Translate My Blog To Your Language

Wednesday, 16 January 2013

Masjid Bersejarah Di Kota Paris - France

Menuju ke Great Mosque of Paris 
Suatu petang selepas aku dan Isaa berjalan2 sekitar Bandaraya Paris.. Isaa ajak aku pi solat asar dekat sebuah masjid berdekatan yang amat bersejarah dan unik dengan seni bina..

GRANDE MOSQUEE de PARIS (GREAT MOSQUE of PARIS) di PARIS, PERANCIS - masjid ini siap di bina pada tahun 1926 & di rasmikan oleh Presiden Perancis pada waktu itu.. iaitu Gaston Doumergue.. 

Di bina oleh Empayar Perancis sebagai penghargaan kepada tentera2 yang beragama Islam dari tanah jajahan Perancis (Morocco, Algeria dan Tunisia) yang telah turut berjuang dalam Perang Dunia Pertama (1914 - 1918).. lebih kurang 100,000 daripada mereka telah terkorban dalam perang tersebut.. Masjid yang mempunyai menara azan setinggi 33 meter ini di bina dengan berciri senibina Andalusia yang amat popular ketika waktu itu.

Ketika era Holocaust sewaktu Perang Dunia Kedua (1939 - 1945) ketika Perancis di tawan oleh Nazi Jerman.. Masjid ini di jadikan tempat persembunyian penduduk yahudi yang di buru oleh tentera Nazi Jerman untuk di bunuh.. mereka dikatakan telah diberi sijil kelahiran Muslim sebagai samaran supaya mereka selamat daripada di tangkap dan dibunuh.. Wallahu 'alam.. 

Masjid ini pada masa kini adalah antara yang terbesar dan terpenting di Perancis dan juga di benua Eropah.. Perancis adalah negara Eropah barat yang mempunyai populasi Muslim paling ramai.. Hampir 5 juta penduduk Perancis beragama Islam.. iaitu 8% daripada jumlah penduduknya.. Alhamdulillah.. ada juga aku jumpa masjid di tengah2 bandar paris ni.. at least dapat buat solat tahyatul masjid.. ianya tak jauh dari Museum National D'Histoire Naturelle Jardin Des Plantes..

Stop kat Station ni.. untuk ke Masjid
Map of Museum 
National D'Histoire Naturelle Jardin
So nak datang sini tak susah mana..salah satu cara ialah.. first step kene amik train from where ever you are.. then stop kat Station Palais-Royal Musee Du Louvre..  then kene cross Museum National D'Histoire Naturelle Jardin Des Plantes.. but jangan risau free jer.. tak yah kene bayar pape pun..  masuk dan boleh menikmati semua jenis pokok2 yang ada di France ada di tanam di sini.. sempat la amik beberapa picture kat sini..

Jalan di tengah2 Museum National D'Histoire Naturelle Jardin Des Plantes

Masjid ni memang cantik sebab ia adalah bangunan lama.. dan ada taman yang cantik di tengah2 nya.. dan di sebab kan aku sibuk amik gambar pada setiap sudut.. maka aku tersilap masuk tempat wudhu' wanita.. ye la, mana aku nak faham.. tulisan semua french jer..  Isaa pun senyap jer.. tak kata apa.. tiba2 muncul seorang mak cik tua marah kami.. sebab masuk tempat wudhu' wanita.. nasib baik time kene halau tu tak ada orang lain huhuhuu.. lepas amik2 gambar.. kami solat berjemaah..


Pintu masuk Great Mosque of Paris, France
Pandai baca Bahasa Franch boleh la baca maklumat sejarah masjid ni :P
Dalam masjid ada taman yang indah :D
Ruang solat yang tidak berbumbung
Inilah yang di kata kan seni beni Andalusia
Ruang solat utama
Pintu masuk masjid dari bahagian dalam.
Tempat wudhu Wanita ni lah
aku kene marah sebab salah masuk..
Turun ke tempat wudhu
Tempat wudhu lelaki
Mimbar kayu yang antik
Lampu pun mengikut seni bina Andalusia

Lama juga kami duduk kat masjid ni.. saja rehat2.. sebab tadi pun dah jalan jauh.. dan orang tak ramai kat masjid ni.. mungkin sebab bukan waktu solat.. dan Isaa kata kalau solat jumaat memang melimpah sampai ke luar masjid... apa pun hati tersenyum melihat Masjid yang hampir 100 tahun ni masih berdiri kukuh di tengah2 bandar Paris.. dan menjadi simbol islam di Paris.. Pada mereka yang datang Paris jangan lupa datang masjid ni buat solat tahyatul masjid.. :D


Grande Mosquee De Paris (Great Mosque of Paris) France..

15 comments:

  1. cantik masjid tu.bgus jgk kan,photographer tok setiap section.mcm tau je nk tls ap dlm blog n suitkan dgn gamba.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid memang cantik.. kan dah kata andaluisa punya senibena.. by the way photographer tu tak tahu pun yang akan buat blog ni :P

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt..

    Subhanallah, cantik naa senibina dia.. lebih2 lg part yg ada taman tue.. Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep... mmg betul... cantik dgn senibena Andalusia.. :D

      Delete
  3. Eeeeee x sempat nak cari masjid waktu di France. Tak sangka ada masjid besar di Paris. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko as kan? hahahaa... ia tak jauh dari central paris.. ramai orang islam ko cuba tanya lah ngan diorang :D

      Delete
  4. cantiknye taman dalam masjid tu..landskap die tu sekali pandang memang macam kota alhambra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang di bina dgn seni bena andalusia... so closer kot dgn alhambra... :D

      Delete
  5. Assalam...
    cuma nak tanya,ada tak kenal sapa2 org malaysia kat paris yg blh jadi guide klu melancong kat situ?21 may ni saya dan isteri akan ke paris.
    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm... ada la seorang dua junior orang france.. tapi tak tahu la pulak kalau mereka sudi nak jadi tour guide...

      dengan kata lain saya tak kenal sape2 disana... minta maaf..
      mungkin boleh cuba call kedutaan malaysia di sana.. mungkin mereka ada kenalan.. :D

      Delete
  6. macam jeles je.. hahahaha... lucu afif salah masuk tempat wudhuk.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker macam jeles jer.. ye la mana faham dia kata tempat wudhu wanita dalam french hahahaa.. :P

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...