Hari ini seawal pagi sebelum subuh keluar dari hotel menuju ke Masjid Kowloon yang terletak hanya 300 meter dari hotel.
Boleh tahan sejuk pagi ni dengan suhu 12 degree. Suasana subuh yang sangat tenang di Tsim Sha Tsui. Kalau petang semalam bukan main ramai umat manusia di sini. Sampai nak berjalan pun susah. Nanti kita cerita di next entry.
![]() |
| Suasana di hadapan I Square MTR Tsim Sha Tsui sebelum waktu subuh. |
![]() |
| Seronok bila tengok ramai jemaah di solat subuh. |
![]() |
| Masjid Kowloon Dan Islamic Centre. |
Lepas solat subuh di masjid. Aku bertanya dengan para jemaah yang majoriti adalah berbangsa India dan Pakistan. Ada ke kat sini kedai nak minum teh panas.
Dan mereka memberikan direction ke satu lorong di belakang sebuah bangunan. Dan kelihatan ada kedai makan kecil yang menjual prata, capati dan samosa serta chai panas.
![]() |
| Breakfast Samosa Kentang HKD7.00 dan Chai Panas HKD5.00. |
![]() |
| Breakfast di sini - Uncle Center atau Caca Center |
Untuk sekarang ni tak dapat nak blog walking ke blog sahabat handai semua. Insyallah balik nanti akan ku lawati ke semua blog. Wish me luck here. At this moment everything just fine and baik baik saja. ☺️ 👍






besar jugak masjid tu ye. mesti komuniti muslim kat sana agak ramai kan
ReplyDeleteMasji yang besar dan bersejarah.. Di bina dengan sumbangan org ramai pd masa dahulu. komuniti islam yang agak ramai di sini.
Delete