Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Salam Ramadhan di hari ketiga untuk semua yang berkunjung ke sini. 😉
Hari tu ada nampak seekor King Crab yang dijual di Village Grocer yang berharga RM400 lebih dengan berat 4 kilo lebih. Mampu tengok walau teringin sangat tapi tak mampu nak beli huhuu 😅.. Ye lah RM400 tu kalau beli barang dapur dekat sebulan boleh tahan. Boleh baca entry lepas 👉 Teringin Tapi Tak Sampai Hati Nak beli
![]() |
| Okla dapat seekor RM16 lebih. Kita try 3 ekor dulu. ☺️ |
![]() |
| First time beli, first time nak masak dan first time nak makan. |
Balik dari Hong Kong baru ni, aku dengan wife pergi shopping barang masak di pasaraya Aeon. Sekali ternampak raja ketam ni. Walau bukan dari Norway tapi ia masih tergolong dalam kategori King Crab. Ok ketam ni dari Chile, Southern America.
Beli yang sedang-sedang seekor dalam RM16 lebih. Beli dalam 3 ekor sebab tanya pekerja Aeon, katanya isi banyak. Dan kita try dulu, kalau sedap boleh la beli lagi. Sebab harga tu boleh la nak cuba kan.
![]() |
| Tak susah nak buka cengkerang king crab ni. Mungkin sebab bukan saiz XXL. |
![]() |
| Keadaan raja ketam selepas selesai disiang dan dibersihkan. |
Makanya hari ini sabtu ada banyak masa kita try la masak raja ketam ni. Buat masak lemak cili padi. Sebab itu jer menu yang aku tahu nak masak ketam 😅. Nanas beli di eco pun ada lagi, moh ler kita campur sekali.
Bab siang ketam ni aku tibai jer lah. Buka cengkerang potong semua kaki sebab setiap kaki macam banyak jer isinya. Badan ketam kita belah dua sahaja. Kang belah 4 hilang pulak isinya. Kata Puan Suria Amanda ketam ni tak ada isi sangat sebab dah kena frozen. Nanti kita try lepas berbuka ya. 🤤
![]() |
| Alhamduillah selamat sudah King Crab Masak Lemak Cili Padi kita. |
![]() |
| Selesai masak sebelum pukul 7.00 malam menu berbuka utnuk hari ini. |
Alhamdulillah by pukul 7.00 aku dah siap masak semua juadah untuk berbuka. Selain ketam goreng sayur dengan fish ball dan goreng ikan gelama masin yang aku buat sendiri dari hasil mancing tempoh hari.
Selamat Berbuka Puasa untuk hari yang ketiga di bulan Ramdhan ini.. 😉👍🏻






Sedapnya masak lemak ketam.
ReplyDeleteFirst time masak dan makan king crab ni.. Alhamdulillah sedap buat masak lemak ni.
DeleteIngat dia buat sweet sour ke..salted egg crab ke..masak lomak ghupo eh..buleh laaaa....sodap x?
ReplyDeleteFirst time mencuba tak berani nak masak masakan yang ala -ala chef .. Kita buat masak lemak jer la mudah .. Alhamdulillah isi tebal dan sedappppp... !!!
DeleteBaru je nampak ketam besar macam ni kat pasar raya. Ratus harganya. Mampu tengok sambil telan air liur. 😂
ReplyDeleteBetul tu ratusan harga untuk seekor king crab ini.. tapi terjumpa yg ini RM16 lebih seekor.. Memang terus amik la nak raso raso pertama kali :D
DeleteAkhirnya, tercapai juga niatnya.. hihihi.. gelama masin buat sendiri, sedapnya
ReplyDeleteItulah akhirnya penantian hampir 14 tahun tercapai juga di bulan ramadhan ini.
DeleteYes gelama ikan masin tu buat sendiri lagi sedap :D