Thursday, 21 November 2024

Ad-Hoc Outstation Ke Temerloh 3 Hari 2 Malam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Tak dapat nak sambung cerita Bali Part 10 sebab kena ke Temerloh di atas urusan kerja. Entry dah nak siap just nak kena edit dan final check huhu.. Tak apa la.. Dah alang-alang kena ke Temerloh kita bawa la The Kids sekali jalan-jalan Temerloh.

Si Abang Affan tanya kenapa tak bawa mancing sebab nampak sungai. "Ayah kerja nak" kalau bawa batang joran tapi tak boleh mancing lagi la sakit jiwa hahaha..

Cafe Kopi Tiga berdekatan dengan Hospital Temerloh. Cantik tapi makan 4/10 jer.
Tapi yang best di Kopi Tiga ini ada banyak permaianan disediakan.

Semalam lunch di Cafe Kopi Tiga. Tapi agak mengecewakan sebab spaghetti Beef Bolognese dia kering dan agak salty. Coffee Latte Hazelnut extra shot add on RM3.00 pun tak rasa dan tak sedap.  Nugget yang di order dah campur Mayo dgn Cili Sos so lembik bila nak di makan huhuhu.. Pizza Beef Pepperoni dan Keropok Lekor okay sedap.

Ada menjual pastry tapi tak order sebab semua kelaparan so kita order proper food tapi agak mengecewakan. Oh ya Bebola daging dalam spaghetti pun agak liat dan tasteless huhuu.. Harap akan ada improve kualiti makanan di masa akan datang yer Kopi Tiga.

Malam pertama check in di Apsara Hotel. Saja check hotel berbeza untuk dua malam supaya dapat buat review hahaa. Tak ada la just nak tukar-tukar rasa boleh claim kan. Nanti bila nak bercuti betul tahulah hotel mana yang best nak duduk. Betul tak? :D

Keadaan yang hujan selalu di Temerloh tak boleh nak bawa anak-anak berjalan sangat huhu. Tapi malam tadi sempat juga bawa mereka jalan-jalan di kawasan bersebelah sungai Temerloh dan Semantan Walk.

Malam di hari weekdays agak sunyi dan tak ramai orang.
Alhamdulillah dapat beli baju dengan seluar untuk the kids.

Sempatlah beli baju dan seluar untuk The Kids masa berjalan-jalan di Semantan Walk. Tak murah tak mahal tapi okla kita tolong warga tempatan berniaga. Atiyya dengan Ateera dah besar dan dah pandai pilih tudung. Tak nak pakai tudung sarung katanya macam makcik-makcik katanya. 

Sempat solat Asar di Masjid Baharu Temerloh bersebelahan Jambatan Temerloh.
Ruang solat utama di dalam Masjid Baharu Temerloh. 
Hotel Apsara di Bandar Temerloh. My review is 5/10.
Bilik bersih di Hotel Apsara ni cuma bilik kosong tiada coffee tea yang disediakan. Sehinggalah keesokan hari aku bertemu dengan staff mengemas bilik dan bertanya memang tiada coffee atau tea dalam bilik ke? Dia kata ada bang maaflah saya lupa nak letak. Terus dia bagi aku segenggam segala tea coffee creamer dan sugar.

2 comments:

  1. alamak kesiannya dapat yang tak sedap ye..kena explore lagi tu actually Temerloh byk tmpt mkn sedap2

    ReplyDelete
  2. Begitulah kids nowadays..nnt Shawl ibu adalah shawl mereka jgk =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...