Saturday, 21 February 2026

King Crab Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Ramadhan pada hari ketiga untuk semua. 

Hari tu ada nampak seekor King Crab yang dijual di Village Grocer yang berharga RM400 lebih dengan berat 4 kilo lebih. Mampu tengok walau teringin sangat tapi tak mampu nak beli huhuu 😅.. Ye lah RM400 tu kalau beli barang dapur dekat sebulan boleh tahan. 

Balik dari Hong Kong baru ni, aku dengan wife pergi shopping barang masak di pasaraya Aeon. Sekali ternampak raja ketam ni. Walau bukan dari Norway tapi ia masih tergolong dalam kategori King Crab. Ok ketam ni dari Chile, Southern America. 

Beli yang sedang-sedang seekor dalam RM16 lebih. Beli dalam 3 ekor sebab tanya pekerja Aeon, katanya isi banyak. Dan kita try dulu, kalau sedap boleh la beli lagi. Sebab harga tu boleh la nak cuba kan. 

Makanya hari ini sabtu ada banyak masa kita try la masak raja ketam ni. Buat masak lemak cili padi. Sebab itu jer menu yang aku tahu nak masak ketam 😅. Nanas beli di eco pun ada lagi, moh ler kita campur sekali.

Bab siang ketam ni aku tibai jer lah. Buka cengkerang potong semua kaki sebab setiap kaki macam banyak jer isinya. Badan ketam kita belah dua sahaja. Kang belah 4 hilang pulak isinya. Kata Puan Suria Amanda ketam ni tak ada isi sangat sebab dah kena frozen. Nanti kita try lepas berbuka ya. 🤤

Alhamdulillah by pukul 7.00 aku dah siap masak semua juadah untuk berbuka. Selain ketam goreng sayur dengan fish ball dan goreng ikan gelama masin yang aku buat sendiri dari hasil mancing tempoh hari. 

Selamat Berbuka Puasa untuk hari yang ketiga di bulan Ramdhan ini.. 😉👍🏻

1 comment: