Sunday, 31 May 2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Syukur alhamdulillah bertemu lagi dengan 10 Zulhijjah pada tahun 1447 Hijrah kali ini.

Salam Aidiladha buat semua pembaca dan pengunjung blog ini yang beragama islam.

Agak sibuk dengan urusan membantu perlaksanaan ibadah qurban kali ini. Hari raya pertama (Rabu) membantu aktiviti qurban anjuran pihak surau berdekatan rumah dengan kerjasama Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pandan dengan 13 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Turut hadir Tengku Zafrul dan YB Izhar Hashim ADUN Pandan Indah.

Bersama Sdr Mohd Ifwat Amir Hamirudin Ketua AMK Pandan.
Suasana aktiviti qurban pada hari raya pertama.
Dan hari raya kedua membantu aktiviti qurban di masjid kariah dengan 12 ekor lembu. Dan terakhir membantu aktiviti qurban anjuran PAS Kawasan Ampang dengan 10 ekor lembu. Agak menerujakan apabila hampir 250 orang yang hadir berdaftar menjadi petugas untuk membantu Program Qurban anjuran PAS Kawasan Ampang 👍.

Melapah kulit dan memotong daging, memotong dan mengapak tulang dan bantu chef memasak juadah qurban di masjid pada hari raya kedua memang memenatkan. Selesai kesemua program aku pun macam nak demam sebab mungkin juga dengan cuaca panas yang amat di sepanjang aktiviti qurban. Setakat hari ni bertahan tak makan paracetamol lagi.

Suasana Program Qurban PAS Kawasan Ampang.
Malam tadi family aku berkumpul buat makan-makan. Ahamdulillah semua 4 orang adik beradik berkumpul di rumah mak. Abang yang bekerja di Singapore pun hadir bersama 3 orang anaknya. Kakak pun bersama 3 orang anaknya. Dalam tanpa disedari mak aku dah ada 11 orang cucu dan insyallah mungkin ada yang akan menambah cucu ke-12. Doa-doakanlah 😍.

Al-Fatihah buat jiran yang telah meninggal dunia. Baru jer bertegur 2 hari sebelum tu.
Dalam kemeriahan menyambut Raya Aidiladha kali ini kami menerima khabar duka apabila jiran selang 3 pintu meninggal dunia pada lewat petang hari raya pertama di hospital dan disolatkan pada pagi hari raya kedua di masjid yang sama kami menjalan aktiviti qurban. Alhamdulillah sempat menunaikan solat jenazah sebelum memulakan aktiviti qurban.

36 comments:

  1. Padat aktiviti. Kiranya Encik Afif mahir melapah lembu.😄
    Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga arwah bersama dengan orang yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka bab membantu kerja kerja semasa aktivti qurban tu.. tak la mahir pun suka membantu jer hihi.. Amin semoga arwah ditempatkan bersama org beriman..

      Delete
  2. innalillah wainna ilaihi rajiun utk ur jiran...mati itu pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. dalam kemeriah dtg khabar duka.. mati itu benar belaka

      Delete
  3. Eid Mubarak!
    Seronok dapat terlibat dgn aktiviti korban.
    Semoga dicucuri rahmat buat mereka yg telah pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eid Mubarak juga buat Puan Hazel.. Seronok dpt bantu aktiviti qurban raya tahun ini..

      Delete
  4. Alhamdulillah.. penuh jadual hari raya korban, sebagai petugas. Memang panas cuaca sekarang ni.
    Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman, jiran yang telah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memenuhkan diri dengan aktiviti qurban memang seronok.. direct makan nasi dengan sup selama 4 hari hihihi.. Daging Masak Kuzi, Masak Kicap dan Masak Kunyit.. Makan daging ke 4-5 hari tu hihi..

      Delete
  5. Alhamdulillah untuk ibadah korban tu. Selesai dengan bantuan semua pihak.

    Alfatihah buat jiran yang meninggal dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua aktiviti qurban dapat berjalan dengan lancar raya tahun ini.. Al Fatihah buat jiran yg baik ..

      Delete
  6. terbaik .. bersama menghayati erti ibadah qurban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sama sama menghayati ibadah qurban tahun ini.. 🤲🏻

      Delete
  7. Selamat hari raya haji..ibadah kurban selesai aghihan..
    Takziah kepada keluarga yang ditinggalkan..kematian itu pasti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesai membantu aktiviti qurban tahun ini sebanyak 3 kali.. miga ada peluang utk membantu di tahun hadapan insyallah.. al fatihah buat jiran yg telah pergi.. 🤲🏻

      Delete
  8. salam aidiladha maap zahir batin., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha juga.. maaf zahir dan batin.. ☺️👍🏻

      Delete
  9. 1) Tahun ni uncle mengelat... tak pegi gotong royong kat surau....
    2) Turut berduka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa mengelat sekali sekala kan.. bukan selalu hihii... Tapi part dtg makan lepas selesai qurban tu uncle dtg tak hahahaa.. 😅

      Delete
  10. walau pon terlambat, ,asih nak ucapkan Selamat HariRaya Aidiladha untuk tuan sekeluarga. Meriah nampaknya raya tahun ni ye...

    Saya juga ada sahabat blogger yang pulang ke rahmatullah pada hari raya tu. Al-Fatihah buat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha juga.. kita kan biasa raya sebulan.. alhamdulillah meriah qurban tahun ini.. Innalillahi wainna ilaihi rajiun kepada mereka yg telah pergi.. 🤲🏻

      Delete
  11. Selamat hari raya Aidiladha, Afif dan keluarga.. Salam takziah buat keluarga jiran Afif..

    Meriah yee aktiviti melapah lembu disana. Btw, semoga demamnya tak melarat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat SN Faaezah dan husband di Perth.. Semoga ceria sentiasa.. Alhamdulillah dpt bantu agak all out juga aktiviti melapah di program Qurban :D

      Delete
  12. Salam Aidil Adha. Seronok melapah ramai2 kan.
    Innalillahi wa inna ilaihi roojiun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha juga buat Puan Mulan sekeluarga..
      Alhamdulillah seronok dapat bantu melapah waktu qurban tempoh hari :D

      Delete
  13. penat keje2 melapah lembu ni. tambah2 cuaca haritu memang panas berdesing sangat kan..
    Innalillahi wa inna ilaihi roojiun. semoga arwah jiran ditempatkan dalam kalangan orang beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca panas punca juga badan ni mcm nak demam.. buat keje melapah tgh panas huhuu.. amin.. semoga arwah jiran ditempatkan bersama org beriman..

      Delete
  14. Selamat Hari Raya Aidiladha juga. Seronok baca perkongsian dan suasana raya yang dikongsikan. Momen berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang memang antara perkara yang paling dirindui setiap kali tiba musim perayaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha juga Elzora sekeluarga.. semoga riang gembira dan ceria sentiasa.. Betul bila berkumpul bersama keluarga pasti antara aktiviti yng paling dinanti-nantikan.. :D

      Delete
  15. Selamat Hari Raya Aidiladha Afif! Terbaiklah siap turun padang melapah kulit dan potong daging qurban ramai-ramai. Memang penat tapi kepuasan dia lain macam bila buat kerja komuniti macam ni. Al-Fatihah buat jiran selang 3 pintu yang telah pergi. Semoga urusan Afif sekeluarga sentiasa dipermudahkan ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha juga buat Puan Suria dan keluarga.. Mmg tiap2 tahun akan cuba untuk membantu setakat mana yg termampu.. Penat tapi seronok sbb buat beramai ramai.. Al Fatihah buat jiran tu.. 🤲🏻

      Delete
  16. Bila ramai yang membantu cepatlah selesai kerja-kerja Qurban.
    Ritu ada jiran nak tolong, dah terkena pisau tangannya. Dalam pulak luka nya tu. Mujur adik nurse kat situ, kebetulan ada doktor sekali. Dapatlah diberi bantuan awal sebelum dibawa ke hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ramai yg dtg hadir membantu aktiviti qurban insyallah cepat lah selesai.. tak kesah berapa ekor qurban pun..

      Mmg kena ada team medic kalau di tempat qurban.. sbb mcm2 kejadian yg tak diingini boleh berlaku..

      Delete
  17. betul. cuaca masa raya hari tu memang panas betul...
    panas lain macam
    baru keluar sekjap terasa lencun dah baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes masa nak qurban tu aduhai cuaca memang panas ya amat.. syukur selesai kerja kerja semasa qurban tu.. walau ada rasa mcm nk tumbang juga lepas penat buat kerja.

      Delete
  18. salam aidiladha walaupun dah penghujung zulhijjah ;-)
    haaa siapa tu bakal hadirkan cucu ke 12
    jeng jeng jengggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiadha juga buat dear anies.. huhuu.. kita tgh harapkan si adik tambah anak sebab seorang jer anak nya dah masuk 5 tahun..

      Delete