Ketika kami berjalan keluar ke arah parking dari exit Temple ini. Kelihatan Pak Supir sedang bersandar di kereta beliau sambil memandang ke arah telefon beliau. Aku pun menegur "Pak hantarkan kami ke Masjid Besar Al Hidayah di laluan datang tadi". Sambil aku menunjukan ke arah masjid yang boleh dilihat dari tempat kami berdiri.
Jarak ke masjid lebih kurang 80 meter sahaja dari pintu masuk ke kawasan Ulun Danu Beratan Temple ini. Dan ketika kami sampai di area parking kereta bersebelahan masjid. Tiba-tiba datang seorang lelaki berumur dan memperkenalkan diri sebagai petugas masjid dan meminta bayaran parking sebanyak IDR5,000 bersamaan RM1.40.
Aku rasa parking di masjid ini berbayar sebab untuk mengelak orang ramai parking sebarangan untuk ke beberapa lokasi wisata yang ada berdekatam masjid ini. Tapi pada pengalaman aku di beberapa wilayah Indonesia memang ada beberapa masjid yang mengenakan bayaran parking kereta.
Selepas membayar duit parking kami berjalan kaki menaiki anak tangga yang agak tinggi disebabkan masjid ini terletak di lereng puncak gunung. Dan apabila sampai ke perkarangan laman masjid ini terus terpesona dengan panorama view kecantikan gunung dan tasik yang lebih jelas disebabkan kedudukan masjid ini yang tinggi.
Oh ya masa ini Mya dengan Cikgu Hani tak nampak lagi view panorama dari laman masjid ini sebab tempat wudhu dan tandas wanita berada di pertengahan tangga dan untuk lelaki berada di atas. Maka aku whatsapp dalam group nanti lepas solat kita kumpul di laman masjid. Dan masa ni cuaca memang sejuk sangat susah nak amik wudhu hihi :D
Masjid yang dibina pada tahun 1927 ini juga dikenali dengan nama Masjid Candi Kuning. Berdekatan masjid ini dikatakan terdapat dua makam purba yang dipercaya masyarakat setempat sebagai makam tokoh Islam di masa lalu iaitu di puncak pergunungan terdapat makam Syekh Hasan dan di bagian lereng terdapat Syekh Husein.
Masjid yang asalnya hanya sebesar 5x5 meter persegi ini telah diubah suai dan dinaik taraf sebanyak dua kali oleh orang tempatan iaitu pada tahun 1948 dan 1978 bagi menampung jemaah umat islam yang makin bertambah. Dengan menggunakan dana yang dikumpul dan disumbang oleh para umat islam setempat.
Pada tahun 2009 dan 2016 masjid ini telah dibaik taraf dengan bantuan kerajaan Indonesia sehingga ia dilengkapi dengan pembinaan madrasah yang lebih elok, penambahan menara dan banguanan kediaman imam, guru serta beberapa buah kedai. Sehingga mendapat Masjid Percontohan Peringkat Dua Tingkat Nasional Masjid Paripurna dari Kementerian Agama.
Selesai solat dan bergambar di dalam ruangan masjid dan lama masjid. Kami turun semula ke bawah menuruni anak tangga. Dan berjumpa semula dengan Pak Supir di kereta beliau. "Pak kenapa tak solat sekali dengan kami tadi?". Terus dia cerita dulu masa kecil selalu ikut ayah pergi masjid untuk solat.
Aku pun tepuk bahu dia "Kalau ada masa lapang nanti solatlah.. Jangan ditinggal terus ya.. Solatkan bisa beri ketenangan pada kita". Dah tiba-tiba mata dia berair pulak. "Ibu dan ayah saya sekarang sudah sakit tua terbaring.. Isteri saya juga menghilangkan diri bersama anak ketika saya ngak punya pekerjaan sewaktu covid melanda".
Ah sudah panjang cerita ni. Aku pun terus menepuk bahu pak supir. Tak apa Pak saya mahu melihat jualan yang ada di sepanjang jalan di hadapan masjid ini dulu. Nanti dalam 15-20 minit baru kita bertolak ya. Terus semua tersentap dengar cerita pak supir tadi sambil kami berjalan ke arah jualan yang ada di depan masjid ini.
Antara yang dijual adalah buah-buahan termasuk Avocado, Strawberry, Salak, Manggis dan banyak lagi. Keropok dan Kerepek Ubi dan Pisang. Kami ada membeli sedikit untuk kudapan di dalam kereta. Dan disebelah masjid ini terdapat sebuah Cafe Qof Kopi dan kedai makan Warung Nurismu Al Hidayah dan Warung Muslim Depot Hidayah.
Warung Nurismu Al Hidayah terletak bersebelah Masjid Besar Al Hidayah Bedugul. |
Masa berjalan di hadapan Warung Nurismu ni terlihat masakan berlauk yang dihidangkan terus terasa lapar. Bila fikir balik patut la lapar sebab tak makan tengah hari lagi. Kami bagitau pak Supir kalau nak makan dulu dia kata kalau makan takut tak sempat nak pulang ke Ubud sebelum gelap sebab perjalanan agak jauh.
Pak Supir pun kata nanti makan aja di Ubud dan nanti kalau berhenti di Traditional Market pun akan ada banyak makanan juga. Dan di sini rata-rata majoriti semunya oang islam insyallah makanan pun halal. Kami pun baiklah Pak sebab bapak juga yang bawa kereta kami ikut aja. Mudah bagi bapak insyallah mudah bagi kami.
Kami meneruskan perjalanan ke Bedugul Traditional Market yang terletak 3 km dari Masjid Besar Al Hidayah dengan masa perjalanan kurang 10 minit disebebkan hujan renyai mula membasahi bumi. Sampai sahaja di pasar Pak Supir memberhentikan kenderaan diluar supaya kita tak perlu membayar parking. Dan kami berjalan kaki masuk ke dalam.
Di sini ramai orang berjualan dan aku membeli beberapa biji Avocado dan Strawberry mungkin juga sebab mereka dah di hujung waktu sebelum tutup maka harga yang ditawarkan juga agak murah. Tak banyak tak sikit tapi penuh juga tangan kami membeli.
Mungkin sebab kelaparan kami membeli sejenis makanan yang diperbuat dari campuran telur dan sayuran seperti Takoyaki. Sekali di rasa enak bangat apa lagi bila dicicah sama sos cili. Pada ketika ini hujan dan lewat petang maka suku pedagang di sini telah pun tutup kedai. Dan kami antara beberapa pengunjung terakhir.
Selesai membeli kami masuk semula ke dalam kereta dan Pak Supir terus memandu pulang ke arah Pekan Ubud. Kami memakan segala apa yang telah dibeli tadi dan berkongsi bersama pak supir. Tapi tak lama sebab selepas makan kami berborak dan kemudian masing-masing tertidur dek kepenatan dan cuaca sejuk.
Bersambung Indonesia Bali Part 13 : Glamping With Third Sunrise In Bali At Natya River Sidemen (Under Construction)
syukur yg amat sbb ada masjid n makanan halal utk kita org Islam yg melancong ke sana.
ReplyDelete