]() |
| Kemudahan pondok mancing ada corong api dan kerusi |
![]() |
| Encik Noor menjelas kan strategik malam ni.. |
![]() |
| Kalau bawa air rifle.. memang dah jadi lauk ni :P |
![]() |
| Uncle Azizul tersenyum dengan tangkapan nya.. |
![]() |
| Suasana sebelum mendung.. By Susu Ikan |
![]() |
| Abang Azwar juga sabar dengan teguran ikan Salmon |
![]() |
| Tangkapan di awal pagi :D |
![]() |
| Keadan petang yang mendung |
![]() |
| Abg Nizam bersama ikan beliau |
Dan dari waktu kami sampai tadi, ikan dah mula bermain dengan meloncat-loncat keluar dari permukaan air. Menaikan rasa geram pada kami seolah-oleh memberitahu kami jangan membuang masa untuk memancing.
Ikan-ikan di sini pula seperti ada pertandingan siapa yang loncat paling tinggi dan jauh. Keadaan menjadi lebih menarik di siang hari sebab kita boleh lihat ragam ikan yang meloncat itu.
Ada yang sekali loncat keluar dari permukaan air dan terus ke dalam air. Ada yang loncat dan apabila menyentuh permukaan ikan itu akan meloncat sekali lagi untuk kali kedua.
Dan suasana itu membuatkan lagi suasana gemuruh di jiwa. Terasa aman untuk ikan ikan ini bermain di sebalik keindahan hutan yang seperti tidak pernah langsung disentuh oleh tangan manusia.
Yang bagus nya di Sweden ni.. "trust on people" tu memang boleh nampak la antara goverment dengan rakyat.. sebab nak mancing kat kawasan ni kene bayar.. form ada di gantung sebelah peti besi kecil.. dalam form tu just kene isi nama.. no plat kenderaan.. berapa orang.. dan berapa batang pancing.. setiap batang pancing hanya layak untuk menangkap 5 ekor ikan sahaja.. dan setiap batang pancing kene bayar 70 krona.. dan lepas isi form masuk kan duit dalam sampul yang di sediakan dan masuk kan dalam peti besi.. memang tak ada orang jaga.. akan ada la pegawai yang akan kutip duit tu seminggu sekali..
![]() |
| Rupa-rupanya ada Brown Bear di sini. Bila dah baca baru tahu dan terasa bahaya. |
Uncle Azizul dengan aku pasang dua batang pancing.. abang Azwar 1 batang dan Encik Noor pasang sampai 4 batang.. teori dia bila aku tanya nape banyak sangat.. dia kata " lagi banyak kita pasang lagi banyak ikan kita dapat :D
Alhamdulillh.. dapat juga pengalaman memancing di Sweden.. dan ini mission pertama mereka di bulan puasa.. sebab tak tahan nak tunggu lepas raya nanti hehehe... bak kata Abang Azwar jangan tak dapat ikan sudah la.. nanti dah balik penat lelah tension tak dapat ikan then kene marah lagi dengan isteri hehehee.. janji dapat kan ikan je dulu..
![]() |
| Pekasam ikan Salmon.. perghh memang sedap.. Thanks to Abang Nizam.. :D |
Thank bebanyak pada Abang Susu ikan yang bagi picture kat Falun ni.. yang mana picture tak lawa tu dari camera cikai aku.. yang lawa2 tu semua dari Abang Susu Ikan.. dan Uncle Azizul, Abang Azwar dan Encik Noor yang sudi bawa aku sekali ke Falun merasa teguran ikan Salmon.. last note.. aku sorang je yang tak dapat ikan.. so that why tak nak bergambar dengan mana2 ikan huhuhuu.. :P















.jpg)



ikan salmon ni, kalo kat umah mak buat masak kari hehe..tringin nak makan smoked salmon..bawak balik m'sia seketul dua.....
ReplyDeleteWaaahh... Cik Chieyda... hari tu nak cheese .. la ni nak Salmon lak.. pape je lah seketul dua kepala ngan ekor jadi la kan.. hehehehee..:D
Delete'Trust on people' yeahhhhh love the concept. Tapi kat msi belum boleh buat lgi tu konsep cmni. Hehe.
ReplyDeleteNape ikan2 tu meloncat2 aaaa? X bpe nk pahm. Sbb sejuk sgt ke?
Kah3 apesl x dpt tgkp seekor ikan pun?! Xde skil ni ko. ;p
Fuhhh pekasam salmon fresh punya. Teringin nk rasa. Hehe.
Kat Malaysia if buat concept "trust on people" bankrap la kot hahaha...
DeleteIkan Salmon mmg suka main loncat2 di permukaan air.. sila rujuk youtube atau website lain mngenai ikan salmon..
mmg la xdpt.. first time lgi.. insyallah next time akan di try lagi..
Nak pekasam tu mmg tak boleh nak tolong la huhuhuu.. :P
mmg best la travelog nie...mcm rase kt Sweden je..
ReplyDeleteRawahah? macam kenal jer :P
Deletethanks for coming and your feedback.. :D
Mancing kat Sweden tu.. Sweden tu kat mana? Belakang rumah ke?? eh
ReplyDeleteSalam, nak follow blog buleh?
Memancing.. perkara biasa jer hehehe..
Deletekalau tengok google map arah belakang rumah pun :P
Salam kenal juga.. sila kan :D
(melopong sambil makan cekodok tepong)
ReplyDeletebest gile
salmon fresh tuh
padan la kata nak terjah tasik kenyir
pemancing tegar rupanyer
tapi..bole plak tak dapat ikan???
(pegang erat tabung arnab)
kalau simpan duit singgit singgit sehari..leh ke akak sampai sweeden??
*bukak gerai jual roti jala lah mcm nih*
hehe
( teropong smbil makan tepung je la )
DeleteSalmon menjadi ikan goreng harian di sana jer :P
tak de lah tegar.. minat jugak la hahaaa..
Rezeki xde.. apa nak buat kan.. tu yang nak ke Kenyir tu hahaha..
Boleh jer.. kalau 3 tahun.. dah RN1155.00 dah lepas one way heheee..
jual roti jala lagi cepat boleh pi :D
TT dalam mind okje ni baru nak tanya TT tak dapat ikan ke...tp rupanya dah mengaku hehe... mmg ikan salmon je yg ada ke TT?
ReplyDeleteHubby Okje tak suka memancing! suka jugak OKje tu...sebab tak kena tinggal hehe
Tak dapat ikan ngaku je lah tak dapat hahahaa.. :P
Deleteselain salmon.. ada trout juga.... but banyak jenis yg isi merah or oren la..
Memancing ni kan suka2 jer.. lebih2 nanti ketagih hahaaaa.. :P
pekasam ikan salmon.. mesti sedapkan...
ReplyDeleteakakni memang tak lerh ler memancing bosan.. tapi kalau kat sweden orang ajak teringin kot.. nampak cam bestjer...
Mesti sedap??? memang sedap sesangat pun Kak Cho Zila.. :D
Deletesaya masa sambil memancing tu sambil layan view.. cantik jer..
afif tahu x...jeles ni jeles... hehehehe...cantik sgt kawasan tasik ni.. :P hehehe
ReplyDeleteTasik di Scandinavian memang lawa2 :D
Deletejeles ker??? tu ikan salmon pekasan tak jeles hahaha ..
Salam... Saya Erywan, adik kepada Shalwati.. Apa khabar?
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. alhamdulillah kabar baik.. ini yang stay di London tu ker? :D
Deletesaya issam boa.... pemancing tegar.... memang best la kalau dapat merasa ditempat orang... ikan salmon pulak tu.... kalau dapat cast mesti lagi best... (tgk vid diorg fly cast dkat grand canyon u.s)... afif jom try dkt sekitar lembah kinta.... byk spot2 fishing yg mengguja jugak... just PM saya
ReplyDeleteHi Encik Issam BOA.. Banyak ilmu yang masih perlu dipelajari dari tuan :D
DeleteInsyallah Lembah Kinta.. PM saya juga bila ada trip nak ke sana :D
Assalam afif...makcik nak gi sweden masa summer ni..Ada ke rakyat msia kat sana yang boleh jadi ala2 tour guide ya? ( macam msian students jadi tour guide kat korea..) macamana kalau nak merasa fishing for salmon ni kat sana ya? suami mc mmg makan ikan salmon sentiasa..nakkan omega tuu.. (Mydin..Jjusco sumer ada jual..- most of the salmon ni datang dari norway rasanya..
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Makcik nak pergi sweden bulan summer nanti.. bagus la.. tak de la sejuk sangat huhuuu.. hurmm yang boleh jadi ala2 tour guide tu tak sure.. sebab sana pelajar semua master dan PHD rata2 semua dah kawen berfamily.. nak merasa fishing ni insyallah saya boleh tanya kan seseorang.. :D tolong email saya afif_4ht@hotmail.com
DeleteAfif... terkenang itik tu kan..... salmon terlepas... itik plak dapat.. hahahaha
ReplyDeleteMesti lah terkenang jer itik yang comel lagi jinak tu hahhahaa..
DeleteIkan atau itik dua2 adalah hidangan di atas meja kan :D
Seronoknya pengalaman memancing ikan salmon di luar negara.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi peluang utk merasa pengalaman memancing diluar negara :D
Delete