Tuesday, 19 November 2024

Bali Part 9 : Short Trekking To Beauty Leke Leke Waterfall At Tabahan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selesai makan tengah hari di Restaurant Bebek Joni kami meneruskan perjalanan ke Bedugul. Namun dalam perjalanan ketika baru sahaja keluar dari Pekan Ubud, Pak Supir bertanya "Mahu berhenti di waterfall?" Aku pun membalas "Boleh ke dan cukup ke masa kalau nak ke waterfall?". 

Pak Supir kata ada satu waterfall ini sebelah sahaja dengan jalan besar. Kalau mahu kita bisa berhenti kerna nanti di Bedugul pun ngak ada apa-apa aktiviti selain sightseeing sahaja. Lagi pun kalau berhenti harganya tetap sama "Saya ngak ada charge tambahan".

Leke Leke Waterfall @ Tabahan antara waterfall yang paling famous di Bali.
Dan Pak Supir kata kalau mahu berhenti pun waktu masih awal tak ganggu waktu ketibaan di Bedugul. Kami pun setuju sahaja. Perjalanan dari Bebek Joni ke Leke Leke Waterfall mengambil masa lebih satu jam disebabkan jalan yang dipenuhi dengan kenderaan walaupun jarak hanya dalam 33 km sahaja.

Perjalanan hampir satu jam dengan jarak sejauh 33 km dari Ubud ke Leke Leke Waterfall.
Yang berbaju putih inilah Pak Supir kami. Bayaran masuk seorang adalah IDR50,000.
Mungkin sebab kepenatan trekking di Campuhan Ridge Walk dan kemudian rushing nak check out kemudian makan tengah hari. Akhirnya kami semua tertidur dalam perjalanan ke Leke Leke Waterfall. Aku hanya tersedar dalam 10 minit sebelum sampai di persimpangan waterfall.

Sampai di entrance Leke Leke Waterfall penjaga parking mengarahkan kereta di parking mengikut susunan yang telah ditetapkan. Tiada bayaran parking dan nampak gaya waterfall ini macam hak milik persendirian. Dan bayaran masuk untuk seorang adalah IDR50,000. Kalau ditanya, aku memang recommend untuk datang ke Leke Leke Waterfall ini.

Okay jom ke waterfall  sementara cuaca masih lagi baik dan nyaman.
Selepas dari pintu gerbang ini bermulalah trek sejauh 200 meter ke waterfall.
Banyak lak buah durian di sepanjang trek ni. Tak ada la pulak nampak yang gugur ke tanah :P
Untuk sampai ke waterfall ada sedikit perjalanan trekking menurun bukit lebih kurang 200 meter. Dan terdapat sebuah jambatan buluh di pertengahan perjalanan untuk kita lintasi sebatang anak sungai sebelum tiba di waterfall. 

Setiap beberapa minit pasti akan berselisih dengan pengunjung lain yang datang dari pelbagai negara. Memang tak sunyi langsung keadaan dan suasana di sepanjang trek. Kami yang berempat ni pun boleh tahan kecoh asyik nak tergelak-gelak jer :D

Trek tak la susah sebab dia dah buah lalu menurun sehingga ke Jambatan Buluh.
Once dah sampai di Jambatan Buluh ini maka dalam 50 langkah sampailah ke Leke Leke.
Oh ya masa nak masuk di entrance trekking ini. Kami diberikan minum Jus Kunyit dan hanya aku dengan Ust Anas sahaja yang berani mencuba itu pun minum sikit dan baki curi-curi tuang ke tanah hahaa. Tak leh nak telan mungkin sebab rasa kunyit yang pekat dan dalam mindset kunyit tu untuk masak jer bukan buat jus :D

Jus Kunyit Segar diberi percuma kepada setiap pengunjung yang datang.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit trekking untuk sampai di Leke Leke Waterfall. Kelihatan ada lebih 20 pengunjung yang hampir kesemuanya pelancong bawang putih. Boleh pulak buka baju dan hanya berpakaian dalam yang kecik tu jer. 

Kami pun turun sekejap dan celup kaki dalam air buat rasa-rasa sebab dah sampaikan. Dan kemudian memulakan sesi bergambar dan selesai bergambar kami terus beredar dari Leke Leke Waterfall. Sebab kami tak bawa baju mandi dan kedua takut kepala air di jambatan buluh tadi sebab cuaca nampak mendung.

Inilah dia Leke Leke Waterfall salah satu antara puluhan waterfall di Bali.
Awan dah mendung moh ler kita cepat-cepat balik ke entrance masuk tadi.
Terdapat sebuah cafe yang terletak di laluan keluar. Yang tak nak ke waterfall boleh la lepak sini
Lagi pun kami tidak membawa baju untuk mandi. Dan kelihatan awam pun agak mendung. Maka moh ler kita beredar cepat. Terdapat sebuah cafe di entrance yang mempunyai anjung di lereng bukit. Memang cantik view macam biasa kalau nak duduk menikmati pemandangan bukit bukau yang menghijau kenalah order minuman atau makanan. 

Di sini juga ada aktivti swing dan flying fox seperti di Terrace Padi Tegallalang.
Di sini juga terdapat beberapa aktiviti seperti beberapa jenis swing dan flying fox. Dan di sini tidaklah terlalu crowded seperti di Tegallalang. Dan apa yang best di sepanjang trek ini adalah terdapat banyak pohon buah-buahan seperti Durian, Manggis, Duku, Langsat, Rambutan, Nenas dan sebagainya. Masa ni pulak Buah Durian dah besar menunggu gugur jer.

Warung khas untuk para Supir berehat dan menunggu para pengunjung yang dibawa.
Tu dia dah jumpa Pak Supir nya sedang berborak dipanggil pun tak sedar.
Selesai kami naik ke entrance semula terus mncari Pak Supir yang sedang duduk di pondok menunggu khas untuk para Supir. Sempat juga aku membeli kopi susu ais di sini dengan harga cuma IDR5,000. Kalau di Cafe tadi puluhan ribu huhuu.

Sebelum menaiki kereta kita dibenarkan menggunakan tandas yang disediakan untuk membersihkan kasut atau pakaian jika terdapat kesan tanah atau kotoran yang melekat. Dan bilik mandi juga disediakan jika pengunjung ingin membersihkan diri setelah pulang bermandi mandi di waterfall.

Di sebelah kawasan parking kereta terdapat satu pemandangan yang indah.
Beberapa sawah yang telah sedia untuk ditanam anak pokok padi.
Pada asalnya entry ini ditulis sekali dengan cerita di The Hidden Garden Coffee (Bali Part 10). Tapi sebab entry ini dah terlalu panjang sangat dan terlalu banyak gambar yang aku nak share di sini maka aku potonglah entry ini kepada dua buah entry. Alhamdulillah nampak pendak dan tak lah panjang sangat :D

Bersambung Indonesia Bali Part 10 : The Hidden Garden Coffee House At Tahaban (Under Construction) 

2 comments:

  1. Jus kunyit kita pun mungkin tak lalu tapi kalau bagi ayam goreng kunyit ke daging goreng kunyit ke laju sahaja habisnya. Makan ok ke di sana? Katanya Bali ni susah sikit nak yakin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...